Featured

♪ Tersedarlah Dari Lena ♪

Bismillah.

Kesilapan.

Kesilapan yang diulangi membuatkan kebencian pada diri bertubi-tubi.Seringkali jatuh berdentum-dentum pada kesilapan yang sama.Apakah kesilapan ini tiada berkesudahan? Bermula bukan kerana angkara diri namun kerana manusia yang tiada berhati nurani.Mencari kepuasan yang tiada berkesudahan sehingga tiada terfikir trauma yang dilalui.

Kesan yang membawa trauma dalam kehidupan takkan mungkin terhapus dari ingatan.Begitu lama terkesan terpendam dalam sanubari rasa.Terulang kembali demi keseronokan yang infiniti.Entah apa yang dicari.Entah apa yang ingin ditemui.Kekosongan diisi dengan kesilapan yang ditraumai.

Menyesal.

Menyesal seketika namun kembali tatkala bayangan bermain di minda.Umpama memanggil kembali saat yang dirasai.Tiada berkesudahan rasa ingin mencuba namun kesakitan jiwa hanya dia yang merasai.Begitu berat beban terasa dosa yang menggunung tinggi.Menghempap iman yang sedang bertatih menaiki tangga demi sebuah syurga yang hakiki.

Syurga yang diimpi namun neraka yang dihampiri.Perjalanan yang begitu bersimpang-siur sehingga terkadang-kala tersasar tujuan antara keduanya.Dunia yang didiami membuatkan hamba terleka mencari makna sebuah kehidupan yang abadi.

Tidak menginsafi seketikanya dunia ini.Pembalasan yang akan dirasai nanti takkan lama.Begitu cepat menghampir.Semakin menghampiri tidakkan pernah semakin menjauhi.Masa yang diberi buat pedoman diri setiap insan yang menyedari.

Demi Masa.

Hanya seketika pabila Dia berkata "Kun Fayakun"

Maka tersedarlah dari lena.

Mas
25 Nov 16
2-3A-3A

✍ Perasaan Inferior

Bismillah.

OMG! stressnya rasa hari ni..thesis yang tiada berkesudahan..bila bersaing dan belajar dengan orang yang lebih muda dari usia rasa inferior betul.Tak tahu kenapa hari ni rasa sangat tak boleh cope la..habis emosi terganggu..rasa nak menjerit jee..aaaaaaa!!..

Hahaa..tak boleh..tak boleh..nanti orang cop bipolar pulak..dah la masa lecture pyscho tadi lecturer cakap "banyaknya emosi..bipolar ke apa nie..?" hahaa..jangan..jangan..tak mau..tak mau..tapi beliau cakap dengan nada bergurau je..masa tu semua kena hantar tugasan iaitu draw your emotion..jadinya aku lukis la emoji banyak-banyak..hahaa..

Ni lah dia.! comey x..XD
Tadi stress nak betulkan thesis ..hmmm..sedihh...dah la tak pandai ..lambat pick up pulak..ish..ish..ish..low self esteem betul la.Dah lama positifkan diri hari ni pula tiba masa nak meroyan tak semena-mena.Meroyan sesorang la..beli burger double ..beli air kotak besar coklat ..tak cukup beli roti sosej..ambik kauu! makan la sampai buntang..hahaha..

Housemate teman beli lepas tu kitorang lepak dekat rooftop .dia dengan selfie dia..aku dengan makanan aku..haaa..layan ~

Dan hari ni ..tak..mula semalam aku rasa mata aku ni kabur..dah kenapa?..ya Allah..janganlah terkena penyakit rabun tu T_T..tak mauuu..selalu usik orang pakai cermin mata ..ada power bagai..huwaaa! tak nak ...tak nak jadi rabun..help me! help me!..sekarang ni pun menulis dalam keadaan mata yang kabur..nampak tu nampak tapi kena adjust mata fokus lebih sikit...aduii..rasa sakit mata..please tak nak jadi rabun..

Bagi nasihat sikit kat saya ni pleasee..biar tenang sikit..huwaaa..sedih..janganlah nikmat melihat dengan mata ini ditarik..nauzubillah min zalik.doakan saya...tsk..tskk..tskk..Ok la tu je nak cerita hilangkan stress kejap..bye bye !

