✰ Nak berubah jadi baik ✰


" Aku tahu kau sekarang tengah 'fight' dengan diri kau bukan?.

Kau nak berubah jadi baik. Nak jadi mulia pada pandangan Tuhan.

Tapi,

Ada satu saat tu, kau mesti rasa 'down', rasa putus asa.

Sebab kau rasa sangat perit mujahadah tu. Nak-nak kalau ada manusia yang tak 'support' perubahan kau itu.

Mungkin,

Dah lama kau rasa tak pegang Quran, nak istiqamah punya lah susah. Kemudian kau down.

Dah lama kau tak solat dengan betul, nak istiqamah. Rasa susah jugak. Kemudian kau putus asa.

Kau nak tahu tak kenapa kau rasa perit?.

Sebab kau tengah lawan dengan hawa nafsu kau tu. Bayang lah, kau nak buat sesuatu yang dah sangat lama kau tinggal. Dah berkarat!.

Kemudian kau rasa sangat down!. Kau menangis.

Sabar. Tenang. Rilex. Chill. Cool.

" Dan Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmatNya. 
Dan Dialah yang maha pelindung lagi maha terpuji.” (Asy-Syura 42:28)

Ketahuilah, di tengah-tengah keputus asaan kau itu, ada rahmat Allah yang sedang tersebar luas.

Disaat kau rasa hidayah Allah itu jauh dari kau, rasa macam susah nak masuk kat hati, rasa tak mungkin, 
sekelip mata saja Allah mampu bagi hidayahNYA itu.

Allah beritahu lagi pada kau;

"(ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankanNya bagimu...” (Al-Anfal 8:9)

Mohon saja pada Tuhan kau. Agar Allah bantu terus menguatkan kau untuk terus berubah.

Buat kau,
Teruslah melangkah!.

#TaujihatJiwa

telegram.me/TaujihatJiwa

6 comments:

  1. InsyaAllah niat yang baik akan dipermudahkan.

    Sikit je tips nak berubah ni, abaikan mulut orang yang meruntuhkan semangat, dan bergaul dengan orang baik baik.

    ReplyDelete
  2. Sama2 kita usaha dan kuatkan semnagat.

    ReplyDelete
  3. Betul tu, bila nak berubah jadi Baik, ada saje cabarannya, sabar, istiqomah InsyaAllah slow2 dapat...

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Istiqamah dengan perubahan itu mmg payah..

    ReplyDelete
  5. Yea memang betul, nak berubah jadi baik memang payah, tapi bila kentalkan hati, Insha Allah ianya akan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  6. Jgn cepat down dgn org skeliling. Adat dunia walaupun baik d mata allah tp tetap tk kene kat mata manusia.

    ReplyDelete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net