Featured

✍ Makan Pizza viral wuuuu!

Bismillah.

Hi! Entry sebelum ni saya ada bagitahu kan nak pergi makan tempat best kan..ahaa! Sekarang i nak cerita la nie.Petang tadi dalam pukul 3 petang gerak dari rumah untuk pergi site visit dekat kampung berdekatan untuk projek salah satu daripada subjek sem ni.Banyak kontroversi juga la pasal projek ni yang mana benda ni melibatkan banyak pihak tapi tak nak cerita yang tu..blergghh..

Alang-alang kami pergi site visit ..lepas tu apa lagi! Kami pergi la tempat yang dikatakan viral pizza dia tu..aisehh..sebenarnya aku tak tahu pun viral..housemate la yang cakap dan dorang dah rancang dengan classmate nak pergi makan situ.

Haaa...apa lagi alang-alang tu terus pergi hari ni...lepas je pusing-pusing site visit terus pergi cari tempat tu..ala tak adalah jauh sangat dari tempat kami..dari tempat kami dua tol tapi kalau dari site visit satu tol je..
Masa dalam perjalanan ke situ..kitorang whatsapp la tempat tu tanya buka tak hari nie..oh buka katanya..dari jam 5 pm hingga 12 pm..kedai ni katanya memang buka waktu tu je menurut housemate...jadi sampai tempat tu..fuhh..awalnya...52 minit awal ..semangat betul kauu!

Rasa macam spy pula duk usha tempat tu
Maka berlepaking la kami dulu dalam kereta sementara dari kejauhan menunggu kedai tu buka..diselang seli pengalaman seram si classmate ini..wohoo..fiksyen syasya betul!Cerita punya cerita dah pukul 5pm..yezza! Tak sabar nak rasa..lapar dah nie..Tepat je pukul 5 pm terus serbu! Alamak..malu pula nak masuk..kami yang first..bertolak-tolak pula siapa jalan dulu..lepas tu cari tempat yang selesa..mula-mula dekat bawah lepas tu nampak satu tempat tengah ni..macam strategik gitu.cantik pun cantik..so kami decide nak duduk dekat situ walaupun pada mulanya was-was boleh ke duduk dekat situ

Kami duduk dekat dengan kolam ..hehee
Apa pula tak boleh..takkan la owner letak kerusi dekat situ saja-saja kan..huhuu..adoii..buat malu betul...bertolak-tolakan lagi..biasalah perempuan Melayu terakhir..nak duduk tempat yang kita berkenan pun malu apatah lagi bila nampak jodoh..eh!...dah elok duduk lama sikit dekat situ air pun sampai..aku pesan milo ais dibaginya milo panas dan ais..haaa..ko tengok aku tuang milo ke dalam ais macam mana..style tak? 😭

Habis bakal mak mertua reject..alahai macam mana nak kahwin nie..punah harapan 
Lepas tu satu-satu makanan sampai..dimulakan dengan pizza..wuhuuu..semua teruja buka kotak pizza nie..hahaha..tak sabar nak makan tapi kena tunggu dulu side dishes sampai wooo..

melelehhh kauu!
Yeay! akhirnya side dishes dah sampai..apa nama makanan ni wehh..bukan aku yang order ..depa yang order..hahaha..ok..rasa macam something wrong bila tulis hahaha nie..=.= mungkin sebab Pak Cik Adam ..hi Pak cik! komen entri saya..aisehh..dia cakap ini entri ke sebelas dia baca orang tulis "hahaha.." Oh my...pak cik sangat mengganggu la idea saya nak tulis entri..hohoo ok bye!

Wuuu..mengancam ! itulah sup mushroom kalau tak silap..hihii
Yeayy ! ! Dah boleh makan..!!! semua side dishes dah sampai..yumm! yumm!! yumm!!! 

