Labels

Salam Aidil fitri 1438 H ! 2017
Ma Robbuka !!
"Ma robbuka!!"
Macam-macam yang bermain di fikiran ketika ini.Bagaimana jika aku telah mati dengan keadaan yang sebenar di dalam kubur.Mampukah aku jawab.Ataukah akan aku dilibas oleh malaikat Munkar dan Nakir.
♫ Salahkah aku♫
Salahkah.
Salahkah aku menyuarakan pendapat.
Salahkah.
Salahkah aku bertanya kepastian.
Salahkah.
Salahkah aku memberi cadangan.
Mengapa.
Mengapa aku yang terluka.
Mengapa.
Mengapa aku yang terasa.
Mengapa.
Mengapa aku rasa dipersalahkan.
Egokah.
Egokah aku menegakkan pendapat.
Egokah.
Egokah aku memberi kata dua.
Salahkah aku.
Sampai hati sendiri terbungkam.
19 JUN 2017 00 : 54
SUNDAY.
HOME SWEET HOME.
✍ Salam Nuzul Al-Quran
Alhamdulillah.
Salam Nuzul Al-Quran.Dan Happy Ramadhan!
Pejam celik pejam celik dah 17 Ramadhan.Separuh dah ramadhan berlalu.Masihkah kita dalam situasi yang sama? Atau ada perubahan.Kalau ada alhamdulillah semoga kekal istiqamah.Namun jika masih dalam situasi yang sama,masih belum terlambat untuk berubah kerana Allah membuka pintu taubat dan keampunan seluas-luasnya setiap detik dan ketika.
Cuma kalau masih culas dan bermalas-malasan nak berubah.Takut nanti tak sempat dan mungkin saja hidayah takkan lagi menjengah.Semoga kita sentiasa diberikan hidayah untuk berubah dan kekal istiqamah di atas jalan kebaikan.Allahumma aamiin.
3 Hari 2 malam,
Hujung minggu lalu aku menghadiri sebuah program yang pertama kali aku sertai.Program apa? entry sebelum ni aku ada sebut.Jengg! Maksud tajuk program tu lebih kurang macam pembinaan kerohanian dan jiwa.Lebih kepada aktiviti di dalam bilik darjah gitu.
Berkumpul ramai-ramai,menjalin ukhuwah,mendengar tazkirah,pengisian ilmu yang memantapkan akidah,buat kerja sama-sama,dan menghidupkan sunnah rasulullah.Itulah aktiviti yang dilalui sepanjang 3 hari 2 malam tu.Walaupun ada dalam kalangan kami yang tak kenal antara satu sama lain,bila buat aktiviti sama-sama kita jadi kenal dan mesra.Mesra atas nama ukhuwwah fillah.
Malam kemuncak.
Malam yang amat mengesan jiwa.Kami disajikan dengan tontonan para AJK.Gambaran syurga dan neraka dipertontonkan di hadapan mata dengan lakonan yang mengesan jiwa.
Sungguh Ya Allah.
Indah sungguh bila melihat lakonan dua sahabat yang bertemu di syurga dengan pakaian yang cantik dan penuh dengan bau wangi-wangian.Berkasih sayang di atas dunia kerana Allah.Mengingati satu sama lain akan tanggungjawab di muka bumi sehingga akhirnya Allah redha dan masuklah mereka ke dalam syurga yang kekal abadi.
![]() |
Google Image |
Takut sangat masa dipertontonkan dengan lakonan gambaran manusia-manusia berada di neraka kerana dosa-dosa.Dan bertambah-tambah takut bila sketsa penghuni syurga yang ditarik masuk ke dalam neraka kerana tidak mempedulikan tanggungjawab mengajak kawan-kawan ke arah kebaikan.
![]() |
Google Image |
"Ma robbuka!!"
✍ Demi masa hadapan! Bertabahlah.
Bismillah.
Alhamdulillah.
Done terawih.Haha.
Saja mengunjing ~
Pergilah terawih walaupun sunat.Yang sunat ni lah yang akan tolong beratkan timbangan kita di mahsyar nanti.Lagi pula bukan selalu sebulan sekali je pun~ Rugi weh siapa tak buat.Tahun depan belum tentu sampai umur.
