🎁 Giveaway DMSONE EXLUSIVE 5in1 (22 Jan 18)

Bismillah

Click on Banner

Produk DMS bebas dari bahan kimia merbahaya
Ada KKM
Korean Dermatologi (haaa ni mesti ramai suka sebab semua nak muka glowing mowing gitu)
Produk penjagaan muka Malaysia yang 2x berjaya menang Anugerah Antarabangsa 2014 dan 2017


DMSONE EXLUSIVE 5in1

SET LENGKAP ni di datang kan KHAS dgn kotak yg menarik & tampak EKSKLUSIF:-

1) Colagen Facial Soap Bar
2) Night Cream (10g)
3) Day Cream (10g)
4) Glowing Serum (20ML)
5) CC Cream Foundation SPF 45 PA++ (30ML)

DMSONE EXCLUSIVE 5in1 adalah keluaran istimewa dengan teknologi korea yang membantu bahan aktif meresap pantas ke dalam kulit.

Formulasi ni mengandungi Arbutin, Glutathione, Vitamins B3 & C yg bertindak sebagai "melanin lock" bagi mengurangkan masalah "pigmentasi".

Set lengkap ni juga mampu merawat kulit bermasalah seperti jerawat, garisan halus & jeragat.

Kandungan kolagen dpt membantu menguatkan struktur kulit dan pembentukan sel2 baru agar kulit tambah lembut & licin.

Overall dgn set DMSONE EXCLUSIVE 5 IN 1.. anda bakal dpt kulit yg berseri & bebas cela.

🌹ThePerfectBeautySkinForEveryone
🌹KoreaTechnology

Super Jimat Dalam Satu Harga

Mengandungi :

1. Collagen Facial Soap
👉Dgn gabungan ekstrak semulajadi spti Peony dan fruktan, sabun ini dapat membntu membersih, melembut serta mencerahkan kulit.

2. Glowing Serum
👉Serum rawatan memperbaiki masalah kulit berminyak, pori terbuka, tona kulit tidak sekata dan jerawat itk menghasilkan kulit yg lebih cerah, ankal dan halus.

3. Day Cream
👉Mengurangkan tompok hitam, melembap dan mencerahkan kulit.

4. Night Cream
👉Memulihkan sel kulit yg bermasalah ketika tidur justeru mengurangkan masalah jeragat dan tompok hitam serta mencerahkan kulit.

5. CC Cream SPF 45PA++
👉Merupakan formula bedak asas dan kandungan SPF 45PA++ bertndak sbg pelindung matahari. Meratakan warna kulit yg tidak sekata dan mengurangkan maslaah kulit berminyak.

DMS56 merupakan formula teknologi korea yang lebih terkini,
krimnya tidak sama dengan krim set asas DMS360, DMSONE mahupun Glowing Speed.

Krim seakan lotion, sangat pantas menyerap ke dalam kulit wajah.😍

Sesuai untuk
✔️ Lelaki dan wanita
✔️ Remaja seawal 12 tahun
✔️ Sesuai semua jenis kulit


Testimoni Pelanggan 5in1 DMSONE Exclusive







웃 REALSVIORS Bloglist ! (9 Jan 2018)

Bismillah

Click Banner

Selamat menghadapi tahun baru..azam tahun baru ni macam biasalah..banyak sangat azamnya..macam yang dah diberitahu di entry-entry sebelumnya..Azam saya nak update blog hari-hari..hahaha..azam special untuk blog gituhh!



🎁 GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE (1 Jan 18 | 9 pm)

Bismillah

Click on Banner


SOCMED

Instagram : mas_fvome
Facebook  : Mas Fvome
Twitter      : @mas_fvome



🎁TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ! (31 Dis 17 | 11:59 AM)

Bismillah.

Giveaway sempena birthday husband dan baby tengku Butang bulan disember ni.Hihi comel nama tengku Butang.Banyak yang sponsor hadiah nie ! Masyukk..moh ler kita join di saat-saat terakhir ni.

Click on Banner


Korang kena follow semua sponsor tau..jangan skip! Tak baik naa..nanti cikgu akan check sorang-sorang betul tak korang dah follow..hehe..ini link socmed saya.

Instagram : mas_fvome
Facebook  : Mas FVOME
Google +   : Mas FVOME

Aku tukar akaun ke google+ baru,jadi jangan pelik kalau aku follow lagi.Sebenarnya ai dah follow dah blog kekawan tu.Bukan sebab ai unfollow tau..hehehe..tapi untuk akaun baru kenalah follow semula untuk dapatkan update dekat dashboard.Akaun lama tak guna dah.Ok sekian!Have a nice day uols

31 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
08:12 AM Sunday

🎁Mystery Giveaway by www.myafarisha.com (8 Jan 2018)

Bismillah

Giveaway seterusnya daripada MyaFarisha.Ini adalah detailnya.Senang je..cuma copy code dan letak dalam post.Semoga ada rezeki la hendaknya.Selamat menuju tahun 2018!Tarikh tutup 8 Januari..jom join ramai-ramai.

