f From View of My Eyes: August 2017
⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.May Allah grant us a wonderful life.Keep smiling and be positive.Never give up.Let's altogether running towards Allah.May Allah Bless.⚔

✍ Main game dalam kelas?ish..ish...ish

Bismillah.

Alhamdulillah hari khamis dah! Mengantuknya nak tunggu lab pukul 2 nie.Berapa kali menguap dah.Alang-alang tu lebih baik update blog daripada pejam mata tapi tak dapat tidur.Aisehh.
Pagi tadi ada kelas tutor Toxico pukul 10.Best giler tutor main game.Tapi bukanlah main game bodoh-bodoh ea..game nie jawab soalan berdasarkan lecture.Ramai-ramai bersaing jawab soalan.Dan yang top 5 akan muncul nama dia dekat skrin.Apa yang lebih menyeronokkan,kita boleh letak nama samaran dekat game tu.


Kalau korang nampak la kan,ada group yang letak nama Mateen's bride.Omg! Nampak tak fanatik teruk rakyat jelata di Malaysia?😂 Demam Mateen tak habis lagi oii.Tapi apa yang penting group kitorang Dr.Cheetah maintain je 1st place💕 Unfortunately Last minute wehh! 😭  soalan akhir tu salah then kitorang dapat 2nd place! Perghh.frust giler.

Macam tu la hidup,kekadang kita rasa kita dah baik,dan insyaAllah khusnul khatimah namun..mana tahu takdir mengatasi segala..nauzubillahminzalik..begitulah sebaliknya..sejahat-jahat manusia sekalipun boleh berubah jadi baik.Pintu keampunan Allah terbuka luas.Semoga kita dapat pengakhiran yang baik dan dipelihara iman sehingga saat ajal menjemput.Allahumma aamiin.

Tak lupa juga! Alhamdulillah.Bapa saudara iaitu Pak cik saya dapat anak perempuan hari ni! Bertambah lagi sepupu perempuan kami! Yeayy ada geng lagi nak main sama-sama😂 Syukur! 



Dan takuttt juga!! Tiba-tiba SV whatsapp tanya progress FYP aku.Mampus! Minggu depan SV nak tengok Chapter 1.Maka berhuhuhuhu la aku.Nak tak nak kena siapkan la minggu ni.Padahal nak pergi Mabit.Kuis clinical immune pula bakal menyusul.Maka bertabahlah buat kerja setelah sekian lama berfoya-foya😂

Jom start buat kerjaaa!

Semangat demi Mateen 😂

24 Ogos 2017
14 :14 PM
LIBRARY U

Tarikh-Tarikh Penting Zulhijjah

Bismillah.

Salam 1 Zulhijjah 1438 H.Scroll twitter,so nampak la orang share pasal tarikh-tarikh penting di bulan Zulhijjah ni! Tup tup dah bulan Zulhijjah.Raya Mari weh!

So saya pun tak nak terkecuali untuk share! Jom alert !

Poslaju Gift dari Mek Zumbie dah sampai!

Bismillah.

Alhamdulillah haritu join giveaway Mek Zumbie.Tak sedar dapat juga rupanya.Sampai Mek Zumbie komen dekat blog baru perasan.Tali skipping woo! Tapi masyaAllah baik la Mek Zumbie nie.Banyak barang tambahan dalam box tu.Nak tahu apakah barang-barangnya?..jeng..jeng..jeng


Buka dulu baru tauu.Poslaju ni self collected rupanya.Dapat mesej daripada Posmen suruh ambil dekat pejabat pos minggu lepas tapi masa tu tak ada kenderaan nak pergi+ ada kelas.Memang tak ambil la jawabnya.Alih-alih harini boleh pula posmen hantar sampai ke rumah.Pelik i..malas nak tanya.Hahaa..btw posmen ni ramah sungguh.Housemate aku cakap 

"Eh kak Mas sembang dengan posmen sakan sungguh,macam kawan yang dah lama tak jumpa.."

Whatt? Mana ada..berbasa basi je pun.😂 Orang ramah,kita pun automatik teramah la juga gituuhh.Begitulah analogi bila persekitaran kita dalam biah solehah insyaAllah walaupun kita tak baik lama-lama akan terikut buat kebaikan juga.

Cerita pasal analogi.

