f From View of My Eyes: Keseronokan Tak Terhingga Di Taman Tema Air !
⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.May Allah grant us a wonderful life.Keep smiling and be positive.Never give up.Let's altogether running towards Allah.May Allah Bless.⚔

Keseronokan Tak Terhingga Di Taman Tema Air !

Bismillah.

Alhamdulillah.


Masih diberikan peluang untuk bernafas cuma untuk update blog masih tergendala sehinggalah hari ini.

Lama sudah rasanya aku tidak bersiaran.Kali ini aku nak ceritakan perasaan dan pengalaman yang tertangguh di taman tema air,Bangi Wonderland! keseronokan yang tak terhingga kata kauu..ceewah sangat👻kami satu rumah sewa dalam 6 orang dah lama merancang nak bercuti.Nak berseronok bersama-sama gituu.

Akhirnya impian kami untuk berseronok bersama-sama tercapai.Rezeki kelas takde sangat minggu pertama.💕 wahh..cuma tetap je tak lengkap.Bukan senang nak lengkap uii.Dua orang tak dapat ikut sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.Lepas tu terfikir,lagi ramai lebih meriah.Maka aku pun ajaklah kawan-kawan yang lain.Promosi punya promosi ..sorang je lekat😂 Jadilah.Yang lain macam-macam peel.Takut air pun hadoo..hihii.. yang jimat duit dah tentu.

"Bukan semua mampu macam kita.."

Tapi sekali sekala apa salahnya kan.Bukan selalu.Jarang dapat peluang sebegini.Maka aku pun korbankan juga duit untuk berseronok punya pasal.Lepas tu padam muka la ikat perut kejap😂 Mujur harga beli tiket online lebih murah daripada walk-in.Kalau tak,ikat perut pun kena diperpanjangkan jua..waduhh.waduhh..


Sebaik tiba di Taman Tema tersebut,kami pacakkan diri di hadapan pintu masuk.Buat kenangan woo.IG story lagi.Haha.Tak sabar nak main air tuu..Masa beratur nak dapatkan gelang tu.Aku melilau la tengok peraturan bagai.Uishh..peraturan dia boleh tahan..tapi paling tak menahan,ada satu permainan tu hanya yang berketinggian 150 ke atas je boleh main😒 

OMG.Wehh..kurang asam tuu..~

"Berat kalau kurang boleh tambah,tapi kalau tinggi kurang,mana inci kau nak cari?"

Wehh..tak kelakarr😥

Bila dah dapat gelang excited giler nak main semua benda.Dah masuk tu tengok gelongsor mainan tu semua macam mencecah langit dah.Terus bercampur baur rasa.Excited+ cuak gila babeng.Haaa..nak main sangat hambekk! Huwaaa..nak main tapi jantung bagai dipalu.Lup dap lup dap tak henti.Sampai atas bertambah cuak.

Bukan nak kata apa,tapi semua mainan bertangga wehh..nak main setiap mainan kena panjat tangga.Gigihlah mendaki satu persatu.Dah la cuak,bila mendaki bertambah laju degupan jantungku bagai orang yang jatuh cinta gituu.Ehh!

Kanak-kanak riang mula beraksi!

Age of Pirates,inilah mainan pertama yang kitorang nampak dan jejak.Nampak macam tak mencabar kan?Budak-budak pun ramai main dekat sini.Aku je yang cuak bagaii..hahaha..cuak tu sebab tak pernah cuba.Tapi bila dah cuba..cuak juga lagi😂 Tapi serius la best je.Aku takut tinggi kot sebab tu cuak.

Mainan kedua paling menakutkan.perghh
..mainan nie kena naik pelambung untuk dua orang tu..seriau ..tak pernah-pernahnya naik tinggi-tinggi untuk terjun..macam kerja gila pun ada rasa😑 Bila lifeguard tu lepaskan kitorang,maka meluncurlah kami ke bawah .tak sempat nak keluar suara..terus rasa zappp! dalam dada..macam pedih ulu hati tu..tapi sesaat tu je la..nak terbeliak pun tak sempat..😂 dah sampai dalam air.

Terbaikk!

Sesiapa yang ingin mencabar diri,dan sukakan cabaran amat digalakkan untuk cuba nie..mainan dia purple belang putih dekat laut buatan tu.Yang sakit jantung dan ibu mengandung jangan sesekali wehh..sadiss nanti pengakhirannya😰 

Lepas sampai bawah tu adrenalin meningkat berlipat kali ganda.Jantung berdegup tak mahu berhenti lagi.Hahaa..lepas semua dah cuba kitorang merantau cari mainan lain pula.Yang lain semua best.Biasa-biasa juga.Tapi ada dua aku tak berani cuba.Satu warna purple.Kawan aku cakap..macam jatuh bangunan rasa dia..uishh seramlah.Lagi satu warna hijau 90 darjah kott.Kawan aku yang paling berani antara semua pun tak berani nak cuba.Tapi sayang laa..seramm..tapi nak cuba juga.

Maybe next timee~!

Kitorang dah puas main,gerak la balik cari makanan.Air dah kembung perut minum😹Makanan luar tak boleh bawa masuk.Maka berlaparlah kami seharian.Misi memburu makanan pun bermula! Cari makanan sedap tak jadi ..Jom kita ke Bangi Sentral.

Selfie penumbuk namanya

Nak tunjuk gelang Bangi Wonderland tu sebenarnya tapi ramai yang dah cabut tapi tangkap je la gambar buat kenangan gituu.Cuba teka kami makan dekat mana? Jeng..jeng..jeng...

Acah-acah giler

Lapar dah ni! Lapar macam mana pun doa makan jangan dilupakan walau sekali.Hehe.Kitorang mendarat di Kedai Fizo Mawar.Pilihan yang mudah setelah mengelilingi bangunan butik-butik tu.Tempat parking langsung tak ada.Dua kali kott tawaf.Macam mana la nak shopping tu~ Parking tarakk.Selamat duitt😂 

Ingatkan dia jual tomyam je .entah kenapa aku fikir dia jual tomyam je..😅.rupanya banyak juga la pilihan.Aku pilih nasi gaul.Sedap wehh..dengan banyak daun-daun yang beraneka.I mean ulam-ulaman..hehee. Ayam dia terbaik.
RANGUP!krupp..krupp.krupp bunyinya..ishh..bila tulis ni rasa macam nak pergi makan lagi laa..ishh..ishh..ishh..sabar..sabar..melayang duit nanti😂

Dan minggu ini minggu kedua sem maka bermula la aku mencari jurnal untuk buat FYP 1.Doakan semoga FYP 1 ini berjalan lancar..jia youu and..!



Till then.💕

9 August 2017 21 : 52PM
2-3A-3A

3 comments:

  1. tak pernah lagi pergi taman tema air. Teringin tapi tak berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila ad kesempatan pergilah.Jangan lupa cite dekat blog!

      Delete
  2. Akak jeles..asyik tak berjaya je plan nak mandi2 kat sini.. Hehehe.. Gud luck for your FYP ye..

    ReplyDelete

Current Status (15 DISEMBER 17) : Fighting for final exam Sem 5 (12 till 20 Dis 17)! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah!

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net