Jauhi Rasuah! Berdoa untuk Malaysia @ Putrajaya

Bismillah.

Weekend dah habis! Alahai~esok dah mula kelas.Hari ni memang rehat giler-giler.Al maklumlah semalam penuh dengan aktiviti gituuh.Rajin sungguh la naa join aktiviti.Lepas tu masuk hari ahad pengsan seharian ๐Ÿ˜†

Pagi sabtu tu dah kena bangun awal-awal sebab pukul 7 katanya dah kena gerak ke tempat event diadakan.Malangnya,janji hanya tinggal janji.Macam biasa la.Lambat juga bas sampai.Plus minus hampir setengah jam juga la menunggunya.

Mujurlah tempat dekat je..kitorang pergi ke USIM.Melawat kampus orang.Umang aii.Cantik.Jeles la tengok kampus orang cantik.Tapi hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.Better la bersyukur dengan kampus sendiri.๐Ÿ˜‰ Kitorang dipahamkan kena pakai seluar alih-alih tengok ramai pula pakai baju kurung dan jubah.Eh..eh..rasa janggal tetiba.


Lautan mahasiswa di dewan kanselori.Punya la nak duduk depan,alih-alih dorang duduk belakang je.Tak nampak la duduk belakang ni.Sedih.Tengok dekat screen je la mampu.Like seriously best sangat-sangat teater yang dorang persembahkan.Gah giler tajuk dia.

"Tangan kanan menggenggam bara,tangan kiri melipat senjata"

Pelakon dia ada 5 orang.Cuma yang main dia 4 orang je la.Lagu pun best.Havoc tengok sorang pelakon yang berbadan besar menari.Macam flexible je badan dia.Ala-ala orang berbadan besar yang viral menari kpop tu.Cerita dia mengenai rasuah.Yang mana dari zaman U lagi dia memang main rasuah la kiranya sampai terbawa-bawa ke zaman pekerjaan.Segala kemewahan yang dikecapi hasil daripada rasuah.Sehinggalah perangai pun jadi teruk,berpoya-poya dan pukul bini.Pengakhiran yang sebak,bini dia sendiri laporkan kepada SPRM mengenai kegiatan suami dia tu.

Jadi jangan main-main dengan rasuah ni.Dah la semestinya haram,mudarat yang teramat pada diri dan masyarat.Tak lupa perkongsian daripada penentang rasuah di Indonesia.Beliau menentang rasuah di Indonesia dan melaporkan kegiatan rasuah pada pihak berkuasa.Namun,akibatnya dia menerima 29 jahitan di kepala.Bukan calang-calang orang yang beliau laporkan.Kabinet Menteri yang ada kuasa.Demi keadilan dan membela nasib masyarakat di negaranya,beliau rela menempuh rintangan.Hasilnya,ramai yang dah join dan bekerjasama menentang rasuah di sana.Kalau tak dibendung rasuah,pendidikan anak-anak terabai dan kemiskinan semakin bertambah teruk.Hak rakyat dirampas kerana kerasukan nafsu.Semoga kekal tsabat! Respect dengan beliau.


Namun,bila masyarakat Malaysia akan sedar? Mahasiswa dan Mahasiswi masih lagi bermain cinta,baling batu sembunyi tangan.Hanya segelintir je yang tumpukan perhatian pada penceritaan.Yang lain sibuk berselfie dan gelak tawa.Entah apa yang lucu tak tahu.Mereka di depan bersungguh-sungguh menerangkan bahana rasuah,berpuisi dan sebagainya.Puisi disampaikan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.Jauh di sudut hati geram teramat dengan mereka yang bermain-main ni.Masih jauh perjalanan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak muda ni.Baik apa pun dakyah.Sungguh bukan mudah.Kami anak-anak muda masih terawang-awang.


