Di antara kekhilafan dan kebenaran Insan

"Dah la buat salah..tak nak mengaku!"

"Ehhh. mana dia...nak aku pujuk ke apa..stress la aku macam ni!"

Kedengaran dari luar, Kak Sarah melontarkan peluru dari mulutnya bertalu-talu..


"Nie nak praktikal ke tak nak!" dengan kebengangan dan penuh emosi,kak Sarah menjenguk Aimi di bilik kuman lalu menjerkah.Aimi mengesat air matanya lalu mengikut Kak Sarah ke belakang.Dia berdiri menghadap mesin FBC menahan rasa hati.

Setengah jam ke belakang,

"Ehh..siapa buat PT Jane doe nie? awak ke Aimi?"

Aimi yang tengah memasukkan sample ke dalam mesin biochem memandang kak Sarah lalu terpinga-pinga.

"Nie ..result PT ni beza jauh sangat niee...Dr suruh repeat ..tengok result sebelum ni beza jauhh sgtt"

Aimi mengambil form Jane doe dan melihat resultnya..ternyata memang jauh bezanya..dia merasa pelik..macam mana resultnya boleh jauh sangat..

"Aku ke yang buat?"

hatinya tertanya-tanya dan terpinga-pinga.Kerana sample datang bertalu-talu dia tidak sempat mengingati nama setiap patient yang diprosesnya..yang dia ingat,dia benar-benar mengikut SOP.Sementelah ada juga beberapa staff yang turut membantu memproses sample.

Dia juga turut menyambung kerja staff lain mencatatkan result patient setelah siap.Dia termangu dan tertanya-tanya kenapa begitu jauh bezanya result repeat dengan result sebelumnya.Mustahil tertukar sample!

"Awak tengok tak nama dan rn dia masa buat? betul tak?"

"Ada dua nama yang dekat2 sama dan mungkin awak tertukar ni!"

"Awak ambil form ni dan jumpa ketua Makmal!"

Dia diasak pelbagai kebarangkalian oleh staffs.Dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!

"Mustahil tertukar... kalau ada nama yang sama pun jauh ke belakang.."

Aimi membela dirinya walau dalam keadaan samar dan terpinga-pinga.Puas dia fikir,sample nie dia buat ke?Kalau dia buat mustahil tertukar! nama yang nak seakan sama pun sample dia lama dah siap! Sangat jauh beberapa detik ke belakang.

Kring..kring..kring..

Telefon berbunyi,Kak Sarah mengangkat telefon dan Dr bertanya akan result patient.Kak Sarah mengatakan student praktikal yang buat dan tak tahu macam mana jadi begitu.Aimi masih termangu-mangu dan blur dengan keadaan ini.Dia cuba mengingat kembali sama ada dia yang buat test itu atau tidak..puas dia cuba mengingati namun tak berhasil.Dia hanya ingat dia mencatat result PT seseorang patient yang dibuat oleh staff.Tapi tidak ingat result yang mana satu.



Dia cuba berfikir dan berfikir namun tak dapat mengingati kembali.Dia bukanlah seorang yang kuat ingatan sementelah mudah blur.Bila keadaan menjadi begitu dia tidak mampu berkata apa-apa lagi walaupun dah cuba untuk membela diri.

"Kalau salah pun mungkin sebab teknik yang salah"Aimi cuba menjelaskan lagi kemungkinan namun dicantas oleh staff.

"Kalau teknik salah akan keluar error,ini result ada.."

"Haaa..buatlah semula kalau awak yakin!"

Kak Sarah menekan Aimi.

Aimi pantas mencari sample Jane Doe dan buat semula.Hatinya tidak tenang,bagaimana boleh keluar result yang jauh bezanya begitu.Dan dia ingin mencari keadilan,benarkah dia yang buat..
Kak Zaiton tiba-tiba muncul dan memberitahu pengarah hospital nak jumpa ketua makmal dan pelajar praktikal yang buat test itu.Aimi mula tak senang duduk dan menunggu result itu keluar..

Ketua makmal datang melihat form dan bertanya akan result itu.Result muncul 5 minit kemudian dan ternyata lebih kurang sama dengan result repeat.Aimi semakin penasaran kenapa jadi begitu.
Staff makmal mengasak Aimi bertalu-talu dan memberikan ugutan dan kemungkinan yang maha dahsyat.Seolah-olah dialah punca segalanya.Dialah yang akan buat semua staff kena marah oleh ketua makmal.Dan dia jugalah yang akan menyebabkan pelajar praktikal lain tak akan dapat praktikal di situ lagi.Semua kesalahan diletakkan di atas bahunya seorang.

"Sepatutnya tak boleh salah,lagi-lagi pengarah hospital punya patient"

"Memang la orang cakap setiap manusia boleh buat silap tapi memang tak boleh salah langsung sepatutnya ni!"

Dia mula terasa berat.Hatinya tidak tenang.Dia berasa teraniaya.Sedang dia bertungkus-lumus cuba melancarkan segala urusan dalam makmal dan proses semua sample mengikut SOP.Namun kini,dialah yang menjadi punca segala masalah.Dan hanya dia seorang dipersalahkan seratus peratus tanpa pembelaan dan dijatuhkan hukuman mandatori buat dirinya seorang tanpa belas kasihan.Setelah ketua makmal melihat result itu dia terus keluar berjumpa pengarah hospital.

Mata Aimi mula terasa panas..ayat-ayat Kak Sarah menikam hatinya bertubi-tubi...dia masuk ke bilik kuman dan cuba menahan sebak namun ternyata gagal.


Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran,terlalu banyak yang difikirkan.

"Apakah hidupnya sebagai pelajar praktikal akan berakhir hari ini?"

"Apakah dia takkan dapat konvo juga akhirnya setelah bersusah payah menghabiskan FYP yang sedikit lagi buat dia berhenti belajar?"

"Apakah semua staff dah hilang keyakinan pada dia,dan dia tak boleh buat apa-apa test lagi selepas ini?"

"Apakah pihak kolej akan tahu hal ini?"

"Apakah mak ayah akan kecewa dengan dirinya?"

"Apakah arah hidupnya selepas ini?"

"Mampukah dia mendapatkan kerja untuk kehidupannya selepas ini?"

Tersedu-sedan sambil melayarkan apakah hidupnya akan kelam selepas ini..

Insan ini dalam kekeliruan,

Ya Allah,tunjukkanlah kebenarannya pada semua yang terlibat..jika ternyata dia bersalah ampunilah dia..permudahkanlah staff memaafkan dia dan bantulah dia untuk terus kuat dan membina kerjayanya semula.Semoga ujian ini membawa kepada sesuatu yang lebih baik.

Namun Ya Allah,jika dia tidak bersalah..kau kasihanilah dia..kau bersihkanlah namanya semula,kembalikan keyakinan staff padanya dan bantulah dia mengharungi dugaan yang mencabar ini di mana kebanyakan manusia mementingkan diri sendiri menjaga periuk nasi masing-masing.


4 comments:


Current Status (29 July 2018) : Intern dahhh! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah! Thank for your du'a!

Dear reader,thank you for having hereπŸ’•I'm appreciated it a lot.I'll get you back sooner or later whatever it takes!πŸ‡πŸ»

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net