Featured

✍ Assalamualaikum Mei ! Hari pekerja ? Kenduri !!

Amboihhh.

Amboi amboi amboi..amboi amboi amboi ~ panjang sangat tajuk.Walau macam mana pun Assalamualaikum Mei ! Tolong buat baik dengan aku.Hari ni dah 1 Meii..! Bulan baru hijriah pun dah masuk..bulan baru masihi pun dah datang.Apa rancangan untuk bulan Mei ni? Sebelum tu tak terlambat lagi rasanya saya nak ucapkan selamat bercuti hari ni ! Dan selamat bekerja kembali esok hari ! πŸ˜‚

Maka dengan ini masih bergembira la aku dengan cuti pertengahan semester *la sangat  Banyak juga tugasan yang agak mencabar perlu disiapkan sebelum habis cuti ni tapi sekarang masih dalam mood cuti.Tak ada masa aku nak belek kerja-kerja itu semua.Opss ~ Tunggu la naa nak rehat puas-puas dulu walaupun tak akan pernah puas.Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu~

Jadual hari ni agak padat.

Selamat pagi ! waktu dhuha memuncak ❤
Pagi kita ke kenduri orang kampung.Padahal malas sebenarnya tapi tak jadi apa juga kalau duduk rumah saja.Bosan ~ Puas pujuk adik bongsu suruh pergi sekali tapi dia tak nak.Ish.Degil.Mampu cakap je la yang kalau kau tak nak pergi kenduri,nanti orang tak datang kenduri kau ~ Pun tak jalan juga.Budak-budak zaman sekarang.Ish3.Tak takut kena ugut.Jenggg.


Sebelum tu teman mak ke klinik periksa darah tinggi.Mak kena periksa darah tinggi selang sehari.Risiko meningkat ketika umur makin meningkat.Lagi pun dah ada diabetes lagi la.Masalah.Lebih baik cegah sebelum melarat.Terima kasih doktor dan staff kesihatan yang meneruskan tugas di hari cuti ini.

Kenduri masa cuti? Hari pekerja pula tu.Kesian doktor dan staff kesihatan tak dapat pergi kenduri.πŸ˜†Maklumlah tak ada sesiapa yang akan lepaskan peluang buat kenduri bila tiba je cuti.Memanjang je ada.Mana taknya ramai budak-budak yang dah jadi besar.Maka ramailah yang kahwin.Dulu tengok kecik-kecik je lagi sekarang tak sangka dah besar rupanya.Tak sangka aku dah makin tua rupanya.Kenapalah tak perasan.Sebab orang asyik tanya aku tingkatan berapa je kan..~ *malu kiteww 


Sepupu cilik dekat kenduri tadi ! Amsyar dan Hana..sekejap je dah besar..2 ,3 tahun lepas masih baby uuu
Rasa thriller sangat bila fikir pasal usia ni.Nasib baik la orang tak tanya aku bila nak kahwin.Sangat memahami yang aku ni masih sekolah lagi.Jadi tak payah nak serabut pasal kahwin bagai.Korang baca tak pasal kisah rumah tangga(KRT) dekat Facebook? Takut betul bila bacanya.Banyak betul masalah.Macam-macam gaya ada.Akhirnya malas aku nak baca dah.Naik muntah dah.Jadi macam fikiran negatif je bila baca masalah yang tak berkesudahan.

Apa pun.Tak kira dalam peringkat kehidupan yang mana pun.Bujang ke dah kahwin ke berpisah ke.Masalah takkan pernah berkesudahan.Cara fikir kitalah yang akan menentukan masalah tu boleh selesai ataupun tak.Bincang baik-baik.Tenang saja.Semoga semua dipermudahkan segala urusan.

Sebelah petangnya rasa nak jalan-jalan lagi tengok alam.Makanya aku pun ikut hantar adik kedua bongsu balik asrama dekat daerah yang dulu sangat berdebar-debar bila nak lalu sebab memori tapi sekarang tak sangat dah.Pedehal ~

Singgah makan ikan patin masak tempoyakk duluuann ~  Delicious sooo !
Betullah masa tu mengurangkan rasa tapi lama betul aku rasa.Sampai sekarang.Bila nak habis tak tahu.Penat tahu ! Tak pe.Kita tunggu selama mana ia mampu bertahan.Okay abaikan.Lepas hantar adik kedua bongsu teman mak shopping pula.Ada saja nak dibelinya.Aku tak minat betul shopping ni bila tak ada duit.Mak tak apa.Ayah sponsor.πŸ˜…Ahaha ~

Dah senja ~ balik la kitaaa..sedap berpuisi rasa time nie..ahaha ~
Dan sekarang dah malam! Hi uols ! Selamat malam! Misi mencari giveaway bermula lagi ! Sorang blogger dah jemput join nie.Jom kita sebelum kembali buzy !!

3 comments:

  1. Wah, padat aktiviti seharian ye Mas.
    Bukan buruh pun nak sambut cuti.

    ReplyDelete
  2. "Kalau kau tak pergi kenduri orang, orang tak datang kenduri kau". Haha. Siqah pun terkesan jugak dengan cakap camni dulu πŸ˜…

    ReplyDelete
  3. Sekrang nie asal cuti je ramai yang buat kenduri.. sebab cuti sekolah jatuh bulan puasa kan.. Takle nak tgu dah cuti sekolah..
    Tiap2 minggu meriah..

    ReplyDelete

Current Status (Feb 17) : Sem 4 On going..Mastura..fighting!!

Disclaimer

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net