Putuskan hubungan,apakah solusi kepada segalanya?

Bismillah.

8 Januari 2018.

Dah serupa diari dah.Pedulik! Haha.Cari idea nak tulis apa.Masa banyak idea tak cukup masa nak tulis.Bila masa terluang,hilang segala idea.Cobaaan.Scroll bloglist nampak la kereta Mayat update blog.Woha!Tagline dia.Dari dulu sampai sekarang tak pernah tak kelakar mayat ini.Banyak ilmu laki-bini.Kes penceraian pula.Mengapakah kau curang duhai lelaki? Mengapakah kau tidak memahami wahai perempuan?

Aku bab-bab macam ni angin sikit.

Tak kisah la dari kawan atau kekasih bahkan suami isteri apatah lagi adik beradik mahupun mak ayah dan anak beranak.Apa masalah orang sebenarnya ya?Kenapa ada pergaduhan dan kenapa ada salah faham? Tak lain tak bukan..

KOMUNIKASI!

Hey guys! Tahukah korang,kalau korang berkomunikasi secara baik,bahkan berterus terang.Masalah insyaAllah takkan terjadi.Dalam sesuatu perhubungan jujurlah wehh.Jangan pendam.Luahkan.Tahun lepas aku terlibat dalam menjadi orang tengah pergaduhan antara dua orang.Well,bukan pertama kali aku jadi orang tengah.Dah macam mangsa keadaan rasa.Tersepit di antara dua orang.Bukanlah tak nak tolong,tapi seriuslah.Masalah yang timbul berpunca dari perangai yang tak mahu berterus-terang.

¶ Kamu tak tahu malu,suka-suka saja kau buat begitu ¶ -Atmosfera

Macam-macam alasan diberi untuk menangkan diri sendiri.Nasihat pun tak ada guna kalau orang tak nak dengar.Umpama mencurahkan air ke daun keladi.Aku nasihat apa yang termampu saja.Dua-dua ego wehh.Tak lulus lagi jadi pakar psikologi.Ustazah apatah lagi walaupun banyak juga ayat sentap aku bagi.Diiyakannya.Ikutnya tidak๐Ÿ˜…Masa diploma dulu lagilah.Aku juga jadi mangsa keadaan untuk pindah bertukar bilik dengan salah seorangnya.Punyalah menyampah nak tengok muka sampai berpindah bilik.

Beginilah kehidupan seorang introvert.Menurut saja asalkan orang bahagia.Malas nak ambil pusing.Asalkan hidup aku aman.Such a naive girl duluuu.Sekarang kurang la sikit kott.Haha.Walaupun masih layu dipujuk rayu.Semakin tegas dalam menangani masalah.Jangan layankan sangat kehendak orang yang tengah bertelagah ni.Kita pula yang pening.Masalah hanya akan selesai bila dua orang yang bertelagah ini berkomunikasi sesama sendiri apa yang tak puas hati itu.Turunkan ego !Bukannya angkat tangan atau parang!

Itulah yang ditakuti.Bila cerita pergaduhan beredar dari satu orang ke satu orang yang lain.Isu menjadi lebih hangat bila ada yang mencadangkan itu ini.Ada yang bagus,ada pula yang menjadi batu api.Kedua-dua pihak ada penyokong dan haters masing-masing.Selayaknya orang yang mendengar jangan kritik dan menangkan salah seorang.Beri nasihat yang terbaik untuk mencari jalan perdamaian.Bukan menambahkan keruh keadaan dengan menyebelahi sebelah pihak dan memburuk-burukkan orang yang ditelagah itu.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."(Al-Hujuraat 49:10)

Tidak mahu mendapat rahmatkah kamu dengan mengeruhkan keadaan? Biarlah mereka selesaikan masalah mereka.Jangan ditambah bara yang membara.Bila majoriti yang menasihati lebih kepada putuskan saja hubungan.Takutkan kerana sejarah mungkin berulang walau engkau ku maafkan-New boys.Maka terputuslah hubungan silaturahim antara keduanya.Semoga diberi hidayah dan rahmatNya.


Aku sudah sedaya upaya bagi nasihat yang terbaik.Maka aku berlepas diri dari keadaan mereka ini.Moga diberi petunjuk apa yang terbaik.Semoga Allah redha.Namun takkan putus cuba apa yang termampu untuk menjernihkan keadaan.Apa pula solusi korang?

6 comments:

  1. Kak nieyl singgah sini...
    dlm perhubungan, komunikasi itu adalah penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah kak Nieyl,miscommunication maka pincanglah hbngn

      Delete
  2. Bukan senang nak meleraikan persengketaan
    masing2 nak menegkkan benang basah.
    Mudah2an Allah memberikan hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu..itu la p.cik.Semoga diberikan hidayah.Tak senang tgk org bermusuhan ni.

      Delete
  3. tak apalah macam personal diari pun tapi bawak manfaat kat orang lain jugak kan.. kot ada yang tengah depresi baca blog mas ni hiii

    ReplyDelete
  4. hrpnya bkn makin depress la..hahaa

    ReplyDelete


Current Status (22 January 2018) : Semester 6! May Allah bless๐Ÿ’• this journey! Bittaufiq wannajah!

Dear reader,thank you for having here๐Ÿ’•I'm appreciated it a lot.I'll get you back sooner or later whatever it takes!๐Ÿ‡๐Ÿป

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net