Wahh baru je petang tadi update kan?Haaa..petang tadi update dekat surau U..sekarang update di surau hostel pula sementara tunggu kawan meeting mesyuarat tergempaqq..pewaris mission yang penting dari generasi ke generasi.
Petang tadi ada cerita pasal industrimenship.Rupanya briefing untuk short intern.Kami adalah batch pertama yang akan diberi pendedahan tentang dunia pekerjaan yang mana kami akan berlatihan industri selama dua minggu di company yang terpilih.
Benda ni akan jadikan kami graduan U yang ada kelebihan pengalaman dalam industri daripada graduan U yang lain.Yang seronoknya kelebihan dalam dunia pekerjaan.Yang tak seronoknya.Mak oii..banyaknya nak kena pakai duitt.Walaupun dua minggu amatlah menyiksa duit kami.Nak ulang alik ke tempat kerja.Bukan ada transport sendiri.Uber atau grab juga la yang akan jadi pilihan nanti.
Tak habis lagi sengsara.Bukan tu je.Short INTRA ni kami akan jalani masa cuti sem kami.Dah la cuti sem kami pendek.Dan dua minggu tu jugalah yang akan digunakan untuk short INTRA ni.Hai sadis.Lepas habis je short INTRA dua minggu terus kami akan masuk sem yang baru.
Serius sangat hectic sem 4 ni.Kejutan demi kejutan kami dapat.Yang short INTRA ni aku rasa bagus tapi lambat sangat diberitahu.Terkezuttt sangat.Mid sem yang lalu pula sesuatu yang bukan bidang kami terpaksa difokuskan lebih daripada core subjek kami.Maigaddd.Cobaannn sungguh.
Apa-apa pun,
"Siapalah kita untuk menidakkan takdir.~ Ayat FA.
Semoga terhampar hikmah yang banyak untuk masa hadapan.Sekali lagi entah bila akan update lagi.Ikut dan je.Selamat menjalani ibadah puasa dengan hati yang suci dan bersih.Mari doakan umat islam sejagat yang lebih besar masalahnya daripada diri ini.
Semoga kita berpegang pada tali Allah sehingga helaan yang terakhir.Mari doakan satu sama lain.Selamatkanlah kami umat islam di akhir zaman dengan iman yang terpelihara Ya Allah.Allahumma aamiin.
✍ Macam laju je Ramadhan
MasyaAllah.
Terbiar lagi blog.Sadis nak buat macam mana.
Puasa ni kan.
Bila dah hujung-hujung sem ni pula datang assignment dan presentation yang bertimpa-timpa.Sudah jatuh ditimpa tangga pula ibaratnya.Waktu dalam bulan ramadhan macam cepat je berlalu.Sedar tak sedar dah nak berbuka.Buat kerja tak adalah sangat.Rasa penat tak begitu terasa.Cuaca pula selalu mendung menanti hujan tapi tak hujan-hujan.
Sementara menunggu briefing untuk intern pukul 3 maka kita update la blog kejap.Daripada biarkan ia kosong tanpa sebarang entri sejak minggu lalu.Tak tahu apa isi briefing tu sebab kalau nak ikutkan kami intern dua sem lagi.Jadi kita tunggu dan lihat apakah pengisiannya.
Jumaat petang hingga Ahad ini
Akan penuh dengan aktiviti untuk akhawat.Mukhayyam Dakhili.Tak tahu apakah itu.Baru pertama kali nak join selepas join beberapa aktiviti usrah yang lain sebelum ni.Tugasan pertama menghafal surah an-naba'.MasyaAllah.Dah lama rasa tak menghafal.Lepas beberapa hari baru 10-12 ayat.
Sedih.
Kena usaha lebih lagi.Dah pening tak tahu macam mana nak hafal bagi lancar.Bila tambah ayat baru jadi kelam kelibut sikit.
Jia youu Mas ~
Selamat berpuasa semua !
Till then.
Disclaimers
Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.
Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.
