Hanya kau dan amalmu

Tersentap tapi bermakna

Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.

Bila sudah besar.. bilik masing-masing.

Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.

Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising

Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.

Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik...Hanya kau dan amal mu.
Bersedia selalu.. bersiap selalu.Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana.Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar.Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat.

Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia.Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA.Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik.


Credit : Whatsapp Group

Berdekah! Uber Tawaf Bangunan Berkali-kali

Bismillah

Hampir seminggu masuk semester 6 wehhh..standby kelas tak banyak minggu pertama membuatkan hidup agak kebosanan.Omg! Nampak tak semangat nak belajar tu? Hahaa..poyo je la..Ingatkan plan minggu ni nak siapkan extraction malangnya lab staff tak buat briefing lagi maka terpaksalah aku tunda ke minggu depan.Minggu depan dah buzy nak oii..harap kesihatan mental terjaga.

Tak nak balik rumah sewa lagi maka aku duduk dekat library..tiba-tiba dirasuk kebosanan maka mesej classmate ajak keluar..perancangan gempak giler..last-last area dekat je pergi..Hahaa..duit nak kena jimat.Hujung bulan dah la tu hujan pula tu..huhuhu..apa khabar mak ayah dan family dekat kampung..hujan-hujan ni mana nak dapat kerja..tunggu panas la baru dapat menoreh..uii..basah tisuu..

Dalam hujan-hujan ni syahdu je la jiwa..hahaa..masih homesick...tu la kejap sangat cuti..cuba sesuaikan diri sedikit demi sedikit di tempat orang..takkan selamanya nak duduk dekat ketiak family selamanya kan..kitorang pusing-pusing dekat Mr DIY je..uii..macam-macam adoo..duit je takdo maka kita cuci mata jer laa..

Ceritanya bermula di sini..aku dan classmate minta tolong kawan classmate dekat rumah sewa request uber..itulah bagusnya app uber ni..suruh orang request pun boleh..hihiii..bukan apa...classmate aku tak ada app tu..bateri henset aku awal-awal lagi dah mati..naya sungguh la..keluar bawa handphone mati..maka berhuhuhu la kitaa..tak dapat nak posing..hahaa..

Kitorang ingat nak jalan kaki je balik ..tapi..err..classmate aku takut..jauh sebenarnya..hihi..dan dan lepas tu hujan turun pula..so kita tunggu uber la nampak gayanya..kawan classmate bagi nombor plate uber through whatsapp dan kitorang pun tunggu la sampai uber sampai..ok ! uber tak sampai lagi..maka classmate aku pun whatsapp kawan dia tanya kat mana dah uber tu..

Katanya dah sampai..eh mana..mana..kitorang terjenguk-jenguk dekat jalan ..tak ada pun..aigoo! tanya lagi..dan..oh on the way lagi...kitorang tunggu seketika..ok! dari jauh dah nampak ..uber..uber..! ehh..asal dia tak berhenti?..kitorang pandang sesama sendiri..classmate pun whatsapp kawan dia tanya kenapa..so kawan dia deal la dengan uber tu..pastu kitorang tunggu lagi..ehh..uber tu !

Ehh..kenapa dia tak berhenti? kitorang pandang sesama sendiri lagi..terpacak kami dalam hujan tu..aigooo..buat hal! mesej lagi tanya kawan classmate kenapa dengan uber tu..tak nampak kitorang ke..lepas dia deal..kitorang tunggu lagi..aku dah siap nak ke tengah untuk lambai uber tu bila dia lalu nanti..ok! ready!

Dah nampak dah macam uber tu! Ok..siap! wehhh..aku pun mula memainkan peranan sedia! angkat tangan tahan uber tu..omg! malu!..asal dia tak berhenti wehh!..kitorang pandang sesama sendiri lalu berdekahh๐Ÿ˜‚Seriuslah? dia tak nampak kita ke?..percubaan seterusnya..kitorang tunggu uber tu dekat tepi dalam kehujanan..ok dia tak berhenti lagi..tak putus asa..nekad kali pergi ke seberang jalan bagi dia nampak..

Mungkin uber tu tak nampak kott..aku gigih ke tepi untuk melambai..ok nampak dah! lambai-lambai! wehhh..dia tak berhenti lagii..hahaha..sedihh..pecah perut ketawa..kitorang macam tak wujud nie..halimunan ke kitorang nie? Ok kitorang dah penat..kitorang nampak uber tu lalu lagi..last sekali kawan classmate whatsapp cakap uber tu dah cancel..so dia pun request yang baru..