Korang tengok tak analogi Jepun yang En.Gabbana buat dekat twitter tu? Analogi yang simple nak bagi orang paham konsep tarbiyah,syurga dan neraka tapi ada orang yang terlalu complicated dan nak sangat berilmiah bagai ni sibuk la condemn.Rasa macam...whatt? Take it easy bro! Aku dah la lama follow En.Gabbana sejak zaman blog dedulu.Rasa geram tauu..Tak payah la meleret-leret condemn tu..bukan orang bodoh sangat nak salah faham bagai pasal analogi tu.Orang tak fikir pun sedalam pemikiran korang yang berilmiah tu.Ini analogi untuk rakyat biasa macam aku yang nak penerangan yang simple dan tak berat okay.Tak bermakna kami bodoh.😑

Ok habis lepaskan geram.Hahaha..Sambung cerita pasal Hadiah Mek Zumbie bagi ni.Macam-macam ada !! Macam iklan astro pulak.Terpesona kejap bila buka Hadiah ni.Like seriously! Mahal woo nie..


Bagai Pucuk dicita,ulam mendatang! Ada set Seqy Beauty! Wow..BB cream + cermin mekap.Omg! Terkejut tengok.Macam tahu-tahu je aku nak beli BB cream tapi malas.So dapat hadiah ni maka berBB la aku selalu lepas ni😂 Dah la tak pernah ada cermin mekap.Sangat tepat pada masanya.Menyuluh muka la I lepas ni.Tq Men Zumbie💕 Baru la rasa aku ni perempuan sebenarnya.Bak kata orang,perempuan dan mekap tak dapat dipisahkan tapi aku dan mekap tak ada ikatan okay.😂 Cuma sebab nak jaga kulit daripada UV kenalah pakai alas muka macam BB cream ni.Bahaya tau kulit directly kena sunlight.Well,I baru sedar..uols pun kena sedar tau..bangun! Bangun!


Ni la barang-barang keseluruhannya.Tali skipping! Netbook cooler + yang gulung-gulung tu tak tahu untuk apa.Macam untuk balut kaki or tangan yang terseliuh kot😰 Tak lupa juga dengan subang bentuk love! Woahh..serius cantik! Tapi saya tak tindik telinga jadi tak boleh pakai.Hohoo..bolehlah nanti bagi sesiapa yang nak.Okay setakat itu saja.Terima kasih Mek Zumbie.Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidup hendaknya.Allahumma aamiin.

Inilah best jadi blogger,masuk segmen,giveaway paling kurang mesti lekat satu.Alhamdulillah.Tapi sekarang takut nak masuk,takut tak terjenguk.Kena free betul-betul baru boleh join.Ini pun tak ada kelas boleh la curi masa update blog via handphone saja.Nak update pun cerita untuk kenangan sendiri ja.
Ok guys! See ya!


21 August 2017
13:58 PM
2-3A-3A

Jauhi Rasuah! Berdoa untuk Malaysia @ Putrajaya

Bismillah.

Weekend dah habis! Alahai~esok dah mula kelas.Hari ni memang rehat giler-giler.Al maklumlah semalam penuh dengan aktiviti gituuh.Rajin sungguh la naa join aktiviti.Lepas tu masuk hari ahad pengsan seharian 😆

Pagi sabtu tu dah kena bangun awal-awal sebab pukul 7 katanya dah kena gerak ke tempat event diadakan.Malangnya,janji hanya tinggal janji.Macam biasa la.Lambat juga bas sampai.Plus minus hampir setengah jam juga la menunggunya.

Mujurlah tempat dekat je..kitorang pergi ke USIM.Melawat kampus orang.Umang aii.Cantik.Jeles la tengok kampus orang cantik.Tapi hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.Better la bersyukur dengan kampus sendiri.😉 Kitorang dipahamkan kena pakai seluar alih-alih tengok ramai pula pakai baju kurung dan jubah.Eh..eh..rasa janggal tetiba.


Lautan mahasiswa di dewan kanselori.Punya la nak duduk depan,alih-alih dorang duduk belakang je.Tak nampak la duduk belakang ni.Sedih.Tengok dekat screen je la mampu.Like seriously best sangat-sangat teater yang dorang persembahkan.Gah giler tajuk dia.

