✍ Welcome Sem 5 ! Let's fighting💪

Bismillah.

Alhamdulillah,after IE we didn't have any break yet we need to go into new semester already.Yuhuu.Now I'm officially in semester 5.Excited but in the same time got scared.Hope all the things will go on well within this time.

I have added FYP 1 for this semester according to plan that has been made by my previous advisor.And you know what..shocking news! my previous advisor become my advisor again for this semester.OMG! I'm panicked.She is the fierce one.😅 I can't playing around anymore.


I think that i can get through all of this.InsyaAllah.Need to fight more than before.And much than other.So tomorrow will be briefing for FYP 1 and I have to choose wisely what field I should carry on.I want to do research in microbiology but I don't know if there is any other field that much better and suit for me.I hope I do not choose the wrong field.May Allah easier everything.


We thought that today have started but actually classes will only started tomorrow so then I wasting my time waiting for 3 hours in the lecture hall waiting for lecturer that will never came.😂 So sad.I went home and decided to watching Korean drama and samyang! Such a perfect combination😜

Jyeahh.

My girl.The title of korean drama.Refreshing my back day in school then.Remember the old memory and how I was back then.Nostalgic.Will never ever forget my first crush.Lee Dong Wook😘 The handsome man that not fading away.Lols.


After then,me and housemate going walking around the neighbourhood taking fresh air in the evening.Such a perfect day.Starting a good vibes for tomorrow and continue marathon My Girl💕and update blog for a while.Hihii.

Hi uols! Thank you for reading.

Not starting blogwalking yet since then.😅I will try spend some time in any possible way.Btw,please pray for me this semester.And May Allah easier our journey toward this life.

Till then! 

31 July 2017 19:50 PM
SR 2-3A-3A


Hari Terakhir : Perpisahan Yang Dinanti

Bismillah.

Alhamdulillah.Yeayy..akhirnya habis dah IE selama dua minggu ini!


Hari jumaat dengan penuh semangat pergi ke tempat IE dengan gembiranya.Lain macam suasana hari tu.Selalunya lagu sedih yang keluar,hari tu lagu Aida Jebat pula yang keluar.Jam terus berdetak ahhh~😂Tak sabar nak habis ler tu.8.30 pagi berkumpul di bilik mesyuarat dan staff berkumpul untuk baca doa pagi dan tazkirah sebentar.Lepas tu tinggallah kami student IE bersiap sedia present study motion secara santai.

Tak ada apa rasa nak present.Sama je..huhuu..department lain banyak sungguh masalah dia.Department ai tak de masalah uols~

Aku pun tak tahu nak cakap apa.Nak kata perfect tak la tapi benda yang remeh-temeh yang tak mengganggu gerak kerja tak perlu cerita kott.Itu yang tak ada point nak cakap.Lagipun ketua HR tu pun tahu yang department aku duduk tu paling okay antara semua.So..yeah!

                                                           Bergambar kenangan bersama Ketua HR

Habis je sesi present secara santai tu maka kami pun bergambar la dengan Ketua HR.Dia pun nak cepat kott.Ada sesi temuduga staff baru.Konon nak present kejap je lepas tu berlarutan sikit.hehe.Nasib baik la sempat ambil gambar gituu.

Tanpa membuang masa,kami pergi pula ucapkan salam perpisahan ke department masing-masing buat kali yang terakhir.Nasib baik aii tak sodihh.Happy rasa dapat ucapkan terima kasih dan ucapan maaf pada staff dengan proper.Lepas tu kami ke tempat berkumpul student IE yang lain di klinik.Kami sebenarnya dibahagikan separuh di klinik dan separuh di hospital.Lucky saya dapat hospital dan department yang saya nak.Dah mention sebelum ni.Heee💕

Maka di klinik la kami diraikan dengan majlis perpisahan.Rasa sangat dihargai sebab walau hanya dua minggu,majlis perpisahan tetap dirancang untuk kami.Terharu gitu.Majlis perpisahan dimulai dengan ucapan wakil dari klinik which is ketua Dr.Kemudian wakil hospital iaitu Ketua HR dan wakil pelajar IE untuk hospital dan klinik.

Dan tak lupa surprise birthday untuk wakil pelajar IE untuk klinik.Kira sangat bertuah birthday dia jatuh pada hari tu.Kami menyanyi happy birthday ramai-ramai dan dari belakang dua buah kek dengan lilin dibawa ke hadapan dia.Menangis dia terharu.So sweet la kawan-kawan dia nie.


Yummy! Dua-dua kek aku rasa.Sedapnyaa! Untung dapat makan kek free hari tu.Kami dijamu dengan mihun goreng dan kuih popia basah.Tak lupa air teh.Ambik kauu..mention semua makanan..haha..kenangan perlu disebut nanti lupa.Bukan selalu dapat macam gini.Tapi memang baguslah pengurusan diorang.Staff pun baik-baik belaka.Padanlah dengan nama syarikatnya.Kalau tak mesti speechless gitu.

Rajin pula diorang panggil nama sorang-sorang bagi sijil.Ketua HR sampaikan sijil untuk yang IE dekat hospital.Yang klinik pula,Dr. yang sampaikan.Ketua HR boleh pula bagi gelaran untuk tiap orang yang ambil sijil.Yang paling banyak cakap la..yang kuat tidur la..sampai part aku..."..Yang ni yang paling pendiam.." krikk..krikk..krikk rasa..haha..nasib baik la ada kamera tangkap gambar dekat depan.Senyum je la😅

Dah habis melantak sampai dua tiga kali tambah ..sebelum tu nak clearkan,bukan aku yang tambah eaa..kawan-kawan yang lain.😂kitorang pun buat sesi bergambar ramai-ramai sebelum bersurai sepenuhnya.Umang aii.Bab bergambar memang takkan lepaskan peluang diorang ni.


Acah-acah sungguh.Gembira sungguh dapat sijil.Walaupun dua minggu tetap dapat sijil uols.Posing macam orang tak pernah dapat sijil.😂Perasaan dia macam dah graduate.Lepas tu mula la rasa sedih.Berapa sem je lagi dah nak habis belajar.Sedihnyaa...tak nak kerjaa~huhuhu.Seriously dunia kerja lain.Haila.

