Tips Membeli Online Daripada KPDNHEP

    Selamat malam di ambang kemerdekaan! Merdeka! Merdeka ! Merdeka! Scroll twitter lalu nampak la tweet Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.Tweet berkaitan tips membeli online.Sekarangkan zaman online..jadi ramailah yang membeli hanya di talian.Lebih mudah dan jimat masa gituuuu.Andai kata kita membeli online,kita perlu lebih berhati-hati supaya dapat claim balik apabila tertipu.Antara yang terdapat dalam poster ialah seperti berikut supaya kita tahu apa yang nak buat bila tertipu.Nanti tak adalah menangis tak berlagu.

Nak buat aduan tapi tiada bukti?

Simpan segala bahan komunikasi dan transaksi bagi sebarang pembelian online bagi memudahkan proses tuntutan dan aduan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Maklumat digalakkan untuk disimpan sehingga barang yang dipesan sampai atau selepas tamat tempoh waranti jika berkaitan.

Antara bukti yang boleh disimpan secara hardcopy atau softcopy :

1.Tred komunikasi dari emel/Whatsapps/Telegram/Wechat/Messenger
2.Maklumat barang seperti di dalam iklan
3.Resit pembayaran online
4.Maklumat kurier dan nombor pengesahan kurier



        Jadi lepas ini bolehlah lega dan dengan gumbiranya membeli online di lazada kaa..shopee kaaa..oneshopmall kaa..dan sebagainya..tak perlu takut dah untuk membeli online kerana kita ada penyelesaian kepada penipu online.Hihii..yang ado hanyalah duit torbangg~ Happy online shopping!

Ketahui hak anda,jadilah ePengguna bijak #smartEC #onlineje @mykpdnhep

Blogwalking Time #August2018 (Tamat : 31 August)


Click on banner ! Jom joinn belaka

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com (Tutup : 18 Ogos)

click on banner

Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana (Tutup : 20 Ogos)

Click direct to Blog VITAMINSYAZA

         TONG NO.4 !

Annyeong! Assalamualaikum semua..lama menyepi dari giveaway dan blog..aku cuba sedaya upaya meluangkan masa juga...gigihh tauu..hi cik syaza dan semua yang baru berkunjung ke blog From View Of My Eyes..nama diberi seperti link blog saya di atas.Hahaa..saya guna username as Mas_FVOME sebab ramai sangat nama Mas..iya di indonesia lagi ramai tapi lelaki..Mas di Malaysia ini wanita tulen ya..bukan jadi-jadian gituhh lohh..

Maklumlah sekarang banyak jadian..huhuhuuu...jadinya.jadi biarlah saya dikenali sebagai Mas_FVOME stand for Mas dari blog From View Of My Eyes.Untuk pengetahuan semua saya pelajar tahun akhir degree dan sedang intern di sebuah hospital swasta sekarang nie.Tu konon-konon busy sangat tu..tapi bolehlah cilok-cilok taip blog daripada FYP haritu memang tak bernafas oii..

Suka menaip dan story morey dekat blog.Ada la simpan hasrat nak jadikan blog pendapatan sampingan.Alhamdulillah dapat buat collaboration dengan beberapa jenama dan website dah.latest is TRAVELOKA..masyukk jugak la..nak pergi lebih jauh..mohon otai-otai beri tunjuk ajar noo..ai is dari Pahang #TeamBPT tapi tak pantai timur sangat lebih kepada pantai barat..haha..Bermastautin pula dekat bandar metropolitan sepanjang belajar ini..hahaha..jauh nauu la ketimurannya tu..kecuali darah aii is melayu asli macam Siti Nurhaliza..gituhh!


Nak cerita pasal diri memang takkan habis la..setakat itu dulu la ye..selamat berkenalan bagi yang tak kenal lagi..cerita la plak pasal korang dekat komen bawah je..ai pun nak kenal oulss

Di antara kekhilafan dan kebenaran Insan

"Dah la buat salah..tak nak mengaku!"

"Ehhh. mana dia...nak aku pujuk ke apa..stress la aku macam ni!"

Kedengaran dari luar, Kak Sarah melontarkan peluru dari mulutnya bertalu-talu..


"Nie nak praktikal ke tak nak!" dengan kebengangan dan penuh emosi,kak Sarah menjenguk Aimi di bilik kuman lalu menjerkah.Aimi mengesat air matanya lalu mengikut Kak Sarah ke belakang.Dia berdiri menghadap mesin FBC menahan rasa hati.

Setengah jam ke belakang,

"Ehh..siapa buat PT Jane doe nie? awak ke Aimi?"

Aimi yang tengah memasukkan sample ke dalam mesin biochem memandang kak Sarah lalu terpinga-pinga.

