f From View of My Eyes: Hari Terakhir : Perpisahan Yang Dinanti
⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.May Allah grant us a wonderful life.Keep smiling and be positive.Never give up.Let's altogether running towards Allah.May Allah Bless.⚔

Hari Terakhir : Perpisahan Yang Dinanti

Bismillah.

Alhamdulillah.Yeayy..akhirnya habis dah IE selama dua minggu ini!


Hari jumaat dengan penuh semangat pergi ke tempat IE dengan gembiranya.Lain macam suasana hari tu.Selalunya lagu sedih yang keluar,hari tu lagu Aida Jebat pula yang keluar.Jam terus berdetak ahhh~😂Tak sabar nak habis ler tu.8.30 pagi berkumpul di bilik mesyuarat dan staff berkumpul untuk baca doa pagi dan tazkirah sebentar.Lepas tu tinggallah kami student IE bersiap sedia present study motion secara santai.

Tak ada apa rasa nak present.Sama je..huhuu..department lain banyak sungguh masalah dia.Department ai tak de masalah uols~

Aku pun tak tahu nak cakap apa.Nak kata perfect tak la tapi benda yang remeh-temeh yang tak mengganggu gerak kerja tak perlu cerita kott.Itu yang tak ada point nak cakap.Lagipun ketua HR tu pun tahu yang department aku duduk tu paling okay antara semua.So..yeah!

                                                           Bergambar kenangan bersama Ketua HR

Habis je sesi present secara santai tu maka kami pun bergambar la dengan Ketua HR.Dia pun nak cepat kott.Ada sesi temuduga staff baru.Konon nak present kejap je lepas tu berlarutan sikit.hehe.Nasib baik la sempat ambil gambar gituu.

Tanpa membuang masa,kami pergi pula ucapkan salam perpisahan ke department masing-masing buat kali yang terakhir.Nasib baik aii tak sodihh.Happy rasa dapat ucapkan terima kasih dan ucapan maaf pada staff dengan proper.Lepas tu kami ke tempat berkumpul student IE yang lain di klinik.Kami sebenarnya dibahagikan separuh di klinik dan separuh di hospital.Lucky saya dapat hospital dan department yang saya nak.Dah mention sebelum ni.Heee💕

Maka di klinik la kami diraikan dengan majlis perpisahan.Rasa sangat dihargai sebab walau hanya dua minggu,majlis perpisahan tetap dirancang untuk kami.Terharu gitu.Majlis perpisahan dimulai dengan ucapan wakil dari klinik which is ketua Dr.Kemudian wakil hospital iaitu Ketua HR dan wakil pelajar IE untuk hospital dan klinik.

Dan tak lupa surprise birthday untuk wakil pelajar IE untuk klinik.Kira sangat bertuah birthday dia jatuh pada hari tu.Kami menyanyi happy birthday ramai-ramai dan dari belakang dua buah kek dengan lilin dibawa ke hadapan dia.Menangis dia terharu.So sweet la kawan-kawan dia nie.


Yummy! Dua-dua kek aku rasa.Sedapnyaa! Untung dapat makan kek free hari tu.Kami dijamu dengan mihun goreng dan kuih popia basah.Tak lupa air teh.Ambik kauu..mention semua makanan..haha..kenangan perlu disebut nanti lupa.Bukan selalu dapat macam gini.Tapi memang baguslah pengurusan diorang.Staff pun baik-baik belaka.Padanlah dengan nama syarikatnya.Kalau tak mesti speechless gitu.

Rajin pula diorang panggil nama sorang-sorang bagi sijil.Ketua HR sampaikan sijil untuk yang IE dekat hospital.Yang klinik pula,Dr. yang sampaikan.Ketua HR boleh pula bagi gelaran untuk tiap orang yang ambil sijil.Yang paling banyak cakap la..yang kuat tidur la..sampai part aku..."..Yang ni yang paling pendiam.." krikk..krikk..krikk rasa..haha..nasib baik la ada kamera tangkap gambar dekat depan.Senyum je la😅

Dah habis melantak sampai dua tiga kali tambah ..sebelum tu nak clearkan,bukan aku yang tambah eaa..kawan-kawan yang lain.😂kitorang pun buat sesi bergambar ramai-ramai sebelum bersurai sepenuhnya.Umang aii.Bab bergambar memang takkan lepaskan peluang diorang ni.


Acah-acah sungguh.Gembira sungguh dapat sijil.Walaupun dua minggu tetap dapat sijil uols.Posing macam orang tak pernah dapat sijil.😂Perasaan dia macam dah graduate.Lepas tu mula la rasa sedih.Berapa sem je lagi dah nak habis belajar.Sedihnyaa...tak nak kerjaa~huhuhu.Seriously dunia kerja lain.Haila.

Walau macam mana pun kena move on juga daripada dunia belajar ni.Tetap kena kerja juga untuk bayar hutang uols.Huwaaa.Sedihh.Nanti mesti rindu nak belajar lagi.Kalau banyak duit atau  ada rezeki lebih bolehlah sambung belajar.Kalau tak ..kena kerja je la.😢Lumrah duniawi.

                                                                           Ehh..KFC tetiba.

Balik tu classmates rancang nak keluar ..kitorang habis say bye bye masa orang nak pergi solat jumaat jadi petang tu banyak masa lagi tapi i rancang nak tidur.So diorang pergi la berjimba tinggal ai.Nak dijadikan cerita konon penat nak tidurlah sangat.Kejap je dapat tidur lepas tu terjaga automatik.Buka phone tengok group class dah bising kata result keluar.

Memang tak sambung tidurlah jawabnya.Terus buka portal dan tengok result.Omg! Kebetulan housemate ada dekat rumah.Kami pun share result.Maka berhuhuhu la kami.Lepas berhuhuhu tu kebetulan dia nak pergi dobi dan nak makan.So drive thru KFC.Tu yang ada KFC tu..😂Tapi I nak highlight kan yang staff KFC tu salah masuk order.Kami minta cheezy wedges.Betul la dapat semua order yang diminta.Tapi dalam resit tulis milo ais.Pelik sungguh.Dah balik baru perasan.


Nak pergi balik ke KFC tu macam impossible je.Rajin pula nak pergi tanya kenapa jadi lain dalam resit.Maka berhuhuhu lagi la kami sambil makan.Maka berlabuhlah tirai jumaat dengan meninggalkan kenangan berIE di sana selama dua minggu ini.Sangat menghargai pengalaman yang dirasai walau hanya seketika.Lepas ni ke manakah aku?

Mungkinkah akan ada IE 2? Universiti kami memang penuh dengan kejutan last minit.

Jeng..jeng..jeng...

30 Julai 2017 22:07
SR 2-3A-3A

5 comments:

  1. yeayyyy dah habis dah! Mesti rasa lega sangat lepas dah settle satu phase kan?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..serius lega wehh..waiting for moree😁

      Delete
  2. Replies
    1. Thank you singgah kak Nigel..lma x g melawat blog kak nieyl😅

      Delete
  3. Yeah..!! Seronok dia ye..
    KFC kalau pandu lalu memang kena check betul-betul.. Selalu je salah order.. Salah bagi duit lebih..

    ReplyDelete

Current Status (15 DISEMBER 17) : Fighting for final exam Sem 5 (12 till 20 Dis 17)! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah!

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net