McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World

Turut melancarkan Pai Kastard Strawberi baharu

Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.


Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.

“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.

Peluang Untuk Terbang Dengan Harga Yang Murahh!

Bismillah...Siapa kaki travel angkat tangann!! meletup..angkat tangan meletup jyeahh!


Teringin nak jadi macam Superman dapat terbang sana sini takyah bayar apa-apa kan. Dah la kaki travel tapi asal naik kapal terbang je kena bayar, asal kena bayar je naik kapal terbang. Tak dapat dielakkan haha. Tapi kita ada cara yang dapat nak kurangkan kos kalau nak fly ke mana sahaja yang kita nak. Takdelah asyik kena tipu je bila kita beli flight ticket yang lebih mahal or merugikan. Sekarang ni cuma kena rajin sikit buat perbandingan so kita dapat book cheap flight yang kita impikan. Bayangkan bila kita dapat kurangkan kos kita boleh guna duit extra tu untuk book another flight ke tempat lain. So how?

Google jerr kan senang.!

Ni yang aku nak tanya korang yang setia membaca artikel yang aku tulis. Korang pernah dengar pasal Traveloka? Yezzaa traveloka is a web apps yang dapat senangkan kerja korang. Dekat apps ni korang boleh book flight tiket ikut keselesaan korang. So caranya mula-mula sekali korang google traveloka dan buka web official diorang. Jangan salah address lak tau. Ok once dah bukak korang tengok kat tab flight dan hotels, korang pilih flight. Then korang pilih dari mana korang nak fly, contohnya kalau dari KL , atau Kota Kinabalu . Lepas tu korang pilih destinasi lak. Korang boleh pilih domestik iaitu dalam negara atau international. Banyak choice yang ada.

Now tempat dah pilih kan? Sekarang korang decide berapa adult atau kids yang nak dibookkan. Opss sorry, adults, child or infant pilihan dia. Haha. Pilih date nak berlepas lepas tu pilih korang nak naik first class ke, nak naik economy class ke, business class ke, ikut korang nak keselesaan yang macam mana. Of course kalau nak paling murah korang pilih economy. Takde hal kalau korang jenis kaki travel so takyah first class pun takpe. Melainkan flight korang lebih 12 jam. Haaa nak ke mana tu 12 jam. International kan. Haha.

Bila everything dah in place korang boleh click search flight. Dia akan keluar list of choices dari segi airlines, waktu berlepas, apa yang ada sekali dalam pakej macam baggage, makanan dan sebagainya. Dan akan ada harga kat belah kanan so dari situ korang boleh buat comparison. Korang boleh sort lower price dan boom!!!. Korang akan dapat harga yang paling murah. Nice and easy. Settle masalah korang kalau nak terbang dengan murah. Dengan cara ni korang bayangkan berapa banyak duit yang korang boleh jimat sekaligus korang boleh simpan duit untuk beli flight tiket ke different destination.

Lepas korang dah choose korang akan dibawa ke satu page baru dimana korang boleh tengok details flight and final price. So kalau korang dah puas hati korang boleh click continue to booking. Kalau tak korang boleh back dan cari balik flight yang ada semula. Kalau dah okay korang boleh proceed kepada isi detail passenger. Kalau international tu korang kena isi details berkenaan passport sekali. Dont worry about security sebab Traveloka menjaga data korang sebaik mungkin. Dah terbukti dengan securitynya sebab untuk apps camni kena ada security yang kuat sebab korang akan buat payment kat sini jugak.


So lepas dah isi semua korang boleh proceed dan ikut instruction diorang sampai korang dapat e-ticket yang korang boleh guna masa nak travel nanti. So simpan e-ticket tu elok-elok. Antara tips yang aku boleh share ialah masa korang nak book ni nanti make sure internet korang stabil. Taknaklah nanti bila korang nak buat payment dia jadi sangkut lak. Selain tu korang register dengan traveloka sebab nanti korang akan dapat benefit macam promotion diskaun atau sebagainya. Dah la senang, lepas tu dapat offer yang best lak lepas register ngan traveloka. Selain tu, Traveloka juga korang boleh download ke fon korang. So tak perlu laptop pun korang dah boleh buat booking flight yang murah.