Mas
24 Nov 16
2-3A-3A

✍ Kisah Ghulam

Bismillah.

Alhamdulillah.Selamat bertemu kembali..hehe..hari ni nak share kisah Ghulam.Mula-mula aku dengar rasa "eh..macam pernah dengar.." tapi ingat-ingat lupa.so senyap je la..haha..korang pernah dengar tak?..yang ni aku betul-betul dengar live daripada kakak Usrah pada 24 November 2016 iaitu Rabu malam.First time actually join usrah dan dibahagikan under kakak Usrah.

Baru pengenalan.Jangan expect lebih.Semoga lebih bermanfaatlah hidup lepas ni.Hohoho.Tak lupa dengan korang yang setia membaca..insyaAllah akan dishare jugak segala pengisian  dalam blog ni.Anyway kisah ni sangat menarik dan bagi pengajaran..tu yang lebih lagi rasa excited nak share dengan korang.Rugi kalau tak pernah tahu.Kisah ni juga ada tercatat dalam Al-Quran tau..korang boleh semak Surah Al-Buruj ayat 4 hingga 8.

Insaf rasa bila baca maksud ayat.

Maka ...mempersembahkan !

Kisah Ghulam (Budak) dan Raja

Kisah ini disebutkan dalam sebuah hadis sebagai kisah pemuda dan raja, atau kisah ghulam. Ia juga diceritakan secara ringkas di dalam al-Quran di dalam surah al-Buruj. Ibnu Abbas mengatakan bahawa kisah ini berlangsung 70 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wa sallam.

Al-Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya, pada Kitab Az-Zuhd war Raqa`iq, bab Qishshah Ashhabil Ukhdud (no. 3005), dari Shuhaib bin Sinan RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya):

Pada zaman dahulu, sebelum masa kamu semua ada seorang raja, dia mempunyai seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir ini sudah semakin tua, dia berkata kepada raja tersebut: “Aku sudah tua, carikan untukku seorang pemuda remaja yang akan saya ajarkannya ilmu sihir.” Maka raja itupun mencari seorang pemuda untuk diajarkan ilmu sihir.

Untuk pemuda itu, di jalan yang dilaluinya (menuju tukang sihir setiap hari) itu ada seorang rahib (ahli ibadah). Lalu dia duduk di majlis rahib tersebut, mendengarkan ajarannya dan ternyata huraian tersebut menakjubkannya. Akhirnya, setiap kali dia mendatangi tukang sihir itu, dia singgah di majlis si rahib dan duduk di sana. 

Kemudian, setelah dia menemui tukang sihir itu, dia dipukul oleh tukang sihir tersebut (kerana sampai lewat). Pemuda itupun mengadukan keadaannya kepada si rahib. Kata si rahib: Kalau engkau takut kepada si tukang sihir, katakan kepadanya: ‘Aku ditahan oleh keluargaku.’ Dan jika engkau takut kepada keluargamu, katakan kepada mereka: ‘Aku ditahan oleh tukang sihir itu’.

Ketika dia dalam keadaan demikian, datanglah seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Pemuda itu berkata: “Hari ini saya akan tahu, tukang sihir itu yang lebih utama atau si rahib.” Diapun mengambil seketul batu dan berkata: “Ya Allah, kalau ajaran si rahib itu lebih Engkau cintai daripada ajaran tukang sihir itu, maka bunuhlah binatang ini agar manusia dapat melalui (jalan ini).” Lalu pemuda itu melemparkan batunya hingga membunuh binatang itu. Akhirnya orang ramai dapat melalui semula jalan (yang terhadang itu).

Kemudian pemuda itu menemui si rahib dan menceritakan apa yang berlaku. Si rahib berkata kepadanya: “Wahai anakku, hari ini engkau lebih baik daripadaku. Kedudukanmu sudah sampai pada tahap yang aku lihat ketika ini. Sesungguhnya engkau tentu akan menerima ujian. Maka apabila engkau ditimpa satu ujian, janganlah engkau menceritakan tentang diriku.”

Pemuda itupun akhirnya (dengan ilmu dan izin Allah SWT) mampu mengubati orang yang dilahirkan dalam keadaan buta, sopak (belang) dan mengubati orang ramai dari pelbagai penyakit. Berita ini sampai ke telinga seorang pembesar raja yang buta matanya.