Nampak tak..wuuuu!! sangat menyelerakan..taste minah salleh sangattt
Wahh classmate aku cakap lagi sedap daripada pizza hut..upss..rotinya lembut gituuu....wuuu..mengancam..aku pula kekenyangan lepas melantak lasagna..Allahu...last piece pizza dah la besar..lupa pula nak cakap..kami pesan hawaii pizza..bila makan nenas dia rasa macam pahit pula..hahaa..maklumlah bukan lidah minah salleh..mesti gara-gara banyak sangat makan mozarella ni..dah habis makan..kita wefieee ♡ 

Kami dah kenyang !
wajibkan wefiee korang..hahaha tapi aku tak rajin wefiee kecuali untuk blog..eh ye ke...kihkihkihh.. tapi misteri tiba-tiba lampu semua terpadam dimulakan dengan air pancur terhenti dengan sendirinya..ohooo! Alamak kenapa wehh? Misteri apakah ini..dah la tadi cerita seram..seram..Oh maybe tak ada elektrik kott..huhuuu...tepat pada masanya kami dah habis makan pun! hohooo

Boleh jadi duta tak..ahaha..
Ok dah gerak balik jom! sekian cerita kami makan dekat tempat makan yang viral ini..eh dekat mana tempat ni ea..dekat Sungai Sikamat Kajang kott..yang penting dekat-dekat situ..hahaha..aku pun tak tahu alamat penuh dia..=.= ikut kawan jaaa..hehehee...hang pandai-pandai la cari sendiri kalau nak makan..itu diaa !



Ok la panjang nauu dan banyak masa diambil nak update entri ni..huhu..alang-alang housemates nak pergi surau buat kerja..al maklumlah surau kami wi-fi laju..hihii..so bolehlah update blog panjang berjela..nak dijadikan cerita masa kami dekat sini housemate pulakk buat fiksyen shasha ..ishh..lemah betul..nasib baik kejap je dia cakap..tu nanti aku cerita entri lain..sekian dahulu..have a sweet dream! Dream high!! Esok ada join program doakanlah saya rajin update lagi..heee.Peace!

10 : 30 PM
21 April 2017
Surau Hostel


✍ Bersandarlah di bahuku 🎶

Bismillah.

Hi uols,Salam jumaat.

Semoga menjadi hari jumaat yang terindah dalam hidup kita.😊      Harapan itu selalu ada.

Kenapa?

Kenapa bersandarlah di bahuku?           Hihii..bukanlah nak ajak korang bersandar dekat bahu aku..omg! Tapi no problem je pada yang ada masalah apa-apa saya sudi menjadi pendengar yang setia.Pakar dalam mendengar masalah  nie..hahhaa..jangan risau rahsia anda selamat dengan saya sebab saya takkan ingat apa yang korang luahkan lepas beberapa ketika😂 Short term memory namanya.

Dengar tak lagu tema baru lagu blog saya ni? Haaa..itulah ceritanya..Gedik kaaa..hahaa.harapnya tak la sangat.
Saja nak membuai perasaan..i dah move on ok...move on slow-slow..lagu ni sedap pula dekat pendengaran sebab catchy..seberapa lama lagu ni jadi tema?selama aku tak bosan ..bila dah bosan nanti tukar laa..hehee.
Sementara tu layankan je la..sebelum ni lagu ost korean drama sebab baru habis tengok cerita tu..lepas tu demam cerita tu dah habis maka teringat pula lagu nie..maka di sinilah ia didendangkan🎶🎼

Hari ni cadang dengan kawan nak makan dekat tempat best punyaa!Di manakah ? Stay tunee~♡

11: 43
21 April 2017
2-3A-3A

☂ Jadilah seperti sepohon pokok ☂


✍ Mid sem settle!

Bismillah.

Alhamdulillah..habis dah midsem pharmaco..bolehlah jawab sikit-sikit hahaa..Tak adalah terpinga-pinga sangat ..bolehlah kalau nak goreng tu..semoga markah pun baik-baiklah hendaknya..💖

Walaweh lama dah rasa tinggalkan blog ni..kesian dia tuan dia busy sangat dengan dunia study..ececee..konon..padahal 👉👈 ..hehe..insyaallah lagi..ish..ish2..ish..nak berazam semula..nak update blog dengan kerap..hahaha..

Saya update pun guna phone tau..tak sempat nak berpoya-poya lama dengan blog ni..so update dekat phone pun dah ok rasanya..lagi satu nak.berblogwalking pun maybe dengan phone jugak..slow-slow start.