"Nie ..result PT ni beza jauh sangat niee...Dr suruh repeat ..tengok result sebelum ni beza jauhh sgtt"

Aimi mengambil form Jane doe dan melihat resultnya..ternyata memang jauh bezanya..dia merasa pelik..macam mana resultnya boleh jauh sangat..

"Aku ke yang buat?"

hatinya tertanya-tanya dan terpinga-pinga.Kerana sample datang bertalu-talu dia tidak sempat mengingati nama setiap patient yang diprosesnya..yang dia ingat,dia benar-benar mengikut SOP.Sementelah ada juga beberapa staff yang turut membantu memproses sample.

Dia juga turut menyambung kerja staff lain mencatatkan result patient setelah siap.Dia termangu dan tertanya-tanya kenapa begitu jauh bezanya result repeat dengan result sebelumnya.Mustahil tertukar sample!

"Awak tengok tak nama dan rn dia masa buat? betul tak?"

"Ada dua nama yang dekat2 sama dan mungkin awak tertukar ni!"

"Awak ambil form ni dan jumpa ketua Makmal!"

Dia diasak pelbagai kebarangkalian oleh staffs.Dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!

"Mustahil tertukar... kalau ada nama yang sama pun jauh ke belakang.."

Aimi membela dirinya walau dalam keadaan samar dan terpinga-pinga.Puas dia fikir,sample nie dia buat ke?Kalau dia buat mustahil tertukar! nama yang nak seakan sama pun sample dia lama dah siap! Sangat jauh beberapa detik ke belakang.

Kring..kring..kring..

Telefon berbunyi,Kak Sarah mengangkat telefon dan Dr bertanya akan result patient.Kak Sarah mengatakan student praktikal yang buat dan tak tahu macam mana jadi begitu.Aimi masih termangu-mangu dan blur dengan keadaan ini.Dia cuba mengingat kembali sama ada dia yang buat test itu atau tidak..puas dia cuba mengingati namun tak berhasil.Dia hanya ingat dia mencatat result PT seseorang patient yang dibuat oleh staff.Tapi tidak ingat result yang mana satu.



Dia cuba berfikir dan berfikir namun tak dapat mengingati kembali.Dia bukanlah seorang yang kuat ingatan sementelah mudah blur.Bila keadaan menjadi begitu dia tidak mampu berkata apa-apa lagi walaupun dah cuba untuk membela diri.

"Kalau salah pun mungkin sebab teknik yang salah"Aimi cuba menjelaskan lagi kemungkinan namun dicantas oleh staff.

"Kalau teknik salah akan keluar error,ini result ada.."

"Haaa..buatlah semula kalau awak yakin!"

Kak Sarah menekan Aimi.

Aimi pantas mencari sample Jane Doe dan buat semula.Hatinya tidak tenang,bagaimana boleh keluar result yang jauh bezanya begitu.Dan dia ingin mencari keadilan,benarkah dia yang buat..
Kak Zaiton tiba-tiba muncul dan memberitahu pengarah hospital nak jumpa ketua makmal dan pelajar praktikal yang buat test itu.Aimi mula tak senang duduk dan menunggu result itu keluar..

Ketua makmal datang melihat form dan bertanya akan result itu.Result muncul 5 minit kemudian dan ternyata lebih kurang sama dengan result repeat.Aimi semakin penasaran kenapa jadi begitu.
Staff makmal mengasak Aimi bertalu-talu dan memberikan ugutan dan kemungkinan yang maha dahsyat.Seolah-olah dialah punca segalanya.Dialah yang akan buat semua staff kena marah oleh ketua makmal.Dan dia jugalah yang akan menyebabkan pelajar praktikal lain tak akan dapat praktikal di situ lagi.Semua kesalahan diletakkan di atas bahunya seorang.

"Sepatutnya tak boleh salah,lagi-lagi pengarah hospital punya patient"

"Memang la orang cakap setiap manusia boleh buat silap tapi memang tak boleh salah langsung sepatutnya ni!"

Dia mula terasa berat.Hatinya tidak tenang.Dia berasa teraniaya.Sedang dia bertungkus-lumus cuba melancarkan segala urusan dalam makmal dan proses semua sample mengikut SOP.Namun kini,dialah yang menjadi punca segala masalah.Dan hanya dia seorang dipersalahkan seratus peratus tanpa pembelaan dan dijatuhkan hukuman mandatori buat dirinya seorang tanpa belas kasihan.Setelah ketua makmal melihat result itu dia terus keluar berjumpa pengarah hospital.

Mata Aimi mula terasa panas..ayat-ayat Kak Sarah menikam hatinya bertubi-tubi...dia masuk ke bilik kuman dan cuba menahan sebak namun ternyata gagal.


Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran,terlalu banyak yang difikirkan.

"Apakah hidupnya sebagai pelajar praktikal akan berakhir hari ini?"

