Tips Membeli Online Daripada KPDNHEP

    Selamat malam di ambang kemerdekaan! Merdeka! Merdeka ! Merdeka! Scroll twitter lalu nampak la tweet Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.Tweet berkaitan tips membeli online.Sekarangkan zaman online..jadi ramailah yang membeli hanya di talian.Lebih mudah dan jimat masa gituuuu.Andai kata kita membeli online,kita perlu lebih berhati-hati supaya dapat claim balik apabila tertipu.Antara yang terdapat dalam poster ialah seperti berikut supaya kita tahu apa yang nak buat bila tertipu.Nanti tak adalah menangis tak berlagu.

Nak buat aduan tapi tiada bukti?

Simpan segala bahan komunikasi dan transaksi bagi sebarang pembelian online bagi memudahkan proses tuntutan dan aduan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Maklumat digalakkan untuk disimpan sehingga barang yang dipesan sampai atau selepas tamat tempoh waranti jika berkaitan.

Antara bukti yang boleh disimpan secara hardcopy atau softcopy :

1.Tred komunikasi dari emel/Whatsapps/Telegram/Wechat/Messenger
2.Maklumat barang seperti di dalam iklan
3.Resit pembayaran online
4.Maklumat kurier dan nombor pengesahan kurier



        Jadi lepas ini bolehlah lega dan dengan gumbiranya membeli online di lazada kaa..shopee kaaa..oneshopmall kaa..dan sebagainya..tak perlu takut dah untuk membeli online kerana kita ada penyelesaian kepada penipu online.Hihii..yang ado hanyalah duit torbangg~ Happy online shopping!

Ketahui hak anda,jadilah ePengguna bijak #smartEC #onlineje @mykpdnhep

Blogwalking Time #August2018 (Tamat : 31 August)


Click on banner ! Jom joinn belaka

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com (Tutup : 18 Ogos)

click on banner

Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana (Tutup : 20 Ogos)

Click direct to Blog VITAMINSYAZA

         TONG NO.4 !

Annyeong! Assalamualaikum semua..lama menyepi dari giveaway dan blog..aku cuba sedaya upaya meluangkan masa juga...gigihh tauu..hi cik syaza dan semua yang baru berkunjung ke blog From View Of My Eyes..nama diberi seperti link blog saya di atas.Hahaa..saya guna username as Mas_FVOME sebab ramai sangat nama Mas..iya di indonesia lagi ramai tapi lelaki..Mas di Malaysia ini wanita tulen ya..bukan jadi-jadian gituhh lohh..

Maklumlah sekarang banyak jadian..huhuhuuu...jadinya.jadi biarlah saya dikenali sebagai Mas_FVOME stand for Mas dari blog From View Of My Eyes.Untuk pengetahuan semua saya pelajar tahun akhir degree dan sedang intern di sebuah hospital swasta sekarang nie.Tu konon-konon busy sangat tu..tapi bolehlah cilok-cilok taip blog daripada FYP haritu memang tak bernafas oii..

Suka menaip dan story morey dekat blog.Ada la simpan hasrat nak jadikan blog pendapatan sampingan.Alhamdulillah dapat buat collaboration dengan beberapa jenama dan website dah.latest is TRAVELOKA..masyukk jugak la..nak pergi lebih jauh..mohon otai-otai beri tunjuk ajar noo..ai is dari Pahang #TeamBPT tapi tak pantai timur sangat lebih kepada pantai barat..haha..Bermastautin pula dekat bandar metropolitan sepanjang belajar ini..hahaha..jauh nauu la ketimurannya tu..kecuali darah aii is melayu asli macam Siti Nurhaliza..gituhh!


Nak cerita pasal diri memang takkan habis la..setakat itu dulu la ye..selamat berkenalan bagi yang tak kenal lagi..cerita la plak pasal korang dekat komen bawah je..ai pun nak kenal oulss

Di antara kekhilafan dan kebenaran Insan

"Dah la buat salah..tak nak mengaku!"

"Ehhh. mana dia...nak aku pujuk ke apa..stress la aku macam ni!"

Kedengaran dari luar, Kak Sarah melontarkan peluru dari mulutnya bertalu-talu..


