2016.
Rahsia yang tak akan terungkap.Masih aku merahsiakan segala.Dalam penuh syahdu aku memadamkan segala rindu.Dengan segenap rasa aku hancurkan rasa yang bertamu.Detik demi detik berlalu namun memori masih betah bertakhta.
Aku bertekad lalu bertawakal.
Demi kebaikan,tiada sesiapa yang tahu akan masa hadapan.Tiada siapa yang tahu apa yang terbaik buat kita.Boleh jadi yang kita tak suka itulah yang terbaik,boleh jadi apa yang kita suka itu bukanlah yang terbaik untuk kita.
Allah Maha Mengetahui.
Ku hentikan mainan perasaan kerana hidup ini bukan sekadar untuk berperasaan semata-mata namun kerana amanah dan tanggungjawab itu lebih utama.Hidup dengan baik.Sama ada ingin ke syurga atau neraka.Langkah kita jugalah yang menentukannya.
Aku di sini sedang melangkah hampir kecundang.Namun ku cuba untuk bangkit semula.Tak ku ketahui apakah yang tersembunyi.Aku melawan segala perasaan.Ku tegaskan diri dengan hawa nafsu yang mencengkam.
Hidup segan mati tak mahu.
Dunia yang ku pijak seolah-olah tak terasa.Tak ku terasa apa yang penting.Biarkan saja semua gagal tak ku bersedih.Biarkan saja semua mentertawa tak ku peduli.Biarkan saja semua memandang rendah tak ku punyai hati.Sungguh tak ku punya hati untuk melayani.Mujurlah ada agama yang membimbing.Mujurlah ku kenali Allah Yang Maha Menguasai.Mujurlah.
Sedikit sebanyak membimbing diri agar tidak bunuh diri.Sedikit sebanyak mendidik hati agar redha dengan semua ini.Sedikit sebanyak aku mengetahui syurga dan neraka itu pasti.
Dunia ini hanya pinjaman.
Tempat kita beramal dan menempah tiket ke syurga.Seandainya hancur segalanya,Allah ada mencantikkan hidup kita semula.Selagi degup jantung masih kedengaran,masih belum terlambat untuk bermula semula.
Bermula semula di syurga.
110120161224PM
HOME SWEET HOME.