⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

Tebus Mug daripada Printcious.com!

Bismillah.

Alhamdulillah..dah dapat baucer daripada printcious.com.Mug yang ai buat sendiri pun dah sampai! Serius cepat dan efficient rupanya delivery daripada printcious.com ni.Aku punya la syak entah-entah lambat barang ni nak sampai.Hari khamis aku order..hari isnin dah sampai! Seronok..tapi agak malu sendiri juga la..aku tunggu punya tunggu sampai hari khamis kott..mana barang ni tak sampai pun..check dekat tracking number tengok dah delivered.

Asudah! Sape pula yang ambil barang aku ni?Apa post laju ni suka hati je ke bagi barang aku dekat orang lain? Nak mengamuk rasa..siap email dekat printcious.com lagi.Alahai..malu alah..last-last tersedar sendiri..ini tak lain tak bukan guard la yang simpan ni.Tanya punya tanya like seriously..memang guard simpan dekat bilik kawalan..patut la nan hado! Kalau tak dulu senang je ambil dekat post guard..balik kelas tu dah nampak dah.Aigoo!

Kalau korang jadi macam aku hati-hatilah.Jangan dok meroyan dekat printcious.com.Check dulu barang tu  dekat guard atau entah-entah jiran atau kawan korang yang ambikkan..hahaha..tak pasal-pasal orang yang tak bersalah yang kena gituuh.Lepas ambil je mug dekat bilik kawalan terus ai berlari-lari anak menuju ke rumah.Tak sabar rasa hati nak buka.Macam dapat hati daripada buah hati gituhhh.Yalah tengok la tagline dia punnn..

                                        "Precious gifts from your heart"


Andaikan je la gituhh..haha..paling penting reward untuk diri gituhh.Kalau tak rasa berbunga-bunga tak tahulah.Nak tahu tak macam mana rupanya mug ai? Cantek uols..! Ai pun puas hati..sampai je rumah .terus ai koyakkan.Amboihh..rakus sungguh...jeng..jeng!Eh..terkejut aii..dalam kotak rupanya..ada plastik letup-letup pula dekat luar kotak nie..Comel je..Mug kan jenis yang fragile.Mestilah kena rapi keselamatan dia..kalau tak naya sungguh la.Tak pasal-pasal heart broken nanti.

Awas ! sangat fragile seperti hati ini..hohooo
"Barang yang berharga perlu dibalut begini supaya tak mudah diterjah dan dipecahkan,begitu juga dengan hati..perlu dibentengi dengan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya supaya tak mudah lemah dan rebah.."Sempat pula berfalsafah..hehehe..sayangilah hatimu..kerana hatimu begitu berharga..jangan serahkan mudah-mudah pada yang tak pasti menjadi milikmu..gituhh..tapi mug ini insyaAllah jadi milikmu jika kau pergi tempah dekat printcious.com! Haa..apa tunggu lagi ~



Susah hati tak ada orang bagi hadiah? Tak perlu risau..hati ini teristimewa daripada hati sendiri untuk dirimu..pergilah tempah sendiri dan hadiahkan untuk dirimu sendiri.Sama je...hahaha..merasa la juga dapat hadiah ye takk..mula-mula bagi hadiah untuk diri sendiri..lepas tu bolehlah bagi hadiah untuk orang lain..dan Rasulullah pun sangat anjurkan berbalas-balas hadiah ni untuk tautkan rasa sayang.Kalau orang tak balas jangan risau sebab..

"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima"

Jom jadi tangan yang lebih baik itu!



Ada balutan lagi? Omg! Seriusly sangat terperinci ciri-ciri keselamatan dia.Bagus..bagus..ingatkan nak bagi cincai-cincau je..ahaha..pemikiran yang sangat negatif..jangan gituhh seyh..dah bagus dah printcious.com nie..sangat utamakan ciri-ciri keselamatan.Kekalkan momentum..kalau korang tak dapat yang macam ni..lain kali jangan order dah !..hahaa..Ai order mug letak gambar konvo diploma 4 tahun yang lepas..Subhanallah!..cepatnya waktu berlalu..saban hari bila muhasabah diri dan terimbas kembali waktu..macam tu la..asyik terlena dengan waktu je..sedar-sedar dah 4 tahun..
Mak ayah yang sentiasa di sisi !
Gambar mug yang berlatarkan majlis konvo diploma dulu.Alhamdulillah dapat juga konvo setelah berhempas-pulas study.Semoga akan mengulangi majlis konvo untuk degree pula.Allahumma aamiin.Saja cetak bagi mengimbau kembali kenangan dulu.Bagi pembakar semangat untuk habiskan degree yang berbaki sikit je waktu lagi..serius sangat beza zaman diploma dan degree ni.Lagi perit walaupun tak seperit master dan PHD.Bagi yang dah melalui zaman degree ni mesti rasa kacang je kan..hahaa..

Ayat-ayat pembakar semangat!

Ai tak pandai sangat bab edit-edit ni.Guna photoscape je yang mampu.Asalkan motivasi tu sampai dalam hati ! gituhh..dulu konvo tak ambil gambar banyak pun..sampai sekarang gambar yang ambil guna kamera sendiri tu pun tak print..jadi baru ni la abadikan dekat mug nie..bolehlah guna mug ni untuk minum air sambil study..penat je study boleh la ingatkan diri sendiri dengan pandang dekat mug ni je...wahh sangat kan!

Dan untuk menamatkan post nie meh la aku payung gambar sket..letak muka sebelah je..nak tengok lagi sebelah kena jumpa depan-depan la! hahaha...jangan tertipu dengan gambar..ai tak ploles just polos je..kihkihkih..kamera nie yang menipu ye..asal tangkap gambar je dia ploleskan muka...maka kita pun redha je la..mungkin kamera ni nakkan kebaikan untuk tuannya.Akhir kata..ai sangat puas hati dengan mug ni! korang apa tunggu lagi! Jom la order dengan printcious.com!

Untuk keterangan lanjut

Like Facebook     :   https://www.facebook.com/printcious/.
Website                :   www.Printcious.com
Email                      :   ask@printcious.com

“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

6 comments:

  1. Menarik bila kita yang design.. Lebih bermakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penuh dgn makna..hehe..sbb design dri hati gituhh

      Delete
  2. comel mug tu mas. meriah dengan gambar. best lah printcious ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak! Kualiti pun bleh tahan.Sgt berbaloi2

      Delete
  3. Cantiknya mug. Kalau Siqah, sayang nak guna mug ni. SImpan je buat kenangan. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syg jgk sbnrnya..tnggu lma sket bru guna kot..haha

      Delete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net