"Nie nak praktikal ke tak nak!" dengan kebengangan dan penuh emosi,kak Sarah menjenguk Aimi di bilik kuman lalu menjerkah.Aimi mengesat air matanya lalu mengikut Kak Sarah ke belakang.Dia berdiri menghadap mesin FBC menahan rasa hati.

Setengah jam ke belakang,

"Ehh..siapa buat PT Jane doe nie? awak ke Aimi?"

Aimi yang tengah memasukkan sample ke dalam mesin biochem memandang kak Sarah lalu terpinga-pinga.

"Nie ..result PT ni beza jauh sangat niee...Dr suruh repeat ..tengok result sebelum ni beza jauhh sgtt"

Aimi mengambil form Jane doe dan melihat resultnya..ternyata memang jauh bezanya..dia merasa pelik..macam mana resultnya boleh jauh sangat..

"Aku ke yang buat?"

hatinya tertanya-tanya dan terpinga-pinga.Kerana sample datang bertalu-talu dia tidak sempat mengingati nama setiap patient yang diprosesnya..yang dia ingat,dia benar-benar mengikut SOP.Sementelah ada juga beberapa staff yang turut membantu memproses sample.

Dia juga turut menyambung kerja staff lain mencatatkan result patient setelah siap.Dia termangu dan tertanya-tanya kenapa begitu jauh bezanya result repeat dengan result sebelumnya.Mustahil tertukar sample!

"Awak tengok tak nama dan rn dia masa buat? betul tak?"

"Ada dua nama yang dekat2 sama dan mungkin awak tertukar ni!"

"Awak ambil form ni dan jumpa ketua Makmal!"

Dia diasak pelbagai kebarangkalian oleh staffs.Dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!

"Mustahil tertukar... kalau ada nama yang sama pun jauh ke belakang.."

Aimi membela dirinya walau dalam keadaan samar dan terpinga-pinga.Puas dia fikir,sample nie dia buat ke?Kalau dia buat mustahil tertukar! nama yang nak seakan sama pun sample dia lama dah siap! Sangat jauh beberapa detik ke belakang.

Kring..kring..kring..

Telefon berbunyi,Kak Sarah mengangkat telefon dan Dr bertanya akan result patient.Kak Sarah mengatakan student praktikal yang buat dan tak tahu macam mana jadi begitu.Aimi masih termangu-mangu dan blur dengan keadaan ini.Dia cuba mengingat kembali sama ada dia yang buat test itu atau tidak..puas dia cuba mengingati namun tak berhasil.Dia hanya ingat dia mencatat result PT seseorang patient yang dibuat oleh staff.Tapi tidak ingat result yang mana satu.



Dia cuba berfikir dan berfikir namun tak dapat mengingati kembali.Dia bukanlah seorang yang kuat ingatan sementelah mudah blur.Bila keadaan menjadi begitu dia tidak mampu berkata apa-apa lagi walaupun dah cuba untuk membela diri.

"Kalau salah pun mungkin sebab teknik yang salah"Aimi cuba menjelaskan lagi kemungkinan namun dicantas oleh staff.

"Kalau teknik salah akan keluar error,ini result ada.."

"Haaa..buatlah semula kalau awak yakin!"

Kak Sarah menekan Aimi.

Aimi pantas mencari sample Jane Doe dan buat semula.Hatinya tidak tenang,bagaimana boleh keluar result yang jauh bezanya begitu.Dan dia ingin mencari keadilan,benarkah dia yang buat..
Kak Zaiton tiba-tiba muncul dan memberitahu pengarah hospital nak jumpa ketua makmal dan pelajar praktikal yang buat test itu.Aimi mula tak senang duduk dan menunggu result itu keluar..

Ketua makmal datang melihat form dan bertanya akan result itu.Result muncul 5 minit kemudian dan ternyata lebih kurang sama dengan result repeat.Aimi semakin penasaran kenapa jadi begitu.
Staff makmal mengasak Aimi bertalu-talu dan memberikan ugutan dan kemungkinan yang maha dahsyat.Seolah-olah dialah punca segalanya.Dialah yang akan buat semua staff kena marah oleh ketua makmal.Dan dia jugalah yang akan menyebabkan pelajar praktikal lain tak akan dapat praktikal di situ lagi.Semua kesalahan diletakkan di atas bahunya seorang.