Walaupun line pun nokharom katanya orang tapi kalau buka  hotspot dekat laptop lagilah dua kali ganda nokharom!!😂😂

Ingat nak share revision subjek juga la kalau rajin..hopefully..at the same time benda ni akan tolong mengingatkan kita juga..we'll see!

Sekian dahulu..pepehal..saya update lagi..see ya!

15 : 59
20 April 2017
2-3A-3A

✍ Ok! Selamat tinggal perasaan!

Tersentak.

Tersentap tiba-tiba.

Tengah scroll Facebook mulalah jumpa kenangan kenangan lama.Sangat mengimbau kenangan.Tentang hati dan perasaan.OMG!

Sedihnya harapan sudah hancur berkecai.Hahahaa.Harapan dalam mainan perasaan sebenarnya.Bukannya serius tapi tulusly besar harapan tu sebenarnya..hehhehe.

Tapi kita kena terima takdir.Lambat tahu tatkala harapan semakin lama semakin menggunung.Sedihh..wuwuuwuwu..sangat sedih hati ini..

So kena move on la sekarang ni.Jyeahh!! Hidup ini bukanlah hanya menanti sesiapa tetapi untuk mentaati ilahi.Semoga kekal tsabat! Fighting!

Saya konklusikan ia sebagai satu petunjuk dari Allah.Allah daripadamu aku datang kepadamu jua aku kembali! Teguhkan diri ini dalam perjalanan menujuMu.Allahumma aamiin.

Cheers!

22 : 13
19 April 2017
2-3A-3A

♪Jaringan Waktu ♪

Waktu.

Demi waktu itu.

Hanya terhanyut seketika mengikut bisikan hawa nafsu tidak mampu memutarkan kembali waktu.

Seringkali waktu senggang itu dijadikan modal untuk membentuk suasana kelalaian.Bukan sekali dua namun kerana didikan persekitaran yang telah sebati dalam diri.

Apa yang kau mahu lagi.Selangkah demi selangkah hanya mengikut nafsu yang tiada bertepi.Yang liar sukar dijinakkan jika tiada cita-cita untuk memperbaiki.

Pandanglah dirimu.

Apa hidupmu hanya sekitar waktu itu saja?Berpusing-pusing dalam kelalaian.Hanya ingin berpoya-poya tanpa arah yang benar? Sejenak.Renungilah masa seminit ke depan.

Andai nyawa ditarik keluar dari badan ke manakah lagi akan kau sandarkan harapan? Apakah hujahmu untuk selamat dari kebinasaan?

Fikirkanlah demi waktu yang tiada bertepian demi hidupmu yang abadi tiada lagi kematian selepas kematian.

13 April 2017
20 : 04
2-3A-3A

✍ Wake me up inside

Bismillah.

Yeahh..always not in the mood to update the blog..now i'm trying using the phone..maybe will be much more  easier and let me update frequently..

Just wanna said that i think that i just withdraw one of the subject that i'm taking this semester..guess what..the fee for the subject actually still need to be paid..but will be added as a additional cost when i graduate later..

I'm hesitate but i can't think anymore..then i just decided to withdraw the subject anyway..like a crazy decision..a lot of money needed to make it clear..it just same as i'm taking the subject.but what could i do..i just can't carry on with the subject..

Seriously i didn't know ..i just want to let it go..i think that this semester is the harder than before..😭 i didnt have the Ace and motivation to going smoothly..whatever motivation that i said not from the inner peace of myself..it was the fake one.

I hope i will survive ..hoping...wake me up inside! Wake me up inside!

Till then.

06 :16
13 April 2017
2-3A-3A

✍ Welcome April

Bismillah.

Welcome April.

Hey bloggers ! How are you doing.

Hey blog..sorry for not update you.Such a hectic time to write on you.

I did not write in English for a long time.I dont think that i do anything to improve my english.As i have been busy with the lectures that come without stop.As usually,excuses.There is no time to learnt in detail.This degree is not the time to learning but actually a time we do our bests and expressed that what we have.

I eventually really depressed with this situation.