"Apakah dia takkan dapat konvo juga akhirnya setelah bersusah payah menghabiskan FYP yang sedikit lagi buat dia berhenti belajar?"

"Apakah semua staff dah hilang keyakinan pada dia,dan dia tak boleh buat apa-apa test lagi selepas ini?"

"Apakah pihak kolej akan tahu hal ini?"

"Apakah mak ayah akan kecewa dengan dirinya?"

"Apakah arah hidupnya selepas ini?"

"Mampukah dia mendapatkan kerja untuk kehidupannya selepas ini?"

Tersedu-sedan sambil melayarkan apakah hidupnya akan kelam selepas ini..

Insan ini dalam kekeliruan,

Ya Allah,tunjukkanlah kebenarannya pada semua yang terlibat..jika ternyata dia bersalah ampunilah dia..permudahkanlah staff memaafkan dia dan bantulah dia untuk terus kuat dan membina kerjayanya semula.Semoga ujian ini membawa kepada sesuatu yang lebih baik.

Namun Ya Allah,jika dia tidak bersalah..kau kasihanilah dia..kau bersihkanlah namanya semula,kembalikan keyakinan staff padanya dan bantulah dia mengharungi dugaan yang mencabar ini di mana kebanyakan manusia mementingkan diri sendiri menjaga periuk nasi masing-masing.


Cakap biarlah berpada-pada

Kann..dah sakit mataa.!..ad practicalmate nie sakit mata..lepas seminggu dia datang kerja..takut la nak dekat dengan dia..sembang lebat la apa lagi..pung pang pung..gurau kasar dengan dia kata tak nak dekat..biasalah lawak aku memang macam tu..

Main tabur je..honest la katakan kononnya...tak pandai nak selindung-selindung..tak pandai nak pusing-pusing sampai dia merajuk..hahah..

al kisahnya hari ni rehat lama sikit sebab hari jumaat...so balik la rumah sewa kejap..practicalmate ikut sekali..lepas makan sume kitorang pun tido la kejap..

Bangun-bangun je tengok sebelah mata dah merah..bertaik lagi macam betul-betul sakit mataa apakah ini namanya kerana mulut badan binasa? haaa..tak nak sangatkan...tak nak dekat la kononnya..lepas tu kan dah berjangkit..lain kali jangan cakap besar..just ambil langkah pencegahan dan diam-diam sudah ..buat relaks sudahh


Mata akuuu..huwaa..tak sanggup..tak nak cuti intern..dah la practikal 4 bulan..kena ganti nanti pishangg aku... lepas rehat tu aku dok risau-risau mata jadi merah..mujurlah sorang staff nie ada eyedrop yg ada antibiotik..fuhh lega kata kauu..moga tak melarat..aku suruh prakticalmate masukkan eyedrop jadi clear sikit dri sblmnya...puas aku menafikan bukan sakit mata tapi allergik..kena pangkah tak habis-habis..hahaha..

Ingat lagi masa kecik dulu sakit mata mak titikkan breast milk ke dalam mata..kejap je dah elok..Jadi pengajarannya jangan ajuk-ajuk orang dan gurau kasar..insaf kejap noo..kejap je dapat habuannya

skrg beli eyedrop yg de antibiotik je

Cakna Isu Semasa #DalamMalaysiaBaru

Bismillah

Weyhhh! rindu blog weyhhh..tak sempat nak update hal aku weyhh! rindunya blogg! sayang ketat-ketat...btw aku tengah intern sekarang nie..tak la buzy tapi balik je dah penat..nak update buku log lagi..huhuhu..haritu buzy final exam dan FYP..sekarang intern pula..memang kalau nak cakap tak ada masa tu memang tak ada masa..hohoo..kita yang kena pandai-pandai cari masa..#TeamBPT tak sempat nak join apa-apa event dorang..kena buang la gamaknya nanti😭 back to reality...Allahuu..macam-macam jadi sekarang ni kan? Takutnya..akhir zaman bukan lagi klise..hak-hak kita jangan dibiarkan diratah habis-habisan.Tolonglah sedarr wahai rakyat malaysia..! bangkitlah dari lenaaa!
"Bila kita mudah bertolak-ansur,maka kita akan ditolak beransur-ansur"
Tak ada masa dah nak berpangku tangan..tak ada masa dah nak kpop,keke challenge,couple muah sini muahh sana dan so on ..tolonglah bangun anak-anak muda,belia yang disayangi sekalian...cakna la isu negara..walau kaum apa pun kita..asal kita rakyat Malaysia tolonglah patriotik pada negara! Negaraku Malaysia! #SayangiMalaysiaku..ketepikan ideologi politik bagai..bersatu hatilah demi Malaysia yang dicintai..

