Hari 7 : Macam SV dah aku.

Bismillah.

Alhamdulillah hari ke 7! Yeayyyy..semakin seronok menghampiri penghujung hari.Mengira detik-detik pengakhiran IE ini.Hari ni sangat seronok.Syukur tak terkira rasanya.

Seawal jam office hour masuk kerja terus bagi sedikit penjelasan pada target staff apa yang akan aku catat.Lepas tu bermulalah episod aku mencatat segala aktiviti yang dilakukan.Dari penerimaan sampel sehinggalah keluar keputusan dan deliver pada doktor atau patient.

Sedang syok tulis tiba-tiba ada satu sampel daripada labor room.Target staff suruh aku pula buat.Katanya takkan aku nak catat je sepanjang hari.hohoo.

Lepas tu dengan terkial-kialnya aku buka la ..daftar slow je dalam sistem.Teragak-agak gitu..entah tak tahu kenapa bila diperhatikan rasa macam tak confident je nak buat..πŸ˜‘ cisss..jatuh saham aku nak masuk line kerja ..adoii..kena baiki banyak giler tang konfiden tu.Dah la tu boleh pula aku nak tersalah buat test.Sepatutnya buat blood grouping tapi pergi invert tiub tu nak buat full blood count pula..aigoo..mamai betul..hahaha..lepas tu staff tegur.Baru aii tersedar..😰

Padahal dah rasa lain macam dah.Adehh! Ni gara-gara mamai tengok jenis tube la ni.Dah tube tu aku selalu buat full blood count.Tiba-tiba cord blood pula dalam tu,memang kena lebih peka dan waspada lepas ni.😡

"Well,nobody's perfect..everyone make mistakes"

Yang penting jangan takut mencuba dan tak ulangi kesilapan yang sana.Kalau tak sampai bila baru boleh pandai kan.Latihan tu membuahkan hasil.Alah tegal biasa gituu..bak kata pak cik WP.Sorry tak sempat nak blogwalking lagi.Lepas isyak je pengsan uols~


Ni la contoh catatan yang aku kena isi.Ambikk! Setiap minit weyhh..aku perhatikan je target staff buat apa.Lepas tu tengok jam sebab nak kira masa.Hahaaa..sabar je la.Staff pun sabar je dengan aku takut aku tulis yang bukan-bukan pasal diaπŸ˜…

Lepas tu lepas target staf habis shif aku ingat tak nak keluar lagi tapi tengok semua kawan dah keluar.Apa lagi aku pun cabutt juga.Lepas tu melangok la kepishangan tunggu kawan sorang lagi tak boleh balik lagi.Target staff dia balik office hours.Huhuhu..bersabar la selalu.

So esok lebih baik i stay je dalam lab.Lepas tu masa perjalanan balik..macam-macam lawak keluar bila menyembang ..hinggalah berhenti dekat stesen isi minyak kereta


Boleh pula minyak melimpah dari tangki.Kawan yang isi minyak tu panik.."

"Panggil laki..panggil laki.."

Aku termangu dan blur-blur

"Panggil lelaki mana?"

"Laki mana-mana lahh"

Dengan paniknya dia..lepas tu dia nampak abang stesen minyak tu dan terus panggil.

Hahhaaa..berdekah kitorang ketawa dalam kereta cerita balik kejadian tu.Yelah tak pernah experience kan.Typical perempuan panik gilerr..Balik tu dia nak simbah air lagi dekat tempat minyak tadi.Padahal tadi abang kat stesen minyak tu dah simbah air dah.

btw good sign la kalau nanti kena lagi macam tu tak la panik macam tu dah...hahaha..sakit perut gelak sepanjang perjalanan.Boleh pula lagi buat lawak yang minyak turun harga.Siap nak tangkap gambar dan hashtag lagi.selalunya isi harga tu minyak tak penuh.Ni sampai melimpah pulakπŸ˜‚πŸ˜‚

Nak cerita banyak lagi tapi cukup la tu..haha.macam biasa balik hampir senja.


Dan hari ni tak jem sangat la.Pelik..ramai MC ke ea..hehe..ok sekian je cerita hari ni.Semoga dipermudahkan urusan kita esok hari.InsyaAllah.Daaaa!

Fighting!

25 Julai 2017 20:50 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

4 comments:

  1. KESIAN MAS BERGELUT DGN TUGAS N MASA...RELEKS JE JGN KALUT SGT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap org pun cmtu kan kak..hehe..sy ambil sbgai penglmn..smoga lepas ni dpt handle dgn tenang..tq kakπŸ’•

      Delete
  2. waa cantiknya tulisann.. banyak jugak kena catat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh..cantik ke..kembang aii..haha..sllunya buruk je tulisn..😜 seyes bnyk tiap minit catat smbil tgk jam..hahaa

      Delete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net