⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

✰ Ditegur terus dari Tuhan ✰


Beberapa hari lalu saya dapat bersembang dengan seorang bapa yang pernah mengalami trauma besar dalam hidupnya. Beliau menghubungi saya untuk bercerita kisah ini dan mahu cerita yang beliau sampaikan ini dikongsikan kepada semua orang supaya ambil iktibar.

Beliau bercerita dengan detail bagaimana kisah beliau bersama anaknya ini berhadapan dengan satu situasi yang tidak boleh dibayangkan dengan mudah oleh sesiapapun.

Kisahnya sekitar tiga tahun lepas. Beliau baru sahaja beroleh anak ke-4. Dalam kesibukan isterinya yang masih berpantang, kemudian menghantar seorang demi seorang anak ke sekolah dan tadika beliau pun terus ke tempat kerja.

Seperti biasa, beliau akan meletakkan kereta di tempat kereta yang memang tersedia untuk beliau kerana beliau memang sentiasa awal dari orang lain. Hinggakan kawan-kawan boleh namakan beliau sebagai mamat punchkad.

Pada hari tersebut, beliau memang merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sampai di tempat punchkad, beliau menelefon isteri bertanya khabar dan memaklumkan kepada isterinya yang beliau sudah pun sampai di tempat kerja. Tetapi beliau tidak dapat meneka apa yang sedang membelenggu dirinya.

Beliau duduk di tempat kerja dan tidur seketika sebelum memulakan kerja jam 8.00 pagi. Apabila beliau sedar kembali, beliau mulakan kerja. Bangun membuat kopi jam 10.00 pagi. Tiba-tiba lebih kurang jam 10.45 pagi, beliau terima panggilan dan beliau berkejar ke tempat letak keretanya.

Anak beliau yang berumur lebih kurang satu tahun masih di car seat dan sedang menjerit menangis kepanasan. Beliau berlari sekuat hati dan terus menuju ke arah tempat letak kereta

Beliau lekas membuka pintu dan memeluk anaknya. Peluh di badan anaknya seperti budak itu baru sahaja keluar dari kolam renang. Sebasah-basahnya. Kuku jari kelingkingnya tercabut kerana cuba keluar dari carseat yang masih berikat kemas.

Darah bersepah. Pipi dan sekitar muka juga sudah calar balar mungkin anaknya sudah tidak tahan kepanasan dan menggaru kepalanya sendiri. Hidung juga berdarah. Anaknya juga sesak nafas, tersedu-sedu dan akhirnya terus dibawa ke hospital berdekatan.

Anaknya direhatkan dengan diberi ubat selama beberapa jam. Dan doktor mengatakan jika lewat lagi 5-10 minit, anak beliau mungkin sudah tiada. Bayangkanlah, waktu itu baru 10.45 pagi. Belum lagi waktu tengah hari.

Beliau bercerita kepada saya yang sebelum ini, semua rutin itu adalah rutin isterinya. Isteri yang lakukan semuanya. Apabila isterinya sedang dalam pantang barulah dia yang ambil alih dan menguruskan. Saat isterinya itu membuat semua perkara itu sebelum ini (hantar semua anak ke sekolah dan tadika), beliaulah yang mengingatkan kepada isterinya begitu begini.

Apabila ujian itu terkena kepada dirinya, dia sendiri lupa.

Beliau katakan kepada saya,

“Apabila kita rajin menasihati orang lain, nasihat itulah yang Tuhan gunakan untuk menguji kita sendiri.”

Anak beliau alhamdulillah masih boleh berlari kesana kemari walau ada sedikit ketidak normal yang berlaku dalam pergaulan dengan adik beradiknya. Beliau kata, masih dalam terapi. Mungkin akibat panas menyebabkan otaknya ada sedikit ‘damage’. Dan damage itulah memberi kesan dalam hidupnya.

Bayangkan, semasa banyak cerita (hal tertinggal anak di dalam kereta) di dada akhbar, beliau antara yang bising-bising kepada isterinya tentang kerap meninggalkan anak di dalam kereta untuk sekejapan di pasar dan di tadika. Di tempat kerja juga beliau antara yang kaki gegar begitu begini tentang hal anak-anak.

Hari itu, beliau tidak ditegur oleh kawan-kawan, atau isteri. Beliau ditegur terus dari Tuhan.

Google Image

Kawan-kawan,

Semua perkara boleh dilakukan dengan santai, seronok dan biasa-biasa. Memang ya, ada kalanya perlu tegas dan keras. Tetapi itu tidak semestinya dalam keadaan begitu pada setiap masa. Asasnya tidak perlu beriya-iya atau berlebih-lebih.

Tenang sahaja ambil pengajaran dan panduan. Kekal dalam mood berjaga-jaga dan hemahlah dalam setiap kali membaca ujian Tuhan kepada orang lain.

Kadang-kadang ujian orang ini memang ya boleh dijadikan sempadan. Simpan dalam hati dan tanamkan doa, Nauzubillah min dzalik. Itu jauh lebih baik dari mengatakan,

“Macam mana dia boleh lupa anaknya sendiri? Itulah dia, sibuk nak anak ramai, jaga anak semuanya kelaut”.

Takut.

Credit : KoleksiMyResepi

8 comments:

  1. Allahu, alhamdulillah slmt ank dia. Mraung la oiii klau jd cm ni tp ape ape pn, dr sndiri ptot kt tgor sblom tgor skeliling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..sy bca td pun dh seram sejuk dh..kesian ank dia..T_T..smoga teguran yg kita beri utk org mnjdi peringatan utk diri sndiri lebih lagi.Takde la j cmnie.tsk..tskk..

      Delete
  2. Ada beberapa kes berlaku, kejadian seperti ini sehingga anak meninggal dunia.
    Mintak dijauhkan daripada kita.

    Mujurlah anaknya selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah slmt wlupun ad effect..seram sejuk bca.mnyesal x berkesudhn..Nauzubillah min zalik..

      Delete
  3. Ya Allah kesiannya.. dugaan ibubapa yg bekerja. Semoga Allah mudahkan urusan mereka di atas semua yg perlu mereka lalui. Semoga juga kita dijauhkan dari ujian sebegini.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma aamiin..semoga tabah setiap parents yang bekerja..semoga tak lupa anak-anak dan safety first

      Delete
  4. huhu. takutnya.. alhamdullilah anaknya selamat cuma ada sedikit kesan pulak kan.. Menyesal tak sudah kalau terlambat selamatkan anaknya.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tak pasl2 depression parentnya nanti and terabai la anak2 yg lain..nauzubillah min zalik.Semoga sntiasa berjaga2.

      Delete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net