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Hampir semua rukun negara dicabuli!! bermula dari kesetiaan kepada raja dan negara,bagaimana ada yang menghina sultan kerana katanya sengaja melambatkan proses perlantikan dan sebagainya..bagaimana ada anak-anak muda melayu sendiri nak hapuskan sistem kesultanan yang bersalasilah dari sejarah sebelum kemerdekaan tanah Malaya lagi.Dan ada pula yang ingin mengangkat petualang menjadi wira negara dalam buku sejarah?? Sesak dada rasa bila baca isu-isu semasa sekarang ni.

Kesetiaan kepada negara..bagaimana mereka ingin mengiktiraf suatu sistem pendidikan yang tidak belajar sejarah Malaysia dan bahasa kebangsaan tapi sejarah dari negara lain dan guru-gurunya juga dari negara lain? Malaysiakah kamu?!Bahkan negara mana sekalipun takkan iktiraf pendidikan yang bertentangan dengan perlembagaan mereka.Tak mengertikah kamu?Sungguh pelik-pelik manusia sekarang ini.

Tolonglah!

Satukan sistem pendidikan,agar semua kaum di Malaysia belajar benda yang sama dan boleh berfikir benda yang sama.Bukan dibeza-bezakan hingga bertambah jurang..lagi pula nak iktiraf sistem pendidikan yang bertentangan dengan perlembagaan Malaysia? Malapetaka apakah ini?

Kita nak persamaan kaumm..bukan lagi membezakan antara kaum..! Kalau tak tahu sejarah Malaysia dan bahasa kebangsaan macam mana nak sayang Malaysia? Logik ke? Sangat tak logik..tak kenal maka tak cinta,bahkan akan membinasa.
"Dimana bumi dipijak,di situ langit dijunjung!"
Bertitik tolak dari aku mula mengundi menjadi penentu masa depan negara tahun ni,dari situlah aku cakna akan isu-isu negara ini.Namun rasa sakit sangat sebab macam tak mampu buat apa-apa untuk negara..takut ia musnah di depan mata begitu saja..nauzubillah min zalik.Tidak sesekali! akan aku pertahankan negara ini dengan segala kudrat yang ada,apa yang termampu.

Bantah apa yang perlu! Sokong apa yang menguatkan negara bangsa!

Sayangi Malaysiaku!

Ayuh!Bersatu hati kita di bawah satu bendera! Kekalkan kemerdekaan ini! Merdeka! Merdeka ! Merdeka!

#BulanKemerdekaan31OGOS
#SemangatPatriotikSungguh

Kita dibawah satu bendera!Respect perlembagaan tanah tumpah darah kita!

McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World

Turut melancarkan Pai Kastard Strawberi baharu

Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.


Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.

“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.

Peluang Untuk Terbang Dengan Harga Yang Murahh!

Bismillah...Siapa kaki travel angkat tangann!! meletup..angkat tangan meletup jyeahh!


Teringin nak jadi macam Superman dapat terbang sana sini takyah bayar apa-apa kan. Dah la kaki travel tapi asal naik kapal terbang je kena bayar, asal kena bayar je naik kapal terbang. Tak dapat dielakkan haha. Tapi kita ada cara yang dapat nak kurangkan kos kalau nak fly ke mana sahaja yang kita nak. Takdelah asyik kena tipu je bila kita beli flight ticket yang lebih mahal or merugikan. Sekarang ni cuma kena rajin sikit buat perbandingan so kita dapat book cheap flight yang kita impikan. Bayangkan bila kita dapat kurangkan kos kita boleh guna duit extra tu untuk book another flight ke tempat lain. So how?

Google jerr kan senang.!

Ni yang aku nak tanya korang yang setia membaca artikel yang aku tulis. Korang pernah dengar pasal Traveloka? Yezzaa traveloka is a web apps yang dapat senangkan kerja korang. Dekat apps ni korang boleh book flight tiket ikut keselesaan korang. So caranya mula-mula sekali korang google traveloka dan buka web official diorang. Jangan salah address lak tau. Ok once dah bukak korang tengok kat tab flight dan hotels, korang pilih flight. Then korang pilih dari mana korang nak fly, contohnya kalau dari KL , atau Kota Kinabalu . Lepas tu korang pilih destinasi lak. Korang boleh pilih domestik iaitu dalam negara atau international. Banyak choice yang ada.

Now tempat dah pilih kan? Sekarang korang decide berapa adult atau kids yang nak dibookkan. Opss sorry, adults, child or infant pilihan dia. Haha. Pilih date nak berlepas lepas tu pilih korang nak naik first class ke, nak naik economy class ke, business class ke, ikut korang nak keselesaan yang macam mana. Of course kalau nak paling murah korang pilih economy. Takde hal kalau korang jenis kaki travel so takyah first class pun takpe. Melainkan flight korang lebih 12 jam. Haaa nak ke mana tu 12 jam. International kan. Haha.

