♪ Tersedarlah Dari Lena ♪

Bismillah.

Kesilapan.

Kesilapan yang diulangi membuatkan kebencian pada diri bertubi-tubi.Seringkali jatuh berdentum-dentum pada kesilapan yang sama.Apakah kesilapan ini tiada berkesudahan? Bermula bukan kerana angkara diri namun kerana manusia yang tiada berhati nurani.Mencari kepuasan yang tiada berkesudahan sehingga tiada terfikir trauma yang dilalui.

Kesan yang membawa trauma dalam kehidupan takkan mungkin terhapus dari ingatan.Begitu lama terkesan terpendam dalam sanubari rasa.Terulang kembali demi keseronokan yang infiniti.Entah apa yang dicari.Entah apa yang ingin ditemui.Kekosongan diisi dengan kesilapan yang ditraumai.

Menyesal.

Menyesal seketika namun kembali tatkala bayangan bermain di minda.Umpama memanggil kembali saat yang dirasai.Tiada berkesudahan rasa ingin mencuba namun kesakitan jiwa hanya dia yang merasai.Begitu berat beban terasa dosa yang menggunung tinggi.Menghempap iman yang sedang bertatih menaiki tangga demi sebuah syurga yang hakiki.

Syurga yang diimpi namun neraka yang dihampiri.Perjalanan yang begitu bersimpang-siur sehingga terkadang-kala tersasar tujuan antara keduanya.Dunia yang didiami membuatkan hamba terleka mencari makna sebuah kehidupan yang abadi.

Tidak menginsafi seketikanya dunia ini.Pembalasan yang akan dirasai nanti takkan lama.Begitu cepat menghampir.Semakin menghampiri tidakkan pernah semakin menjauhi.Masa yang diberi buat pedoman diri setiap insan yang menyedari.

Demi Masa.

Hanya seketika pabila Dia berkata "Kun Fayakun"

Maka tersedarlah dari lena.

Mas
25 Nov 16
2-3A-3A

3 comments:

  1. Dunia ini ibarat dewan peperiksaan. Siapa gagal takkan repeat.

    ReplyDelete
  2. betul tu mas. menyesal tu bagus, salah satu cara kita insaf tapi tnpa usaha, mnyesal tu sia sia. baik buat sesuatu untuk bangkit dan betulkan.

    ReplyDelete
  3. Belajar dari kesilapan dan perbaiki dengan usaha..

    ReplyDelete


Current Status (22 January 2018) : Semester 6! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!

Dear reader,thank you for having hereπŸ’•I'm appreciated it a lot.I'll get you back sooner or later whatever it takes!πŸ‡πŸ»

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.

Plagiarisma.Net