Pernah la aku kena macam ni sekali,masa tu shopping barang dapur..dah siap tunggu uber..ok kitorang nampak dah uber tu..baru nak angkat barang tak pasal-pasal uber tu laju menderu tak berhenti melintasi di hadapan mata kami.Seolah-olah menunggu sesuatu yang dinanti tiba-tiba ia pergi begitu saja.Maka kami pun berhuhuhu.Tengok status rupanya dia kansel daa! apa kess..dah sampai kansel? Mungkin ada kecemasan.Kitorang sangka baik je.haha.

Dan kenapa pula uber kali ini tak berhenti dan bertawaf masih menjadi misteri~ 

Macam-macam peel hujan-hujan nie..๐Ÿ˜‚

Kereta merah yang cantik dan hebat



Nak pergi kelas..Kelas Cancel!

Bismillah

Hari ini minggu pertama semester baru,sejak semalam terasa lama pula waktu berjalan sebab dah ada di sini jauh dari kampung halaman.Sodih jang oii..dalam jadual pagi ada lab tapi macam biasalah..minggu pertama memang tak buat lab.Lecture pun tak start lagi..tak ada jadahnya la nak buat lab.

Lambat sikit ambik mood untuk pergi kelas petang,aku baru nak gerak bila mana tiba-tiba..

"Kak Mas..kelas kansel"

Whatt?..

Biar betul tak ada pun dalam whatsapp group.Maka aku check la whatsapp.Ceitt! Aku lupa yang aku tak buka data.Naya sungguh la weyhhh..lepas buka data maka bertalu-talu la mesej masuk..

"Assalamualaikum rakan rakan.. petang ni takde kelas ye.."

Paling tak boleh blah bila mana mesej tu beberapa minit je lagi sebelum kelas bermula..dah la tu..masuk pula jadual baru.Macam mana buat kerja? Habaq maii..habaq maii..aku ni bukannya jenis orang yang fleksible ..sesuka hati je tukar jadual ..aigoooo..jadi aku mula belajar untuk fleksible walaupun hati kau keras Roy

Tapi semenjak mula kenal dunia luar ni,baru aku tahu yang memang kebanyakan organisasi tak sharp sangat in time.Banyak perkara yang tak terancang dan teratur.Last minit apatah lagi..jadi nak kata kena punctual ini semua dusta belaka.Masa praktikal diploma dulu,aku beria skema kott..orang lain relaks je..hahaha..sodih denn..staff pun naik belang bila dah lama kerja.

Aku suka suasana yang skema,ikut peraturan dan terancang.Namun apakan daya,orang lain tidak begitu.Susah nak jumpa lahaii..kat mana la aku mampu jumpa orang dan suasana yang begitu..teringin nak kerja dekat tempat yang mempunyai suasana yang terancang dan berdisplin.Bukanlah kata mengikut je macam robot tapi kerja itu terancang dan bukan semberono.

Bukankah ada kata-kata yang mengatakan..

"Kejahatan yang terancang itu mampu menewaskan kebaikan yang tidak tersusun"

Gitulahhh..btw aku update tak boleh update gambar sebab guna henset nie haa..kalau nak gambar..memang tak berupdate la blog aku jawabnya.Kalau tak de gambar tu faham-faham je la aku guna henset la tu..boleh pula henset yang adik aku bagi ni tak boleh upload gambar.Katanya image not supported.Syukur saja dapat henset free.Huhuu.

Debaran FYP 2,daun tak cari lagi uiii.Nak mula dari mana?😭 Mohon bertabah.Doakan aku berjaya! Aci redah !

Sekian.

Waktu Untuk Pulang Tapi Aku Keberatan!

Bismillah

20 Januari 2018

Beberapa Hari Tak Update Blog

Anak kucing putih comel gigit bakul

Bertemankan kucing yang aku tak suka di tepi katil ni.Dah halau berasa banyak kali pun masih datang lagi.Entah apa yang dia nak sangat dekat aku ni pun tak tahu.Aku tak suka kau lah! Lalu aku menggagahkan diri untuk menaip.Cuaca tak menentu menyebabkan fikiran pun jadi tak menentu.Badan pun menerima nasib yang sama.Apatah lagi paru-paru yang sangat sensitif dengan perubahan cuaca menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dengan kahak yang memenuhi dinding-dinding saluran paru-paru.Kott la dia ingat suara anak kucing dalam paru-paru ni anak dia la kott๐Ÿ˜•

Waktu Untuk Pulang


Tapi aku keberatan ! Esok dah kena balik untuk menyambung pengajian sem 6.Alamatnya inilah semester aku yang terakhir di kampus ini.3 Mata pelajaran core + FYP 2 bakal menghantui.Tak terasa beban yang bakal ditanggung sikit masa je lagi.Semoga terus kuat meneruskan cabaran.Di pertengahan cuti terasa nak cepatkan masa sebab dah bosan.Bila dah penghujung cuti terasa tak mampu nak balik.Arghh! Dilemma seorang pelajar yang sudah lelah dengan segalanya.Tak tahu kemana arah ingin ku tuju.Jiwa memberontak!Tapi aku bukan remaja lagi untuk terus-terusan memberontak.