Bila everything dah in place korang boleh click search flight. Dia akan keluar list of choices dari segi airlines, waktu berlepas, apa yang ada sekali dalam pakej macam baggage, makanan dan sebagainya. Dan akan ada harga kat belah kanan so dari situ korang boleh buat comparison. Korang boleh sort lower price dan boom!!!. Korang akan dapat harga yang paling murah. Nice and easy. Settle masalah korang kalau nak terbang dengan murah. Dengan cara ni korang bayangkan berapa banyak duit yang korang boleh jimat sekaligus korang boleh simpan duit untuk beli flight tiket ke different destination.

Lepas korang dah choose korang akan dibawa ke satu page baru dimana korang boleh tengok details flight and final price. So kalau korang dah puas hati korang boleh click continue to booking. Kalau tak korang boleh back dan cari balik flight yang ada semula. Kalau dah okay korang boleh proceed kepada isi detail passenger. Kalau international tu korang kena isi details berkenaan passport sekali. Dont worry about security sebab Traveloka menjaga data korang sebaik mungkin. Dah terbukti dengan securitynya sebab untuk apps camni kena ada security yang kuat sebab korang akan buat payment kat sini jugak.


So lepas dah isi semua korang boleh proceed dan ikut instruction diorang sampai korang dapat e-ticket yang korang boleh guna masa nak travel nanti. So simpan e-ticket tu elok-elok. Antara tips yang aku boleh share ialah masa korang nak book ni nanti make sure internet korang stabil. Taknaklah nanti bila korang nak buat payment dia jadi sangkut lak. Selain tu korang register dengan traveloka sebab nanti korang akan dapat benefit macam promotion diskaun atau sebagainya. Dah la senang, lepas tu dapat offer yang best lak lepas register ngan traveloka. Selain tu, Traveloka juga korang boleh download ke fon korang. So tak perlu laptop pun korang dah boleh buat booking flight yang murah.


Dan fly baby flyyy!!



Anakku...bila aku tua..

Anakku,


Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku

Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku

"mak pekak ke?"

"mak bisu ke? "

"tak dengar ker??"

Aku minta maaf anakku

Aku semakin MENUA...

Anakku...



Bila aku tua,

Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku 
Sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah di depan aku
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi
Badan aku lemah
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil

Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku

Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,
Aku berharap kamu akan memegang tanganku
Dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.

Jangan cemas
Jangan menangis
Hadapi dengan redha
Aku berjanji pada kamu
Bila aku bertemu Allah

Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..


SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK...
DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH

Wahai Orang Yang Menunda Taubat Atas Alasan Masih Muda

Renungan untuk diriku

Pertandingan bola :    90 menit
Film serial               :    60 menit
Film action             :  130 menit
Shalat                      :       5 menit


Neraka Jahannam :  SEPANJANG HIDUP
Surga : SEPANJANG HIDUP


Mari kita merenung

Facebook    : 5000 kawan
Tweeter       : 2000 kawan
Whatsapp   : 100 kawan
Kontak        :    80 kawan
Kawan dikampung : 50 org
Kawan dimasa sulit : 1
Kawan di jenazahmu : keluargamu
Kawan di kubur : kau sendirian


Jangan merasa aneh, inilah kehidupan

Hakikatnya 


TAK ADA YANG MEMBERIMU MANFAAT SELAIN SOLATMU


Jika kau mendapati debu di mushafmu ( Kitab Alqur'an )
Maka Tangisilah dirimu sendiri !
Barangsiapa yang tidak membaca Al-Quran selama 3 hari tanpa ada uzur maka ia dinamakan Hajir / seorang yang meninggalkan Al-Quran

Aku tidak memaksamu untuk menyebar luaskan tulisan ini.Akan tetapi sebagai kepatuhan pada Firman Allah Ta'ala : "Peringatkan lah karena peringatan akan memberikan manfaat pada kaum mukminin"

Alam yang aneh,

Jenazah disusul dengan jenazah . . kematian disusul dengan kematian berikutnya.
Berita tentang kematian terus bermunculan ada yang mati karena kecelakaan ada karena sakit ada yang tiba2 mati tanpa diketahui sababnya semuanya tinggalkan dunia ini dan mereka semua kami kuburkan dan itu pasti.

Hariku dan harimu pasti akan tiba persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tak dapat kembali.
Wahai orang yang menunda Taubat dengan alasan karena masih muda

Maaf.....

Kuburan bukanlah tempat untuk orang dewasa saja(kuburan tempat manusia segala usia)

Sungguh Dunia itu hanya 3 hari :

Hari Kelmarin : Kita hidup disitu, dan tidak akan kembali lagi

Hari ini : Kita jalani namun tak berlangsung lama

Besok :Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi dan tidak ada jaminan kita bisa hidup sampai besok.

Maka saling memaafkan dan sedekahlah kerana Aku engkau dan mereka AKAN PERGI meninggalkan gemerlapnya dunia selamanya ...