Mystery Giveaway www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

31 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
07:56 AM Sunday

🎁Giveaway Happy New Year 2018 (31 Dis 2017)

Bismillah

Ehh..ada giveaway lagi la..jumpa dekat blog SVIORS.Pemenang akan diumumkan pada 6 Januari.Dapat hadiah duit wehh..dan 10 blog yang terpilih akan dimasukkan dalam bloglist.Syaratnya macam biasa..follow blog dan like fb!

Click on Banner

Ehh..aii suka la banner ni ! Cantik je tengok..Rasa macam wow! Warna warninya tahun 2018.Apa yang istimewa giveaway ni Sii Nurul letakkan syarat suruh bagitahu azam atau ucapan tahun baru or pengalaman manis sepanjang tahun 2017.Wowwo..mana satu nak pilih ehh..kalau tulis tiga-tiga tak cukup masa nak tulis nie..hehehe..

Azam dah bagitahu pada giveaway sebelum ni ,ucapan tahun baru pun dah common sangat..so kita pilih pengalaman manis sepanjang tahun 2017! Panjang oiii..maka aku pendekkan.Tahun 2017 tahun teristimewa di mana mulanya pertalian kukuh aku dengan biah solehah.Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan seorang insan yang tidak dipandang namun masih dipegang dan dipimpin hatinya.Semoga aku mampu memberi sumbangan bukan hanya bagai melukut di tepi gantang.

Haa..hambek ko..falsefo betul.Chill! 2018 yo! Gerak lu paper roger!

31 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
07:44 AM Sunday

🎁Giveaway Bulan Cinta by Dilah (31 Dis 2017)

Bismillah

Haa..giveaway bulan cinta oleh Mrs Dilah ni tamat harini.Sempat lagi la kalau nak join nie..apa lagi..hehehe..giveaway ni sempena ulangtahun perkahwinan beliau dan suami.Sweet sangat buat giveaway.Kita nak buat tak ada ulangtahun  la pulak..hahha..jadi moh ler kita join

Click Banner

Apa hadiah giveaway ni uolss? Menarik ! Sangat menarik! dorang sekeluarga akan pergi bercuti ..so nanti ole-ole dari percutian dorang akan bagi pada yang terpilih.Waah bestkan! Tak lupa juga hadiah deodarant yang bertahan sampai 6 bulan.Last longer omputih cakap.Kesegaran sepanjang hari..ehh..iklan pula.Syarat pula macam biasa..follow blog,fb dan like insta ! That's all ! moh ler kita

31 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
7:25 AM Sunday

🎁GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ (31 JANUARY 2018)

Bismillah

Selamat pagi dunia! Bangun pagi-pagi kita habiskan mission untuk join giveaway hehe.Yang ni pula giveaway yang aku jumpa dekat blog NurulAtika.Hadiah dia berupa topup,buku nota comel cover doodle dan juga brush make up gituhh!.

Click on Banner

Comel la doodle nie...hihii..Jom la korang join..haishh berdebar pula nak masuk tahun baru nie..udah kenapa oii..takut pun ada..bila fikirkan usia meningkat takkan pernah turun-turun lagi...berbalik pada giveaway .syarat dia pun senang juga..follow blog dan insta.Then,jangan lupa like facebook page beliau! Ok tu je..moh ler kita!Tarikh tutup sebulan dari sekarang.


31 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
07:10 AM Ahad


🎁GIVE AWAY HADIAH MISTERI DARI ASTRAVELER(31 Dis 2017)

Bismillah.

Detik-detik terakhir satu hari lagi sebelum tahun baru.Meh la sambung memburu giveaway.Haha! Penutup untuk tahun 2017 kita support blogger dan join giveaway yang melata! Let's go! Jangan abaikan walau satu pun!

Click on Banner

Giveaway ni kita jumpa dekat blog Siti Nuur Hidayu.Tanpa berlengah-lengah lagi kita join la! Hehe sebab tarikh tutup esok je lagi wehh..mai la ramai-ramai kita join.Beliau perlukan 10 orang pemenang dan sekarang dah hampir 50 orang yang join!..Meriah sungguh..jom kita meriahkan lagi! Syarat pun tak berat cuma follow blog ASTraveler, blog Julfy Photo dan Fb Julia Tarmdi.

Best wishes!

