Berwayang dengan BLACK PANTHER di IOI Putrajaya

Bismillah

Fuhh! berhabukkk.

Selalu je tak berkesempatan nak menaip uii.Alasan sangat kan.Banyak sangat halangannya.Nak buat macam mana.Bukan senang kau nak komited dalam berblogging ini.Apatah lagi dalam pelajaran..errr.Oklah sementara tengah siapkan lab report microb nie haa..petang tadi lepas pergi memanah for the first time in my life..ok itu nanti aku cerita dalam entry lain.

Sekarang ai nak cerita pasal BLACK PANTHER! fuhh..cerita apa yang dok hangat sangat nie? Tadi lepas habis mini game memanah tu,sembang punya sembang punya sembang.Seorang senior nie nak pergi tengok BLACK PANTHER dekat IOI.Sorang-sorang..tak mengagak! Fikir kejap lepas tu kebetulan nak balik awal juga.Kitorang pun decide untuk ikut! Yihiii..maka berkepak-kepaklah duit melayang.Hahaha..


Korang tahu ke pasal BLACK PANTHER ni? cerita apa dia niee? Aku main follow je hahaa..start je cerita aku terus..err..cerita apa yang aku tengok nie oiii..macam cerita imaginasi untuk budak-budak je..agak boring dan bukan citarasa aku..hoohooo..mujur tak tidur je..tapi sebab dapat tempat dekat depan wehhh..laku keras tikett..orang pun lain macam ramai harini.

Sound kan kuat..biasalah cinema.Tak tertidur la jawabnya..bila part action tu perghh...ting!ting! ting! hahaa..layan je laa..apa apa pun aku tak baca review orang pasal cerita nie tapi daripada risikan kawan-kawan dorang sume kata best.Mesti jiwa dorang cerita nie.Aku tak boleh layan la pula..hohoo..ada beberapa orang je yang kata boring..aku lar tuu..hahaa..orang tu nak mati aku boleh menguap pula..err..sangat tak ada hati dan perasaan..hati kau keras roy!


Lawak ada la sikit-sikit part adik king tu dengan Ejen Ross tu best juga.Banyak lawan-lawan dan adegan kejar mengejar macam cerita KL Gangster dah.Entah la..rasa macam biasa-biasa je..mungkin sebab tak minat genre nie kott dan rasa jalan cerita pun biasa-biasa je..teknologi nice tapi aku ada tengok yang lebih power lagi..hahaa..jadi biasa-biasa ja juga..kesimpulannya..ZZzzZZZz..biasa-biasa je bro!


Ok sikit lagi pasal cerita nie..sepupu dia yang merampas takhta angkara dendam sebab ayah dia dibunuh oleh Pak Sedare dia sendiri.Hai la..dendam memakan diri sendiri.Tak ke mana jika berdendam..memang susah nak maafkan tapi maafkanlah demi ketenangan hati dan kesejahteraan sejagat.InsyaAllah ada kebaikan buatmu..heheh..ok la..jumpa lagi la di lain entry..till thenn!


Permohonan E-Dermasiswa MUIP 2018 telah dibuka(Tarikh Tutup : 31 Mei 2018)

Bismillah.

Untuk makluman bagi pelajar berasal dari Pahang,bantuan zakat E-Dermasiswa merupakan bantuan daripada Majlis Ugama Islam& Adat Resam Melayu Pahang(MUIP).Bantuan ini diberi setahun sekali dan hanya layak untuk pelajar yang berasal atau bermastautin di Pahang sahaja.Maksimum bantuan hanya sebanyak tiga kali sahaja.


Bagi para pelajar dari Pahang boleh melayari laman web https://zakat4pengajian.muip.gov.my untuk keterangan lanjut.Jangan lepaskan peluang untuk memohon bantuan ini.Bantuan ini layak kepada para pelajar dari Pahang tak mengira pangkat darjat mahupun harta.Kalau mak pak korang kaya raya pun boleh apply.Tapi kalau dah kaya lebih afdal dahulukan yang utama.Heee.

Jadi lepas ni jangan cakap akak tak payung.Bantuan E-Dermasiswa ini terbuka kepada semua pelajar dari Pahang bermula dari peringkat pondok,Diploma Politeknik,IPTA,IPTS sehinggalah Ijazah Sarjana Muda dari dalam mahupun luar negara.Bagi dalam negara semua kos boleh apply manakala luar negara diutamakan untuk kos Pengajian Islam dan Perubatan Sahaja.

Usaha ini sangat murni bagi membantu para pelajar yang dalam kesesakan.Bila kala pelajar berkira-kira nak minta dengan mak ayah.Mak ayah pun susah gak.Jadi inilah jalan rezeki yang ada.Alhamdulillah.Setiap kesusahan ada jalan keluarnya.Sila apply dan hantar borang sebelum tarikh tutup pada 31 Mei 2018.