"Sepatutnya tak boleh salah,lagi-lagi pengarah hospital punya patient"

"Memang la orang cakap setiap manusia boleh buat silap tapi memang tak boleh salah langsung sepatutnya ni!"

Dia mula terasa berat.Hatinya tidak tenang.Dia berasa teraniaya.Sedang dia bertungkus-lumus cuba melancarkan segala urusan dalam makmal dan proses semua sample mengikut SOP.Namun kini,dialah yang menjadi punca segala masalah.Dan hanya dia seorang dipersalahkan seratus peratus tanpa pembelaan dan dijatuhkan hukuman mandatori buat dirinya seorang tanpa belas kasihan.Setelah ketua makmal melihat result itu dia terus keluar berjumpa pengarah hospital.

Mata Aimi mula terasa panas..ayat-ayat Kak Sarah menikam hatinya bertubi-tubi...dia masuk ke bilik kuman dan cuba menahan sebak namun ternyata gagal.


Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran,terlalu banyak yang difikirkan.

"Apakah hidupnya sebagai pelajar praktikal akan berakhir hari ini?"

"Apakah dia takkan dapat konvo juga akhirnya setelah bersusah payah menghabiskan FYP yang sedikit lagi buat dia berhenti belajar?"

"Apakah semua staff dah hilang keyakinan pada dia,dan dia tak boleh buat apa-apa test lagi selepas ini?"

"Apakah pihak kolej akan tahu hal ini?"

"Apakah mak ayah akan kecewa dengan dirinya?"

"Apakah arah hidupnya selepas ini?"

"Mampukah dia mendapatkan kerja untuk kehidupannya selepas ini?"

Tersedu-sedan sambil melayarkan apakah hidupnya akan kelam selepas ini..

Insan ini dalam kekeliruan,

Ya Allah,tunjukkanlah kebenarannya pada semua yang terlibat..jika ternyata dia bersalah ampunilah dia..permudahkanlah staff memaafkan dia dan bantulah dia untuk terus kuat dan membina kerjayanya semula.Semoga ujian ini membawa kepada sesuatu yang lebih baik.

Namun Ya Allah,jika dia tidak bersalah..kau kasihanilah dia..kau bersihkanlah namanya semula,kembalikan keyakinan staff padanya dan bantulah dia mengharungi dugaan yang mencabar ini di mana kebanyakan manusia mementingkan diri sendiri menjaga periuk nasi masing-masing.


Cakap biarlah berpada-pada

Kann..dah sakit mataa.!..ad practicalmate nie sakit mata..lepas seminggu dia datang kerja..takut la nak dekat dengan dia..sembang lebat la apa lagi..pung pang pung..gurau kasar dengan dia kata tak nak dekat..biasalah lawak aku memang macam tu..

Main tabur je..honest la katakan kononnya...tak pandai nak selindung-selindung..tak pandai nak pusing-pusing sampai dia merajuk..hahah..

al kisahnya hari ni rehat lama sikit sebab hari jumaat...so balik la rumah sewa kejap..practicalmate ikut sekali..lepas makan sume kitorang pun tido la kejap..

Bangun-bangun je tengok sebelah mata dah merah..bertaik lagi macam betul-betul sakit mataa apakah ini namanya kerana mulut badan binasa? haaa..tak nak sangatkan...tak nak dekat la kononnya..lepas tu kan dah berjangkit..lain kali jangan cakap besar..just ambil langkah pencegahan dan diam-diam sudah ..buat relaks sudahh


Mata akuuu..huwaa..tak sanggup..tak nak cuti intern..dah la practikal 4 bulan..kena ganti nanti pishangg aku... lepas rehat tu aku dok risau-risau mata jadi merah..mujurlah sorang staff nie ada eyedrop yg ada antibiotik..fuhh lega kata kauu..moga tak melarat..aku suruh prakticalmate masukkan eyedrop jadi clear sikit dri sblmnya...puas aku menafikan bukan sakit mata tapi allergik..kena pangkah tak habis-habis..hahaha..