Ya Allah kami memohon padaMu husnul khatimah dan beruntung dengan mendapatkan surga dan selamat dari api neraka aamiin ya robbal alamiin

Saudara ku yang mulia 

Barangsiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan maka ia akan mati dengan kebiasaan itu....
Dan barangsiapa yang mati dalam suatu keadaan maka ia akan dibangkitkan dalam keadaan tersebut....

Jika kau sudah membaca tulisan ini kau sudah mendapatkan pahala nya, namun bila kau menyebarkannya dan orang lain mendapakan manfaat juga maka akan dilipat gandakan pahala mu Insyaa Allah.

Ust. Bachtiar Nasir

Final Exam Sem 6 ! Gementar luar biasa

Bismillah.

Alhamdulillah berkesempatan sebentar menaip di dalam blog ini.Lama sungguh tak menaip.Kesian kau blog.Bersawang-sawang.Untuk pengetahuan,aku tak aktif dalam facebook..sekarang aktif sikit la dalam twittter : Mas_FVOME ..meh la follow ai..sunyi je tak ada kawan..hahahaa..aktif sebab twitter up to date lagi-lagi lepas PRU14 nie...aku aktif masa PRU14 la..banyak betul rasa nak cakap..hahaha..twitter lebih rasa bebas untuk meluahkan pendapat dengan cepat.Kalau blog lambat sikit nak menaip lagi tak ada banyak masa.

Cehh..! Alasan sangat kan..

Nasihat #PRU14

Biarlah polis yang menyiasat dan buat kerja.Di bulan ramadhan ini,janganlah kita tambah dosa berprasangka dan membesar-besarkan cerita.Kita semua dah tahu.Benang yang basah takkan boleh ditegakkan.Bersabarlah menunggu keputusan.Sementara itu kita doakan yang terbaik buat Malaysia.Insan mana yang tak pernah buat dosa waima orang yang mengecam takkan seumur hidup tak pernah buat dosa.Kecil atau besar sesuatu dosa itu,Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Saluran anak muda (perantauan pulang ke kampung)
Boleh je Allah ampunkan dosa yang sebesar-besar alam namun boleh juga Allah tak ampunkan dosa yang sekecil zarah.Jadi berpada-padalah dalam mengecam.Jika di dunia terlepas,akhirat insyaAllah takkan terlepas.Namun bangkai gagah takkan dapat ditutup waima di dunia sekalipun.Jadi marilah kita jadi netizen yang berfikiran matang dan beriman ! Sudah-sudahlah tu mengecam.Kita kan ada dua pilihan sama ada nak nasihat atau mengecam..jadi yang manakah lebih baik dan Allah redha?

Final Exam

Dup dap dup dap..tak konfident oii sem nie..aku lebih banyak tertumpu pada FYP..itupun hampir aku putus asa..namun Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya...saat aku hampir give up Allah berikan kekuatan untuk bagitahu SV dan SV secara tak langsung terus support aku sampai aku boleh present..Ya Allah tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ini...walaupun buat banyak masalah..Allah terus hulurkan kasih sayangnya..

Juniors buat bising dekat surau..aku nak study jadi annoying wehh..sabor jer la
Dan aku telah selamat menjawab ketiga-tiga paper dengan 4 kredit hours.Sekarang hanya tinggal tawakal.Berdoa dan terus berdoa tanpa putus.Keputusan ini nanti yang akan menentukan perjalanan aku yang seterusnya.Semoga Allah beri apa yang terbaik dan menggerakkan langkah ini ke suatu destinasi yang lebih baik.Allahumaa aamiin.Pohon doa dari semua juga.

Puasa Ramadhan

Duduk di perantauan dan menjadi seorang pelajar merupakan nikmat tak terkira.Ada saja rezeki yang tidak disangka.Setelah tahu yang surau di depan rumah hari-hari ada menjamu buka puasa,aku turut tak lepaskan peluang berbuka puasa di sana.Sungguh nikmat.Sedap dan percuma.Tak la perlu keluar duit tika dalam kesesakan.Alhamdulillah.Maka nikmat manakah yang ingin kau dustakan? Sungguh bulan ramadhan adalah anugerah terindah dari Allah untuk hambaNya.Di mana bulan inilah kita mempersembahkan keikhlasan kepada Allah dengan berpuasa.

Dijamu bagai di syurga
Puasa atau tak hanya Allah yang maha mengetahui.Dan pahala itu pula Allah merahsiakan kerana pasti ia sangat istimewa di sisi Allah.Di bulan ramadhan ini jugalah orang beramai-ramai berlumba membuat amal kebajikan dan kebaikan.Dan orang yang biasanya membuat kemungkaran pula selalunya memperlahankan rentaknya demi menghormati ramadhan.Ramadhan juga bulan didikan jiwa yang menundukkan nafsu dan memperbaiki diri untuk mengharung 11 bulan yang akan datang.Latihan untuk menghadapi ujian yang lebih getir.Semoga semua beroleh kemenangan.