Walau macam mana pun kena move on juga daripada dunia belajar ni.Tetap kena kerja juga untuk bayar hutang uols.Huwaaa.Sedihh.Nanti mesti rindu nak belajar lagi.Kalau banyak duit atau  ada rezeki lebih bolehlah sambung belajar.Kalau tak ..kena kerja je la.😢Lumrah duniawi.

                                                                           Ehh..KFC tetiba.

Balik tu classmates rancang nak keluar ..kitorang habis say bye bye masa orang nak pergi solat jumaat jadi petang tu banyak masa lagi tapi i rancang nak tidur.So diorang pergi la berjimba tinggal ai.Nak dijadikan cerita konon penat nak tidurlah sangat.Kejap je dapat tidur lepas tu terjaga automatik.Buka phone tengok group class dah bising kata result keluar.

Memang tak sambung tidurlah jawabnya.Terus buka portal dan tengok result.Omg! Kebetulan housemate ada dekat rumah.Kami pun share result.Maka berhuhuhu la kami.Lepas berhuhuhu tu kebetulan dia nak pergi dobi dan nak makan.So drive thru KFC.Tu yang ada KFC tu..😂Tapi I nak highlight kan yang staff KFC tu salah masuk order.Kami minta cheezy wedges.Betul la dapat semua order yang diminta.Tapi dalam resit tulis milo ais.Pelik sungguh.Dah balik baru perasan.


Nak pergi balik ke KFC tu macam impossible je.Rajin pula nak pergi tanya kenapa jadi lain dalam resit.Maka berhuhuhu lagi la kami sambil makan.Maka berlabuhlah tirai jumaat dengan meninggalkan kenangan berIE di sana selama dua minggu ini.Sangat menghargai pengalaman yang dirasai walau hanya seketika.Lepas ni ke manakah aku?

Mungkinkah akan ada IE 2? Universiti kami memang penuh dengan kejutan last minit.

Jeng..jeng..jeng...

30 Julai 2017 22:07
SR 2-3A-3A

Hari 9 : Tugasan Selesai!!

Bismillah.

Alhamdulillah.Yeayy dah habis dah tugasan.Rasa puas sebab dapat completekan tugasan.Walaupun tak buat apa sangat tapi dengan ada tugasan ni tak ada la aku buang masa.

Demi Masa! Bila buat study motion ni boleh nampak la masa staff tu terisi dengan apa.Sesungguhnya setiap masa tu amat berharga kan..kalau buang masa sikit pun dah delay benda lain.
Itulah pentingnya study motion.Tapi kalau orang lain ada catatkan menang bagusla.Tapi kalau staff sendiri catat memang boleh jadi giler😂


Bila dah siap alhamdulillah lega sungguh.Tak terkira bahagia rasanya.Hahaa.Nasib baik tak rasa sedih.Sesungguhnya setiap pengalaman itu amat berharga.Alhamdulillah bertambah lagi pengalaman hidup ini.

Jadi dah boleh balikkk! Balik tu rasa bahagia je sebab keesokkannya cuma nak present santai-santai je.So ambillah gambar jem di jalan raya buat kenangan kali terakhir.Haha.


Balik tu singgah dulu beli roti canai.Ambik kau! 3 keping roti canai aku order.Bukan apa,nafsu buka puasa punya pasal.😅 Sekeping roti sardin,2 keping roti kosong dan milo ais.Buntang wehh makan habis buka puasa tu.


Inilah dia roti canai tu.Kuah sampai dua.hehehe.Banjir~ Takpelah sekali sekala makan banyak.Raikan hari habisnya buat study motion gituu.Tak lupa Jus Kiwi yang housemate kerja starbuck bagi.Dia dapat free je tapi tak minum.Dah orang offer.Aku minum je la.Hohoo.


Sudahnya hari ini sakit perutt.Umang aii.Sekian untuk hari ke 9 semalam.Hari ini hari last! Yeayy..nanti i update ! Tunggu~

28 Julai 2017 11:05 AM
IE 1 PALACE

☂ Penat kejar dunia? ☂


Melaka, Destinasi Percutian Yang Menarik

Negeri Melaka dikenali sebagai 'MELAKA NEGERI BERSEJARAH' atau 'NEGERI HANG TUAH'.Pada tahun 2008,Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),Kuala Lumpur.Melaka juga telah dinyatakan sebagai 'Negeri Bandar Teknologi Hijau'.

Negeri Melaka ini sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan kerana keunikan warisannya,tempatnya yang penuh bersejarah & sudah tentu makanan yang enak dan lazat untuk dinikmati.Di Melaka juga terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk melancong.

A' Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka & Gereja St. Paul.Kota A' Famosa ialah bermaksud 'yang termasyur' dalam bahasa Portugis.Pintu ini ialah pintu yang ditinggalkan oleh orang Portugis di Kota A' Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).Ia telah dibina oleh Portugis sejak Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.A' Famosa ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia.Nama A' Famosa seringkali disalah sebut begitu juga dengan orang Malaysia.Mereka seringkali menyebut /ei/ Famosa.Sedangkan sebutan yang lebih tepat ialah /a/ Famosa dimana bunyi /a/ nya itu seperti bunyi "ah".

Beca Melaka yang terletak di Bandar Hilir,Melaka.Cara yang terbaik untuk menikmati pemandangan di Melaka serta untuk bersuka-ria adalah dengan cara menaiki beca sambil menghayati panorama di Bandar Melaka sambil duduk berehat di atas beca.Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah Melaka ini  yang selalunya akan tertinggal jika kita membuat keputusan untuk berjalan sendirian.Beca ini juga boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys.

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511.Sungai ini juga memberi perkhidmatan menaiki bot sepajang sungai ini & dinamakan perkhidmatan tersebut sebagai River Cruise.Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran,petempatan,perkuburan,perniagaan, perkapalan,pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

Untuk bercuti di Melaka, anda pasti tertanya tanya apakah hotel yang paling sesuai untuk menginap di Melaka. Mesti tak lengkap percutian kalau tak dapat tempat penginapan yang menarik dan selesa kan? Untuk pengetahuan anda, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel yang terbaik untuk menginap bersama yang tersayang. Hotel ini terletak di kawasan / bandar Ayer Keroh. Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Zoo Melaka dalam 1.38 km, dan Cheng Hoong Teng Temple dalam 11.9 km.

