Weyhhh! rindu blog weyhhh..tak sempat nak update hal aku weyhh! rindunya blogg! sayang ketat-ketat...btw aku tengah intern sekarang nie..tak la buzy tapi balik je dah penat..nak update buku log lagi..huhuhu..haritu buzy final exam dan FYP..sekarang intern pula..memang kalau nak cakap tak ada masa tu memang tak ada masa..hohoo..kita yang kena pandai-pandai cari masa..#TeamBPT tak sempat nak join apa-apa event dorang..kena buang la gamaknya nanti😭 back to reality...Allahuu..macam-macam jadi sekarang ni kan? Takutnya..akhir zaman bukan lagi klise..hak-hak kita jangan dibiarkan diratah habis-habisan.Tolonglah sedarr wahai rakyat malaysia..! bangkitlah dari lenaaa!
"Bila kita mudah bertolak-ansur,maka kita akan ditolak beransur-ansur"Tak ada masa dah nak berpangku tangan..tak ada masa dah nak kpop,keke challenge,couple muah sini muahh sana dan so on ..tolonglah bangun anak-anak muda,belia yang disayangi sekalian...cakna la isu negara..walau kaum apa pun kita..asal kita rakyat Malaysia tolonglah patriotik pada negara! Negaraku Malaysia! #SayangiMalaysiaku..ketepikan ideologi politik bagai..bersatu hatilah demi Malaysia yang dicintai..
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Hampir semua rukun negara dicabuli!! bermula dari kesetiaan kepada raja dan negara,bagaimana ada yang menghina sultan kerana katanya sengaja melambatkan proses perlantikan dan sebagainya..bagaimana ada anak-anak muda melayu sendiri nak hapuskan sistem kesultanan yang bersalasilah dari sejarah sebelum kemerdekaan tanah Malaya lagi.Dan ada pula yang ingin mengangkat petualang menjadi wira negara dalam buku sejarah?? Sesak dada rasa bila baca isu-isu semasa sekarang ni.
Kesetiaan kepada negara..bagaimana mereka ingin mengiktiraf suatu sistem pendidikan yang tidak belajar sejarah Malaysia dan bahasa kebangsaan tapi sejarah dari negara lain dan guru-gurunya juga dari negara lain? Malaysiakah kamu?!Bahkan negara mana sekalipun takkan iktiraf pendidikan yang bertentangan dengan perlembagaan mereka.Tak mengertikah kamu?Sungguh pelik-pelik manusia sekarang ini.
Tolonglah!
Satukan sistem pendidikan,agar semua kaum di Malaysia belajar benda yang sama dan boleh berfikir benda yang sama.Bukan dibeza-bezakan hingga bertambah jurang..lagi pula nak iktiraf sistem pendidikan yang bertentangan dengan perlembagaan Malaysia? Malapetaka apakah ini?
Kita nak persamaan kaumm..bukan lagi membezakan antara kaum..! Kalau tak tahu sejarah Malaysia dan bahasa kebangsaan macam mana nak sayang Malaysia? Logik ke? Sangat tak logik..tak kenal maka tak cinta,bahkan akan membinasa.
"Dimana bumi dipijak,di situ langit dijunjung!"Bertitik tolak dari aku mula mengundi menjadi penentu masa depan negara tahun ni,dari situlah aku cakna akan isu-isu negara ini.Namun rasa sakit sangat sebab macam tak mampu buat apa-apa untuk negara..takut ia musnah di depan mata begitu saja..nauzubillah min zalik.Tidak sesekali! akan aku pertahankan negara ini dengan segala kudrat yang ada,apa yang termampu.
Bantah apa yang perlu! Sokong apa yang menguatkan negara bangsa!
Sayangi Malaysiaku!
Ayuh!Bersatu hati kita di bawah satu bendera! Kekalkan kemerdekaan ini! Merdeka! Merdeka ! Merdeka!
#BulanKemerdekaan31OGOS
#SemangatPatriotikSungguh
![]() |
Kita dibawah satu bendera!Respect perlembagaan tanah tumpah darah kita! |
generasi muda lambang masa depan negara.. jadilah macam YB syed Saddiq yang sentiasa cakna pada negara..")
ReplyDeleteheheh..muda2 dh jd YB..besr tnggjwb anak muda skrg..mlngnya ramai yg msih leka
DeleteDengar lagu background ni pun dah rasa bersemangat dah..
ReplyDeletesy anak malaysia!
DeletePart satukan je semua bangsa dalam satu sekolah tu memang sangat dipersetujui.. Kenapa nak asing asingkan..
ReplyDeletetu la...klo dlu phm la..tp skrg dlm satu negara yg mkin mencbr..pendidikan perlu diselaraskan tnpa mengira kaum
DeleteSelamat Hari merdeka..
ReplyDeleteslmt hri merdeka kak nieyl
Delete