30 Disember 2017
Home Sweet Home @Darul Makmur
Friday 10:44 PM

Throwback Moments in 2017.Everyone have their own struggle!

Bismillah.

Two days before new year 2018 ! Omg.The time is really running out.What do we do? This life still have a long journey to go.I'm still too far away from my dream.This footstep have been repeated slowly wanna stop but whenever it all about to stop,there will always be a miracle that keep it going.Even though,i'm always slow than anyone else in my age.Whenever i look around me.But that's not matter anymore.Now i just wanna to think how to improve myself better than a year before.

Throwback 2017

Semester January 2017.I'm struggling with myself.The subjects that i'm taking like seriously burdened me as i'm felt tearing apart inside and outside.Until the only way that i saw, decision that i'm taking to lesser my brain burden before it exploded.I'm dropped out one of subject clinical related to chemistry.As if i'm taking it,feel like my GPA will falling down worst than ever.After it dropped out the subject,i really felt that i'm going to live again.Then..that's it! I'm alive! Alhamdulillah.

Semester July 2017.Likewise i didn't felt wanna study anymore.I have lost my patience in studying for this degree.I felt like taking so much time just to studying.Likewise wasting my time all over my age,year by year.The study loan that i'm taking during my diploma hit my head up! As well during this degree.If you married with rich man so you can pay it off.But if not,you might pay it until you die but it also not certaily that you will successful to pay it all.Whenever i'm thinking about that it really hit me so bad.I felt that i didnt improve anything but only wasting my time and money learning what i have been learnt during my diploma.Although,there is a different in detail,but its seem like there is no different at all.

In the darkness,i saw a light that enlighten me.It really changing my thinking toward more positive life.I will named it as light circle! The light that i saw is through this circle.I was reminding by the meaning of this life.A day for a week.What life that i should living for? What do i do in this life? What we supposed to do? Indeed.It hit me well.Deep through my heart.There are so much responsibility that we need to carry out.Did you know..we are not just live for ourself. But we are live for others too.So there is no selfish in life.We are not living in this world alone.But we are live with a lot of people.We are completing each other.

Each of people have their own struggle and they also need help.Who are going to help them? Whoever that have the light should give them felt how is it live in the light eventhough surrounding by the darkness.Our job is to change the darkness into the light ! i want that light and share it to all!


So let's enlighten this new year of 2018! May Allah bless this journey ! Happy 2018! Keep your head up and fighting for your life!

Schedule
29 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
10:56 PM FRIDAY

🎁 GIVEWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN

Bismillah.

Selamat pagi dunia ! Hari ni semangat sikit jom! Jejalan tadi dari blog ke blog maka terserempak la dengan giveaway daripada Cik Yan ni.Jumpa dekat blog kak Shikin.Alang kita tengah memburu giveaway,kita pun join la sementara ada masa ni.Heee.

Click Banner

Nampak macam blogger baru atau mungkin blog baru kott.Hi Cik Yan! Selamat berkenalan.Kita kena buat review sikit pasal blog beliau dan cerita pasal azam tahun baru.Katanya kalau penyertaan kurang daripada 10 maka automatik giveaway ni akan terbatal.Omg! Maka marilah kita beramai-ramai meriahkan giveaway ni uols! Support la blogger kita!

Blog Cik Yan

Comel dah.Saya suka background taman bunga tu dan blog ni simple sangat.Tak ada gadget yang membebankan.Rasa sejuk je mata memandang gitu.Cuma post tu warna hitam.Ai tak berapa nak berkenan la..hehe.Lepas tu archieve blog tak ada.Nanti reader nak godek-godek entry awak susah nanti.Ok itu saja komen dari pengkritik tak bertauliah ni.

P/s : Saya suka buku Ustazah Fatimah Syarha juga😍

Azam 2018

Semoga setiap hari adalah hari yang indah dan menjadi hamba Allah yang taat sentiasa.Azam terlalu banyak tapi yang paling utama nak istiqamah sharing dan menulis dalam blog!💗

Jom join uols!

28 Disember 2017
Home Sweet Home @Darul Makmur
06 :53 AM

🎁Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017 (31 Dec 17)

Bismillah

Ohoii! Berhibernasi seketika.Hari ni buka balik blog lalu kita sambung join giveaway.Giveaway kali ni daripada Qiya Saad..! Dengar tak bunyi duit tuu...wuu..RM100 ringgit kauu!Bahagi tiga portion untuk tempat pertama,kedua dan ketiga.Sape tak nak? Bukan senang-senang orang nak bagi dalam kegawatan ekonomi ni.Mesti la selalunya simpan untuk diri sendiri.Hahaha.