I continue my studies to learning and add the knowledges and skills value but instead i was pushed with the pressure that i should already know these things in a fastest way.I thought that i can be relaxed and enjoyed the moment.I want to study while taking the lesson.Instead of my weaknesses showing a lot in this duration.How much more i can take..i can't guarantee..but i'm confident that Allah will always guide me along the ways.May Allah ease everything for me.

When people have been provided with the skills and knowledgeable.

Whilst

I'm still blur and slow to pick up than other.

This monday,the mid sem exam will be start for one of the subject.And i should be prepared but the atmosphere really depress me.But want it or not..the exam will still going..our heart will always beat to the sound.

♪ Lub dap lup dap ♪ 

Until Allah calling for us.

Still..fighting dear self !! There are still hope until the last breath.

Stay Strong ! No choice.

Google Image

To Uols too.Fighting!!


Mas_FVOME
11 : 30 PM
1 APRIL 2017
HOME SWEET HOME


♪ Titisan kesakitan ♪

Hati.

Dirobek berkali-kali oleh pemikiran orang sekiling.Memandang enteng.Memandang rendah tak pernah sesekali menenangkan.Hanya mahu menang.

Dia.

Meluah perasaan inginkan empati namun tak pernah memberi simpati pada yang mendengar.Terasa tiada keikhlasan mendengar setiap luahan.Mungkin yang empunya rasa turut serupa.Namun terasa lebih teruk ia dipinggirkan umpama jauh di hujung lautan yang tak bertepi.

Air mata.

Menitis tak pernah berhenti sehingga terasa sesak di dada.Pujukan pada diri hanya kalimah ilahi.Namun hati yang tersakiti sukar untuk menghentikan pemikiran yang datang berkali-kali.Meruntuhkan self-esteem pada diri.Mengapa hanya aku.Mengapa hanya aku.Mengapa hanya aku.Mengapa hanya aku..mengapa hanya aku yang tersakiti..

Yang tersakiti...

Google Image

250320171232AM
Sabtu.
2-3A-3A
Mas_FVOME

Wordless Wednesday : Happy Birthday P.Ramlee 88th


🎁 Uyul Rosli 1st Giveaway (24 Mac 17 | 11.59 PM)

Bismillah.

Click on Banner


Mula : Jam 1:00pm, 17 Mac 2017 (Jumaat

Tamat : Jam 11:59pm, 24 Mac 2017 (Jumaat)

Hadiah 

3 X 100PCS Name Card (T&C) 
4 X 100PCS Name Card (T&C) *updated 
2 X RM10 Topup 
2 X RM5 Topup 

Pengumuman Pemenang : 28 Mac 2017



✍ Give up atau teruskan?

Bismillah.

Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran..rasa penat nak teruskan belajar bila tak faham-faham apa yang lecturer ajar.Lagi-lagi bila lecturer macam penat dah mengajar bila diajar banyak kali tetap tak faham-faham.Kadang-kadang bukan sebab apa..sebab lecturer dah penat ajar benda yang sama berulang kali pada student lain.Bila sampai giliran kita..lecturer dah kehabisan tenaga dan mood nak terangkan,

Jauh sangat fikir angkara satu kenyataan.

Sem ni serius banyak projek yang kena buat.Walau watak kita adalah minoriti tetap rasa tanggungjawab nak buat tu cukup terasa beban.Mungkin sebab rasa inferior yang amat sangat.Dan mungkin juga sebab semangat yang tak pernah hadir untuk menggapai bintang.Tinggi..bintang itu sangat tinggi dan jauh daripada pandangan mata.

Apa yang perlu dilakukan saat ini.Saban hari cuba muhasabah diri.Semoga takkan rebah di tengah perjalanan.Bahagianya hidup jika hanya bergoyang kaki di rumah saja.Namun hidup tiada makna bila tidak berbakti pada orang lain.Cuba membongkar persoalan yang dirasakan amat sukar sekali.Umpama dirantai kedua-dua belah kaki.Diletakkan sebongkah batu di atas bahu.

Masih lagi tak ku temui jawapannya.

Google Image

Mas_FVOME
RABU.
220320170249PM
SURAU HOSTEL

✍ Alahai tak sempat !

Bismillah.