Dari acara perniagaan ke majlis korporat, Hotel Seri Malaysia Melaka menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang anda dan rakan sekerja perlukan. Bergembiralah dengan pelbagai kemudahan hiburan yang tersedia untuk anda dan seisi keluarga di Hotel Seri Malaysia Melaka, sebuah penginapan yang menarik untuk percutian keluarga anda.

Jika anda merancang menginap dalam jangka panjang, penginapan di Hotel Seri Malaysia Melaka ialah pilihan yang tepat bagi anda. Dengan pelbagai kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang hebat, tempat penginapan ini pasti membuat anda berasa seperti di rumah. Perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat anda berpuas hati sepanjang penginapan anda di Hotel Seri Malaysia Melaka. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada anda mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang.Meja depan 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan.

Jika anda inginkan lebih lagi, jangan ragu untuk bertanya kepada meja depan, pihak hotel sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda.Nikmati hidangan kegemaran anda dengan makanan istimewa dari Hotel Seri Malaysia Melaka eksklusif untuk anda.

Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah tempat yang sesuai untuk menginap.So, do not hesitate to find best price on Hotel Seri Malaysia Melaka!

 

Hari 8 : Tak larat sudah

Bismillah.

Alhamdulillah hari ke 8 berlalu dah semalam.Tak sempat nak update.KO dah.Pagi tu rasa macam sedih je sepanjang perjalanan.Tambah lagi ditemani lagu tergantung sepi..hahaa..sayu lak aii..

.

Maybe sebab malam tu dapat berita tak dijangka.Pihak hospital dah rancang untuk buat majlis perpisahan untuk kitorang tapi ada student request nak cuti.So mungkin tak sempat nak buat majlis perpisahan tu kalau cuti awal.

Masuk je lab like seriously.Penat lak aii..tagging staff buat itu ini.Tak henti.Setiap minit ada je benda yang nak dibuat.Aku catat tiap benda jadi macam banyak la pula.Tak cukup dua helai kertas😂

Lagi banyak aktiviti giliran staff kedua ni daripada aktiviti staff yang first.Bravo!!
 Pastu rehat tu kami bersantai di pondok depan hospital.Murah giler la nasi lemak dan air dia.Semua seringgit.Walaweh.Bukan senang jumpa ni.Jimat duit aku.Kenyang pun kenyang.Alhamdulillah.


Hari ke 8 sampai rumah awal sebab tak jem mana.Tapi sampai je rumah tu pengsan terus aii.Exhausted~

Hari ni SV diorang pula.OMg semoga dipermudahkan untuk hari ni.Jia you! Kurang 48 jam lagi akan berakhirlah IE ini.Yeahh!

27 July 2017 07:27 AM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Hari 7 : Macam SV dah aku.

Bismillah.

Alhamdulillah hari ke 7! Yeayyyy..semakin seronok menghampiri penghujung hari.Mengira detik-detik pengakhiran IE ini.Hari ni sangat seronok.Syukur tak terkira rasanya.

Seawal jam office hour masuk kerja terus bagi sedikit penjelasan pada target staff apa yang akan aku catat.Lepas tu bermulalah episod aku mencatat segala aktiviti yang dilakukan.Dari penerimaan sampel sehinggalah keluar keputusan dan deliver pada doktor atau patient.

Sedang syok tulis tiba-tiba ada satu sampel daripada labor room.Target staff suruh aku pula buat.Katanya takkan aku nak catat je sepanjang hari.hohoo.

Lepas tu dengan terkial-kialnya aku buka la ..daftar slow je dalam sistem.Teragak-agak gitu..entah tak tahu kenapa bila diperhatikan rasa macam tak confident je nak buat..😑 cisss..jatuh saham aku nak masuk line kerja ..adoii..kena baiki banyak giler tang konfiden tu.Dah la tu boleh pula aku nak tersalah buat test.Sepatutnya buat blood grouping tapi pergi invert tiub tu nak buat full blood count pula..aigoo..mamai betul..hahaha..lepas tu staff tegur.Baru aii tersedar..😰

Padahal dah rasa lain macam dah.Adehh! Ni gara-gara mamai tengok jenis tube la ni.Dah tube tu aku selalu buat full blood count.Tiba-tiba cord blood pula dalam tu,memang kena lebih peka dan waspada lepas ni.😵

"Well,nobody's perfect..everyone make mistakes"

Yang penting jangan takut mencuba dan tak ulangi kesilapan yang sana.Kalau tak sampai bila baru boleh pandai kan.Latihan tu membuahkan hasil.Alah tegal biasa gituu..bak kata pak cik WP.Sorry tak sempat nak blogwalking lagi.Lepas isyak je pengsan uols~


Ni la contoh catatan yang aku kena isi.Ambikk! Setiap minit weyhh..aku perhatikan je target staff buat apa.Lepas tu tengok jam sebab nak kira masa.Hahaaa..sabar je la.Staff pun sabar je dengan aku takut aku tulis yang bukan-bukan pasal dia😅

Lepas tu lepas target staf habis shif aku ingat tak nak keluar lagi tapi tengok semua kawan dah keluar.Apa lagi aku pun cabutt juga.Lepas tu melangok la kepishangan tunggu kawan sorang lagi tak boleh balik lagi.Target staff dia balik office hours.Huhuhu..bersabar la selalu.

So esok lebih baik i stay je dalam lab.Lepas tu masa perjalanan balik..macam-macam lawak keluar bila menyembang ..hinggalah berhenti dekat stesen isi minyak kereta


Boleh pula minyak melimpah dari tangki.Kawan yang isi minyak tu panik.."

"Panggil laki..panggil laki.."

Aku termangu dan blur-blur

"Panggil lelaki mana?"

"Laki mana-mana lahh"

Dengan paniknya dia..lepas tu dia nampak abang stesen minyak tu dan terus panggil.