Ingat lagi masa kecik dulu sakit mata mak titikkan breast milk ke dalam mata..kejap je dah elok..Jadi pengajarannya jangan ajuk-ajuk orang dan gurau kasar..insaf kejap noo..kejap je dapat habuannya

skrg beli eyedrop yg de antibiotik je

Cakna Isu Semasa #DalamMalaysiaBaru

Bismillah

Weyhhh! rindu blog weyhhh..tak sempat nak update hal aku weyhh! rindunya blogg! sayang ketat-ketat...btw aku tengah intern sekarang nie..tak la buzy tapi balik je dah penat..nak update buku log lagi..huhuhu..haritu buzy final exam dan FYP..sekarang intern pula..memang kalau nak cakap tak ada masa tu memang tak ada masa..hohoo..kita yang kena pandai-pandai cari masa..#TeamBPT tak sempat nak join apa-apa event dorang..kena buang la gamaknya nanti😭 back to reality...Allahuu..macam-macam jadi sekarang ni kan? Takutnya..akhir zaman bukan lagi klise..hak-hak kita jangan dibiarkan diratah habis-habisan.Tolonglah sedarr wahai rakyat malaysia..! bangkitlah dari lenaaa!
"Bila kita mudah bertolak-ansur,maka kita akan ditolak beransur-ansur"
Tak ada masa dah nak berpangku tangan..tak ada masa dah nak kpop,keke challenge,couple muah sini muahh sana dan so on ..tolonglah bangun anak-anak muda,belia yang disayangi sekalian...cakna la isu negara..walau kaum apa pun kita..asal kita rakyat Malaysia tolonglah patriotik pada negara! Negaraku Malaysia! #SayangiMalaysiaku..ketepikan ideologi politik bagai..bersatu hatilah demi Malaysia yang dicintai..

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Hampir semua rukun negara dicabuli!! bermula dari kesetiaan kepada raja dan negara,bagaimana ada yang menghina sultan kerana katanya sengaja melambatkan proses perlantikan dan sebagainya..bagaimana ada anak-anak muda melayu sendiri nak hapuskan sistem kesultanan yang bersalasilah dari sejarah sebelum kemerdekaan tanah Malaya lagi.Dan ada pula yang ingin mengangkat petualang menjadi wira negara dalam buku sejarah?? Sesak dada rasa bila baca isu-isu semasa sekarang ni.

Kesetiaan kepada negara..bagaimana mereka ingin mengiktiraf suatu sistem pendidikan yang tidak belajar sejarah Malaysia dan bahasa kebangsaan tapi sejarah dari negara lain dan guru-gurunya juga dari negara lain? Malaysiakah kamu?!Bahkan negara mana sekalipun takkan iktiraf pendidikan yang bertentangan dengan perlembagaan mereka.Tak mengertikah kamu?Sungguh pelik-pelik manusia sekarang ini.

Tolonglah!

Satukan sistem pendidikan,agar semua kaum di Malaysia belajar benda yang sama dan boleh berfikir benda yang sama.Bukan dibeza-bezakan hingga bertambah jurang..lagi pula nak iktiraf sistem pendidikan yang bertentangan dengan perlembagaan Malaysia? Malapetaka apakah ini?

Kita nak persamaan kaumm..bukan lagi membezakan antara kaum..! Kalau tak tahu sejarah Malaysia dan bahasa kebangsaan macam mana nak sayang Malaysia? Logik ke? Sangat tak logik..tak kenal maka tak cinta,bahkan akan membinasa.
"Dimana bumi dipijak,di situ langit dijunjung!"
Bertitik tolak dari aku mula mengundi menjadi penentu masa depan negara tahun ni,dari situlah aku cakna akan isu-isu negara ini.Namun rasa sakit sangat sebab macam tak mampu buat apa-apa untuk negara..takut ia musnah di depan mata begitu saja..nauzubillah min zalik.Tidak sesekali! akan aku pertahankan negara ini dengan segala kudrat yang ada,apa yang termampu.

Bantah apa yang perlu! Sokong apa yang menguatkan negara bangsa!

Sayangi Malaysiaku!

Ayuh!Bersatu hati kita di bawah satu bendera! Kekalkan kemerdekaan ini! Merdeka! Merdeka ! Merdeka!

#BulanKemerdekaan31OGOS
#SemangatPatriotikSungguh

Kita dibawah satu bendera!Respect perlembagaan tanah tumpah darah kita!

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net