Sudah Tiba Waktunya

Graphic ayat Al-Quran bentuk love yang bercahaya

Namun satu saja tujuan kenapa aku berkeras untuk pulang,ada sesuatu di sana yang membimbing diri ini.Membina kehidupan yang selamat dan sejahtera.Suatu pulangan yang lumayan akan ku bawa bersama walau di mana saja berada.Suatu kesempatan yang bukan mudah digapai..Suatu visi demi untuk menguatkan diri sendiri lalu mengajak mereka yang disayangi.Walau lambat namun tetap akan teruskan jua sehingga tetap kekal dalam jalan cahaya.

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: `Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu,maka kami pun berimanWahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti."(A-li'Imraan 3:193)

Walau tak terbilang kejatuhan namun semangat untuk bangun jangan sesekali pudar hingga akhirnya halawatul iman dirasai.Jom kita genggam hidayah ini! 

Salam alaik!

Tanda-Tanda Lalai

Dengar di Radio IKIM (Tazkirah)

Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu


LALAI

Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai

Antaranya

1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan dan di meja makan serta nonton tv
5.  Kurang atau malas berdoa.Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.Sentiasa sibuk dengan urusan dunia dan mudah stress
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram
9.Tangguh untuk bertaubat
10.Malu untuk belajar agama
11.Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan ibarat jarak kita dengan Al Quran.

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.(nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang  akibat lalai.

1. Kurang semangat nak beribadah tidak suka baca quran
2. Bunuh kebaikan yang kita buat kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
3. Hilang fokus dalam hidup
4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadan dan kerja soleh

Sebab-sebab lalai

1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3.  Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. Tidak berzikir
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam(Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi

1. Cari sahabat yang baik dan soleh
2.Hadiri majlis ilmu
3.Bagun malam untuk  solat tahajjut
4.banyakkkan zikir dan taubat
5.rajin baca quran
6.Bersangka baik pada org lain.
7.Pemaaf
8.ingat mati
9.kurangkan makan
10 amalkan sunnah Nabi saw
11.bersabar bersyukur dan bertawakkal

Credit : Whatsapp Group

Segmen Blogger-Jom Google Plus (15 Jan 18 | 2 PM)

Bismillah

Click On

Holla korang! Jom join segmen daripada HH nie sebelum pukul 2 petang ni.Semalam sempat scroll bloglist tengok ada segmen ni.Jadi hari ini buat keputusan untuk sertai segmen blogger jom google plus.Walaupun aku blur pasal SEO ni.Hahaha tapi bagi meluaskan lagi jaringan dan ilmu mengenai selok belok SEO ni ditambahi dengan niat nak meriahkan segmen blogger ini.๐Ÿ˜

Berkisar mengenai blog From View of My Eyes.From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog.Isi kandungan blog aku ini macam-macam ikut mood tuan dia jugak.๐Ÿ˜‚Kekadang dwi bahasa.Ia lebih kepada personal sharing daripada realiti kehidupan aku dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berbangkit sekarang ini.Aku suka share aktiviti seharian aku yang mana rasa sesuai untuk dikongsi.Aku ada buat personal review bila ada waktu lapang,tak lupa ada juga beberapa paid and gift review.Ikut rezeki.Heee.

Aku suka share lagu-lagu nasyid kerohanian dan entry-entry bersifat kerohanian.Makanan untuk jiwa bagi kita bangkit untuk hidup yang lebih bermakna."Bukan hanya hidup kerana sekadar hidup,kerana babi di hutan juga hidup"-Buya Hamka.Dengan harapan perkongsian itu mengubah kesedaran pada yang membaca dan fokus pada diri sendiri terutamanya.Biar dia deep dekat diri sendiri sebelum orang lain.

Manakala dari jiwa yang memberontak dan rasa yang tak terluahkan.Aku suka buat metafora dan puisi di bawah label Metafora Rasa dan Puisi Rasa.Ini adalah indirect perasaan yang tak terluahkan atau sukar untuk diluahkan atau tak boleh diluahkan bagi menjaga hati atau hubungan.Bila jiwa dalam kucar-kacir memang banyak la entry macam ni muncul.Tapi bila emosi stabil.Susah nauu nak keluar ~ hohoo.Kalau nak cerita lagi banyak tapi cukuplah sekadar itu saja.Annyeong!