Tonton Wayang Free Maze Runner : The Death Cure di MyTown Cheras

Bismillah

Bulan dua merupakan bulan bahagia aku.Hahaa.Nak tahu kenapa? Sebab ini adalah bulan hari kelahiran aku ! Jyeahh! Jadi sempena bulan kelahiran,kebanyakan pihak banyak buat promotion untuk sesiapa yang lahir pada bulan Februari.Jadi korang jangan ketinggalan rebut peluang ini kalau lahir bulan Februari tau ! Tapi yang lahir pada bulan lain jangan risau.InsyaAllah ada je rezeki korang nanti bila tiba bulan lahir korang.


Dan salah satu pihak yang buat promosi ataupun free of charge service ialah GSC Cinema ! Aku tak tahu pun boleh tengok wayang free.Melainkan kawan aku habaq maii..Kalau nak tahu,bukan kita je dapat tengok wayang free siap package boleh bawa kawan seorang temankan kita! Seriously? Perghh rasa macam heaven giler la.Tapi jangan salah anggap,orang dah bagi betis takkan nak peha pula kan..hihii..agak-agak la..kita boleh pilih sehari je untuk tengok wayang free tu sepanjang bulan kelahiran kita.Tak kisah berapa haribulan pun.Tapi sekali je la okay!

Jangan kau memandai nak pergi hari-hari sepanjang bulan tu pula.Mana mahunya dibagi..kena halau lagi ada laa..hahaa..jangan buat muka tak malu tu.Cara je senang je..korang pergi dekat laman web GSC untuk sign up atau baca cara-caranya di blog penselduabee .Boleh tengok free setahun sekali je tau..nanti kalau nak free lagi repeatlah untuk next year pula.Dan list movie dia akan bagi mana yang korang boleh tengok.Tapi almost semua la boleh.

Zoo Negara pun bagi free entrance tapi sayang tak boleh bawa orang.Kalau nak bawa kawan,dorang kena bayarlah ..alahai sedihnya.Nak pergi ! Tapi takpe kita hold dulu mana tahu nanti dapat pergi..hohoo..bukan selalu tuah di kaki siapalah yang tahu.Aku pergi MyTown naik MRT dengan dua orang kawan.Sorang tu bayar guna student card.Berbaloi gak.Murah je..hihii.Kitorang sampai je terus lalu base terowong bawah tanah gituhh dan tembus ke MyTown.On the way ke GSC,Uiii ..terpana sat ternampak sekilas Syukri Yahya tengah shooting dalam sebuah coffea shop tak silap.Betul la macam Jericho Rosales😂Manis je senyuman dia.Kitorang tak dan nak tengok lama terus naik escalator ke GSC.


Berbalik pada Maze Runner ! Perghh syok wehhh! Serius pergi la.! Dah la related dalam bidang aku.Tapi kesian dekat Minho dan kawan-kawan immune dorang yang lain tu dijadikan experiment tanpa kerelaan.Dah la sakit oo..Aku tertahan-tahan tengok.Macam aku pula yang kena.Cerita dia banyak action.Fortunately,tak ada romance.Part last je ada sedikit sedutan.😂Bagi aku not bad la.Ai suka juga cerita dia..bukan senang nak puaskan hati aku sebab aku macam tak ada hati tau..hahaha.


Jadi berbaloilah ! Dah la free ..syok pula tu! Kawan aku punya komen best! Dia triggered je tengok dan berdebar-debar sebab banyak action kan.By the way,Minho comel ouh! Kesian Newt kena jangkitan wuwuwu..tu emo.Dan aku tak emo pun dengan apa yang jadi dengan ex girlfriend Thomas.Hohoo..entah ler..pengorbanan,pengkhianatan dan perasaan yang kuat ingin menyelamatkan seorang kawan hingga sanggup menggadai nyawa sangatlah epik.

Ada lagi kaa orang sebegitu.

Mixed emotion.Sad and Fun at the same time
Dan sekumpulan orang yang pentingkan diri untuk menyelamatkan diri mereka saja sampai sanggup buat apa je pada orang yang tak bersalah sangatlah kejam dan zalim.Elok la musnahkan je orang yang sebegini.Ish-ish-ish.Musnahkan perangai buruk dan baiki akhlak.Tapi kalau tak nak bertaubat juga dont ever give a damn! Gituhh.Tapi dunia ini memang begitu.Marilah kita jadi orang yang baik-baik guys.

            

Dan aku tak kenal pun cerita Maze Runner nie sehinggalah suatu saat trending HotTV dengan Sarancak nie!Like wow ! Hahaa..fun la.Thomas dari awal like woww!woww! wooww! Hahaa..dah macam tertarik-tarik hati dia dengan pick up lines Sarancak dari awal lagi.Dan Maze Runner nie kawan aku yang pilih untuk tengok dan ai setuju dan Yes! Ia sangat berbaloi gituhh! Give it a try !

Let's buy Jeans For Women At ZALORA website !