Wazzup-wazzup!..alahai tadi masa lecturer bagi take 5 aku bukak la blog kejap dekat phone..nampak ada segmen Ben Ashaari..omaii..omaii..peluang nie! Tak sangka dia buat lagi segmen..hahhaa..aku memang dulu gile blog sebab nak join segmen Ben Ashaari ni..tapi apakan daya..huwaa..tak ada rezeki..tak sempat nak buat..kelas habis pukul 4 pm..

Lepas tu ada plan nak pergi Maulid dekat KUIS.Al kisah geram betul dengan student dorang yang kat depan kitorang nie..bukan nak fokus dengar tausiyah..asyik berborak tapi slow la dan bergerak..buatkan kami hilang fokus..distraction betul...balik-balik dah 11.30 pm..memang tak sempat la jawabnya..lepas tu terus siap-siap segarkan badan untuk siapkan assignment lab report pulak..esok last due date! hahaaa..part aku je tak siap lagi..

dan..inilah hasilnya sekarang ..taraaa !


Ambik kau tak boleh nak tidur awal..hahaa..dah la esok nak bangun awal selesaikan urusan surat menyurat pula..ish..ish..ish..tak sangka penuh betul jadual..ceewah..poyo ja..kelip-kelip dah sejam...scroll fb..dengar lagu tup..tup..dah habis satu hari..ok balik pada gambarajah..hahaa..Ini kanta 4x objective bawah microscope. ..yang II tu ink pigment tattoo tau..kawasan dermis ..meh nak cerita sikit..skin kita ada tiga layar tak termasuk layar yang detail eaa..3 layer yang utama je..epidermis..dermis dengan hypodermis..

Makanya..orang yang bertattoo tu ink tattoo dia meresap sampai dermis dan takkan hilang for a lifetime..ok tu je nak cerita ..hahaa....apa cerita pulak pasal aku jadi fasi tu?..hmm..haahaa..malu seyh.naqibah dah serahkan suruh aku handle game..aku cakap dua tiga butir lepas tu teammate usrah sambung dengan konfidennya sebab aku cakap slow..hahaa..tak boleh maa..butterfly in my stomach..ciss! dasar tak ada sifat kepimpinan betul..huwaa..susah nak adapt la..kena terus berusaha lagi

group kami..Adik-adik yang ramai nak jadi chef..hahaa
Kalau orang lain dua tiga kali dah boleh on..aku hmm..lambat dua tiga kali ganda la jawabnya..apa-apa pun semoga segalanya dipermudahkan Allah.Hari ni juga birthday mak..eh semalam..hahaa..waktu nie dah masuk hari lain bagi kalendar masihi ..wish dalam wassap je guna gambar..at least wish jugak..ala keluarga kami tak biasa wish2 nie..lately nie je sebab teknologi makin canggih kan.So semua sanak sedare pakat wish dalam group family..

Omaii..macam nak tulis lagi..hahaha..tapi aku rasa kena tidur dah nie nanti tak terbangun wooo..lab report pun dah siap..tapi nak cerita yang hari ni rasa sedih tapi terubat dengan pergi maulid nabi tadi ..jadi tak payah cerita kott..so good bye then !..Maaflah tak sempat nak berblogwalking ..nanti aku buat back to back..terima kasih sudi baca ..have a nice day..! May Allah bless us!

Fighting for our life!!

Google Image

"Smile even though if it hard..for sure it is the best medicine for the heart"


Mas_FVOME
070320170213AM
TUESDAY 2-3A-3A

✍ Belajar Chemistry pulak

Bismillah.

Salam jumaat..hehe..harini free sikit lepas habis satu lab..omg! masuk chemistry balik..aigoo..aigoo..malas betul la nak belajar titik perpuluhan nie..kira solution lagi..aku dah la pencatat rekod terbanyak fail subjek chemistry nie masa ujian Tingkatan 4 | 5..haha...masa lab tadi sebenarnya aku blank je..hahaa..lambat masuk..dah la amik subjek nie dengan senior..nasib la ada mek kelate yang peramah dekat sebelah..