Segala Puji Bagi Allah atas kurniaan ramadhan ini.

Raya

Omg! Raya dah dekatt!! Habis je exam memang tak la aku menunggu lama-lama.Habis je exam dalam tengahari tu aku terus pergi ke stesen bas.Tak sabar nak balik raya la katakan.Hahaa..housemate semua balik sehari lepas tu..tahu-tahu je aku dah naik bas.Dan dorang masih di sana menunggu waktu untuk pulang.Tak termasuk budak course lain yang tak habis paper lagi..kesian dorang..huhuu..aku yang dah habis paper nie apa lagi! Balik lahh..nak balik raya!nak balik raya! excited! Walaupun dah besar,excited juga bukan sebab raya lagi tapi sebab family.Rindu nak kumpul ramai-ramai.

Merenung ke luar jendela..rasa nak berenang dekat sungai pahang ...abang bas bawak laju oii
Semalam keluar shopping and you know what...aku terbeli baju raya sama warna dengan langsir dekat rumahhh..huwaaa! How could this happen to me...adoii la...saborr je la..ishh3..tak pasal-pasal kena bahan dengan family.Hahaha..nak buat macam mana..redha je la..dah baju tu je aku nampak lawa.Ingatkan special la sangat rupa-rupanya balik rumah baru perasan bila adik cakap.."eh kak..warna baju akak sama dengan langsir laa.." *tepuk dahi

Raya ni mesti masih dalam mood pilihanraya..#MalaysiaMemilih ..i dont know la macam mana perasaannya berkumpul ramai-ramai nanti dengan saudara-mara yang tak sealiran.Hahaa..hopefully tak ada yang panas-panas la.Boleh pula pilihanraya sebelum ramadhan kan dah mendapat isu-isu dibangkitkan masa ramadhan.Aku tengok komen-komen dekat socmed dah tak macam bukan dalam bulan ramadhan dah.Sedihnya rasa bulan ramadhan pun masih berdebat dan menyumpah orang.

Ramadhan oii! Marilah kita saling bermaaf-maafan dan menjaga adab sopan santun seorang insan.Politik-politik juga tapi jangan mencincang talian persaudaraan.Banyak juga nak cerita tapi nanti rajin ai update lagi.Btw !sekarang dah cuti sem! yihaa! Mood on!


Pecutan terakhir ramadhan! Habiskan baca al-quran tu oii!Rugi kalau tak habis.Dan teruskan istiqamah.Khatam je terus ulang dan ulang lagi sampailah hujung nyawa.Moga menjadi syafaat dan pembela kita di akhirat kelak.

Selamat menghabiskan puasa semua!


Menuju Puncak Broga..Mission accomplished!

Bismillah

Alhamdulillah buat kedua kalinya aku mendaki bukit Broga pada hari ahad bersamaan 25 hari bulan 3 tahun 2018 setelah diajak oleh kawan bernama FA.Sebelum tu AK dan NF ada ajak juga tapi serius memang keberatan sangat-sangat.Sebab tahu memang akan mengah macam yang first dulu..kalau nak baca pengalaman aku naik Broga masa first time dulu nie link dia ☏ Hike The Broga Hill For The First Time!

Serius la kali nie alhamdulillah lebih okay daripada yang pertama dulu.Bila FA wasap aku malam tu aku cuba mengelak dengan mengatakan alasan begini begitu dan itu ini lah.Lepas aku tengok dia boleh berkorban nak tunggu aku katanya dan takkan tinggal aku maka aku pun setujulah.Bukan apa takut menyusahkan orang je tunggu kita.Bukan mudah orang nak tunggu kita kot.Satu dalam sejuta pun belum tentu.

Dah alang-alang setuju dan dia sangat insist so aku ajak pergi KFC malam tu dengan alasan esok kena ada full energy.Hahaa..maka berKFC la kita malam tu sambil tengok movie dan menanti keesokkan harinya.Mujurlah dapat nyenyak seketika.Terjaga dalam 3.40 pagi tanpa alarm.Buka phone 3.30 pagi FA dah wasap tanya dah bangun ke belum..lepas tu AK pula wassap.Tanpa berlengah aku siap cepat! Janji pukul 4 pagi nak bertolak oii.


selfie wefiee sementara tunggu NF 
Yang hado! NF tak dapat dikesan.Tidur mati uiii.Aku ingat aku paling lambat dahπŸ˜‚Telefon semua roommate dia semua tak jawab.Cemas dah kitorang.Missed call berpuluh kali dah.Aku,FA dan KS panaskan badan dulu sementara itu.Dah hampir 4.30 pagi maka AK cuba masuk rumah NF.Alhamduillah berjaya akhirnya pecah masuk rumah NF dengan kunci rumah AK.Memang tidur mati budak nie..hahahaa..Lebih kurang pukul 5 pagi maka kami pun bertolak ke Bukit Broga.Uishh ramai orang harini.Dorang lega ramai orang,aku sebaliknya..hahaa..malu la nanti nak berhenti-henti.Dah meramal akan berhenti banyak nie.

