✍ Menjadi insan yang beragenda

Bismillah.Selamat hari sabtu.Minggu kedua Mei 2017 sudah.

Minggu ni padat sungguh dengan aktiviti.Kalau ada aktiviti tu penuh sepanjang minggu.Kalau tak ada tu,memang tak ada sungguh.Melepet je lah dekat rumah.Bermula hari selasa pergi ijtima'.Pertama kali pergi.Banyak isu-isu yang diketengahkan.Barulah rasa macam

"..Allah..banyak rupanya aku tak tahu apa yang berlaku dekat negara sendiri"

Takut pun ada.Barulah terbuka minda.Baru tahu apa yang sebenarnya berlaku.Selama ni dengar desas-desus je.Itupun endah tak endah nak tahu sebab yelah kita rasa macam bukan hal kita.Lepas tu benda tu entah betul entah tidak.Sebab tu la kita kena pandai menilai dan bezakan mana fakta mana yang auta.Manakan pokok bergoyang kalau angin tak goncang kan.Tapi kadang-kadang benda tu ditokok tambah sebab tu jadi fitnah.Sebahagiannya betul,sebahagian lagi tak.Macam mana orang lain nak gugat kedudukan islam di Malaysia dengan pelbagai serangan,tak lupa laksanakan agenda mereka yang tersendiri.Dan sebenarnya mereka dah hampir menguasai dengan pelan-pelan yang terancang.Dari generasi ke generasi.

Barulah rasa terpanggil dan bagai diseru-seru untuk berbakti untuk agama sendiri walau untuk sekecil-kecil perkara.Walau rasa diri tak mampu,tetap akan usaha mana yang termampu.Rasa macam jauh je lagi perjalanan.Terasa kosong tanpa ilmu.Jadi bagaimana nak jadi insan yang beragenda?Orang yang tidak beragenda akan mudah dikalahkan.Tak mustahil kita dan generasi akan hilang di bumi sendiri.Jadi bangunlah kita daripada menjadi insan lemah yang selalu saja bernostalgia.Cakap tu senang.Nak buat tu perlukan kekuatan dan pertolongan.Semangat yang dibangkitkan dalam diri sendiri.Semoga Allah pelihara kita dan kekalkan atas jalan kebaikan ini.Allahumma aamiin.

"Jom perbaiki diri dan ajak orang lain!"

Hari khamis pula join iftar dan dengar perkongsian berkenaan liberal.Apa yang dikongsikan.Negara kita adalah negara islam tapi golongan liberal ni sentiasa mencari jalan untuk liberalkan negara ini.Pandai suntikkan elemen-elemen liberalisme dan bagi fakta yang tak betul.Diorang buat jenayah akademik di mana sebenarnya fakta cakap benda lain tapi diorang tafsir benda lain untuk sokong hujah mereka.Contoh macam kewajipan tutup aurat,dorang kata masih ada khilaf tentang tutup rambut padahal khilaf tu bukan pada tutup rambut tapi pada wajib pakai purdah atau tak.Nampak jauh bezanya.Orang-orang besar pun ada yang menyokong.Sedangkan ia adalah sesuatu yang berat.Tak tahulah sama ada dorang memang liberal atau jahil dengan agama.Wallahu a'lam.Semoga dijauhkan.

Makan dengan penuh berselera

Banyak lagi sebenarnya.Sangat menakutkan fahaman-fahaman yang seperti ini.Kalau kita jahil dan tak cukup ilmu dalam agama macam ni lah jadinya.Boleh jadi juga mudah terpengaruh.Apa-apa pun setiap sesuatu berita atau perkhabaran yang datang kita kena selidik betul-betul.Tanya pada pakar kalau masih meragui.Jangan tanya pada sembarangan orang.Naya jadinya.

Berturut-turut,hari jumaat pula join aktiviti kolej.Talk tentang street dakwah.Program ni bawah subjek kokurikulum kami sem ni.