Picture of Pinocchio Dal Po in high school
Peminat Kdrama juga.Bertabahlah.Gambar hiasan blog seringkali wajah depa.

Mari la singgah blog kita selalu.!

Akhir kata,jom GooglePlus, bersama saya dan blogger Hasrul Hassan memeriahkan segmen ini.Kita tengok apa bakal jadi ! Tak rugi uols!


Jom balik! Detik 12 malam hampir tiba.

Bismillah.

14 Januari 2018

Hari ini aktiviti hari keluarga sebuah persatuan di kampung aku.Aku sering kali menjadi camerawomen tak berbayar.Guna mobile phone sahaja.Jadilah daripada tak ada.Walaupun bukan proffesional namun aku suka ambil gambar tapi seringkali tak jadi.Hahaa.Buruk bebenor kualiti gambarnya.Kekadang okey tapi banyak yang blur.Angkara handphone murahan.Amboii sangat! Salahkan phone.

Majlis habis waktu tengahari namun kami yang menjaga tanah wakaf tinggal untuk mengemas sisa-sisa yang tertinggal.Tak lupa membantu untuk membalut hadiah buat majlis seterusnya.Sibuk betul orang kampung ni dengan majlis berpersatuan saban minggu.Maka mak pun sibuk menghabiskan waktu mengemas tanah wakaf.

Namun...

Kerana berita tragis yang diterima semalam.

"Jom balik!" Tiba-tiba mak bersuara.

Waktu kami sedang leka membalut hadiah tanpa sedar waktu hampir menginjak jam 11 malam.Mak ajak balik ke rumah.

"Kejaplah mak,sikit lagi..kitorang nak habiskan nie.." Kitorang bersuara sambil tangan masih rancak membalut hadiah.

"Jom teman mak ke tandas kejap!"

Lalu kami berdekah.

Tandas di situ terletak di luar.Seperti tandas zaman dulu-dulu.

"Mak fikir apa?" adik menyakat mak.

Nie mesti mak fikir bukan-bukan ni.Maklumlah,ada saja cerita yang menyeramkan berlegar-legar di kepala bila berita tragis itu diketahui.Sedangkan aku dalam diam ketakutan juga.Hahaa..semalam pun tiba-tiba terjaga waktu sepertiga malam.Bagus la kan? Tapi tak bagusnya..tak dengar bunyi ayam berkokok tapi anjing yang melaung.Errrr.

"Relaks la mak,Allah kan ada" Adik menyambung.

Uishh.Deep adik aku ni.

Makanya,janganlah kita takut akan apa-apa melainkan hanya Allah sahaja.Walau apa jenis makhluk pun ia tidak berkuasa,hanya Allah yang berkuasa.

balik-balik je orang dekat rumah buka TV3 bintang bersama bintang Musim 2.Aku menaip sambil tengok BBBM2 ni la.hehee..

"Hensem tak de guna kalau tak ada iman-Isey

Nice one! Tapi sorry tak de lawak la dalam persembahan youu.

Maka..aku sudahi entry ini sebelum jam 12 malam.. fiuuu~ Night!




Percayalah! Ada sinar buatmu selagi kau tidak mengambil nyawamu sendiri

Bismillah.

12 Januari 2018.


"Jika tidak ikhlas,tak payah tolong.." Jangan mudah membuat andaian sendiri.Ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam di tengah kegelapan malam.Sangat sukar untuk mengetahui keikhlasan hati seseorang.Jangan mudah berprasangka kerana ia jua adalah satu dosa.Namun hati itu tahu adakah dirinya ikhlas atau tidak.Kehadirannya dapat dirasai namun seringkali tersalah sangka.Sedang ia ikhlas ramai pula yang menyangka sebaliknya.Umpama mata lalat yang hanya mencari najis di tengah taman bunga.Jadilah kamu seperti lebah yang hanya mencari manisan debunga biarpun kala bunga dalam kelayuan.Tidaklah tersabit kerugian bersangka baik,namun bersangka buruk itulah yang sering kali merugi.

Dan isu Farid Kamil mencetuskan gempar.Aku terkedu.Tolonglah cakap ia hanya sekadar lakonan semata-mata.Jangan buat spekulasi yang bukan-bukan.Duduk diam-diam dan berdoalah untuk kebaikan sejagat.Kebenaran takkan pernah tidur.