Hahhaaa..berdekah kitorang ketawa dalam kereta cerita balik kejadian tu.Yelah tak pernah experience kan.Typical perempuan panik gilerr..Balik tu dia nak simbah air lagi dekat tempat minyak tadi.Padahal tadi abang kat stesen minyak tu dah simbah air dah.

btw good sign la kalau nanti kena lagi macam tu tak la panik macam tu dah...hahaha..sakit perut gelak sepanjang perjalanan.Boleh pula lagi buat lawak yang minyak turun harga.Siap nak tangkap gambar dan hashtag lagi.selalunya isi harga tu minyak tak penuh.Ni sampai melimpah pulak😂😂

Nak cerita banyak lagi tapi cukup la tu..haha.macam biasa balik hampir senja.


Dan hari ni tak jem sangat la.Pelik..ramai MC ke ea..hehe..ok sekian je cerita hari ni.Semoga dipermudahkan urusan kita esok hari.InsyaAllah.Daaaa!

Fighting!

25 Julai 2017 20:50 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Hari 6 : Santai-santai jer ~

Bismillah.

Alhamdulillah hari ini dah hari ke 6 yeayy! Dah nak habis..tinggal 4 hari je lagi.Hohoho.Hari ni dah buat sharing session dan apa yang kitorang buat dekat department yang ditetapkan.

So esok mulanya proses untuk catat perjalanan rutin seharian seorang staff pula.Staff yang berbeza setiap hari.Sampai khamis saja.Lawak sungguh.Selalunya student praktikal yang diberi evaluation.Ni staff pula yang kena dengan kitorang.

Pandai HR diorang ni.Memanfaatkan student praktikal sebaik mungkin😏 Tapi alhamdulillah dapat belajar juga tak la rasa dipergunakan.Orang putih cakap "give and take" gituu.Sama-sama memberi dan menerima.

Jadi,beban terasa semakin ringan.Esok macam jadi PA staff la pulak.lol.Catat,catat dan catat lagi.Harap tulisan aku tak buruk.hahaa~ dah la tak suka menulis😪 Siap sedia la mereka semuaaa~

Ok itu saja nak cerita hari ini.See yaa! Btw result exam i keluar 1 Ogoss nie! Bagai nak luruh jantung i .😨 doakan semoga semuanya baik-baik saja.

Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.😘


24 Julai 2017 20:35 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Hari 5 : Slow la kau nie~

Bismillah.

Alhamdulillah.

Dah 5 hari aku menjalani IE,sekarang tinggal 5 hari je lagi yeayy! Dah nak habis dah..sekejap je masa berlalu.Jumaat tu tak sempat nak update sebab macam-macam sebab.Hehe.Malam khamis tu berjimba makan KFC lewat malam.

Sudahnya sorang tu lewat bangun.Maka berhuhuhu la kami memanggil grab car untuk ke tempat IE.Mujurlah sharp on time.Jumaat tu patient tak ramai pun sebelah petang.Krikk krikk krikk sangat.

Cuma awal pagi tu sikit buzy.Patient tak henti-henti hantar form.Kesian kat staff sorang tu.Aku nak tolong masukkan data pun terkial-kial lagi.Haha.Buat kemarahan orang je.Alhamdulillah staff tu tak marah..kalau tak,mahu murung sepanjang hari..aigoo..aigoo.

Sebab sample tak banyak,jadi aku buat test pun kekadang je.So kurang kelebihan dekat situ nak mahirkan diri.Dah la i ni lambat pick up.😢Sodihh.Nak tak nak memang kena baca teori la~ ingat nak santai-santai je..hohoo..memang tak la~😰

Dan semalam sabtu..kawan-kawan dan aku test naik MRT wehh.Tapi umang aii..sampai dekat stesen muzium negara tu nak pergi ke KL Sentral tak silap tiga escalator kena hadapp..jauh lak aii..tapi escalator tu la laju sungguh la..macam mana la budak-budak dan warga emas nak naik tu..takut tersembam je tak sempat target.

Dan hari ni,ahad pula dapat jemputan hari raya di surau berdekatan disampaikan housemate.Dia kerja tak dapat pergi jadi aku ajaklah yang lain untuk pergi.Alhamdulillah rezeki jamuan raya berturutan.Kenyang makan free tak henti-henti.Jimat duittt~ hahaa

Dan esok dah isnin..kena present SOP dan buat motion study untuk staff.Umang aiii..berdegup laju jantung ini rasaa~ Semoga dipermudahkan urusan berIE esok harii..jia you Mas!!


23 Julai 2017 21:58 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Hari 4 : Selangkah demi selangkah

Bismillah.

Alhamdulillah selesai untuk hari ini.Pada mulanya tak ada banyak sample.Sampai-sampai je tak ada buat apa.Staff tengah buzy recheck borang.Pishanggg~ Memang slow sikit la mood pagi tadi.

Tapi alhamdulillah tengah hari tu mood up.Happy sebabb?

Jumpa makanan sedap-sedap belaka! Yummy!!tapi bukan rezeki hari ni.Kebetulan puasa.Jadi cuci mata je laa..huhuu..takpe target dah semoga nanti dapat pergi beli pula! Yeayy..

Masuk kerja jadi boring balik.Tak ada sample wehhh.Nak menangis kebosanan rasa.Akhirnya waktu 2 jam sebelum balik barulah sample mula datang berperingkat.Haiyaa.

Walau apa pun.Alhamdulillah rasa cekap sikit hari ni.Tapi masih slow laa..haha..tak mengapa itu perkara biasa.Semoga esok lebih baik lagi.Yang penting buat kerja gituu.


Staff buat test drug pagi tadi.so tengok dua line.So?positif??oh my..salah faham rupanya..bukan la dia reverse.Bukan macam ujian mengandung.Kalau ujian mengandung dua line.Alhamdulillah.Tapi kalau ujian drugs yang dua line..

"Daripada Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.."

Uishh..tragis tu.


Walau apa pun semoga dikuatkan semangat untuk mengharungi waktu 6 hari saja lagi..Jia you Mas!!

20 Julai 2017 20:19 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Day 3 : Yeay! belajar buat testss~

Bismillah.

Alhamdulillah.