Kali nie jauh sikit baru berhenti.Jantung berdegup luar biasa.Kaki masih steady.KS mula pimpin aku lepas tu FA pula ambil alih.Yang lain sudah jauh ke depan,maka tinggallah aku dengan FA menemani.Terharu rasa, FA siap bawakan beg aku.Padahal beg tu bukan masalah utama aku tapi jantung nie haa..Hahaha..nak tunggu jantung jadi normal balik ambil masa la..FA bagi motivation sometimes push.Ada juga rasa nak mencarut wehh..hahaha..orang dah la penat ..jantung tak steady tapi FA sibuk bagi perumpaan itu ini..mujurlah dalam tarbiah..insoffkan hati sendiri maka aku kontrol rasa marah dengan istighfar banyak-banyak dalam hati.Syaitonn ini sumee..hahahahh

Aku ingatkan diri sendiri yang Allah tengah menguji kesabaran aku tatkala itu.Jika aku mampu atasi rintangan ini maka ganjaran yang lebih baik menanti.Dan ikut nasihat FA jangan bernafas guna mulut.Walaupun seksa tapi aku cuba bernafas guna hidung.Mengah kot rasa tak cukup oxygen.Tak kira berapa kali berhenti untuk stabilkan degupan jantung.Kadangkala FA dah jauh aku berhenti untuk ambil nafas dan stabilkan degupan jantung.FA takut tak ada orang sebab tak tahu jalan,aku pula tak kisah orang tapi FA risau tinggal aku sesorang.Aku cuba kuatkan semangat dan teruskan walau perlahan setapak demi setapak.FA makin jauh dan aku mengikuti dari kejauhan selangkah demi selangkah dengan nafas yang tak stabil.


Terkadang jalan yang kita tempuh terasa jauh dan tak mampu untuk bertahan lagi...
Better late than never.

Masa aku melangkah setapak demi setapak perlahan-lahan aku mengingatkan diri yang walau apa pun teruslah berjalan walaupun perlahan kerana akhirnya kita akan sampai juga.Situasi ni praktikal dalam kehidupan.Banyak ibrah yang tersembunyi dalam proses mendaki Bukit Broga ini.Walau orang sudah tak betah untuk menunggu,teruskan berjalan walau sendirian.Lambat-laun kita akan sampai juga pada mereka kerana destinasi kita sama! Satu arah..satu tujuan ..dan satu matlamat! Hanya mereka yang bersabar akan sampai ke puncaknya!.Maka jangan give up di pertengahan jalan! Jika penat berhentilah berehat seketika dan mulakan kembali langkah setelah stabil!


Hanya kita yang memahami diri sendiri...

Memang terkadang rasa nak give up bila penat sangat-sangat dan orang push tak sabar menanti kita yang asyik berehat dan lambat.Namun jangan pedulikan orang lain.Kita buat ikut kemampuan kita.Kita kenal diri kita setakat mana kemampuan kita.Jika penat berehatlah,biarkan mereka pergi dulu.Jangan bersedih ditinggalkan.Ini adalah perjuangan diri kita,bukan orang lain.Jika mereka mampu,mengapa tidak kita! Pasti kita akan sampai juga! Hanya jarak masa je yang memisahkan.


FA is a spoiler..hahahh
Namun kebersamaan itu amatlah indah seandainya kita memahami.Hanya sedikit yang memahami.Sukar pula untuk dijumpai.Aku panjat macam spiderman dah rasa..hahaa..tak tahu apa gaya aku memanjat bukit tu dengan bergantung pada tali yang terhuyung-hayang tu.Cerun pula tu..kalau jatuh..tak ke ngeri.Terselit secebis harapan kalau ada orang yang boleh membantu.Namun harapan hanyalah harapan.Sepenuh tenaga aku tarik tali bagi lepas juga ke atas.Tak peduli dah seluar kotor ke apa..semua tu demi satu tujuan je…sampai ke puncak bersama dorang! Wait for meee!

Dan akhirnya..T_T

Mission accomplished!!



Terima kasih FA!!Terima kasih semua!! Terima kasih Ya Allah beri kekuatan untuk sampai ke Puncak.Semoga degree yang berbaki satu sem je lagi ini pun mampu ku habiskan !Dan dengan bangganya nanti dapat ku katakan jua...

Mission accomplished!

WORK HARD! PRAY HARDER ! FUTURE IS OURS !!

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net