"Hidayah milik Allah?tanpa usaha itu bukan alasan"

Penceramah cerita mengenai street dakwah dan keperluannya.Dan apa tanggungjawab kita.Kita tahu hidayah itu milik Allah,tapi kalau kita tak usaha takkan dapat juga kan?Macam tu la perjuangan Rasulullah dan para sahabat menyampaikan dakwah sehinggalah sampai kepada kita hari ini.Jadi kita nak meneruskan dakwah ini supaya islam tu sampai kepada semua.Bukan saja untuk kebaikan orang malah untuk kebaikan diri sendiri yang mana nanti kita boleh bela diri di hari perhitungan nanti bahawa kita dah sampaikan islam ini pada semua.Jadi kita boleh berehat sama-sama dalam syurga nanti.

Tak perlu tunggu cukup ilmu baru nak berdakwah sebab ilmu itu sentiasa perlu dipelajari setiap masa.Bertindaklah dahulu baru kita tahu setakat mana ilmu kita.Dengan itu kita boleh perbaiki apa yang kurang dan tambah ilmu apa-apa yang kita tak tahu.Sungguh ilmu Allah luas dan sangat banyak.Dikongsikan bagaimana seorang volunteer yang hafizah menyertai street dakwah buat pertama kali tapi bila approach non-muslim dia nak kongsikan tentang islam.

"I'm from...i want to share to you about islam"

"Yeah,sure..tell me about islam"

tapi tiba-tiba blank lalu menangis.Katanya dia tiba-tiba tak tahu nak mula dari mana.Dan apa dia perlu bagitahu tentang islam.Sebab tu pengalaman tu penting bagi perkongsian ilmu.Cari pengalaman dan mulalah bergerak demi agama islam yang tercinta ini.Muhasabah diri.

Dan hari ini pula saya sertai pengurusan jenazah.Juga bawah program kokurikulum subjek sem 4 ini.

"Barzakh is coming soon"

Pengisian yang santai dan memberi kesedaran.Menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah bagi kita semua.Bukannya orang dah buat kita tak payah.Bila belajar ni kita boleh standby pada waktu kecemasan terutamanya dalam menguruskan ahli keluarga yang terdekat.

Cara ukur kain kafan

Ciri yang paling penting bagi orang yang ingin uruskan jenazah ialah dia adalah seorang yang Amanah.Yelah,waktu memandikan macam-macam yang kita boleh nampak.Bagi menjaga nama baik si mati,kita perlulah amanah dan tidak kepoh cerita aibnya ke sini sana.Jangan bawa mulutlah senang cerita.Nauzubillah min zalik.

Kit pengurusan jenazah.
Lengkap dah semua dalam ni.

Itu saja cerita saya pada minggu ini.Semoga berjumpa lagi. Ingat nak cerita satu program satu entry tapi seriuslah tak sempat.Charger laptop pun tengah buat hal.Terima kasih kerana membaca.Harap adalah manfaatnya.




4 comments:

  1. :(baca entry ini dengan dengar lagu yang mengiringi,entah mengapa jiwa ini terasa sedih sekali..mungkin sedar diri ini masih lemah..terima kasih mas..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya mengisi masa yang ada untuk aktiviti2 yang bermanfaat. Ilmu Allah amat luas dan tak akan selesai kita mempelajarinya. Gunakanlah manfaatnya untuk kita memperbaiki diri.

    ReplyDelete
  3. Jemput join giveaway RM200 shopping credit dari SGshop :)
    AyueIdrisXSGshopMalaysia Giveaway

    ReplyDelete
  4. Bagus sebenarnya ikut program macam ini..
    Sekurang-kurangnya kita tahu..
    Pengalaman memandikan jenazah arwah ibu memang takkan akak lupakan..
    Mengkafankan.. Memang terasa menusuk ke hati pengalaman tu..

    ReplyDelete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net