✍ Nak tahu satu rahsia tak?

Bismillah,

Alhamdulillah hari ni dah ada dekat kampung ! Semalam angah,mak dan ayah mai ambil dekat rumah sewa alang-alang ada urusan di Putrajaya.Yeayy..dapatlah online blog guna netbook kejap.Berulang kali buka blog sendiri.Rindu paparan blog sendiri dekat netbook.Hahaa.Lepas tu nak adjust Top Commentator punya widget tak dapat pula.Entah kenapa dia tak muncul.Akhirnya buang je.Sebenarnya banyak nak cerita tapi gambar yang nak dicerita ada dalam handphone.Tak pasal-pasal pula tadi delete misc dekat handphone tu lalu terdelete la gambar yang dah diletak watermark.

Sodih boto.

Tapi insyaAllah nak update juga nanti.Hahaa..lagi-lagi cerita dekat Theme Park.Siapa yang tengok wordless wednesday punya post tau laa.Macam buzy je nak update blog kan.Padahal banyak je masa.Minggu ni minggu yang paling santai sebab first week so tak banyak kelas dan selalu memang kelas tak ada pun.Heaven kauu~ Tapi yang hado laa..

Aku dah mula briefing FYP1.Mati la nak~ nak cari tajuk FYP lagi.Takut nak mulakan tapi dalam masa yang sama excited sungguh.Nak tak nak memang kena harung la.Sakit la nak buat proposal dalam Bahasa Inggeris nanti tu.Harap-harapnya aku bertabahlah sentiasa.Doa-doakan la kita nie.Apa lagi nak cerita nie..hmm..hmm..aha! blogwalking lagi..sodih..aku pilih random je tadi siapa yang keluar dekat feed blogger tu maka pergilah i blogwalking kejap.

Blogwalking pun kena jaga ni.Tapi itulah.Ralat.Selalu je tak terbuat.Terima kasih korang yang sudi datang komen.Harap-harap terhibur la dengan entry saya ni.Hehehe.Nanti akan ku cuba usahakan.Semoga kesibukan Sem 5 ni yang harap-harap tak berapa nak sibuk tak mengekang aku daripada berblogging.

Dan jeng..jeng..jeng..

Apakah yang membuatkan aku istiqamah update blog? ..rahsianya adalah ~

Aku guna apps Blogger dalam phone! Like seriously? ! Serius la uols.Masa IE tu setiap hari lepas maghrib tu maka aku mulalah menaip dalam handphone menggunakan apps Blogger warna oren tu.Lepas tu aku ingatkan susah nak letak gambar.Senang je sebenarnya.Lepas aku bercerita satu dua perenggan aku akan save dulu lepas tu pick a photo.Dan save.Lepas tu bila edit semula entry,gambar tu akan muncul la dengan perenggan yang kita dah buat.

Lepas tu bolehla sambung bercerita.Nak letak gambar lagi? buat step yang sama.Dan begitulah sehingga entry aku jadi panjang juga.Sampai isyak aii menaip dalam handphone.Ralit wehh.Dah rasa puas hati dengan entry tu maka bolehlah publish.Jadi sonang kojo! Tak la leceh dah nak update blog.Tapi tetap guna netbook lagi best la.Typing lagi laju.Kalau guna handphone.Lenguh juga la jari jemari.Hohoo.

Tapi itu la pilihan yang paling senang dan memudahkan aku untuk update blog dalam sehari dan bila-bila masa.Masa sebelum tidur pun sempat typing lagi gituhh.Tapi dua tiga hari ni dah mula nampak belang kemalasannya.Itu yang bila teringat blog terus update.Takut nanti terabai lagi blog ni.Ok la setakat tu dulu.Sampai berjumpa lagi ! Have a Nice Day Everybody ! Happy Blogging!



5 Ogos 2017 12 :47 PM
HOME SWEET HOME


9 comments:

  1. alahhh comelnya ji chang wook ! haha. semoga lepasni semangat balik nak update blog okay ;)

    ReplyDelete
  2. Takpe Mas.
    Utamakan yang hak dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik pcik.Smbil mnyelam minum air..hehe

      Delete
  3. hai awak :)
    https://mekzumbie.blogspot.my/2017/08/dan-pemenangnya-ialah.html
    Dah tengok ke senarai pemenang? Sebab macam blog awak pun ader menang :) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mek zumbie..bru tgk..tq dtg gtau..maaflah lmbt😥

      Delete
  4. ada install tapi tak guna pun apps tu sebab kadang bila upload gambar tak masuk pun. Kadang penat mengarang boleh pulak dia hilang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk kena save dulu tau..biar jadi draft lepas tu gmbr tu akan muncul dekat post tu.Then boleh la sambung mengarang.Try la lagi.Senang ja.insyaAllah😁 Klo x jadi gak mesti ad error kt mne2 tu.

      Delete
  5. Akak pun suka guna apps Blogger tu.. Kadang-kadang tu siap type draf bebanyak lagi.. Hehehe..

    ReplyDelete


Current Status (29 July 2018) : Intern dahhh! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah! Thank for your du'a!

Dear reader,thank you for having here💕I'm appreciated it a lot.I'll get you back sooner or later whatever it takes!🏇🏻

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net