13 Januari 2018


Langit pagi ini masih tidak berubah.Putih kelabu tiada biru.Tiga hari berturut-turut mentari amat segan memunculkan diri kala hujan renyai tidak henti membasahi bumi.Kadangkala lebat namun seringkali hanya menitiskan gerimis.Umpama sedang bersedih dengan sesuatu.Apakah ia menangisi isi hati ummat ini? Tidak prihatin.Tidak cakna isu masyarakat mahupun dunia.Bilakah mendung kan berlalu.Terasa panjang suasana begini.Angin sejuk menghembus dingin kulit menggigit hingga ke tulang.Cuaca paling sejuk pernah dirasai.


Berapa kerat? Berapa kerat yang sanggup bangun awal untuk bangun subuh tatkala cuaca sejuk menggigit sebegini? Berapa ramai yang sanggup menolak selimut untuk bangun awal dimulai dengan qiamullail? Berapa orang pula yang sanggup ke masjid untuk iktiqaf dan solat subuh berjemaah? Jika kerja di dunia mampu bangun seawal yang mungkin agar tidak terlewat,mengapa kerja amal untuk akhirat tiada siapa pula yang mampu bangun awal? Hanya segelintir.Ramai namun umpama buih di lautan gambaran ummat kini.Nauzubillah min zalik.


"suami si fulan dah meninggal" apa?!Semua terkejut.Tatkala membuat persiapan hari keluarga sebuah persatuan di tanah wakaf di kampung,jiran sekampung mengkhabarkan berita tergempar.Maka berdesup-desuplah whatsapp kampung masuk setelah itu.Takziah buat keluarga si fulan.Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.Pabila tiada yang mengkhabarkan kebenaran,maka pelbagai spekulasi menerpa dan meluncur laju daripada mulut setiap individu.Seorang pun tidak terkecuali waima kampung sebelah.

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."(An-Nuur 24:15)

Berita yang tidak sahih malah ditokok tambah cerita menjadikan ia perbualan yang begitu rancak dan hangat.Sedap mengata di mulut azab berat di hari perhitungan kelak.Maka berhati-hatilah dengan lisanmu agar ia tidak menikam dirimu sendiri di akhirat kelak.Diam itu lebih baik bagi yang tidak mengetahui.Doa yang baik-baik.Ucap yang baik-baik.InsyaAllah segalanya akan jadi baik-baik saja.Maka aku ingin sekali berlepas dari menjadi salah seorang yang mencetuskan spekulasi itu ini.Betapa beratnya memandang dosa berlegar-legar umpama tidak sedar diri.

Suatu peringatan.

Langit menangis sekian lama rupanya ada yang memendam sengsara.

Percayalah! Ada sinar buatmu selagi kau tidak mengambil nyawamu sendiri

Stress? Tertekan? Banyak masalah? Hutang keliling-pinggang? Masalah keluarga?Masalah rumah tangga? Mahu habiskan segala masalah dengan bunuh diri ?Tunggu dulu! Jangan buat tindakan melulu.Jika kau membunuh diri,masalah tetap takkan selesai,bahkan terseksa lebih daripada itu.

Nabi SAW bersabda,

“Sesiapa yang terjun sendiri dari atas gunung, lalu terbunuh, maka dia akan tinggal di dalam neraka Jahannam, sambil terus menerus menerjunkan dirinya sendiri ke dalam neraka Jahannam itu kekal buat selama-lamanya. Sesiapa yang makan racun, kemudian terbunuh, maka racun itu akan berada di tangannya dan dimakannya secara terus menerus di dalam neraka Jahannam buat selama-lamanya. Dan sesiapa yang membunuh dirinya dengan alat yang tajam, maka alat itu akan berada di tangannya serta sentiasa ditusuk-tusukkan pada tubuhnya di dalam neraka Jahannam dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sesungguhnya amat ngeri perlakuan itu.

Sekali tersalah langkah tidakkan mampu mengundurkan sebuah kehidupan semula.Segala yang ada pada kita adalah amanah dari Allah.Nyawa ini juga adalah amanah darinya.Segalanya milik Allah.Tiada satu pun milik kita.Kita hanya suatu pinjaman daripada Allah.Walau apa pun masalahmu,jangan sesekali kamu membunuh dirimu.Walau segelap mana pun harimu,mentari takkan pernah berhenti bersinar menerangi hidupmu.Bila awan berlalu,mentari kan kembali memunculkan diri.Jangan risau! Jangan gundah-gulana! Apabila Allah ciptakan masalah,Allah juga ciptakan penyelesaiannya.Allah hanya menguji keimanan dan ketahanan diri kita.Apakah akan kekal beriman atau sebaliknya! Tetaplah tabah dan beriman padaNya sehingga ia menjemputmu dalam keadaan suci dari dosa! 