"Tangan kanan menggenggam bara,tangan kiri melipat senjata"

Pelakon dia ada 5 orang.Cuma yang main dia 4 orang je la.Lagu pun best.Havoc tengok sorang pelakon yang berbadan besar menari.Macam flexible je badan dia.Ala-ala orang berbadan besar yang viral menari kpop tu.Cerita dia mengenai rasuah.Yang mana dari zaman U lagi dia memang main rasuah la kiranya sampai terbawa-bawa ke zaman pekerjaan.Segala kemewahan yang dikecapi hasil daripada rasuah.Sehinggalah perangai pun jadi teruk,berpoya-poya dan pukul bini.Pengakhiran yang sebak,bini dia sendiri laporkan kepada SPRM mengenai kegiatan suami dia tu.

Jadi jangan main-main dengan rasuah ni.Dah la semestinya haram,mudarat yang teramat pada diri dan masyarat.Tak lupa perkongsian daripada penentang rasuah di Indonesia.Beliau menentang rasuah di Indonesia dan melaporkan kegiatan rasuah pada pihak berkuasa.Namun,akibatnya dia menerima 29 jahitan di kepala.Bukan calang-calang orang yang beliau laporkan.Kabinet Menteri yang ada kuasa.Demi keadilan dan membela nasib masyarakat di negaranya,beliau rela menempuh rintangan.Hasilnya,ramai yang dah join dan bekerjasama menentang rasuah di sana.Kalau tak dibendung rasuah,pendidikan anak-anak terabai dan kemiskinan semakin bertambah teruk.Hak rakyat dirampas kerana kerasukan nafsu.Semoga kekal tsabat! Respect dengan beliau.


Namun,bila masyarakat Malaysia akan sedar? Mahasiswa dan Mahasiswi masih lagi bermain cinta,baling batu sembunyi tangan.Hanya segelintir je yang tumpukan perhatian pada penceritaan.Yang lain sibuk berselfie dan gelak tawa.Entah apa yang lucu tak tahu.Mereka di depan bersungguh-sungguh menerangkan bahana rasuah,berpuisi dan sebagainya.Puisi disampaikan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.Jauh di sudut hati geram teramat dengan mereka yang bermain-main ni.Masih jauh perjalanan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak muda ni.Baik apa pun dakyah.Sungguh bukan mudah.Kami anak-anak muda masih terawang-awang.


Sebelah petangnya,selepas asar kami gerak ke Putrajaya pula! Yeay..doa untuk Malaysia.Alhamdulillah Malaysia masih aman.Semoga Malaysia sentiasa aman sentosa.Nampak je aman walhal di sebalik tabir banyak anasir yang menjalar dan menguasai pemikiran mahupun budaya.Kitorang sampai je Putrajaya mula la berselfie bagai.Heaven weh..! Tempat luas,bangunan besar-besar,tempat cantik.Orang sikit..hohooo.Bagi aku la,Putrajaya ni negeri orang serius😂


Bergambar depan Istana Kehakiman.Jadi la..ala-ala bergambar depan Taj Mahal.😂 Posing sini,posing sana..alih-alih..pic panggil,dorang cakap salah tempat.So naik balik bas ke tempat yang sebenarnya.Aigoo sabar je laa..lama kot kitorang dekat sini..nasib baik la sakan bergambar,kalau tak bengang la kott~Tak sedar masa berlalu.Gituhh.


Alhamdulillah,rasa macam dekat mekah pula.Hahaa..lepas mengisi perut dengan makanan yang diedarkan kitorang pun berarak ramai-ramai ke dataran Putra.Semua yang datang dari tempat yang berbeza.Lebih 300 bas kalau tak silap.Cantik kan pemandangan? Subhanallah.Solat berjemaah,solat hajat dan berselawat di dataran.Semua lapisan umur ada.Sejuk je mata memandang tengok budak-budak tahfiz.Berserban dan berbaju putih semuanya.

Kami nak balik dah! MERDEKA!!

Macam biasa.Hujan rahmat,insyaAllah.lencun semua orang.Namun nak berganjak tidak sesekali.Cewaah! keliru kejap..doa untuk Malaysia ataupun sambutan kemerdekaan? Hehehhe..sambil berselawat dan berhanana..kita kibarkan bendera Malaysia.Seronok berselawat ramai-ramai nie.Tapi hujan uiii.Btw,ada satu kepelikan.Aku sendiri pun samar-samar..boleh ke atau tak boleh..tapi serius pelik.Aturan saf dekat dataran.Semua orang follow imam dalam masjid.Dengar suara je.Tapi di luar tak ada paparkan di screen pergerakan imam.Sepatutnya perlu la.Ramai kott yang mengikut di luar ni.Itu satu hal..Lepas tu..kedudukan saf..boleh pula saf lelaki belakang perempuan.Haru! Dan saf pun putus-putus.Sebab ada yang solat,ada yang tak.Siapa nak jawab? Aku simpan persoalan tu dekat sini.