Click Banner

Kalau korang tak nak,aku nak.hehehe..Jom ler kita ramai-ramai meriahkan giveaway ni..syarat-syarat dia pun boleh tahan la.Follow,like,comment and share..aku pun ambil masa ni sebab kekangan internet dan hantu malas menyerang dalam dua hari ni.Tup tup! dah 27 hb ..nak masuk tahun baru dah..huwaaa!Takutnya masa pergi begitu saja..Semakin takut menghadapi usia yang tua..oh sayang..waktu takkan terhenti begitu saja.Muda hanya di syurga.Jadi marilah kita hidup ke jalan syurga #KernaSyurgaBukanPercuma .Cerita tu pun ai tak sempat habiskan lagi.Entah apa la yang aku buat..huhuhu.alright.let's go hunt!Baby shark do~ do~ do~



27 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
10 :03PM


♫ Kamukah sahabat sejatiku?♫

Sahabat sejati.

Sering aku meminta sahabat sejati.
Yang solehahnya menyinar dalam diri
Percikan imannya memeluk hati
Bicara katanya lembut membuai rasa hati

Namun sering aku lupa
Tatkala aku meminta
Tak ku pandang diri sendiri
Layakkah aku digelar sahabat sejati?

Yang katanya membina semangat diri
Sabarnya mengukuhkan ukhwuh till firdausi
Tegurannya kerana ilahi
Bukan kerana nafsu diri

Lantas ku termangu
Ku insafi diri sendiri
Tidak mengapa walau tidak ketemu
Kerana yang terbaik adalah dirimu

Jadilah dikau sahabat sejati itu
Walau dikecam,kau tetap sabar
Walau ditinggal,kau tetap setia
Malah tetap tegar meminjamkan bahu untuk bersandar

Bukan kerana lemahnya dirimu
Bukan kerana kerdilnya dirimu
Bukan kerana takut tiada siapa sudi bersamamu
Namun segalanya kerana ilahi yang menuntun hati

Saat itu kau akan tahu
Betapa mereka begitu menghargai
Tak terduga betapa kerana itu
Allah menambah nikmat saban waktu

Jadilah dikau sahabat sejati itu
Tidak melatah tika dihina
Malah terus menasihati membina
Hingga akhirnya bersama ke syurga ilahi.


25 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
10:44 PM

🎁 YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN (5 Jan 18 | 11:59 PM)

Bismillah.

Jengg! Dah mula dah nak join giveaway ni.Haha.Jadi harap anda semua bertahan la dengan post-post saya ya.Dah lama tak support blogger ni.Maklumlah kita buzy lebih lagi daripada menteri kabinet la kononnya.Yang baru-baru ni pun tak sempat join uols.Yang hado nak blogwalking pun susah maa.Sekarang insyaAllah selagi cuti,selagi masih bernyawa.Akan ku join giveaway atau apa-apa segmen yang para blogger anjurkan gituhh.

Sekarang kan dah hujung tahun,jadi ramailah yang buat giveaway termasuklah mrs Husniey Husain ni.Tak kenal sangat blogger ni.Baru nak berjinak-jinak baca entry beliau.Hi sis! Dan tak lupa,beliau juga merupakan #BloggerPantaiTimur.Team blogger yang aku baru join.Mai la join sesiapa yang rasa dari pantai timur tu.Geng kita boh! Walaupun aku dok senyap je dalam whatsapp tu..hahaha


                                                                           Click Banner

Jom meriahkan giveaway beliau! Klik je banner tu.Nanti korang akan didirectkan terus ke blog Kebaikan Keindahan nama blognya seindah nama empunya diri.Hadiah pun boleh tahan wehh! Ternganga korang tengok.Kalau dapat tu tak tau la nak habaq lagu mana.Banyak lagu yang keluar.Termasuk la lagu Abang Nak Tegur..hahahaa..adoii.okay untuk syarat-syaratnya macam biasalah..follow penaja-penaja giveaway tu uols.Jangan menipu.Tak baik.Amalkanlah sifat kejujuran sentiasa.

Biar bersebati dalam diri menjadi benih dari generasi ke generasi.Ok la tanpa melengahkan masa aku akhiri dengan bagi link socmed aku.Follow jangan tak follow.My rules.Orang follow aku follow,orang tak follow..aku unfollow balik.Hahaha.Ada aku kisah.Nampak sangat la orang yang tak follow balik tu tak kisah kan.Yelah siapalah kita nie kan..alahai beremo pula.Tapi terkecuali untuk orang yang saya suka follow la.Haha.Tak larat nak beremosi dah tua-tua ni.Sedar diri sendiri.Just follow the rules then.*Tetibe



Sebelum terlupa ..giveaway ni tamat pada 5 Januari 2018 tahun depan tau.Tepat jam 11:59 malam.Jom meriahkan giveaway ni,Pakat join ramai-ramai deh.Okay sampai sini je dulu...fighting for your life! Dont ever give it up! till then! Gerak luu..pape roger!