Nabi SAW bersabda,
Janganlah mengharapkan kematian kerana tertimpa musibah duniawi, jika terpaksa, maka hendaklah ia mengucapkan: ‘Ya Allah panjangkan hidupku, jika kehidupan itu lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku’!”
Riwayat al-Bukhari, no. 5671, dan al-Nasa’i, no. 1820.
Maka berdoalah dan teruskan usaha tanpa putus asa !Jika penat,berdoalah dan rehat seketika.Jangan pernah henti meminta kerana Allah itu Maha Pemurah jua Maha Kaya.

Berimanlah!

Allah ada memerhatikanmu.Jangan pernah gundah kerana Allah menyayangi kita melebihi diri kita sendiri.Sayangnya Allah pada kita inginkan kita ke syurgaNya yang seluas langit dan bumi.Jom kita usaha perbaiki diri.Walau sebesar mana pun masalah,ingatlah! Allahu Akbar! Allah lebih besar daripada masalah itu.Pasti akan ada jalan keluarnya! Yakin! 



Yeay! Hadiah daripada Husniey dah sampai! Kebaikan keindahan Year End Giveaway winner!

Bismillah.

Dan.

Semalam juga.

11 Januari 2018.

Lepas lega tengok result maka berhuahuahua laa kita.Tiba-tiba...nombor tak dikenali naik pada screen telefon.Aku agak ni mesti agen insurans.Tak pun pegawai bank suruh buat pinjaman.Aiyooo..malas la nak angkat.Aku tengok dua tiga kali dia miscall.Eh! Kenapa gigih sangat ni?..Then..Oh my! Baru aku teringat sesuatu.Aku ada menang giveaway lah!

Daripada blog kebaikankeindahan.blogspot.com๐ŸŽ YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN (5 Jan 18 | 11:59 PM).Owner dia Mrs Husniey dah bagi dah tracking nombor.Macam mana boleh lupa plak ni! Bila terpapar je nombor itu sekali lagi terus aku angkat! Yess..betul! ABX courier yang call.Kesian pula dia.Mujurlah diberi kesedaran lebih awal.Kalau tak melepas la aku.Courier tu tak hantar sampai rumah sebab kawasan rumah aku pedalaman.Jadi diorang tak masuk.Wuuuuu.

Aku kena pick up sendiri dekat simpang besar di kampung sebelah.Maka menumpanglah kita kereta mak saudara pergi ambil di sana.Dalam kehujanan lantas kelihatan sebuah lori kecil berwarna oren bertulisan ABX! Wow ! Kereta diparkir di tepi.Aku terpaksa melintas ke seberang untuk mendekati lori kecil itu.Ala-ala miss world dalam kehujanan menyeberang menggunakan payung merah menuju ke arah courier.



Macam tahu-tahu je aku.Lantas diteka namaku.Aku menurunkan tandangan dan menulis nombor I/C tanda pengesahan.Okay! Siap! Maka hadiah giveaway dah selamat berpindah ke tangan aku pada jam 1.45 pm lebih kurang! Hihiii..Budak dekat bawah ni excited terlebih daripada aku.Masuk je kereta.."waaa! hadiahh! " lantas dipeluk seperti enggan lepas.Wehh ! hadiah aku la..bukan kau la budak kecik..hahaha..


Tak terus pulang ke rumah.Ikut je pak sedare dan mak sedare berurusan sebentar di pekan.Maka berhuhuhuhu la kita memandang hadiah itu.Tak lepas pandang wehh.Alhamdulillah atas rezeki ini ini.Permulaan yang baik untuk tahun 2018.Tiba waktu maghrib barulah ada masa untuk buka hadiah.


Tak sabar nak buka untuk ketahui dengan lebih dekat.Mata dah cukup bersinar-sinar ni umpama sang suria yang menjelma setelah hujan 3 hari 3 malam tanpa henti seperti keadaan kampung ku ini buat masa sekarang ini.Maka bersyukurlah dengan cuaca apa sekalipun.Hujan menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan membersihkan udara yang penuh dengan kotoran dan bahan-bahan kimia yang tak tentu hala.Manakala mentari memberi sinaran pada bumi.Menyuluh cahaya dalam kegelapan.Memberi cahaya untuk meneruskan usaha kehidupan di atas muka bumi ini.