Haru lagi,balik tu kami menapak jauh.Tunggu bas pula dekat sejam lebih.Omg! Dah la tengok bunga api dari jauh je...wuwuuwwu..sabar je la.Maka berakhirlah hari sabtu ku penuh berhantu.Ehh! Bengang tu nak kata😂 Minggu ketiga dah esok! Mati la nakk! Esok biostatistics first class!


Lomah semangat aii.Semoga berjumpa lagi di lain cerita.

14 Ogos 2017 00:43
2-3A-3A

Ber"AnnaBelle" di MyTown !

Bismillah.

Alhamdulillah.

Di sini lagi.Jumaat yang indah.Tiada kelas jadi kami berzumba-zumba hari ini! Di mana? Jeng...jeng..jeng...sudah tentulah di MyTown di Cochrane.Dahsyat betul bulan ni berjoli sakan oii.Tak sedar diri tu FYP dah😑 huhuhu.

Perjalanan kitorang pergi ke MyTown tak lama pun.Bawa kawan-kawan naik MRT untuk pertama kali gituu.Buat aku yang baru naik tiga kali ni rasa biasa-biasa je.Hahaa..bajet je.Bosan la..lama sangat nak tunggu ke destinasi tu.Banyak woo stesen sebelum tiba ke destinasi.Tapi untungnya murah *harga student~ dan senang nak ke mana-mana.

Cakap je nak ke mana.MRT setia membawa anda.Gituhh.Hahaaa.Tak lupa kalau dari tempat kitorang memang banyak kosong la tempat duduk.Maklumlah perhentian di penghujung.


Nak balik tu je la seksa sikit.Tapi mujurlah hari biasa kalau hujung minggu confirm peratus nak dapat tempat duduk tu amat tipis.Jadi bersyukurlah alhamdulillah.Tak sabar nak tengok Annabelle.Tapi lapar la pula.Sebaik sampai kitorang pun membeli tiket wayang dulu.Untung weh jadi student nie..


Hari weekday je dapat promotion harga student sampai pukul 5 petang.Kalau weekend jangan harap la.Harga tetap macam biasa.Pandai kan dorang.Kalau full je kelas sampai pukul 5 memang tak merasa la student nak dapat diskaun.😂 Berniaga mesti mau pandai maa.Hohoo..

Dah beli tiket so apa lagi! Lapar wehh..cari makanan laa.Malangnya tak ada kedai makan yang special la.KFC pun tak ada?😅 Macam tak banyak kedai makan je dekat sini.So kami nampak IKEA je la pilihan yang ada.Umangg aii..beratur panjang orang membeli makanan.Meja pun hampir full.Hasrat untuk makan terpaksa dibatalkan.Kita tunaikan kewajipan fardhu dulu sebelum tengok Annabelle.

Dalam perjalanan ke panggung wayang,terasa nak makan juga.Kalau tak mana syok layan cerita kan.Kitorang pun merayau kejap cari kedai.Maka jumpalah kedai roti.Yummy! Rambang mata tengok beraneka jenis roti nie.Kesudahannya pilih dua jenis roti sebagai alas perut.

Jom kita tengok Annabelle sambil makan roti.Takut juga beg kena check sebab bawa makanan luar.Mujurlah tak.Dapatlah kami menikmati roti sambil tengok Annabella.Kerusi belakang pun kosong jadi kami buat tempat tu macam rumah sendiri.Selesakan diri.😝 Mula la sesi jerit menjeritt..waaaaaaaaaa~!!!


Meriah Cinema.Bukan je jeritan.Gelak tawa pun ada.Kitorang pun lepas jerit gelak..pastu jerit lagi..pastu hadang mata dengan jari jemari pula.😂Aduyaii.jadi tak betul tengok cerita nie.Galak sungguh.Banyak part yang terkejut.Itu pasal la.Ngeri pun iya juga.Kejam betul iblis tu.Hmm..dah nama pun iblis.Aku jerit bukan apa.Jerit suruh watak-watak selamatkan diri daripada mati kena bunuh dengan iblis tu😢 Gelak pula sebab lawak dengan diri sendiri.Dah kenapa over sangat jerit padahal tak takut mana pun.Cuma  banyak scene terkejut je😂😂.Tapi sungguh puas hati juga la.