24 Disember 2017
Home Sweet Home@Darul Makmur
10:10 PM

SOCMED Mas_FVOME

  Instagram    :    https://www.instagram.com/mas_fvome/
  Facebook     :    https://twitter.com/Mas_FVOME
  Email           :    masfvome@gmail.com

Meratapi pemergian Jong Hyun,Artis Kpop Kumpulan SHINEE

Bismillah.

Siapa Jong Hyun? korang kenal ke?..aku?..aku tak berapa nak kenal..kalau kumpulan SHINEE tu aku kenal la..yang nyanyi lagu Ring Ding Dong tu kan..tak ada lah kenal mana.aku start kenal dorang sebab nyanyi lagu ost Boys Over Flower yang Lee Min Ho berlakon tu.Well,aku still minat kdrama.huhuhu.Aku cuma cam muka min ho SHINEE je sebab dia masuk Let's Go! Dream Team rancangan variety show korea pasal sukan-sukan tu...well..ai minat rancangan tu..rupanya Jong Hyun ni ahli kumpulan SHINEE daa.Kecoh pasal kematian Jong Hyun ni masa kitorang tengah exam final kott..sampai ada kawan aku yang kata tak boleh nak fokus study sebab masih terkejut dan sedih dengan pemergian dia.Alasannya sebab membesar dengan lagu-lagu dia.



Aku pun suka juga btw.Membesar juga dengan lagu dorang ni.Untuk perbandingan yang lebih dekat dengan yang tak faham situasi.Contoh kalau artis Malaysia yang kita kenali meninggal secara mengejut macam tu.Artis yang kita selalu dengar lagu dia pula tu dan kita suka sangat dengan artis tu.Tentulah ada perasaan sedih kan..terkejut bagai..tak perlulah nak pertikaikan kesedihan orang.Tapi apa masalah sebenarnya di sebalik meratapi pemergian Jong Hyun ni? Well,masalah sangat pada yang taksub.

Adik-adik..kakak-kakak...kot iya pun sedih..jangan kita ikut cara orang kafir dan bukan pula budaya kita.Malah ditegah dalam islam.Jangan sampai menggadaikan agama.Baru-baru ni ada kan yang bawa lilin dan belon bagai menunjukkan kesedihan atas pemergian Jong Hyun.Tak boleh pula kita mendoakan,tak juga sedekahkan Al-Fatihah.Mereka biarkan dengan cara mereka,kita cukuplah sedih setakat itu saja.Tak boleh nak buat apa pun.Kecuali menginsafi detik kematian buat diri sendiri.

 

Tapi yang bagusnya kawan aku ni,betapa ralatnya mereka katanya kalaulah dorang sempat dakwahkan Jong Hyun ni kan bagus.Hehe.Nampak kelakar kan tapi bagus sebenarnya cara fikiran dorang..kalau boleh nak menyebarkan islam pada artis kpop pujaan hati.Walaupun mungkin artis kpop itu terlebih dahulu mendakwah dorang dengan lagu-lagu mereka.Jengg..

Walau bagaimana pun dalam berhibur,jangan berlebihan.Cukup sekadarnya sahaja.Jangan taksub dan melampaui batas sehingga melanggar tuntutan agama.Aku sendiri pun minat tapi minat macam tu je la.Kalau aku post gambar artis kpop tu hanya sebagai hiasan blog saja.Tak la melebih-lebih.Hanya sebagai hiburan semata-mata.Jangan la serius sangat.Minat sekadarnya saja.


Kesimpulan dari kematian Jong Hyun ni,korang tahu kan dia bunuh diri sebab depression? Jadi,kalau ada kawan yang mengadu masalah dan berkelakuan pelik dan tak tentu tu,berilah perhatian.Jangan abaikan kawan.Sensitif sikit dengan perubahan kawan.Jangan pentingkan diri sendiri.Bila dah jadi begini,menangis air mata darah sekalipun takkan hidup semula dia.Kena beri sokongan dan kuatkan semangat dia.Cegah sebelum terlambat.#SpreadTheAwareness #DepressionIsReal

More info at BBC News : Jonghyun: K-pop stars carry SHINee singer's coffin


23 Disember 2017
Home Sweet Home @Darul Makmur
01:31 PM

Preparing for last paper!

Bismillah.

It's the time! Last paper finally this wednesday! Today i'm just finished lab immune paper.Struggling to find  the mood for study.And i'm managed to finished all the slides before the time.Jyeahh.Even though not really paying attention as there are not much time left.