Hi you all!

How are you guys? Hope you are doing good!There have been a while since i post something in English,which is known as our second languange. In this post i want to introduce a website called ZALORA.Here ! In Malaysia guys! Hey! Tell me who is not ever heard about ZALORA? Like seriously? Are you sure guys? There is no way right?! But if you dont,i'm here to tell you about it! This is a website for shopping heavenly ! Especially jeans for women ! Yes,Jeans for women guys!



There is no way you can hesitate to shopping here ! There are so many apple of the eyes in the website! Like seriously not even at a glance you will reject the items that selling here ! Most of the interesting items of course as i said earlier is jeans for women!



Hey ladies !

You uols like up to date about fashion? You uols like walk like a model? Do you ever felt that you look like an old lady? Do you wanna make a change? Yeahh! So here you go! At ZALORA you can be anything! Within their various types of jeans for women!Flare Jeans,Jeggings,Coloured Jeans,Printed Jeans,Boyfriend Jeans and Skinny Jeans!

However,even if you are an old lady,there will always be the jeans for you! That will be jeans that suitable in your age range!Just make it happen when you buy at ZALORA website !


For muslimah !

Jyeahh! Why dont you try these various types of jeans at ZALORA website.Of course there will be types of loose jeans that cover up your precious leg.As i am also the muslimah then i know how it felt when certain types of jeans do not match with our rules but we are just wanna wears it like the others!.So dont ever being worry anymore ! Just look it up at the ZALORA website! You will find what you need according the rules of our religion! Cheer up! And have the best quality of jeans for women there!



So everybody ! Are you triggered? Then..what are you guys waiting for! Let's shopping directly to https://www.zalora.com.my/women/clothing/jeans/.

Enjoy and have the best quality jeans for women at ZALORA website!


Tarikh Penting Islam Sepanjang Tahun 2018


Dan blog pun terabaii

Bismillah

Hai uols apa khabar alam maya? Oh maii hilang semua azam pada blog menjadikan ia zam zam ala kazam! Wuwuwuwu ..minta maaflah wahai blogku.Tiada kesempatan untuk aku menulis padamu.Janjiku palsu tidak ku ingini semua ini terjadi melainkan takdirr yang aku cipta sendiri😓

Aigooo.. Masuk sem baru semua jadi kelam kabut maaa..pada mulanya je kelas nan hado.Masuk minggu kedua..ketiga dah mula buzykan diri mulakan final year projek kata kauuu.Macam-macam rintangan yang dilalui.Nanti la aku update cerita rintangan-rintangan ini secara berkala tika ada kesempatan.

Tak syokk woo update guna phone Xiaome nie.Entah kenapa image not supported untuk dimasukkan through blogger app ini.Tak ada kesempatan pula nak godek-godek siapa yang bersalah dalam hal ini Kalau tak,confirm aku "feel" je nak update hari-hari.Haritu nak update wordless wednesday guna phone.So image not supported.Terus down aii.

Entah apa cerita #BloggerPantaiTimur pun tak tahu.Sempat la read beberapa kali ramai yang dapat Job dah.Bertalu-talu.Laku keras gituhh.Aku ketinggalan jauh nie haa.Sendu tak sendu..sendu lagi fyp aku😂 Tengah Cuba up kan semangat balik untuk blogging semula. Moga menjadi lubuk pendapatan kala kemarau panjang..hahaaa..sudah la tu ..aku nak sambung buat nota usrah pula.. See ya! Blogging..blogging juga jangan lupa iklankan produk yang halal lagi terjamin keselamatannya ya! AWAS!

Semoga berjumpa lagi.Daaa!

Peringatan kepada Diri Yang Lupa

Bismillah.

Jahat atau Baiknya kita
Solat jangan ditinggalkan

Solat Bukan sebab kita baik.
Solat sebab perintah Allah
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita

Ada orang tidak dpt Nikmat pun dlm solat...renung sejenak, apa kah solat kita sekadar perlakuan solat ?Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki

Berapa Ramai yang  berkejar-kejaran Mencari duit, harta kekayaan Tanpa solat...?Rezeki sentiasa dirasa tidak pernah cukup...Kerana  kita merasa duit adalah segala2nya.Maka kita menjadi hamba kepada duit.

NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia..Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA.Syukur Tanpa hilang Allah...itu lah perjuangan hidup.Yakinlah dgn solat...solat Akan merubah seluruh Kehidupan kita.Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup...

Kalau dah mati..Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus..Sedekah masa hidup itu bonus...Ilmu yg di kongsi itu bonus..Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati...Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...Berani mcm mana pun...tetap Akan mati.Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...


Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya...Mati itu pasti...Sakaratul maut itu pasti...Alam barzakh itu pasti...Ingat mati...Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun...Kita tak bawa segunung harta setelah mati..Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekalian alam...

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan.Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri.Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza.Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.

Credit : Whatsapp Group

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net