Dah puas tengok cerita apa lagi.Balik laa~ Tapi tetap nak menyinggah makan dekat IKEA juga.Lapar pun lapar ni.Tak menahan nak pesan macam-macam.Sekali hambekk! Penuh perut sumbat dengan makanan.Meatball dia padat sungguh la.Sup lagi,roti pula dua keping.Tak cukup dengan tu tambah pula pasta.Lauk meatball juga tuu..Aigoo..aigoo..nafsu nafsi betul.Kesudahannya 6 ketul juga la meatball tak habis.Terus bungkus letak dalam bekas yogurt kawan.😂Malas nak beli bekas punya pasal.

Fuyoo.Sehari je dah habis banyak ni.Macam ni la hidup,kalau keluar je dah tentu kering duit.Baru makan roti dengan IKEA je tu.Nasib baik tak singgah kedai makanan Korea bagai.Kalau tak,naya wehh nak hidup 2 minggu lagi sebelum elaun masuk😂 Banyak habis dekat makanan je sebenarnya.Nak jimat memang tak keluar rumah la jawabnya.

💕

Jumpa lakaran ni.Jadi kitorang tak lepaskan peluang tangkap gambar dekat sini.Berjodoh rupanya aku dengan dinding ni.Sepadan pula baju dengan lakaran😂 Hearts and Smiles.Nice one.Jantung dan senyuman aku limited edition 👅Ini je la satu-satunya dinding yang kitorang tangkap gambar. Tak sempat pusing-pusing dah.Lewat dah.Nak balik sebelum Asar.Kalau tak gerenti lagi banyak gambar kitorang tangkap nie.

Okay tak tipu.Ni gambar kenangan terakhir sebelum melangkah masuk ke stesen MRT Cochrane.Bye-bye MyTown!💕Saya gembira hari ini bersama housemates di MyTown.Poket je yang agak bersedih dengan kehilangan duit yang dikorbankan demi kepuasan diri😂 Panjang wehh post ni.Lama ai menaip di henset nie haa.Okay la semoga berjumpa lagi.Happy blogging ! Terima kasih sudi meluangkan masa melawat blog saya💕

Daaaa!

11 Ogos 2017 23 :14 PM
2-3A-3A 

☂ 6 Asas Kusyuk Dalam Solat ☂


Keseronokan Tak Terhingga Di Taman Tema Air !

Bismillah.

Alhamdulillah.


Masih diberikan peluang untuk bernafas cuma untuk update blog masih tergendala sehinggalah hari ini.

Lama sudah rasanya aku tidak bersiaran.Kali ini aku nak ceritakan perasaan dan pengalaman yang tertangguh di taman tema air,Bangi Wonderland! keseronokan yang tak terhingga kata kauu..ceewah sangat👻kami satu rumah sewa dalam 6 orang dah lama merancang nak bercuti.Nak berseronok bersama-sama gituu.

Akhirnya impian kami untuk berseronok bersama-sama tercapai.Rezeki kelas takde sangat minggu pertama.💕 wahh..cuma tetap je tak lengkap.Bukan senang nak lengkap uii.Dua orang tak dapat ikut sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.Lepas tu terfikir,lagi ramai lebih meriah.Maka aku pun ajaklah kawan-kawan yang lain.Promosi punya promosi ..sorang je lekat😂 Jadilah.Yang lain macam-macam peel.Takut air pun hadoo..hihii.. yang jimat duit dah tentu.

"Bukan semua mampu macam kita.."

Tapi sekali sekala apa salahnya kan.Bukan selalu.Jarang dapat peluang sebegini.Maka aku pun korbankan juga duit untuk berseronok punya pasal.Lepas tu padam muka la ikat perut kejap😂 Mujur harga beli tiket online lebih murah daripada walk-in.Kalau tak,ikat perut pun kena diperpanjangkan jua..waduhh.waduhh..