Maka terhurailah sudah segala isi di dalam.Terima kasih daun keladi tuan belog kebaikan keindahan,Mrs Husniey! InsyaAllah ada giveaway saya join lagi.Moga-moga tak putus rezeki yang diberi.๐Ÿ’–Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.(Al-Baqarah 2:245)

Bagaimana pula dengan cerita hari ini? Andai esok masih ada,maka sejarah hari ini tercatat keesokan harinya seperti juga entry ini.Jika tidak,ia kan terkubur bersama jasad ini.Annyeong!

Usaha hanya secebis sampah!

Bismilllah.

Semalam

11 Januari 2018


Banyak peristiwa yang berlaku.Ewahh! Banyak sangat sampai tak sempat update blog.Pagi itu kedengaran hujan mencurah dari langit turun ke bumi.Hari ini juga begitu.Dalam masa yang sama result semester 5 akan keluar dalam pukul 11 pagi.Aku gundah menunggu tibanya waktu 11 pagi.Berharap waktu akan segera berlalu.Tik tok tik tok.Dalam waktu yang sama mengharapkan semuanya lulus.Pada mulanya tiada debaran.Hanya perasaan tidak sabar.

Hampir saja jam 11 pagi,jantung tiba-tiba berdetak laju lebih daripada biasa."Ah sudah!ehh dah kenapa kau ni?" Tak sangka.Ada perasaan juga rupanya.Gemuruh jiwa.Takut itu masih ada walaupun tak berapa menonjol.Bila waktu kemuncak barulah ia memunculkan diri.Maka dengan penuh kesabaran aku menunggu web Universiti loading.Dup dap dup dap!...

Aku membuka dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.Dup..dap..dup..dap..! Omg!!!...



Alhamdulillah syukur tak terhingga.Alhamdulillah.Lulus semuanya! Yeay..namun dari sisi buruk manusia.Penuh dengan sifat mazmumah.Mengharapkan lebih daripada itu.Walaupun hakikatnya tak layak mendapat lebih daripada itu.Andaikan kalau aku mendapat sekian..sekian..! arghh! Jangan bermimpi setinggi langit andai usaha hanya secebis sampah!

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Subhanallah.Menusuk menikam jantung ini.Sesungguhnya kita akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan.Sama ada dalam bentuk sesuatu yang kita usahakan itu atau digantikan dengan sesuatu yang lain setimpa dengan usaha itu.Maka jangan lagi lalai mengusahakan sesuatu sehingga akhirnya akan kecewa.Moga terus maju ke hadapan walau apa pun rintangan.!


Jom kita usaha lebih demi masa depan yang cerah ! Let's fighting for our life! 

Surah Al-Kahfi

SURAH AL-KAHFI

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan Surah Al-Kahfi nie sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? 

Takkan baca jea dah boleh terhindar?

Pernah terfikir camni?

Surah Al-Kahfi mengandungi EMPAT KISAH UTAMA

1) Pemuda gua (Al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu nie tapi tak dapat nak relate dengan Dajjal.

Betul tak?

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (UJIAN) yang dahsyat

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan.

4 fitnah nie juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti!
Dah mula nampak perkaitan Surah Al Kahfi dengan Dajjal?

Di sinilah relevannya baca Surah Al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ini bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah Aqidah - Bersahabat dengan orang soleh.Para pemuda Al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingati akhirat.

Fitnah Harta - Mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.

Fitnah Ilmu - Kena tawadhu'/rendah diri.Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir.

Fitnah Kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari ALLaH swt.

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, Surah Al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH!

Bukankah para pemuda Al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. 

And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Ada 4 FITNAH DAJJAL

Fitnah Iman, Harta, Ilmu dan Kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman

Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan.Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu

Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu.Dia akan buat benda yang selama nie manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa

Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi ini (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

Nampak tak macam mana surah Al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal?

Bacalah Al-Kahfi.

Baca dan fahami maksud itu yg paling penting.

Amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal itu,dah ada pun zaman sekarang.Tetapi belum lagi dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.Kalaulah baca dan amalkan Al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca Al-Quran setiap hari. 

Moga ada barakahnya!

Hanya ALLaH swt Maha Mengetahui setiap sesuatu
kejadian..

SURAH AL KAHFI


Orang yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum Hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan Surah Al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum Hadith)

Sumber: Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan dan buku Khowatir Qur'aniyah tulisan Syaikh Amr Khalid.

Credit : Si FAKIR bin MISKIN

10 Kelebihan membaca Al-Quran

Bismillah.

