⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

✍ Hari Raya Korban 2013

Malam itu.

Selepas seharian bermuncung itik...bermuka mangga masam ..mood Aku kembali sipi-sipi dengan kepulangan Mak Lang dan Pak Teh sekeluarga.Aku menemani Mak Lang di rumah wan untuk memasak kuah kacang.

Aku hanya melihat sambil berbual dengan sepupu perempuan yang baru menginjak usia remaja 16 tahun.Dimeriahkan lagi dengan perbualan Mak Lang Mak Teh Pak Teh Mak Do Pak Do Mak su juga Atok dan Wan sambil menjamu selera di meja makan.

Di dapur Aku meninjau Mak Su yang sedang menggoreng kacang tanah.

"Haii..berstokin bagai .." Sapa mak su sambil ketawa

"Tutup aurat.." Jawab Aku dengan senyuman ringkas

Aku menggilir mengacau kacang sambil berbual dengan Mak su namun hanya seketika cuma.Aku kembali ke ruang tamu semula namun kembali semula ke dapur tak lama kemudian ketika Mak Lang memanggil.Di dapur ketika sedang membantu mak lang..Mak teh datang lalu berkata..

"Pak teh tanya Mak teh..Kenapa Aku pakai stokin tu..tengah berpantang ke...lalu mak teh menjawab..tutup aurat...Oooohh.."

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi SAW dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haid (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."

 (Hadis Riwayat Abu Daud)


 Pagi itu.

Seusai melaksanakan solat subuh Aku kembali meletakkan kepala di atas bantal lalu kembali lena.Seketika kemudian Aku bangun untuk mengemas rumah.Mak bercadang membawa Ayah yang mengalami demam panas ke perubatan tradisional di samping terus pulang ke kampung sebentar berjumpa wan yang sudah mahu berangkat ke bandar bersama saudara mara yang lain.

Mak dan ayah berangkat bersama adik bongsu sedang yang lain berangkat menunaikan solat sunat hari raya

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” 

(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Seusai solat sunat hari raya dan berkumpul sebentar di rumah wan maka berangkatlah saudara mara untuk beraya di kampung termasuk Atuk dan Wan lalu tinggallah aku dan Mak su menjaga rumah.Sehingga petang Wan dan Atuk kembali pulang.Dan mak su juga bersiap untuk pulang ke tempat kerja.

Diceritakan Atuk telah bertemu anak buahnya yang hilang di kampung selama 38 tahun.Rupanya dia bekerja di Switzerland dan telah menjadi seorang pengurus besar di sana.Disedekahkan kesemua cucu Atuk wang berjumlah RM1O setiap orang.

Pertuturan Bahasa Melayunya hampir sukar untuk difahami.Betapa sukarnya untuk dia menuturkan kata Bahasa Melayu yang bercampur inggeris.Dan sepenuhnya telah terbiasa makanan di barat seperti roti dan kurang makan nasi.Dan rupanya juga telah banyak berubah namun dia masih mengenali Atuk.Bagaikan sirih pulang ke gagang namun dia harus kembali semula ke Switzerland untuk bekerja kembali.

161020131157PM
RUANG TAMU.
HOME SWEET HOME.

No comments:

Post a Comment

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net