Sebaik tiba di Taman Tema tersebut,kami pacakkan diri di hadapan pintu masuk.Buat kenangan woo.IG story lagi.Haha.Tak sabar nak main air tuu..Masa beratur nak dapatkan gelang tu.Aku melilau la tengok peraturan bagai.Uishh..peraturan dia boleh tahan..tapi paling tak menahan,ada satu permainan tu hanya yang berketinggian 150 ke atas je boleh main😒 

OMG.Wehh..kurang asam tuu..~

"Berat kalau kurang boleh tambah,tapi kalau tinggi kurang,mana inci kau nak cari?"

Wehh..tak kelakarr😥

Bila dah dapat gelang excited giler nak main semua benda.Dah masuk tu tengok gelongsor mainan tu semua macam mencecah langit dah.Terus bercampur baur rasa.Excited+ cuak gila babeng.Haaa..nak main sangat hambekk! Huwaaa..nak main tapi jantung bagai dipalu.Lup dap lup dap tak henti.Sampai atas bertambah cuak.

Bukan nak kata apa,tapi semua mainan bertangga wehh..nak main setiap mainan kena panjat tangga.Gigihlah mendaki satu persatu.Dah la cuak,bila mendaki bertambah laju degupan jantungku bagai orang yang jatuh cinta gituu.Ehh!

Kanak-kanak riang mula beraksi!

Age of Pirates,inilah mainan pertama yang kitorang nampak dan jejak.Nampak macam tak mencabar kan?Budak-budak pun ramai main dekat sini.Aku je yang cuak bagaii..hahaha..cuak tu sebab tak pernah cuba.Tapi bila dah cuba..cuak juga lagi😂 Tapi serius la best je.Aku takut tinggi kot sebab tu cuak.

Mainan kedua paling menakutkan.perghh
..mainan nie kena naik pelambung untuk dua orang tu..seriau ..tak pernah-pernahnya naik tinggi-tinggi untuk terjun..macam kerja gila pun ada rasa😑 Bila lifeguard tu lepaskan kitorang,maka meluncurlah kami ke bawah .tak sempat nak keluar suara..terus rasa zappp! dalam dada..macam pedih ulu hati tu..tapi sesaat tu je la..nak terbeliak pun tak sempat..😂 dah sampai dalam air.

Terbaikk!

Sesiapa yang ingin mencabar diri,dan sukakan cabaran amat digalakkan untuk cuba nie..mainan dia purple belang putih dekat laut buatan tu.Yang sakit jantung dan ibu mengandung jangan sesekali wehh..sadiss nanti pengakhirannya😰 

Lepas sampai bawah tu adrenalin meningkat berlipat kali ganda.Jantung berdegup tak mahu berhenti lagi.Hahaa..lepas semua dah cuba kitorang merantau cari mainan lain pula.Yang lain semua best.Biasa-biasa juga.Tapi ada dua aku tak berani cuba.Satu warna purple.Kawan aku cakap..macam jatuh bangunan rasa dia..uishh seramlah.Lagi satu warna hijau 90 darjah kott.Kawan aku yang paling berani antara semua pun tak berani nak cuba.Tapi sayang laa..seramm..tapi nak cuba juga.

Maybe next timee~!

Kitorang dah puas main,gerak la balik cari makanan.Air dah kembung perut minum😹Makanan luar tak boleh bawa masuk.Maka berlaparlah kami seharian.Misi memburu makanan pun bermula! Cari makanan sedap tak jadi ..Jom kita ke Bangi Sentral.

Selfie penumbuk namanya

Nak tunjuk gelang Bangi Wonderland tu sebenarnya tapi ramai yang dah cabut tapi tangkap je la gambar buat kenangan gituu.Cuba teka kami makan dekat mana? Jeng..jeng..jeng...

Acah-acah giler

Lapar dah ni! Lapar macam mana pun doa makan jangan dilupakan walau sekali.Hehe.Kitorang mendarat di Kedai Fizo Mawar.Pilihan yang mudah setelah mengelilingi bangunan butik-butik tu.Tempat parking langsung tak ada.Dua kali kott tawaf.Macam mana la nak shopping tu~ Parking tarakk.Selamat duitt😂 

Ingatkan dia jual tomyam je .entah kenapa aku fikir dia jual tomyam je..😅.rupanya banyak juga la pilihan.Aku pilih nasi gaul.Sedap wehh..dengan banyak daun-daun yang beraneka.I mean ulam-ulaman..hehee. Ayam dia terbaik.
RANGUP!krupp..krupp.krupp bunyinya..ishh..bila tulis ni rasa macam nak pergi makan lagi laa..ishh..ishh..ishh..sabar..sabar..melayang duit nanti😂

Dan minggu ini minggu kedua sem maka bermula la aku mencari jurnal untuk buat FYP 1.Doakan semoga FYP 1 ini berjalan lancar..jia youu and..!