Hari ni hari ketiga aku berIE.Masih gigih mengupdate blog walau tadi rasa macam penat nak update.huhu.Sambil bermasker sambil tu kita update blog.Lepas tu gerenti i pengsan macam semalam.

Seawal pagi banyak ilmu bertambah dan nota pun dah bertambah.Alhamdulillah dipermudahkan.Staff ajak round hospital sambil hantar result.Staff ajar buat banyak test baru dan buat phlebotomy.

Phlebotomy tak pass lagi.Semoga esok ramai orang yang aku boleh praktis ambil darah.Allahumma aamiin.Siaplah diorang..hahaa..

Sebelah petang ada jamuan dekat rumah big boss.Mulanya kawan semua dah pergi dengan staff masing-masing.Ingatkan tak ada rezeki la tu nak pergi.Tapi untung sabut timbul.Untung batu tenggelam.Staff yang dah habis shif ajak pergi sekali.Mabless !

Dan gendang gendut tali kecapi,kenyang perut suka hati..hohoho..sampai lab lambat dah tapi sempat lagi buat test.Lalu sembang dengan kakak lab hinggalah sampai waktu balik.


Itu saja untuk hari ni.Nak ZZZzZzz dulu.Semoga jumpa lagii!

19 Julai 2017 22:22 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

P/s:Lupa nak publish semalam..dah tertidoo😂

Hari 2 : Soalan bodoh? Taklah.

Bismillah.

Alhamdulillah.

Maka hari ini berakhirlah IE untuk hari yang kedua.Penatnya rasa tak terkata.Bukan buat apa pun.haha.Tak tahu penat sebab apa.Terimbau kembali kenangan masa praktikal dulu.Macam ni la penatnya.Perasaan bosan bila tak ada kerja pun sama.Oh my IE!

Walau apa pun satu je nasihat buat muhasabah bersama terutamanya untuk pelajar yang bakal praktikal ni.Jangan segan meminta untuk mencuba sesuatu.Kalau rasa nak tahu sesuatu perkara tu tanya je.Jangan disimpan.Keluarkan je.

Tak kira la rasa bodoh ke tak soalan.Yang penting niat tu untuk belajar.Kalau tak selamanya la tak tahu.Pengajaran yang aku dapat masa praktikal dulu.Sekarang aku apply kan pada IE ni.Dan alhamdulillah ada sedikit peningkatan.

Mulut pun kena ramah tapi tang tu aku tak boleh nak baiki lagi.hehe.Bukan suka sangat sembang-sembang kosong ni.Aigoo~ btw,kalau nampak je peluang grab terus!

Tadi aku dapat buat satu test.last minute juga la.Semoga esok hari lebih baik daripada hari ini.Semoga esok boleh dah buat banyak testt!

Aku dahagakan darah nak cucuk orang niee..hahaa!


Pergi kerja pagi.Balik kerja dah senja.Untunglah aku daripada orang yang pergi kerja Subuh.Balik kerja maghrib dah
Tu tak nampak matahari langsung.Semoga dipermudahkan urusan semua.Good luck untuk kerja masing-masing!

Apa yang penting setiap kerja tu ada kebaikannya yang tersendiri.Okaylah
Nak pengsan dah niee.Gigih update blog dulu..hahaa..bye! Semoga berjumpa lagi

18 Julai 2017 21 :26 PM
HOME SWEET HOME

Hari 1 : Segalanya bermula di sini

Bismillah.

Alhamdulillah.

Hari ini adalah hari pertama aku berIE.Nak tahu IE tu apa..bacalah entry i sebelum ni.Hehe.Kitorang berempat pergi tempat IE naik grab car.

Sampai sana tengok macam awal je lagipun classmates yang lain tak sampai lagi.Lalu menapaklah kitorang ke gerai hujung sana mencari makanan.3 orang makan nasi putih lauk daging.Aku pula makan nasi lemak sambal ayam..mabless!

Cari pasal sungguh.

Sudahnya masa briefing jadi mengantuk Ya Rabbii! Dah la tanpa henti briefing..haha..layankan je walaupun mata rasa dah pedih tahan mengantuk.Rasakann.

Habis briefing kitorang dibawa round kawasan klinik dan hospital.Segala department kami masuk.Diberi penerangan dan diperkenalkan dengan staff semua.Seronok tapi kehausan.Hahaa..

Nak beli air tapi mesin rosak..oh sadiss!

Alhamdulillah lepas tu terus rehat.Sebelum tu kami dibahagikan kepada dua kumpulan.Apa yang aku hajati semua tertunai.Syukur!

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?-QS Ar Rahman

Kitorang dibahagikan lepas lunch hours.Tempat yang aku nak aku dapat,department yang aku nak pun aku dapat..hihii 💗 Setiap orang satu department.Department yang bukan bidang kebanyakkannya.Bidang kitorang of course la makmal perubatan.

Pengurusan tanya nak volunteer atau random.Jadi kitorang suruh random je.Tiga orang volunteer nak makmal lepas tu classmate dapat.Tiba-tiba classmate bisik nak offer tukar dengan diri ini.Alangkah bahagianya hidup.

Hahaa..hamboii sangat.

Suka Sangat😂

Maka bermulalah episod ku pada hari ini berIE.Tadi cuma kenal SOP dan flow cara buat kerja.Tengok staff buat sample dan kebanyakannya baca SOP.Rajinkann..dushh..ada tugasan menanti sebab tu kena tahu SOP dan flow bagai.Maka bertabahlah saya di sini.Tapi Excited la.heee.Sebab dah ada pengalaman masa intern diploma dulu.Jadi nampak mudah.Alhamdulillah dan insyaAllah.

Doakan.Semoga dipermudahkan segala urusan dan mengambil sebanyak-banyaknya manfaat selama berIE di sini.Allahumma aamiin.Jia Youu Mas!You can do it!

               17 Julai 2017 23:00 

             RUMAH SEWA 2-3A-3A




✍ Liku-liku perjalanan ku ke rumah sewa

Bismillah.

Kih kih tajuk drama sangatt.

Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah sewa.Hendak diikutkan hati tak mahu balik,namun demi IE.Rela jua ku pergi hehe.Sebenarnya excited nak berIE.Lagi-lagi dapat tempat IE yang memang dalam bidang kita.Untuk pengetahuan korang,IE ni short intern untuk batch kitaorang.Batch pertama yang jadi experiment sama ada okay tak terapkan element IE ni.

Niat further study ni dulu memang nak buat praktikal lebih daripada teori.Malangnya teori tetap masih banyak kena belajar..hahaa..sakit otakk.Apa-apa pun masih bersyukur U ni nak terapkan element praktikal walaupun dah saat-saat ke penghujung sem.

Lagi bagus sebenarnya praktikal ni kalau berterusan setiap sem dan bermula dari awal sem.Sebab benda yang kitorang belajar banyak nak kena aplikasikan teknik.Barulah cemerlang gitu bila buat kerja.

Bermula seawal pagi sebelum subuh dah kena bangun untuk kejar bas pukul 7 pagi di kampung sebelah.Mak dan ayah hantar guna kereta.Kiranya pukul 6.25 pagi paling lewat dah kena gerak.Lambat sikit memang tinggallah.


Untuk pengetahuan korang,ni baru bas pertama okay.Dari bas di kampung sebelah bertolak pula ke bandar mengambil masa dalam 1 jam setengah.Dalam perjalanan macam-macam orang la jumpa yang naik bas ni.Kebanyakan warga asing tapi banyak juga melayu,cina dan india.Masing-masing duduk dalam ladang dan estate.

Ada juga tadi sepasang suami isteri,anak kecil dan bayi yang baru lahir naik bas dari ladang.Dalam hati aku fikir nak pergi manalah diorang ni.Rupa-rupanya diorang turun dekat klinik.Timbul rasa empati.Macam tu la orang susah tak ada kenderaan sendiri,so naik bas dengan bayi tu.Dah la bas ulang-alik kawasan tu dua kali je sehari.Nanti diorang nak balik kena tunggu lagi.😢

Paling dahsyat banyak juga warga asing nak ke bandar.Penuh dengan diorang saja.Sampai berdiri la dalam bas tu.Ingatkan dekat KL je.Hahaa..seantero Malaysia sebenarnya.Orang melayu berapa kerat je,baik naik bas mahupun kerja ladang atau kilang.Jadi saya tiba-tiba rasa berbangga rupanya mungkin orang melayu dah ramai yang kaya raya.Naik kereta sendiri dan kerja di syarikat sendiri la kan😅


Alhamdulillah sampai di bandar beli tiket.Tak sangka dapat tiket awal selalunya paling awal pun dalam pukul 10 pagi.Maka berjanggutlah aku tunggu dekat situ.Bas pun tak gerak lagi masa aku sampai dah 8.39 pagi macam tu.Tak ramai pula orang hari ni.Jadi marilah kita bersyukur alhamdulillah dipermudahkan dapat awal tiket.hehee.

Selepas sejam kemudian,maka aku pun sampai ke destinasi.Kuala Lumpur! Aku datangggg~!! Hahhaa..fefeling drama gituhh.Jadi nak pergi rumah sewa masih jauh lagi perjalanan.


Tunggu pula monorail untuk ke KL Sentral.Sangat efficient monorail ni.Kejap je dah sampai.Maka melangut la dalam monorail sementara sampai KL Sentral.Tengok pemandangan macam-macam jenis bangunan.Bangunan pun ada kaya dan miskin tau.Oh dunia metropolitan.Sesudah sampai je di KL Sentral,naik pula KTM 🎶menuju ke destinasi yeay~yeay~🎶


Perkara pertama yang aku buat masa sampai KTM ialah..touch n Go la..hahaa..lepas tu barulah cari tempat untuk ladies only! Lebih selesa.Terima kasih pada yang prihatin buat kargo khas untuk perempuan.Rasa begitu bernilai diri ini.lorh.Dekat sini setengah jam juga la tunggu.Pun alhamdulillah.Selalunya sejam.Dan masa berjalan dengan cepat sebab aku baca buku.Woahh.

Sebelum KTM sampai,hinggalah aku masuk dalam KTM hingga ke destinasi.Aku dapat habiskan buku tu wehh~Cayalah.Jadi masa kita tak akan terbuang begitu saja bila baca buku.Jadi saya menyeru semua~! marilah membaca di dalam KTM mahupun pengangkutan awam untuk memanfaatkan masa.Ia juga sangat berkesan untuk mempercepatkan waktu.Serius tak sedar dah sampai..hahaa..

Sebaik tiba di destinasi..ada pengangkutan lain lagi yang aku kena naik sebelum tiba di rumah sewa yang sebenarnya.Iaituuuu....


Aiyaa! Request grab car pula.Maka bertabahlah aku sepanjang perjalanan untuk tiba ke rumah sewa.Amacam..penuh berliku tak?😂Alhamdulillah.Grab car bawa terus ke rumah sewaa! Sampailah sudah kita ke rumah sewa saya! Then..kita up la status whatsapp..hehehe.


Seyesly forever alone..tak ada siapa kat rumah sewa ni pun.Semua IE dekat kampung masing-masing.Maka bersendiri la diri ini meniti hari-hari yang mendatang..hahaa..suka sebenarnya.I'm free!! Nak karaoke ke nak melalak ke..terbalik tunggang langgang tak ada siapa nak marah.

Maka dengan ini marilah kita manfaatkan hari-hari forever alone niee😁 Okay,sampai sini saja.Panjang tak aku taip..haha..aku guna app blogger ni weh.Guna phone je..tak ada maknanya nak buka netbook.Excited punya pasal nak update.Okaylah.Nak rehat pula.Seronok pula update guna telefon ni.
Jemput Makan! Mak aku bekalkan kuih pau nie tadi.Tapi mak cakap lupa letak minyak jadi kuih pau nie keras sikit..hahaa...takpelah,mak buat,macam mana pun semua sedap💗! So aku tayang la kat korang 😜

Semoga kekal la mood mengupdate blog ni.Hohooo..see ya!