Dan fly baby flyyy!!



Anakku...bila aku tua..

Anakku,


Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku

Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku

"mak pekak ke?"

"mak bisu ke? "

"tak dengar ker??"

Aku minta maaf anakku

Aku semakin MENUA...

Anakku...



Bila aku tua,

Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku 
Sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah di depan aku
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi
Badan aku lemah
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil

Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,
Aku berharap kamu akan memegang tanganku
Dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.

Jangan cemas
Jangan menangis
Hadapi dengan redha
Aku berjanji pada kamu
Bila aku bertemu Allah

Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..


SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK...
DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH

Wahai Orang Yang Menunda Taubat Atas Alasan Masih Muda

Renungan untuk diriku

Pertandingan bola :    90 menit
Film serial               :    60 menit
Film action             :  130 menit
Shalat                      :       5 menit


Neraka Jahannam :  SEPANJANG HIDUP
Surga : SEPANJANG HIDUP


Mari kita merenung

Facebook    : 5000 kawan
Tweeter       : 2000 kawan
Whatsapp   : 100 kawan
Kontak        :    80 kawan
Kawan dikampung : 50 org
Kawan dimasa sulit : 1
Kawan di jenazahmu : keluargamu
Kawan di kubur : kau sendirian


Jangan merasa aneh, inilah kehidupan

Hakikatnya 


TAK ADA YANG MEMBERIMU MANFAAT SELAIN SOLATMU


Jika kau mendapati debu di mushafmu ( Kitab Alqur'an )
Maka Tangisilah dirimu sendiri !
Barangsiapa yang tidak membaca Al-Quran selama 3 hari tanpa ada uzur maka ia dinamakan Hajir / seorang yang meninggalkan Al-Quran

Aku tidak memaksamu untuk menyebar luaskan tulisan ini.Akan tetapi sebagai kepatuhan pada Firman Allah Ta'ala : "Peringatkan lah karena peringatan akan memberikan manfaat pada kaum mukminin"

Alam yang aneh,

Jenazah disusul dengan jenazah . . kematian disusul dengan kematian berikutnya.
Berita tentang kematian terus bermunculan ada yang mati karena kecelakaan ada karena sakit ada yang tiba2 mati tanpa diketahui sababnya semuanya tinggalkan dunia ini dan mereka semua kami kuburkan dan itu pasti.

Hariku dan harimu pasti akan tiba persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tak dapat kembali.
Wahai orang yang menunda Taubat dengan alasan karena masih muda

Maaf.....

Kuburan bukanlah tempat untuk orang dewasa saja(kuburan tempat manusia segala usia)

Sungguh Dunia itu hanya 3 hari :

Hari Kelmarin : Kita hidup disitu, dan tidak akan kembali lagi

Hari ini : Kita jalani namun tak berlangsung lama

Besok :Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi dan tidak ada jaminan kita bisa hidup sampai besok.

Maka saling memaafkan dan sedekahlah kerana Aku engkau dan mereka AKAN PERGI meninggalkan gemerlapnya dunia selamanya ...


Ya Allah kami memohon padaMu husnul khatimah dan beruntung dengan mendapatkan surga dan selamat dari api neraka aamiin ya robbal alamiin

Saudara ku yang mulia 

Barangsiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan maka ia akan mati dengan kebiasaan itu....
Dan barangsiapa yang mati dalam suatu keadaan maka ia akan dibangkitkan dalam keadaan tersebut....

Jika kau sudah membaca tulisan ini kau sudah mendapatkan pahala nya, namun bila kau menyebarkannya dan orang lain mendapakan manfaat juga maka akan dilipat gandakan pahala mu Insyaa Allah.

Ust. Bachtiar Nasir

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net