Menuju Puncak Broga..Mission accomplished!

Bismillah

Alhamdulillah buat kedua kalinya aku mendaki bukit Broga pada hari ahad bersamaan 25 hari bulan 3 tahun 2018 setelah diajak oleh kawan bernama FA.Sebelum tu AK dan NF ada ajak juga tapi serius memang keberatan sangat-sangat.Sebab tahu memang akan mengah macam yang first dulu..kalau nak baca pengalaman aku naik Broga masa first time dulu nie link dia ☏ Hike The Broga Hill For The First Time!

Serius la kali nie alhamdulillah lebih okay daripada yang pertama dulu.Bila FA wasap aku malam tu aku cuba mengelak dengan mengatakan alasan begini begitu dan itu ini lah.Lepas aku tengok dia boleh berkorban nak tunggu aku katanya dan takkan tinggal aku maka aku pun setujulah.Bukan apa takut menyusahkan orang je tunggu kita.Bukan mudah orang nak tunggu kita kot.Satu dalam sejuta pun belum tentu.

Dah alang-alang setuju dan dia sangat insist so aku ajak pergi KFC malam tu dengan alasan esok kena ada full energy.Hahaa..maka berKFC la kita malam tu sambil tengok movie dan menanti keesokkan harinya.Mujurlah dapat nyenyak seketika.Terjaga dalam 3.40 pagi tanpa alarm.Buka phone 3.30 pagi FA dah wasap tanya dah bangun ke belum..lepas tu AK pula wassap.Tanpa berlengah aku siap cepat! Janji pukul 4 pagi nak bertolak oii.


selfie wefiee sementara tunggu NF 
Yang hado! NF tak dapat dikesan.Tidur mati uiii.Aku ingat aku paling lambat dah😂Telefon semua roommate dia semua tak jawab.Cemas dah kitorang.Missed call berpuluh kali dah.Aku,FA dan KS panaskan badan dulu sementara itu.Dah hampir 4.30 pagi maka AK cuba masuk rumah NF.Alhamduillah berjaya akhirnya pecah masuk rumah NF dengan kunci rumah AK.Memang tidur mati budak nie..hahahaa..Lebih kurang pukul 5 pagi maka kami pun bertolak ke Bukit Broga.Uishh ramai orang harini.Dorang lega ramai orang,aku sebaliknya..hahaa..malu la nanti nak berhenti-henti.Dah meramal akan berhenti banyak nie.

Kali nie jauh sikit baru berhenti.Jantung berdegup luar biasa.Kaki masih steady.KS mula pimpin aku lepas tu FA pula ambil alih.Yang lain sudah jauh ke depan,maka tinggallah aku dengan FA menemani.Terharu rasa, FA siap bawakan beg aku.Padahal beg tu bukan masalah utama aku tapi jantung nie haa..Hahaha..nak tunggu jantung jadi normal balik ambil masa la..FA bagi motivation sometimes push.Ada juga rasa nak mencarut wehh..hahaha..orang dah la penat ..jantung tak steady tapi FA sibuk bagi perumpaan itu ini..mujurlah dalam tarbiah..insoffkan hati sendiri maka aku kontrol rasa marah dengan istighfar banyak-banyak dalam hati.Syaitonn ini sumee..hahahahh

Aku ingatkan diri sendiri yang Allah tengah menguji kesabaran aku tatkala itu.Jika aku mampu atasi rintangan ini maka ganjaran yang lebih baik menanti.Dan ikut nasihat FA jangan bernafas guna mulut.Walaupun seksa tapi aku cuba bernafas guna hidung.Mengah kot rasa tak cukup oxygen.Tak kira berapa kali berhenti untuk stabilkan degupan jantung.Kadangkala FA dah jauh aku berhenti untuk ambil nafas dan stabilkan degupan jantung.FA takut tak ada orang sebab tak tahu jalan,aku pula tak kisah orang tapi FA risau tinggal aku sesorang.Aku cuba kuatkan semangat dan teruskan walau perlahan setapak demi setapak.FA makin jauh dan aku mengikuti dari kejauhan selangkah demi selangkah dengan nafas yang tak stabil.