16 Julai 2017 13:25 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Cara dapatkan kembali entry blog yang terpadam

Bismillah.

semena-mena aku terpadam entry review pasal Novel Breathe by Beni Rusani.Apalagi kalut la nak cari balik.Sayang woo..review pertama novel bahasa inggeris untuk blog aku dalam bahasa inggeris yang tunggang-langgang.

Kenangan tu.Hahaa..dah la jenuh nak menaip.Dalam kalut-kalut terus buka netbook cari cara retrieve balik post ni.Tengok youtube tak faham lepas tu jumpa satu blog indonesia yang bagi cara step by step.Alhamdulillah akhirnya berhasil juga.

Malang tak berbau.

Kalau jadi dekat korang atau aku lagi..haha..bolehlah jadikan ni sebagai rujukan.

Langkah pertama,

Pastikan dah login google or blogger.

Cari tajuk entry blog yang korang terpadam tu dekat Google..Contoh seperti di bawah


Lepas tu ada anak panah dekat tepi link tu kan..tekan dan keluarlah cache.Tekan cache tu.Nanti korang akan jumpa balik entry korang yang hilang tu..yeayy!

Aipps..jangan suka lagi.Tak habis lagi daa~ Ada step lain lagi..post korang masih tak ada lagi tu.Korang kena tekan papan kekunci CTRL+U serentak.Maka keluarlah code dekat new tab seperti gambar di bawah



Apa tujuan keluarkan coding ni?Sabarlah.Nak bagitahulah ni.Coding ni penting untuk dapatkan id post yang korang terpadam tu.Aku dah bulatkan id post tu..nak cari id tu senang je.

Korang kena tekan  papan kekunci CTRL+F serentak,lepas tu keluarlah kotak seperti yang di atas.Dalam kotak yang muncul tu,korang tulis "hentry"..lepas tu insyaAllah jumpa la ID post tu.Rujuk gambar di atas.Nombor yang banyak-banyak tu la ID postnya.

Copy ID post dan paste kan pada link di bawah iaitu YYYYYYYYYY.

http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=XXXXXXXXXX#editor/target=post;postID=YYYYYYYYYY

Alhamdulillah,selesai untuk postID.Kemudian cari pula ID blog korang.ID blog ni paling senang.Tengok je dekat Url Dashboard korang tu.Contoh macam ni.


Okay,sekarang dah jumpa blog ID.Bolehlah copy dan Paste kan dekat XXXXXXXXXX.

Contoh link yang dah lengkap

http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5148540557872439272#editor/target=post;postID=8005241331807706019

Orait,sekarang copy link korang yang dah lengkap dengan blogID dan post ID tu,buka new tab dan pastekan.Tekan Enter dan go!

Maka,link tu akan bawa korang kepada blog post korang lengkap dengan entry yang terpadam tadi.So next step.Publishkan entry tu.

Done!

Bolehlah view balik post tu macam biasa dekat blog anda lengkap sekali dengan comments.


Ok Daaaa~!

15 Julai 2017 20:34 PM
HOME SWEET HOME

☏ Glutinous rice cooked in bamboo for the last ramadhan in 1438 H !

Bismillah.

Alhamdulillah.Here come a time where i should story about my 1st Syawal in my Hometown.Kinda have a gut to write in English.So enjoyed! Or ~~ just fainted if you find too many grammar wrongdoing..lol !

How will my first Syawal would be?

If you followed, each of my post related to each other.I kinda did not have excited feeling to celebrate eid ul fitr but just go with the flow ~ time running out ~ i did not have new clothes for raya.Nothing is new.As we get older,we did not excited to celebrate eid because i know that i would not get duit rayaaa ! Ahaahaa.No la..just that excited feeling getting away.. ~ away  ~ far away ~

But before that i think that i should tell about a day before eid first!Will story about Syawal on upcoming post.lololo.
A day before raya which is last ramadhan.Hope will see you again next year ! Ramadhan..😭
We were doing what we used to do.All members of big family altogether cooking over lemang and rendang.What is most difficult is how to make lemang.Its not that difficult but if there are only a few person that doing it without cooperation.It is quite tired.Better buy than making it.So teamwork really important for this part.

Not that much picture..we were buzy after all.
Every person have their own duty.As for me,i was cleaning all the dishes at the kitchen together with my sisters.Unmarried person always be targeted on that.Cannot running anywhere or else you better prepared to be mumbled.Lol.Meanwhile for gentlemen doing outdoor works such as find the bamboos,coconuts,banana leaves and firewoods.

As for married women,they will prepared the glutinous rice in bamboo.As for my father,he was cooked the rendang.My father is the best!

The ingredients for this glutinous rice cooked in bamboo just a few things which is

1.Glutinous rice
2.Coconut milk
3.Salt

That's all.

Then as for the steps in making it.

1.Insert the banana leaves in the bamboo.Make the bamboo covered inside.Dont forget to plugged the crumpled banana leaves before insert the banana leaves for the wall inside of the bamboos
2,Then insert the glutinous rice in the bamboo.
3.Next,stirred the coconut milk with salt.Put as much as you want it.No need too much.Just wanna make it feel tasty.
4.Finally,insert the coconut milk into the bamboo.Donee ! Close the bamboo with banana leaves.Not that big leaves.That leaves should be crumpled.Then,you can plugged it into the bamboo to cover it.

 Omg.Doesnt' felt right as i'm write in english.Lol.But must finished it.I'm not used to it.Prefer Bahasa Malaysia much more.

"What should i do with my FYP in english next sem 😖"

After they have finished inserted the glutinous rice in bamboo,The bamboos were brought to outside of house to be cooked at firewoods.A few hours after,the lemang was done ! And we could not eat it yet as we were still in the middle of fasting.

Maghrib time !

 We were altogether breaking fast for the last ramadhan.! Waiting for eid announcement.So tomorrow was eidd !! firecracker going up as soon as the eid announcement was made.That's all for this glutinous rice in bamboo.

See ya for my first syawal eid ul-fitr post.In anytime !

Thanks for reading!

😛

15 Julai 2017 05 :36 PM
HOME SWEET HOME


✍ Kenapa cakap last minute?

Bismillah.

Uhuuii.

Bengang ceqq oii.

"Kita hanya merancang,Allah juga yang menentukan.."

Betul.

