Meratapi pemergian Jong Hyun,Artis Kpop Kumpulan SHINEE

Bismillah.

Siapa Jong Hyun? korang kenal ke?..aku?..aku tak berapa nak kenal..kalau kumpulan SHINEE tu aku kenal la..yang nyanyi lagu Ring Ding Dong tu kan..tak ada lah kenal mana.aku start kenal dorang sebab nyanyi lagu ost Boys Over Flower yang Lee Min Ho berlakon tu.Well,aku still minat kdrama.huhuhu.Aku cuma cam muka min ho SHINEE je sebab dia masuk Let's Go! Dream Team rancangan variety show korea pasal sukan-sukan tu...well..ai minat rancangan tu..rupanya Jong Hyun ni ahli kumpulan SHINEE daa.Kecoh pasal kematian Jong Hyun ni masa kitorang tengah exam final kott..sampai ada kawan aku yang kata tak boleh nak fokus study sebab masih terkejut dan sedih dengan pemergian dia.Alasannya sebab membesar dengan lagu-lagu dia.



Aku pun suka juga btw.Membesar juga dengan lagu dorang ni.Untuk perbandingan yang lebih dekat dengan yang tak faham situasi.Contoh kalau artis Malaysia yang kita kenali meninggal secara mengejut macam tu.Artis yang kita selalu dengar lagu dia pula tu dan kita suka sangat dengan artis tu.Tentulah ada perasaan sedih kan..terkejut bagai..tak perlulah nak pertikaikan kesedihan orang.Tapi apa masalah sebenarnya di sebalik meratapi pemergian Jong Hyun ni? Well,masalah sangat pada yang taksub.

Adik-adik..kakak-kakak...kot iya pun sedih..jangan kita ikut cara orang kafir dan bukan pula budaya kita.Malah ditegah dalam islam.Jangan sampai menggadaikan agama.Baru-baru ni ada kan yang bawa lilin dan belon bagai menunjukkan kesedihan atas pemergian Jong Hyun.Tak boleh pula kita mendoakan,tak juga sedekahkan Al-Fatihah.Mereka biarkan dengan cara mereka,kita cukuplah sedih setakat itu saja.Tak boleh nak buat apa pun.Kecuali menginsafi detik kematian buat diri sendiri.

 

Tapi yang bagusnya kawan aku ni,betapa ralatnya mereka katanya kalaulah dorang sempat dakwahkan Jong Hyun ni kan bagus.Hehe.Nampak kelakar kan tapi bagus sebenarnya cara fikiran dorang..kalau boleh nak menyebarkan islam pada artis kpop pujaan hati.Walaupun mungkin artis kpop itu terlebih dahulu mendakwah dorang dengan lagu-lagu mereka.Jengg..

Walau bagaimana pun dalam berhibur,jangan berlebihan.Cukup sekadarnya sahaja.Jangan taksub dan melampaui batas sehingga melanggar tuntutan agama.Aku sendiri pun minat tapi minat macam tu je la.Kalau aku post gambar artis kpop tu hanya sebagai hiasan blog saja.Tak la melebih-lebih.Hanya sebagai hiburan semata-mata.Jangan la serius sangat.Minat sekadarnya saja.


Kesimpulan dari kematian Jong Hyun ni,korang tahu kan dia bunuh diri sebab depression? Jadi,kalau ada kawan yang mengadu masalah dan berkelakuan pelik dan tak tentu tu,berilah perhatian.Jangan abaikan kawan.Sensitif sikit dengan perubahan kawan.Jangan pentingkan diri sendiri.Bila dah jadi begini,menangis air mata darah sekalipun takkan hidup semula dia.Kena beri sokongan dan kuatkan semangat dia.Cegah sebelum terlambat.#SpreadTheAwareness #DepressionIsReal

More info at BBC News : Jonghyun: K-pop stars carry SHINee singer's coffin


23 Disember 2017
Home Sweet Home @Darul Makmur
01:31 PM

16 comments:

  1. jtengok macam ni kesian pulak. sebab tak sampai hidayah.. harap2 ada peluang nak berdakwah kat orang bukan islam jugak .... huu.. dorang mana tahu apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..alangkah berslhnya rsa bila blm sempt islam smpai kt dorg..dh dorg pergi dlu dgn cra yg tragis.

      Delete
  2. bab tu sis setuju. kalau boleh dakwahkan diaorg ni alangkah bagusnya sebabnya artis2 Korea ni ramai giler stress. tapi masalahnya kita nak dekat nagn diaorg pun payah giler.. acaner :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah...hehe..takde yg mustahil..teknologi cnggih dh.

      Delete
  3. Replies
    1. Benar p.cik..tiada sesaat tercepat mahupun terlmbt.

      Delete
  4. I do cried and pitied him for being stuck in his popularity.. But untuk berkabung sekali, I'm like, kalau ikut islam pun memang dia pilih jalan paling salah.. So jangan over..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..seriously,mmg sgt kesian kt dia..tp x leh nk buat ap..itu jln yg dia pilih ;( dan juga buat mereka yg terover'.Moga diberi kesedaran mna yg benar ..mna pula yg slh.

      Delete
  5. Kak ana tau nama kumpulan tu je. Individu ahli tu x kenal pun tp kes dia baru2 ni viral kan tu yg tau.

    Yg kes meratapi kematian artis korea ni memang lah satu kerja sia2 especially utk remaja islam. Menangis beria2. Cuba dorang tanya diri sendiri ada x menangis meratapi kerinduan pada Nabi saw. Kalau x kena muhasabah diri bebanyak. Peringatan utk kak ana juga ni.

    ReplyDelete
  6. Moga yang sakit depress ni cepat sembuh.. Kesian, penyakit ini tidak nampak diluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahumma aamiin.kkdg kita nk tlng pun x tau mcm mne..ad certain yg tak mhu kongsi.Tu yg bertmbh teruk.Perlu diberi kefahaman bhya depress ni brulah dorg bleh diselamatkn.

      Delete
  7. Akak pun setuju kalu member awak cakap tak sempat nak berdakwah pada artis tue, tapi tuelah, orang di zaman sekarang mudah taksub dengan artis.. Dengan siap bagi ucapan selamat tinggal bagai tue, so nampak sangat taksub dengan dia.. Sepatutnya kita lebih banyak baca selawat ke atas Rasulullah SAW agar kita dapat syafaat di akhirat kelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mngkin minat dorg terlebih pula..huhu..moga kita diberi hidayah mna yg benar..even klo taksub dlm agama pun bermslh juga.Ambil jalan pertengahn selamat.sollu alan nabi.

      Delete
  8. Akak pun kenal kumpulan je.. Tapi tulah.. Kalau boleh janganlah taksub sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila taksub sgt lain jadinya..hmm

      Delete


Current Status (22 January 2018) : Semester 6! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah!

Dear reader,thank you for having here💕I'm appreciated it a lot.I'll get you back sooner or later whatever it takes!🏇🏻

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net