✍ Liku-liku perjalanan ku ke rumah sewa

Bismillah.

Kih kih tajuk drama sangatt.

Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah sewa.Hendak diikutkan hati tak mahu balik,namun demi IE.Rela jua ku pergi hehe.Sebenarnya excited nak berIE.Lagi-lagi dapat tempat IE yang memang dalam bidang kita.Untuk pengetahuan korang,IE ni short intern untuk batch kitaorang.Batch pertama yang jadi experiment sama ada okay tak terapkan element IE ni.

Niat further study ni dulu memang nak buat praktikal lebih daripada teori.Malangnya teori tetap masih banyak kena belajar..hahaa..sakit otakk.Apa-apa pun masih bersyukur U ni nak terapkan element praktikal walaupun dah saat-saat ke penghujung sem.

Lagi bagus sebenarnya praktikal ni kalau berterusan setiap sem dan bermula dari awal sem.Sebab benda yang kitorang belajar banyak nak kena aplikasikan teknik.Barulah cemerlang gitu bila buat kerja.

Bermula seawal pagi sebelum subuh dah kena bangun untuk kejar bas pukul 7 pagi di kampung sebelah.Mak dan ayah hantar guna kereta.Kiranya pukul 6.25 pagi paling lewat dah kena gerak.Lambat sikit memang tinggallah.


Untuk pengetahuan korang,ni baru bas pertama okay.Dari bas di kampung sebelah bertolak pula ke bandar mengambil masa dalam 1 jam setengah.Dalam perjalanan macam-macam orang la jumpa yang naik bas ni.Kebanyakan warga asing tapi banyak juga melayu,cina dan india.Masing-masing duduk dalam ladang dan estate.

Ada juga tadi sepasang suami isteri,anak kecil dan bayi yang baru lahir naik bas dari ladang.Dalam hati aku fikir nak pergi manalah diorang ni.Rupa-rupanya diorang turun dekat klinik.Timbul rasa empati.Macam tu la orang susah tak ada kenderaan sendiri,so naik bas dengan bayi tu.Dah la bas ulang-alik kawasan tu dua kali je sehari.Nanti diorang nak balik kena tunggu lagi.๐Ÿ˜ข

Paling dahsyat banyak juga warga asing nak ke bandar.Penuh dengan diorang saja.Sampai berdiri la dalam bas tu.Ingatkan dekat KL je.Hahaa..seantero Malaysia sebenarnya.Orang melayu berapa kerat je,baik naik bas mahupun kerja ladang atau kilang.Jadi saya tiba-tiba rasa berbangga rupanya mungkin orang melayu dah ramai yang kaya raya.Naik kereta sendiri dan kerja di syarikat sendiri la kan๐Ÿ˜…


Alhamdulillah sampai di bandar beli tiket.Tak sangka dapat tiket awal selalunya paling awal pun dalam pukul 10 pagi.Maka berjanggutlah aku tunggu dekat situ.Bas pun tak gerak lagi masa aku sampai dah 8.39 pagi macam tu.Tak ramai pula orang hari ni.Jadi marilah kita bersyukur alhamdulillah dipermudahkan dapat awal tiket.hehee.

Selepas sejam kemudian,maka aku pun sampai ke destinasi.Kuala Lumpur! Aku datangggg~!! Hahhaa..fefeling drama gituhh.Jadi nak pergi rumah sewa masih jauh lagi perjalanan.


Tunggu pula monorail untuk ke KL Sentral.Sangat efficient monorail ni.Kejap je dah sampai.Maka melangut la dalam monorail sementara sampai KL Sentral.Tengok pemandangan macam-macam jenis bangunan.Bangunan pun ada kaya dan miskin tau.Oh dunia metropolitan.Sesudah sampai je di KL Sentral,naik pula KTM ๐ŸŽถmenuju ke destinasi yeay~yeay~๐ŸŽถ


Perkara pertama yang aku buat masa sampai KTM ialah..touch n Go la..hahaa..lepas tu barulah cari tempat untuk ladies only! Lebih selesa.Terima kasih pada yang prihatin buat kargo khas untuk perempuan.Rasa begitu bernilai diri ini.lorh.Dekat sini setengah jam juga la tunggu.Pun alhamdulillah.Selalunya sejam.Dan masa berjalan dengan cepat sebab aku baca buku.Woahh.

Sebelum KTM sampai,hinggalah aku masuk dalam KTM hingga ke destinasi.Aku dapat habiskan buku tu wehh~Cayalah.Jadi masa kita tak akan terbuang begitu saja bila baca buku.Jadi saya menyeru semua~! marilah membaca di dalam KTM mahupun pengangkutan awam untuk memanfaatkan masa.Ia juga sangat berkesan untuk mempercepatkan waktu.Serius tak sedar dah sampai..hahaa..

Sebaik tiba di destinasi..ada pengangkutan lain lagi yang aku kena naik sebelum tiba di rumah sewa yang sebenarnya.Iaituuuu....


Aiyaa! Request grab car pula.Maka bertabahlah aku sepanjang perjalanan untuk tiba ke rumah sewa.Amacam..penuh berliku tak?๐Ÿ˜‚Alhamdulillah.Grab car bawa terus ke rumah sewaa! Sampailah sudah kita ke rumah sewa saya! Then..kita up la status whatsapp..hehehe.


Seyesly forever alone..tak ada siapa kat rumah sewa ni pun.Semua IE dekat kampung masing-masing.Maka bersendiri la diri ini meniti hari-hari yang mendatang..hahaa..suka sebenarnya.I'm free!! Nak karaoke ke nak melalak ke..terbalik tunggang langgang tak ada siapa nak marah.

Maka dengan ini marilah kita manfaatkan hari-hari forever alone niee๐Ÿ˜ Okay,sampai sini saja.Panjang tak aku taip..haha..aku guna app blogger ni weh.Guna phone je..tak ada maknanya nak buka netbook.Excited punya pasal nak update.Okaylah.Nak rehat pula.Seronok pula update guna telefon ni.
Jemput Makan! Mak aku bekalkan kuih pau nie tadi.Tapi mak cakap lupa letak minyak jadi kuih pau nie keras sikit..hahaa...takpelah,mak buat,macam mana pun semua sedap๐Ÿ’—! So aku tayang la kat korang ๐Ÿ˜œ

Semoga kekal la mood mengupdate blog ni.Hohooo..see ya!

16 Julai 2017 13:25 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

10 comments:

  1. kesian kan ...tak semua org mampu naik kereta..bw anak ke klinik naik bas...murahnya rm3 je grab car tu..hehe maybe dekat je kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt je kak..tpi kalau jln kaki tu boleh kurus juga la smpai rumh..haha

      Delete
  2. Semoga hari2 mendatang penuh keceriaan....
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mrs pip..ceria dh dgn komen akk๐Ÿ˜

      Delete
  3. Balik dari kampung memang sunyi rumah swwa

    Lagi kalau kita sampai paling awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUnyii..lgi2 sy je yg blik๐Ÿ˜…

      Delete
  4. Wahh wahhh berliku-liku nampaknya perjalanan tu mas.. hehehe.. alhamdulillah selamat sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAnn..alhamdulillah slmt smpai๐Ÿ˜‚

      Delete
  5. Jauh perjalanan banyak pengalaman.

    ReplyDelete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah bless๐Ÿ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net