♪ Takdir Yang Seperti Ini ♪

Bismillah.

Demi malam tatkala malam telah lama melabuhkan tirainya bagi membuka tabir pada giliran kawasan seterusnya.Tiada pernah hati terasa hiba tatkala menyingkap kenangan lama dalam lipatan memori.Begitu tersentuh rasa tatkala mereka begitu gembira dalam dakapan ukhuwwah yang sekian lama.Walau sering kedengaran kekesalan dari belakang namun tetap utuh mendakap di depan.Biarpun rasa kepelikan namun sehingga kini ku cemburui.

Bersama keheningan pagi yang menghampiri waktu sepertiga malam,betapa berdetaknya hati mengatakan betapa beruntungnya mereka mendapat teman suka duka sedang diri tiada nilai persahabatan yang utuh.Seringkali kelemahan yang begitu mencengkam disimbah api oleh mereka yang tidak mengenali kerana kerja dunia semata-mata.Apa mereka peduli.

Kemahiran yang hendak atau tidak perlu dikecapi.Kehidupan yang luar dari kebiasaan perlu ditempuhi demi laluan kerjaya yang dipelajari.Seringkali dipersenda kerana kelemahan,sering diperlekeh dan dipermainkan kerana kesenyapan.Bukan aku sengaja merahsiakan apa yang tersemat di jiwa.Bukan jua emas,intan mahupun permata penuh di graviti mulut.Hanya saliva yang seringkali kering ditelan kerana ketidakbiasaan.

Hati yang sering basah kini menjadi kering kontang namun sering ia berdarah kerana kemarau yang panjang.Betapa imbauan kisah silam yang aku terlibat sama sekali sering menghantui diri.Betapa kebahagian mereka membuatkan hati rasa tidak bernyawa lagi.Bernyawa atau tidak tiada bezanya.Tidak layakkah aku mengecapi perasaan yang sama.Apakah takdirku seperti ini.

Namun tidak sesekali.Bukan begitu.Iman yang senipis bawang membawa pengertian yang cukup menjiwai.Memujuk hati agar teruskan kehidupan.Melorongkan rasa kekosongan pada Yang Maha Satu.Merintih dalam pilu.Mendakap sujud dalam kerinduan pada yang tidak serik mencintai.Hanya Dia yang setia memerhati dan memberi.Tidaklah diuji melainkan untuk meningkatkan darjat ke suatu peringkat yang lebih tinggi.Hanya Dia yang Maha Mengetahui mengapa takdir kau begini.Agar kau tidak lupa diri.!

Google Image

Mas_FVOME
0239 PM 8 Feb 2017
Home Sweet Home

4 comments:

  1. Mas ni berbakat jugak eyh dlm luahan prasaan cam ni. Kata kata tu best :)

    ReplyDelete
  2. Perkara yang dh lepas usah dikenang Mas. Biarkan ia menjadi sejarah.
    Pandang jauh ke hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X nk kenang tp terrkenang hehe..insyaAllah pndg jauh ke dpn tu semestinyaπŸ™Œ

      Delete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net