Every semester,the same things happen.Although,i'm planned to study earlier but it always unsuccessful.Well,the habits that really hard to changed i thought.But i will try it no matter what.All over again.Until i get it into my habits.As long as there is the time,there is no time you can't change.

Dream something.Praying a lot.Looking into future.Especially akhirah.Just impatiently waiting for the result so i can know where i am right now.Hopefully the things is gonna goes well.But i dont put high expectation for this semester as it really chaotic until the end actually.

By the way,past is history and the future is the day! Just pray for the best in the next day until the next semester!Let's learn from the past mistakes to creating the best future! Alright guys,done for now! Till then.

Wish me luck.Pray for the best! All the best for all.


18 December 2017
3A@Darul Ehsan
6:57 PM

Pertama kali rasa Cheese Tart Perisa Durian

Bismillah.

Hari ni nak storey morey santai-santai je.Apa yang kau buat hari ni haa? Semoga bermanfaat menjalankan hari-harimu wahai diri terutamanya.Alhamdulillah hari ni berhasil menjayakan misi menjawab soalan latihan quizzes sebelum quiz yang sebenar dannn...exam yang sebenar woo..tak habis lagi uii.

Dan harini kita dapat makan free lagi.."maka nikmat tuhan manakah yang ingin kau dustakan?" cheese tart! Yuhuu..cheese tart hokkaido perisa durian.Aku tak pernah makan pun benda alah ni.Kawan ai suka sangat la makan cheese tart ni.Tak tahu kenapa.Aku rasa macam kuih tart je..cuma bezanya dia penuh dengan cheese durian dekat tengah tu dan besar punyaa.Makan cream dia agak muak kalau tak biasa kott tapi sedap juga la.Boleh la recommend.


Dah makan setengah sebenarnya baru terfikir nak ambil gambar.Sebab? Lupa harini tak update blog lagi.So boleh la jadi modal untuk update sat.Hahaa.Walaupun selingan update sambil study.Nampak kegigihan seorang blogger gituhh.Takpe,habis exam aku pulun la habis-habisan blogwalking dan join giveaway banyak-banyak.Korang yang selalu singgah jangan terasa okay.Nanti saya balas semula bila ada masa.Cepat atau lambat je.Bertabahlah.

Sekian dahulu.Sambung study oii! Wish me the best for the upcoming exam! 2 papers more!Tak ada hidup yang mudah,namun tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.Maka berdoalah selalu moga dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi kehidupan ini.Moga sentiasa terpelihara dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

16 Disember 2017
3A@Darul Ehsan
10:25 PM

Bersabarlah dengan kesabaran yang baik

Bismillah.

Alhamdulillah.Yeay dah habis dah paper untuk minggu ni.Paper harini paling menggembirakan.Panjang karangan aku tulis.Dah macam karangan spm dulu-dulu dah aku rasa.2 paper lagi sambung minggu depan pula.Hard rock cafe punyaaa! Mati la nakk.Semoga insaf sebelum terlambat la hendaknya.Azam esok nak bangun awal pergi library dan study untuk 2 paper lagi tu sambil main blog.Aci tak?

Paper tadi paper toxicology..like seriously apa yang aku baca semua keluar.Alhamdulillah tak terhingga.The rest kita tawakal.Nyanyian berlagu la diri ini.Ada kala kita gembira ada kala kita kedukaan seperti kejadian waktu.Ada waktu hari malam,ada waktu hari siang.Macam tu la kehidupan.Yang penting kita bersabarlah dengan kesabaran yang baik atas setiap yang berlaku.Sama ada gembira atau sedih.Semuanya ada hikmah di sebalik setiap kejadian.Bukan saja-saja kejadian itu terjadi melainkan ada seseuatu pengajaran dan iktibar yang Allah nak bagitahu.

Malam tak selamanya.Dan siang juga tak selamanya.Begitu juga hujan tak selamanya dan panas pun tak selamanya.Seperti derita tak selamanya dan gembira tiadalah jua berpanjangan.Ada mehnah dan ujian untuk menguji keimanan.Macam tu juga dengan hidup..hidup kita di dunia ini tak selamanya..dan kematian itu makin menghampiri.Seiring usia berjalan maka maut itu tidak mengenal usia dari detik ke detik.Dari tahun ke bulan dari minggu ke hari dari jam ke minit lalu sekelip mata sesaat nyawa boleh ditarik izrail.Masih leka?