Kita hanya merancang.Kita merancang dengan tujuan.Bukan main-main.Walau apa jadi sekalipun kalau betul nak ke situ.Cara bagaimanapun mesti akan jadi insyaAllah.

Tapi..

Kalau dari awal niatnya memang tak tetap.Nak main-main saja.Kejap cakap macam ni,kejap cakap macam tu.Siapa yang boleh tahan.Mendahulukan kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain yang terlibat.

"Sekali begitu,selamanya akan begitu"

Tak semestinya.

Tapi kebarangkalian untuk berubah amat tipis.Kerana sudah terbiasa.Kerana sedari awal sudah berperangai demikian melainkan ada yang menyedarkan atau diri sendiri terantuk barulah tengadah.

Nasihat berulang kali takkan tembus.Jika benteng yang dibina terlalu tinggi.Biarkan saja?

Orang lain yang merana.

Bengang baq hang😭 tapi tak boleh buat apa.Nasihat buat diri dan semua,sebelum apa-apa...fikirkan juga orang lain.

"Sekali dikhianati,selamanya takkan percaya lagi"

Awak tak hidup di dunia ini sorang-sorang ya.

Enjoylah puas-puas.

Well done.


15 Julai 2017 16: 16 PM
HOME SWEET HOME

Top 70 Outstanding Blogger May-July 2017

Bismillah.

Huiii..lama tak blogwalking.Buzy uolsss.Hahaha..sangat..alasan semua tu.Orang lain boleh je blogwalking.Wuwuwuwu...saya akan buat yang terbaik untuk blogwalking guys! Jom la ziarah menziarahi sesama kita.Hehehe..Template pun dah ubahsuai banyak kali.

Lama dah tak up untuk top commentator which is aku bagi gelaran Top Outstanding Blogger ! Hal ini demikian kerana aku tak pergi melawat dorang pun,dorang still singgah lagi dekat blog ni.Tanpa korang sunyi nak mati la blog ni.Hahaaa.

Ni pun hampir nak mati dah nie..kuang..kuang..kuang..


Top 5 Outstanding Blogger May-July 2017 !

1.  Shahida Dzulkafli (36)
2.  Warisan Petani (17)
3.  Mardhiyyah Rosli (12)
4.  Nour Adieb (9)
5.  Mia Liana (8)
6.  Zafirah Nazri (8)
7.  Noor Azlan (7)
8.  Siqah Hussin (5)
9.  Adam (4)
10.  Ana Suhana (4)
11.  antynid (4)
12.  C i k R e n e x (4)
13.  Irda Garmin (4)
14.  Lea Azleeya (4)
15.  paridah (4)
16.  AL Official (3)
17.  julia jamaludin (3)
19.  Shikin Razali (3)
20.  Yousuf Adi (3)
21.  Amer Ridzuan (2)
22.  Anis Khalilah (2)
23.  Cik Nadyya (2)
24.  Edrina Zulkafli (2)
25.  farhanna jafri (2)
27.  Hanif Photographer (2)
28.  Haslina (2)
29.  I am LZ (2)
30.  Intan Saffyna (2)
31.  Kak Long (2)
32.  luqman zakaria (2)
33.  Mrs Hazeera (2)
34.  Nisa (2)
35.  Nurulatika Yunus (2)
36.  Shahida Halim (2)
37.  Siti Yang Menaip (2)
38.  syazrah tarmin (2)
39.  Tiara Sapphire (2)
40.  A'eshah Badrul (1)
41.  Amer Ridzuan (1)
42.  Ana Fatihah (1)
43.  Ayue Idris (1)
44.  Busyra Bt Takiyudin (1)
45.  Cik Ash (1)
46.  Cik Kejupenyet (1)
47.  Cik Mimie (1)
48.  Cik Tie (1)
49.  Fa Tin (1)
50.  Farah Wahidah (1)
51.  Hafiza AizZawa (1)
52.  Husna Rahman (1)
53.  Jasmi Bakri (1)
54.  Kin Naz (1)
55.  Lina Shaza (1)
56.  Mek Zumbie (1)
57.  Mieza S (1)
58.  mohd nor (1)
59.  Mrs Pip (1)
60.  Mrs. A (1)
61.  Nisha (1)
62.  Nurina Izzati (1)
63.  NURUL AQIDAH AZAHAR (1)
64.  Nurul Najihah (1)
65.  Syadiya Khairul (1)
66.  The Fool (1)
67.  Ucing (1)
68.  Wan Syahida (1)
69.  Wani Sukarno (1)
70.  yuk (1)

Terima kasih pada semua yang singgah terutamanya yang rajin komen.Sebab boleh nampak..hahaa..kalau yang silent reader tu tak nampak..maklumlah nama pun silent.Tapi terima kasih juga la walaupun baca dediam gituu.Aku pun selalu juga jadi silent reader.Kadang-kadang saja malas nak komen.Latest P.cik Azlan lately selalu juga tinggalkan komen gituu.Tak lupa Kak Sha masih mengungguli diikuti Pak Cik WP yang tak jemu bertandang dan korang-korang yang lain.Thank Youu!

Untuk bulan Mei hingga pertengahan bulan Julai 2017 nie seramai 70 orang blogger yang singgah komen daripada 176 Followers blog From View of My Eyes.Hal ini membuktikan hanya 39.77 % je yang aktif,selebihnya ghaib.Hahaa..itu pun tak semua yang komen daripada kalangan followers.Kebanyakan komen bukan datang daripada kalangan followers melainkan peserta segmen yang aku sertai.

Gituhhhh.

Debar nak FYP sem depan.Terlalut dalam blog.Hahahaa.Nampak macam lama je lagi sem depan kan..padahal dua minggu lagi.OMG ! pENGSAANNN~

Eh! melalut ke lain pula.

Btw,terima kasih semua..saya sayang semua ! Semoga ikatan ukhwah kita dalam blog ni sehingga ke akhirnya hingga tak berdaya lagi atau dapat Carpal Tunnel Syndrome dek passion sangat menaip😂

Akhirul kalam,

Happy reading and happy blogging guys ! JZKK.💕

14 Julai 2017 03:38 PM
HOME SWEET HOME







Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net