✍ Salam Nuzul Al-Quran

Bismillah.

Alhamdulillah.

Salam Nuzul Al-Quran.Dan Happy Ramadhan!

Pejam celik pejam celik dah 17 Ramadhan.Separuh dah ramadhan berlalu.Masihkah kita dalam situasi yang sama? Atau ada perubahan.Kalau ada alhamdulillah semoga kekal istiqamah.Namun jika masih dalam situasi yang sama,masih belum terlambat untuk berubah kerana Allah membuka pintu taubat dan keampunan seluas-luasnya setiap detik dan ketika.

Cuma kalau masih culas dan bermalas-malasan nak berubah.Takut nanti tak sempat dan mungkin saja hidayah takkan lagi menjengah.Semoga kita sentiasa diberikan hidayah untuk berubah dan kekal istiqamah di atas jalan kebaikan.Allahumma aamiin.

3 Hari 2 malam,

Hujung minggu lalu aku menghadiri sebuah program yang pertama kali aku sertai.Program apa? entry sebelum ni aku ada sebut.Jengg! Maksud tajuk program tu lebih kurang macam pembinaan kerohanian dan jiwa.Lebih kepada aktiviti di dalam bilik darjah gitu.

Berkumpul ramai-ramai,menjalin ukhuwah,mendengar tazkirah,pengisian ilmu yang memantapkan akidah,buat kerja sama-sama,dan menghidupkan sunnah rasulullah.Itulah aktiviti yang dilalui sepanjang 3 hari 2 malam tu.Walaupun ada dalam kalangan kami yang tak kenal antara satu sama lain,bila buat aktiviti sama-sama kita jadi kenal dan mesra.Mesra atas nama ukhuwwah fillah.

Malam kemuncak.

Malam yang amat mengesan jiwa.Kami disajikan dengan tontonan para AJK.Gambaran syurga dan neraka dipertontonkan di hadapan mata dengan lakonan yang mengesan jiwa.

Sungguh Ya Allah.

Indah sungguh bila melihat lakonan dua sahabat yang bertemu di syurga dengan pakaian yang cantik dan penuh dengan bau wangi-wangian.Berkasih sayang di atas dunia kerana Allah.Mengingati satu sama lain akan tanggungjawab di muka bumi sehingga akhirnya Allah redha dan masuklah mereka ke dalam syurga yang kekal abadi.

Google Image
Namun..

Takut sangat masa dipertontonkan dengan lakonan gambaran manusia-manusia berada di neraka kerana dosa-dosa.Dan bertambah-tambah takut bila sketsa penghuni syurga yang ditarik masuk ke dalam neraka kerana tidak mempedulikan tanggungjawab mengajak kawan-kawan ke arah kebaikan.

"Kenapa kau tak ajak aku buat baik?"

"Kenapa kau sorang je yang jadi baik?"

Berlinangan air mata,menggeletar jiwa kerana takut akan kekerasan malaikat-malaikat penjaga neraka yang menyeret,membentak dan menyiksa para penghuni neraka.Aku memegang tangan kawan di depanku kerana takut.

Tiba-tiba...

Google Image
mata aku ditutup,ditarik pegangan tanganku dari kawan itu.Diikat dan dibawa ke suatu tempat yang gelap.Dibaringkan seperti berada di kubur.Kami dalam kegelapan.Takut dan tak tahu apakah yang akan berlaku.Kemudian suara menyoal dengan keras kedengaran membentak dan menyoal.


"Ma robbuka!!"


To be continue.....


No comments:

Post a Comment


Current Status (22 January 2018) : Semester 6! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!

Dear reader,thank you for having hereπŸ’•I'm appreciated it a lot.I'll get you back sooner or later whatever it takes!πŸ‡πŸ»

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net