Featured

☏ Pemergian suami Mak Ngah


6 March 2016.

Itulah detiknya.Perginya seorang bapa saudara sabit sebelah ayahku iaitu suami kepada Mak Ngah.Al-Fatihah.Sedih mendengar perkhabaran pemergiannya.Tak lokek dengan keramahannya ketika aku berkunjung ke rumahnya suatu waktu.Bermalam di rumahnya selama dua minggu belajar MUET bersama anaknya merangkap sepupuku.

Tak dapat ku menatap buat kali terakhir kerana ketika waktu itulah ku perlu kembali ke Kolej kerana jadual yang padat.

Begitulah kehidupan.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Dan pada setiap kematian orang yang terdekat bukan mudah untuk memberi komitmen untuk menatap walau untuk kali terakhir atas komitmen yang lain.Namun hidup perlu diteruskan walaupun tinggal kita keseorangan akhirnya.

Tak lama selepas itu,kedengaran pula kematian seorang rakan sebaya yang tidak dikenalpasti puncanya.Desas desus mengatakan jatuh daripada pencawang telefon.Sayu juga hati mendengarkan ibubapanya pengsan mendengar khabaran anaknya yang satu-satunya lelaki dalam keluarga.

Begitulah ajal yang semakin mendekat bermula dari orang yang terdekat.Satu peringatan agar jangan lalai mengejar duniawi sehingga mengabaikan akhirat yang sedang menanti.Tanpa disangka mungkin nanti ajalku bakal tiba ketika tidak bersedia..

Nauzubillahminzalik.

Semoga aku sedia dengan detik itu.

Semoga kau juga bersedia.

120320160233AM
BLOCK 3
SILK HIGHWAY


Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.