⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

✍ Melepasi minggu yang padat

Bismillah.

Kehidupan seorang pelajar.

Bersawang lagi blog minggu lalu.Kesibukan sepanjang minggu menuntut kesabaran.Charger laptop yang tiba-tiba rosak membuatkan aku jadi ulat buku sekejap.Tapi buku tetap tak habis juga baca.LOL.Epik sungguh.Program berjalan berturut-turut.Sama ada jadi sebahagian daripada AJK mahupun menyertai atas kerelaan demi ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia mahupun akhirat.Jadi,memandangkan kelas tak ada pada hari jumaat semalam so khamis dah balik kampung !maka aku dengan  semena-mena tak lepaskan peluang ambil masa balik kampung untuk berpuasa bersama family di samping update blog.Hee~

Hari Jumaat malam minggu lepas sertai Mabit.Mabit ni bermalam beramai-ramai dan buat ibadah berjemaah.Bermalam mengingati Allah.Membaca Al-quran,perkongsian tazkirah dan berjemaah bersama-sama.Ini baru kali kedua aku sertai.Tapi aku tak bermalam.Datang sekejap untuk dengar tazkirah daripada kakak naqibah.

Persoalannya.

"..Berapa ramai antara kita yang minta kesembuhan daripada Allah dulu daripada terus ambil ubat atau jumpa doktor? Sedangkan segala sesuatu itu datang daripada Allah..."

Renung-renungkan.

Lepas jamuan terus balik ke rumah sewa semula.Sebab esok,sabtu itu aku sertai program bawah subjek kokurikulum Universiti.Subjek ni lebih kepada subjek kokurikulum berteraskan ilmu agama.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan perlu buat satu program lapangan.Sebelum ni aku ada kongsi mengenai kursus jenazah kan? Itulah salah satu daripada program lapangan.Hari sabtu tu pula aku sertai program lapangan Smart Solat Extreme.Mula-mula program itu kami akan pergi hiking.Tapi last minute cancel sebab ada keluar surat pekeliling daripada pihak atasan.Semua aktiviti hiking atau apa-apa yang berkaitan tidak dibenarkan buat masa sekarang bagi IPTA mahupun IPTS.Mungkin sebab banyak kes kehilangan dan atas faktor keselamatan juga.

Kami bertukar lokasi ke suatu taman rekreasi yang terkenal di Putrajaya.

Menuju ke Boston ~
Rasanya kalau korang tengok gambar pun mesti dah boleh tahu punya.Kitorang dengar tauliah mengenai cara untuk mengetahui arah kiblat guna alam semula jadi seandainya tiada kompas.Berpandukan apa? Matahari,bayang-bayang dan pokok-pokok.


"Lepas ni tak perlulah pakai rasa-rasa dah,gunakan ilmu ini ya.." Ustaz

Kelakar.Tapi sentap.Bila tak ada ilmu cara nak tahu arah kiblat.Senang-senang je main pakai rasa.

"Betullah aku rasa sini arah kiblat,pernah nampak orang solat sini.."

"Eh..tak silap kiblat arah sini..tak ingat la..solat je la..Allah tahu niat kita.."

Seyes cantekk.Macam dekat kundasang gituu ~ fefeling japp

Islam ini mudah tapi janganlah dipermudahkan.Sebab tu la wajib menuntut ilmu.Bukan untuk menyusahkan.Tapi untuk memudahkan.Tahu? Pesan pada diri sendiri.Dushh.Dushh.Dushh.Tapi aku matematik ni pening sikit.Kena ambil masa yang lama untuk faham.Kira bearing lagi.Wuuu ~ Tapi serius mudah je bila dah faham.Cuma saya je la tang matematik tu tersekat sikit dekat situ.Huhuhu.Nak ajar orang tak lepas lagi.Kena usaha lebih lagi.Hahaa.Maaf tak boleh nak share.

Panas lit-lit ~ Terbako dah muka 

Seterusnya.

Praktis untuk program kami bagi subjek yang lain pula.Konsep yang sama.Ada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan perlu buat program lapangan.Takutt wooo dengan pensyarah tu.Berhempas-pulas brainstorm idea dan praktis sehinggalah hari kejadian.Setiap orang ada peranan masing-masing.Bila tak buat kerja.Menyusahkan orang lain.Bila lebihkan orang bertugas pada kerja yang tak banyak.Menzalimi orang yang perlukan banyak bantuan.

"Ikut cakap boss boleh tapi jangan biar diri dipergunakan dengan alasan tak nak kecoh gaduh-gaduh bagai"

Praktis di rooftop!

wrapp upp !
Bila ramai kepala.Banyaklah ragamnya.Cobaaan.Jadi pandang pada diri sendiri.Ohh.Tak sempurna juga.Saling melengkapi.Bantu membantu.Tolong menolong.Dan sentiasa belajar bersabar dengan keadaan.Setiap hari kena belajar untuk bersabar.Tak boleh tidak.Kalau deal dengan manusia memang macam tu.Hohoo.

Semasa event ~
Banyak juga kekurangan.Semoga dapat perbaiki pada masa yang akan datang.Takut juga dengan penerimaan peserta macam mana.Syukurlah mereka memang sporting habis ! Habis satu tugasan yang ni.Tugasan yang lain pula menanti.~ Bertabahlah wahai diri ! Salam 1st Ramadhan❤




No comments:

Post a Comment

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net