Poslaju Gift dari Mek Zumbie dah sampai!

Bismillah.

Alhamdulillah haritu join giveaway Mek Zumbie.Tak sedar dapat juga rupanya.Sampai Mek Zumbie komen dekat blog baru perasan.Tali skipping woo! Tapi masyaAllah baik la Mek Zumbie nie.Banyak barang tambahan dalam box tu.Nak tahu apakah barang-barangnya?..jeng..jeng..jeng


Buka dulu baru tauu.Poslaju ni self collected rupanya.Dapat mesej daripada Posmen suruh ambil dekat pejabat pos minggu lepas tapi masa tu tak ada kenderaan nak pergi+ ada kelas.Memang tak ambil la jawabnya.Alih-alih harini boleh pula posmen hantar sampai ke rumah.Pelik i..malas nak tanya.Hahaa..btw posmen ni ramah sungguh.Housemate aku cakap 

"Eh kak Mas sembang dengan posmen sakan sungguh,macam kawan yang dah lama tak jumpa.."

Whatt? Mana ada..berbasa basi je pun.πŸ˜‚ Orang ramah,kita pun automatik teramah la juga gituuhh.Begitulah analogi bila persekitaran kita dalam biah solehah insyaAllah walaupun kita tak baik lama-lama akan terikut buat kebaikan juga.

Cerita pasal analogi.

Korang tengok tak analogi Jepun yang En.Gabbana buat dekat twitter tu? Analogi yang simple nak bagi orang paham konsep tarbiyah,syurga dan neraka tapi ada orang yang terlalu complicated dan nak sangat berilmiah bagai ni sibuk la condemn.Rasa macam...whatt? Take it easy bro! Aku dah la lama follow En.Gabbana sejak zaman blog dedulu.Rasa geram tauu..Tak payah la meleret-leret condemn tu..bukan orang bodoh sangat nak salah faham bagai pasal analogi tu.Orang tak fikir pun sedalam pemikiran korang yang berilmiah tu.Ini analogi untuk rakyat biasa macam aku yang nak penerangan yang simple dan tak berat okay.Tak bermakna kami bodoh.πŸ˜‘

Ok habis lepaskan geram.Hahaha..Sambung cerita pasal Hadiah Mek Zumbie bagi ni.Macam-macam ada !! Macam iklan astro pulak.Terpesona kejap bila buka Hadiah ni.Like seriously! Mahal woo nie..


Bagai Pucuk dicita,ulam mendatang! Ada set Seqy Beauty! Wow..BB cream + cermin mekap.Omg! Terkejut tengok.Macam tahu-tahu je aku nak beli BB cream tapi malas.So dapat hadiah ni maka berBB la aku selalu lepas niπŸ˜‚ Dah la tak pernah ada cermin mekap.Sangat tepat pada masanya.Menyuluh muka la I lepas ni.Tq Men ZumbieπŸ’• Baru la rasa aku ni perempuan sebenarnya.Bak kata orang,perempuan dan mekap tak dapat dipisahkan tapi aku dan mekap tak ada ikatan okay.πŸ˜‚ Cuma sebab nak jaga kulit daripada UV kenalah pakai alas muka macam BB cream ni.Bahaya tau kulit directly kena sunlight.Well,I baru sedar..uols pun kena sedar tau..bangun! Bangun!


Ni la barang-barang keseluruhannya.Tali skipping! Netbook cooler + yang gulung-gulung tu tak tahu untuk apa.Macam untuk balut kaki or tangan yang terseliuh kot😰 Tak lupa juga dengan subang bentuk love! Woahh..serius cantik! Tapi saya tak tindik telinga jadi tak boleh pakai.Hohoo..bolehlah nanti bagi sesiapa yang nak.Okay setakat itu saja.Terima kasih Mek Zumbie.Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidup hendaknya.Allahumma aamiin.

Inilah best jadi blogger,masuk segmen,giveaway paling kurang mesti lekat satu.Alhamdulillah.Tapi sekarang takut nak masuk,takut tak terjenguk.Kena free betul-betul baru boleh join.Ini pun tak ada kelas boleh la curi masa update blog via handphone saja.Nak update pun cerita untuk kenangan sendiri ja.
Ok guys! See ya!


21 August 2017
13:58 PM
2-3A-3A

2 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah Mas..banyak jugak awak dapat hadiah tue...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah Mas..seronok kan bila dapat hadiah.. lama x singgah kat sini..

    ReplyDelete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net