Terkadang jalan yang kita tempuh terasa jauh dan tak mampu untuk bertahan lagi...
Better late than never.

Masa aku melangkah setapak demi setapak perlahan-lahan aku mengingatkan diri yang walau apa pun teruslah berjalan walaupun perlahan kerana akhirnya kita akan sampai juga.Situasi ni praktikal dalam kehidupan.Banyak ibrah yang tersembunyi dalam proses mendaki Bukit Broga ini.Walau orang sudah tak betah untuk menunggu,teruskan berjalan walau sendirian.Lambat-laun kita akan sampai juga pada mereka kerana destinasi kita sama! Satu arah..satu tujuan ..dan satu matlamat! Hanya mereka yang bersabar akan sampai ke puncaknya!.Maka jangan give up di pertengahan jalan! Jika penat berhentilah berehat seketika dan mulakan kembali langkah setelah stabil!


Hanya kita yang memahami diri sendiri...

Memang terkadang rasa nak give up bila penat sangat-sangat dan orang push tak sabar menanti kita yang asyik berehat dan lambat.Namun jangan pedulikan orang lain.Kita buat ikut kemampuan kita.Kita kenal diri kita setakat mana kemampuan kita.Jika penat berehatlah,biarkan mereka pergi dulu.Jangan bersedih ditinggalkan.Ini adalah perjuangan diri kita,bukan orang lain.Jika mereka mampu,mengapa tidak kita! Pasti kita akan sampai juga! Hanya jarak masa je yang memisahkan.


FA is a spoiler..hahahh
Namun kebersamaan itu amatlah indah seandainya kita memahami.Hanya sedikit yang memahami.Sukar pula untuk dijumpai.Aku panjat macam spiderman dah rasa..hahaa..tak tahu apa gaya aku memanjat bukit tu dengan bergantung pada tali yang terhuyung-hayang tu.Cerun pula tu..kalau jatuh..tak ke ngeri.Terselit secebis harapan kalau ada orang yang boleh membantu.Namun harapan hanyalah harapan.Sepenuh tenaga aku tarik tali bagi lepas juga ke atas.Tak peduli dah seluar kotor ke apa..semua tu demi satu tujuan je…sampai ke puncak bersama dorang! Wait for meee!

Dan akhirnya..T_T

Mission accomplished!!



Terima kasih FA!!Terima kasih semua!! Terima kasih Ya Allah beri kekuatan untuk sampai ke Puncak.Semoga degree yang berbaki satu sem je lagi ini pun mampu ku habiskan !Dan dengan bangganya nanti dapat ku katakan jua...

Mission accomplished!

WORK HARD! PRAY HARDER ! FUTURE IS OURS !!

Selamat Hari Wanita Sedunia! Setiap 8 March

┏🌺🌺🌺━━━━━━━━━━━━┓
  *S E L A M A T    H A R I    W A N I T A*
┗━━━━━━━━━━━━🌹🌹🌹┛
*Rasulullah ﷺbersabda:*
"Wanita, apabila ia *SOLAT* lima waktu, *PUASA* sebulan Ramadhan, *MEMELIHARA  KEHORMATANNYA* serta *TAAT PADA SUAMINYA*, maka masuklah ia dari mana saja pintu *SYURGA* yang ia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)

(¯`*•.¸♥ "Peliharalah Akhlakmu,
Kerana Ia Sumber Kecantikanmu✿ ܓ
‎✿ ܓPeliharalah Agamamu,
Kerana Ia Adalah Peganganmu✿ ܓ
‎✿ ܓPeliharalah Amalmu
Kerana ia Adalah Pakaian Ukhrawimu✿ ܓ
‎✿ ܓDan Peliharalah Lisanmu,
Kerana Ia Adalah Hatimu✿ ܓ
‎✿ ܓYang Menentukan Baik Dan Buruk Dirimu ".♥¸.•*´¯)

*_🌹SELAMAT HARI WANITA🌹_*
*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net