f From View of My Eyes: Melaka, Destinasi Percutian Yang Menarik
⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.May Allah grant us a wonderful life.Keep smiling and be positive.Never give up.Let's altogether running towards Allah.May Allah Bless.⚔

Melaka, Destinasi Percutian Yang Menarik

Negeri Melaka dikenali sebagai 'MELAKA NEGERI BERSEJARAH' atau 'NEGERI HANG TUAH'.Pada tahun 2008,Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),Kuala Lumpur.Melaka juga telah dinyatakan sebagai 'Negeri Bandar Teknologi Hijau'.

Negeri Melaka ini sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan kerana keunikan warisannya,tempatnya yang penuh bersejarah & sudah tentu makanan yang enak dan lazat untuk dinikmati.Di Melaka juga terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk melancong.

A' Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka & Gereja St. Paul.Kota A' Famosa ialah bermaksud 'yang termasyur' dalam bahasa Portugis.Pintu ini ialah pintu yang ditinggalkan oleh orang Portugis di Kota A' Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).Ia telah dibina oleh Portugis sejak Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.A' Famosa ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia.Nama A' Famosa seringkali disalah sebut begitu juga dengan orang Malaysia.Mereka seringkali menyebut /ei/ Famosa.Sedangkan sebutan yang lebih tepat ialah /a/ Famosa dimana bunyi /a/ nya itu seperti bunyi "ah".

Beca Melaka yang terletak di Bandar Hilir,Melaka.Cara yang terbaik untuk menikmati pemandangan di Melaka serta untuk bersuka-ria adalah dengan cara menaiki beca sambil menghayati panorama di Bandar Melaka sambil duduk berehat di atas beca.Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah Melaka ini  yang selalunya akan tertinggal jika kita membuat keputusan untuk berjalan sendirian.Beca ini juga boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys.

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511.Sungai ini juga memberi perkhidmatan menaiki bot sepajang sungai ini & dinamakan perkhidmatan tersebut sebagai River Cruise.Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran,petempatan,perkuburan,perniagaan, perkapalan,pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

Untuk bercuti di Melaka, anda pasti tertanya tanya apakah hotel yang paling sesuai untuk menginap di Melaka. Mesti tak lengkap percutian kalau tak dapat tempat penginapan yang menarik dan selesa kan? Untuk pengetahuan anda, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel yang terbaik untuk menginap bersama yang tersayang. Hotel ini terletak di kawasan / bandar Ayer Keroh. Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Zoo Melaka dalam 1.38 km, dan Cheng Hoong Teng Temple dalam 11.9 km.

Dari acara perniagaan ke majlis korporat, Hotel Seri Malaysia Melaka menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang anda dan rakan sekerja perlukan. Bergembiralah dengan pelbagai kemudahan hiburan yang tersedia untuk anda dan seisi keluarga di Hotel Seri Malaysia Melaka, sebuah penginapan yang menarik untuk percutian keluarga anda.

Jika anda merancang menginap dalam jangka panjang, penginapan di Hotel Seri Malaysia Melaka ialah pilihan yang tepat bagi anda. Dengan pelbagai kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang hebat, tempat penginapan ini pasti membuat anda berasa seperti di rumah. Perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat anda berpuas hati sepanjang penginapan anda di Hotel Seri Malaysia Melaka. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada anda mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang.Meja depan 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan.

Jika anda inginkan lebih lagi, jangan ragu untuk bertanya kepada meja depan, pihak hotel sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda.Nikmati hidangan kegemaran anda dengan makanan istimewa dari Hotel Seri Malaysia Melaka eksklusif untuk anda.

Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah tempat yang sesuai untuk menginap.So, do not hesitate to find best price on Hotel Seri Malaysia Melaka!

 

6 comments:

  1. Banyak tempat menarik di Melaka.
    Kalau cuti sehari dua memang tak cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. So kena la amik cuti pnjg kan p.cik.bwa fmily rmai2 best

      Delete
  2. Melaka mmg best.lama da x pergi sana. Rindu lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la jln2 melaka smbil tu menginap di hotel seri Malaysia Melaka..berbaloi2 gituu👍

      Delete
  3. Memang melaka destinasi percutian yang menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAn..sy pun x hbis round melaka lagi..hehe

      Delete

Current Status (15 DISEMBER 17) : Fighting for final exam Sem 5 (12 till 20 Dis 17)! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah!

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net