10 Januari 2018.


Semestinya surau atau masjid setiap pelusuk daerah di negeri-negeri seluruh Malaysia ini ada kelas fardhu ain kan?Kita sebagai rakyat Malaysia sangat beruntung sebab tak ada siapa yang sekat kita untuk belajar agama.Disediakan pendidikan percuma lagi.Antara nak pergi dengan tak je lagi.Pendidikan fardhu ain ini wajib untuk setiap muslim yang baligh dan berakal.Setiap hari Rabu,masjid di kampung akan adakan kelas fardhu ain jika tidak ada aral.Aku kerap mengikuti kelas ini dengan mak aku sejak mula diploma lagi sampailah sekarang.๐Ÿ˜ณ

Hari ini ustazah kongsikan 10 kelebihan membaca Al-Quran.Pasti semua dah sedia maklum kelebihan-kelebihannya kan.Cuma tinggal untuk amalkan je lagi termasuklah diri ini.Tiadalah Allah menurunkan Al-Quran ini melainkan hendakkan kebaikan untuk hamba-hambanya.



1.Mendapat kebaikan di dunia dan akhirat

Kelebihan pertama yang ustazah sebutkan ialah kelebihan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.Begitu beruntungnya mereka yang membaca Al-Quran,bukan saja kebaikan di dunia malah juga di akhirat.Maka apa kita tunggu lagi!

Katakanlah lagi: "Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan) dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat".(Saba' 34:49)

2.Meningkatkan darjat

Sudah tentu tingkatan orang yang membaca Al-Quran lain daripada orang yang tidak membaca Al-Quran.Seperti itulah perbezaan orang yang beriman dengan tidak beriman.Tak sama kan.Semakin banyak kita membaca Al-Quran semakin tinggi darjat kita.Semoga begitu juga dengan tingkatan syurga kita.Allahumma aamiin.

3.Mendapat rahmat dan perlindungan Allah

Apa-apa yang mengingatkan diri kita pada Allah,akan mendapat rahmat dan perlindungan dariNya.Apatah lagi bila kita membaca Al-Quran.

"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."(A-li'Imraan 3:164

4.Mendapat syafaat

"Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat bagi ahlinya iaitu orang yang membacanya,mempelajari dan mengamalkan" HR.Muslim

5.Baik perilakunya

Dengan berkat Al-Quran,akhlak yang tak bagus itu perlahan-lahan akan menjadi baik.InsyaAllah.Mana mungkin orang yang membaca Al-Quran dan hayati maknanya tak terkesan dengan peringatan demi peringatan di dalamnya.Mustahil sungguh kecuali membaca tanpa sedar.Semoga perilaku kita seindah kalamullah.





6.Hati menjadi tenang dan tenteram

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah.Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya."(Az-Zumar 39:23)

7.Selamat di dunia dan akhirat

Bila kita istiqamah membaca Al-Quran secara tak langsung ia akan membawa kita tetap di atas jalan kebenaran sentiasa.InsyaAllah maka jalan kita takkan tempang dan selamat mengikut petunjuk di dunia ini hingga ke akhirat kelak.

8.Penyembuh penyakit

Tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan kecuali mati.Maka Al-Quran juga adalah salah satu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.Jika sesuai dengan caranya,maka penyakit akan sembuh dengan izinNya.Di sini ustazah terangkan bahawa kita boleh meminta orang alim untuk doakan dan bacakan ayat Al-Quran sebagai salah satu ikhtiar meminta pada Allah untuk disembuhkan penyakit.

9.Dapat menyembuhkan penyakit hati

Jangan salah faham.Penyakit hati ini bukan penyakit hepatitis A,B atau C.Atau cirrhosis ke..hahaa..penyakit hati ini penyakit rohani seperti hasad dengki,busuk hati,iri hati,sombong dan lain-lain.Nampak orang pakai tudung baru,dia pun nak juga.Nampak orang pakai baju sama pun menyampah pula.Lepas tu ada mak cik ni menyampuk.."Yelah ustazah..kilang tu takde la pula buat untuk kita je ..ye dak.."Hihii.Betul tu mak cik.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Yunus 10:57)

10.Memberikan kenikmatan kepada kedua orang tua

Al-Quran ini bila dibaca oleh anak-anak akan memberi kenikmatan kepada kedua orang tua.Bak kata,sejuk perut mak mengandung.Tenteram hati bapa yang melihat.Pahala bila anak baca Al-Quran ini umpama MLM kepada ibubapa.Tak perlu buat apa-apa dah dapat pahala.Alhamdulillah.Begitulah nikmatnya hidup bila dapat anak yang soleh solehah.Dan aku kongsikan 10 kelebihan membaca Al-Quran di sini sebagai peringatan untuk jangka masa panjang.Semoga beroleh keberkatan buat diri dan semua yang membaca.




Selamat beramal!

Home Sweet Home@Darul Makmur

Wordless Wednesday : Raining


Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy


Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net