Sebelah petangnya,selepas asar kami gerak ke Putrajaya pula! Yeay..doa untuk Malaysia.Alhamdulillah Malaysia masih aman.Semoga Malaysia sentiasa aman sentosa.Nampak je aman walhal di sebalik tabir banyak anasir yang menjalar dan menguasai pemikiran mahupun budaya.Kitorang sampai je Putrajaya mula la berselfie bagai.Heaven weh..! Tempat luas,bangunan besar-besar,tempat cantik.Orang sikit..hohooo.Bagi aku la,Putrajaya ni negeri orang serius๐Ÿ˜‚


Bergambar depan Istana Kehakiman.Jadi la..ala-ala bergambar depan Taj Mahal.๐Ÿ˜‚ Posing sini,posing sana..alih-alih..pic panggil,dorang cakap salah tempat.So naik balik bas ke tempat yang sebenarnya.Aigoo sabar je laa..lama kot kitorang dekat sini..nasib baik la sakan bergambar,kalau tak bengang la kott~Tak sedar masa berlalu.Gituhh.


Alhamdulillah,rasa macam dekat mekah pula.Hahaa..lepas mengisi perut dengan makanan yang diedarkan kitorang pun berarak ramai-ramai ke dataran Putra.Semua yang datang dari tempat yang berbeza.Lebih 300 bas kalau tak silap.Cantik kan pemandangan? Subhanallah.Solat berjemaah,solat hajat dan berselawat di dataran.Semua lapisan umur ada.Sejuk je mata memandang tengok budak-budak tahfiz.Berserban dan berbaju putih semuanya.

Kami nak balik dah! MERDEKA!!

Macam biasa.Hujan rahmat,insyaAllah.lencun semua orang.Namun nak berganjak tidak sesekali.Cewaah! keliru kejap..doa untuk Malaysia ataupun sambutan kemerdekaan? Hehehhe..sambil berselawat dan berhanana..kita kibarkan bendera Malaysia.Seronok berselawat ramai-ramai nie.Tapi hujan uiii.Btw,ada satu kepelikan.Aku sendiri pun samar-samar..boleh ke atau tak boleh..tapi serius pelik.Aturan saf dekat dataran.Semua orang follow imam dalam masjid.Dengar suara je.Tapi di luar tak ada paparkan di screen pergerakan imam.Sepatutnya perlu la.Ramai kott yang mengikut di luar ni.Itu satu hal..Lepas tu..kedudukan saf..boleh pula saf lelaki belakang perempuan.Haru! Dan saf pun putus-putus.Sebab ada yang solat,ada yang tak.Siapa nak jawab? Aku simpan persoalan tu dekat sini.

Haru lagi,balik tu kami menapak jauh.Tunggu bas pula dekat sejam lebih.Omg! Dah la tengok bunga api dari jauh je...wuwuuwwu..sabar je la.Maka berakhirlah hari sabtu ku penuh berhantu.Ehh! Bengang tu nak kata๐Ÿ˜‚ Minggu ketiga dah esok! Mati la nakk! Esok biostatistics first class!


Lomah semangat aii.Semoga berjumpa lagi di lain cerita.

14 Ogos 2017 00:43
2-3A-3A

6 comments:

  1. Salam singgah pagi isnin...:)

    ReplyDelete
  2. Selamat ke kelas ye.. Siap duk dalam hujan tu.. Jenuh jalan tu dari pagi sampai ke malam..

    ReplyDelete
  3. Wah byknya aktiviti Dalam sehari je tu

    ReplyDelete
  4. macam tu la kalau buat event. ada input penting tapi mostly tak pay attention pun :(

    ReplyDelete
  5. barah yag perlu dibanteras.
    itulah rasuah

    ReplyDelete


Current Status (22 January 2018) : Semester 6! May Allah bless๐Ÿ’• this journey! Bittaufiq wannajah!

Dear reader,thank you for having here๐Ÿ’•I'm appreciated it a lot.I'll get you back sooner or later whatever it takes!๐Ÿ‡๐Ÿป

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net