Jawablah di alam barzakh atas urusan apa kamu hidup di dunia ini.Jika baik segala urusannya,maka selamatlah dari seksaan.Jika tidak,maka menghadaplah azab sehingga dibangkitkan semula ketika hari perhitungan kelak.Tak terbayang dihitung dengan timbangan amal berat ke kiri.Maka hiduplah selamanya di neraka jahannam.Nauzubillah min zalik.

Maka di dunia ini apalah sangat azab seksa dan berat ujian yang Allah bagi.Ia hanya untuk menguji keimanan kerana syurga itu bukan percuma.Jika percuma maka mudahlah manusia buat sewenang wenangnya.Bermaksiat,berpoya-poya, bunuh orang sini sana,rompak harta haram untuk cepat kaya.Mudah sangat hidup kan? Jadi,hidup bukanlah semudah petik jari je! Berduyun-duyun harta datang bergolek.

Tak..dan tak akan.Walau rasa mudah,itu semua ujian untuk menguji keimanan.Miskin atau kaya,straight A's,4 flat atau tak ,itu tak penting..yang penting bagaimana keimanan kita saat itu? Saat ini? Maka bersabarlah menghadapi hidup dengan kesabaran mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah berlandaskan syariat yang telah digariskan.

Bertaqwalah.Sabar itu sangat indah.Kerana akhirnya,syurga itu yang paling terindah tika kita dapat menjejakkan kaki.Lebih teristimewa Allah meredhai dan memberkati.Jom kita istiqamah dalam ketaatan! Muhasabah diri dan perbaharui niat di hati.InsyaAllah,moga Allah redha!


14 December 2017
@3A.Selangor
09:40 PM

Jagalah kesihatan mental anda

Bismillah.

Alhamdulillah settle lagi satu paper.Alang-alang tunggu maghrib baik update blog.Kena buat azam 2018 ni.Update blog walau macam pun dalam sehari.Walaupun guna handphone yang dah retak seribu nie haa.Tu la tak sayang handphone namanya.Dah retak barulah nak beli cover.

Exam tadi banyak masuk pasal community psychology.Ceritanya apa sumbangan community psychology tu dan segala principle mak nenek bagai tu.Yang hado.Nasib la digerakkan baca topik tu tadi dapatlah aku hentam apa yang aku faham.Walaupun macam banyak je mengarut.Grammar pun tunggang-langgang macam si tanggang kena sumpah jadi batu sebab derhaka dengan mak dia.Tu la jangan derhaka dengan mak.

Community psychology.Cerita pasal tugas psychologist utk masyarakat Masyarakat perlu dididik dengan awareness pasal mental health ni.Keadaan ekonomi dan tekanan hidup menyebabkan ramai orang mengalami kemurungan.Sedar tak sedar kajian mengatakan rationya satu daripada tiga rakyat mengalami kemurungan ini.Aku ada terbaca dekat twitter tadi.Bahaya wehh!

Tak pasal-pasal semua jadi gila nanti.Tak ada yang normal dah.Sebab tu kalau rasa bluess je sepanjang hari dan berlarutan sila segera dapatkan bantuan.Jangan buat senyap je nanti bertambah teruk dan menyebabkan mania.Mania tu memang tak betul dah jadinya.Hyperaktif dan boleh bahayakan orang.Carilah kawan-kawan yang menggembirakan.Tinggalkan kawan-kawan yang negatif dan annoying tu.Buat sakit otak je.

Kalau tak ada kawan yang positif,keluarlah cari ketenangan.Dan mulakan hidup baru.Terimalah secara perlahan-lahan yang hidup memang macam ni.Cuba bersabar dan teruskan bersabar.Sebab Allah dah kata orang yang bersabar takkan rugi.Boleh jadi apa yang kamu tak suka itu baik bagi kamu.Dan apa yang kamu suka pula jadi sebaliknya.

Dalam masa yang sama dapatkan kembali sinar hidup.Allah takkan bagi hidup setiap manusia ini untuk disia-siakan kecuali untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi ini.Hiduplah untuk memberi manfaat.Walaupun hanya dengan buat kerja rumah,sapu sampah,cuci pinggan mangkuk bagai.Kerana akhirnya yang bermanfaat itu adalah yang terbaik.Meskipun orang tak hargainya,namun yang memberi hidup itu Allah,pastinya yang memberi ganjaran juga Allah.Ikhlaskan hati.InsyaAllah syurga buat mereka yang bermanfaat.

Amboii..panjang pula aku coletah..sekian dahulu.Sebelum aku akhiri,pesanan terakhir,jangan overthinking dan expect orang akan buat baik selalu. Laluilah hidup dengan tenang.Jauhi diri dari orang yang annoying kan hidupmu.Carilah kembali cahaya hidupmu.Fighting!