Ehsan batch Senior
tapi nanti balik rumah kena catch up balik la..lepas tu tak pasal-pasal malam ni kena jadi fasi kejap..naqibah usrah minta tolong jadi fasi kejap..alang-alang tu nak juga rasa pengalaman macam mana jadi fasi.Walaweh..i tak ada pengalaman jadi fasi nie..takutnya..apalah jadi nanti ..nak kena handle taa'aruf budak-budak sekolah..harap semuanya berjalan dengan lancar nanti..

Cerita pasal usrah malam rabu 1 Mac 2017 baru nie..naqibah share pasal penyucian jiwa..kalau jiwa kita tak bersih macam mana nak buat amal soleh..mesti liat je rasa..lepas tu ada share pasal Sejarah kedah..dorang ada pergi buat arkeologi ..yang dikatakan suatu ketika dahulu kedah ni amat gah sekali dan ada sedikit dikaitkan dengan kisah Nabi Sulaiman dengan semut yang mana mungkin kisah Nabi Sulaiman dengan semut tu berlaku dekat nusantara ni.

Ok setakat tu je dulu..nanti sambung lagi..bye!



Mas_FVOME
3 Mac 2017
Friday
Surau U

☂ Mahram bagi Wanita ☂


✍ Welcome March 2017 !

Bismillah.

Hi uols i'm really have a hard time in consistent writing the blog.Now i'm taking a little time before the usrah begin.Tonight we have a usrah after long sem break..need to tasmi' how much we have remember the surah and our naqibah will sharing about seerah.

I'm also want to update about the last weekend where i have been but the time is really envious of me.Starting this week will be much more busier.The assignment and lab report will come one by one.Not forget also the project.This semester we have a lot of community project which is we need to do..one of that is forced.I want to talk about that also.

But maybe next time when i have a more time to write.So untill then.Hope uols not forget about my blog as picture of tazkirah still continue on every Friday.Hohooo..untill we see again..

Bye bye ! Let's fighting for the life ! Happy March !

Mas_FVOME
1 March 2017
Wednesday
Surau Hostel

Top 60 Outstanding Blogger February 2017

Bismillah.

TOP 60 OUTSTANDING BLOGGER FEBRUARI 2017
1.  Shahida Dzulkafli (23)
2.  ayunie ramli (12)
3.  Warisan Petani (11)
4.  Noor Maizan (10)
5.  Shikin Razali (10)
6.  Flavnesz (9)
7.  Siqah Hussin (8)
8.  Ana Suhana (7)
9.  Noor Azlan (7)
10.  Seorang Syed (7)
11.  Jari Manis (6)
12.  paridah (5)
13.  Shaidatul Aireen (5)
14.  C i k R e n e x (4)
15.  CikLa Shahril (4)
16.  Irda Garmin (4)
18.  Nour Adieb (4)
19.  E'in (3)
20.  Hazrina Halim (3)
21.  Mas (3)
22.  Wani Sukarno (3)
23.  Farah Wahidah (2)
24.  HeNRieTTa JoSe (2)
25.  I am LZ (2)
26.  Kakzakie Purvit (2)
27.  Lady Tash Roy (2)
28.  Lea Azleeya (2)
29.  Macy Humaira (2)
30.  Mrs Velentine (2)
31.  Nur Aaisyah (2)
32.  Nurul Syahirah (2)
33.  Reen Johari (2)
34.  SITI AWADAH (2)
35.  Zafirah Nazri (2)
37.  Ainniah Zulkefli (1)
38.  Amer Ridzuan (1)
39.  Anum Abdullah (1)
40.  atiehilmi dot com (1)
41.  Azlinda Azman (1)
42.  Belogs JM (1)
43.  Cik D momy the ZAs (1)
44.  farhanna jafri (1)
45.  Fhatin Amelia (1)
46.  galaksi viral (1)
48.  Haslina (1)
49.  iffah hussin (1)
50.  ILA shafila (1)
51.  Intan Saffyna (1)
52.  Jia Rizaira (1)
53.  luqman zakaria (1)
54.  Mazni Azmi (1)
55.  Mia Liana (1)
56.  Nik Ainaa (1)
57.  norhidana miswan (1)
58.  PeRdU cINta (1)
59.  ucing (1)

Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.