Till then.💕

9 August 2017 21 : 52PM
2-3A-3A

✍ Nak tahu satu rahsia tak?

Bismillah,

Alhamdulillah hari ni dah ada dekat kampung ! Semalam angah,mak dan ayah mai ambil dekat rumah sewa alang-alang ada urusan di Putrajaya.Yeayy..dapatlah online blog guna netbook kejap.Berulang kali buka blog sendiri.Rindu paparan blog sendiri dekat netbook.Hahaa.Lepas tu nak adjust Top Commentator punya widget tak dapat pula.Entah kenapa dia tak muncul.Akhirnya buang je.Sebenarnya banyak nak cerita tapi gambar yang nak dicerita ada dalam handphone.Tak pasal-pasal pula tadi delete misc dekat handphone tu lalu terdelete la gambar yang dah diletak watermark.

Sodih boto.

Tapi insyaAllah nak update juga nanti.Hahaa..lagi-lagi cerita dekat Theme Park.Siapa yang tengok wordless wednesday punya post tau laa.Macam buzy je nak update blog kan.Padahal banyak je masa.Minggu ni minggu yang paling santai sebab first week so tak banyak kelas dan selalu memang kelas tak ada pun.Heaven kauu~ Tapi yang hado laa..

Aku dah mula briefing FYP1.Mati la nak~ nak cari tajuk FYP lagi.Takut nak mulakan tapi dalam masa yang sama excited sungguh.Nak tak nak memang kena harung la.Sakit la nak buat proposal dalam Bahasa Inggeris nanti tu.Harap-harapnya aku bertabahlah sentiasa.Doa-doakan la kita nie.Apa lagi nak cerita nie..hmm..hmm..aha! blogwalking lagi..sodih..aku pilih random je tadi siapa yang keluar dekat feed blogger tu maka pergilah i blogwalking kejap.

Blogwalking pun kena jaga ni.Tapi itulah.Ralat.Selalu je tak terbuat.Terima kasih korang yang sudi datang komen.Harap-harap terhibur la dengan entry saya ni.Hehehe.Nanti akan ku cuba usahakan.Semoga kesibukan Sem 5 ni yang harap-harap tak berapa nak sibuk tak mengekang aku daripada berblogging.

Dan jeng..jeng..jeng..

Apakah yang membuatkan aku istiqamah update blog? ..rahsianya adalah ~

Aku guna apps Blogger dalam phone! Like seriously? ! Serius la uols.Masa IE tu setiap hari lepas maghrib tu maka aku mulalah menaip dalam handphone menggunakan apps Blogger warna oren tu.Lepas tu aku ingatkan susah nak letak gambar.Senang je sebenarnya.Lepas aku bercerita satu dua perenggan aku akan save dulu lepas tu pick a photo.Dan save.Lepas tu bila edit semula entry,gambar tu akan muncul la dengan perenggan yang kita dah buat.

Lepas tu bolehla sambung bercerita.Nak letak gambar lagi? buat step yang sama.Dan begitulah sehingga entry aku jadi panjang juga.Sampai isyak aii menaip dalam handphone.Ralit wehh.Dah rasa puas hati dengan entry tu maka bolehlah publish.Jadi sonang kojo! Tak la leceh dah nak update blog.Tapi tetap guna netbook lagi best la.Typing lagi laju.Kalau guna handphone.Lenguh juga la jari jemari.Hohoo.

Tapi itu la pilihan yang paling senang dan memudahkan aku untuk update blog dalam sehari dan bila-bila masa.Masa sebelum tidur pun sempat typing lagi gituhh.Tapi dua tiga hari ni dah mula nampak belang kemalasannya.Itu yang bila teringat blog terus update.Takut nanti terabai lagi blog ni.Ok la setakat tu dulu.Sampai berjumpa lagi ! Have a Nice Day Everybody ! Happy Blogging!



5 Ogos 2017 12 :47 PM
HOME SWEET HOME


Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net