13 December 2017
@3A.Selangor
07:06 PM

Wordless Wednesday : 2nd Paper

Perlahan-lahan belajar untuk redha

Bismillah.

Alhamdulillah ala kulli hal.Hari ni hari pertama exam biostatistics.Aku menunggu di luar dewan exam dengan penuh debaran.Berkumpul setempat satu kelompok bersama kawan-kawan sekelas.Tak boleh nak senyum.Dari semalam lagi dah berdebar.Terasa macam rama-rama terbang di dalam perut.Lalu seorang teman sekelas menyapa.

"Senyum..Allah akan beri kemudahan bila kita senyum."

Aku menggeleng-geleng.Namun ia meresap ke dalam sanubari.Mengiyakan.Tak boleh nak senyum wehh.Takut.Tak lama kemudian kami dipanggil masuk.Aku mencari nombor tempat duduk.Fuhh..Dapat je kertas exam terus aku buat objektif.Lepas tu tengok jam..uishh..dah lebih setengah jam..tak pasal-pasal tak sempat pula aku nak jawab subjektif.Aku tinggalkan dulu objektif dan jawab untuk subjektif.Dan aku pun terpana.Ya Allah..tolong aku...😭 soalan apakah ini..Soalan yang biasa tengok tapi otak seolah-olah tak dapat nak scan guna formula apa..dugaan apakah ini..

Aku cuba buat dari soalan pertama hinggalah bila tak dapat juga kesan apa formula yang perlu digunakan aku beranjak pula ke soalan seterusnya sehinggalah akhir muka surat.Nak menangis rasa.Rasa tak cukup oxygen sampai ke kepala.Terasa pening tiba-tiba.Akhirnya aku cuba istighfar dan bertenang.Aku semak semula soalan perlahan-lahan..satu persatu..alhamdulillah akhirnya diberikan hidayah.

Allah yuftah alaik.Aku cuba buat sehabis baik walaupun ragu-ragu dengan jawapan yang dikemukakan.Aku usaha sehingga akhir.Walaupun ku tahu ada formula yang salah ku masukkan.Aku tawakal.Namun sungguh tak cukup masa untuk habiskan untuk jawab soalan dalam masa tiga jam.Aku pasrah.Untuk hentam sekalipun tak cukup masa untuk habiskan kira-kira.Aku bulatkan beberapa soalan objektif yang tertinggal.Tak cukup masa di minit-minit yang terakhir untuk mengira.Dan jalan kiranya yang panjang.

Tak berdaya untuk berbuat apa-apa.Sebaik masa tamat.Aku keluar .Seorang rakan menyapa dan bertanya bagaimana.Ku hanya geleng dan senyum pahit.Ku teruskan perjalanan.Terasa tidak bermaya.Langkahan kaki tidak terasa.Perlahan-lahan air mata mula bertakung.Tatkala pulang,rakan-rakan serumah mula berbincang jawapan mereka lalu tak semena-mena air mata menjengah di tubir mata.

Hanya satu harapan,

Moga tak akan mengulang subjek ini semula.Namun aku mula perlahan-lahan belajar untuk redha dengan segala kemungkinan.Salah sendiri.Ya.Aku sedar.Ya Allah perkenankanlah apa yang terbaik.Semoga dipermudahkan segalanya.


12 Disember 2017
@3A.Selangor
05:26 PM

☂ Perempuan Tercantik Di Dunia ☂

Kembali ke Asal

Bismillah.

Asal sangat..akhirnya sekarang aku dah ada dekat kampung..percaturan hidup tak nak balik sebab final exam.Pengakhirannya tewas juga.Baik balik daripada melagha tak study.Sekurang-kurangnya moga  dapat keberkatan mak ayah.

Aigoo..aigoo..masih mencari-cari semangat untuk belajar..kalau tak dipaksa maka hanyutlah begitu saja..sebaik je bas gerak tadi..maka hujan pun turun rintik-rintik sehingga menjadi lebat seolah-olah memahami kekeliruan di hati..

walhal sekarang kan musim kentujuh..hahaha..dan alangkah berdukacitanya muslim sejagat..Jerusalem diisytihar Trump sebagai ibu negara Israel ! Mana mungkinn!! Ini tak boleh terjadi.Intifada !

Dan buat diri,

Mengapa masih berlengah lagi? Sedangkan air takkan pernah berhenti mengalir..mengapa tidak diri kamu? Fighting untuk final exam! Sudah-sudahlah mengeluh dan mencari semangat yang hilang.Bina semangat itu! Anda mampu mengubahnya! Good luck buat semua walau apa jua yang anda sedang lakukan.Solidarity buat BaitulMaqdis!

8 Disember 2017
Home Sweet Home
12:09 am

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net