Diapun menemui pemuda itu dengan membawa hadiah yang banyak lalu berkata: “Semua hadiah yang ada di sini adalah untuk engkau, saya kumpulkan, kalau engkau dapat menyembuhkan saya (dari kebutaan ini).”

Anak muda itu menjawab: “Sesungguhnya, saya tidak dapat menyembuhkan sesiapapun. Tetapi yang menyembuhkan itu adalah Allah SWT. Kalau engkau beriman kepada Allah SWT, saya doakan kepada Allah SWT, tentu Dia menyembuhkan engkau.”

Pembesar raja itupun beriman kepada Allah SWT, lalu Allah SWT menyembuhkannya. Kemudian dia menemui sang raja dan duduk bersamanya seperti biasa. Raja itu berkata kepadanya: “Siapakah yang mengembalikan semula matamu?”

Dia menjawab: “Rabbku.”

Raja itu bertanya semula (dengan marah): “Apa kamu punya tuhan selain aku?”

Orang itu berkata: “Rabbku dan Rabbmu adalah Allah SWT.”

Raja itupun menangkapnya dan menyiksanya tanpa henti sehingga dia menunjukkan si pemuda tadi. Akhirnya si pemuda ditangkap dan dibawa ke hadapan raja tersebut.

Raja itu berkata: “Wahai anakku, telah sampai kepadaku kehebatan sihirmu yang dapat menyembuhkan buta, sopak dan kamu berbuat ini serta itu.”

Pemuda itu berkata: “Sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan sesiapapun. Tapi yang menyembuhkan itu adalah Allah SWT.”

Raja itu menangkapnya dan terus menerus menyiksanya sehingga dia memberitahu tentang si rahib. Akhirnya si rahib ditangkap dan dihadapkan kepada raja dan dipaksa: “Keluarlah dari agamamu!.”

Si rahib menolak. Raja itu minta dibawakan sebuah gergaji, lalu diletakkan di atas kepala si rahib dan mulailah kepala itu digergaji hingga terbelah dua. Kemudian diseret pula pembesar raja tersebut, dan dipaksa pula untuk kembali murtad dari keyakinannya. Tapi dia menolak. Akhirnya kepalanya digergaji juga hingga terbelah dua.

Kemudian pemuda itu dihadapkan kepada raja dan diapun dipaksa: “Keluarlah kamu dari keyakinanmu.” Pemuda itu menolak.

Akhirnya raja itu memanggil para perajuritnya: “Bawa dia ke gunung ini dan itu, dan naiklah. Apabila kamu sudah sampai di puncak, kalau dia mahu beriman (bawa dia pulang). Kalau dia tidak mahu, lemparkan dia dari atas.”

Merekapun membawa pemuda itu ke gunung yang ditunjuk. Si pemudapun berdoa: “Ya Allah, lepaskan aku dari mereka dengan apa yang Engkau kehendaki.”

Seketika gunung itu bergetar dan merekapun terpelanting jatuh. Pemuda itu datang berjalan kaki menemui sang raja. Raja itu berkata: “Apa yang dilakukan para pengawalmu itu?”

Kata si pemuda: “Allah SWT menyelamatkanku dari mereka.”

Kemudian raja itu menyerahkan si pemuda kepada beberapa perajurit lain lalu berkata: “Bawa dia dengan kapal ke tengah laut. Kalau dia mahu keluar dari keyakinannya, (bawa dia pulang), kalau tidak lemparkan dia ke laut.”

Merekapun membawanya ke tengah laut. Si pemuda berdoa lagi: “Ya Allah, lepaskan aku dari mereka dengan apa yang Engkau kehendaki.”

Perahu itu karam dan mereka pun tenggelam. Sedangkan si pemuda berjalan dengan tenang menemui sang raja. Raja itu berkata: “Apa yang dilakukan para pengawalmu itu?”

Kata si pemuda: “Allah SWT menyelamatkanku dari mereka.”

Pemuda itu meneruskan lagi: “Sesungguhnya engkau tidak akan dapat membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan.” Sang raja bertanya: “Apa itu?”

Kata si pemuda: “Kau kumpulkan seluruh manusia di satu tempat, kau salib aku di sebatang pohon dan ambil sebatang panah dari bekas panahku kemudian letakkan pada sebuah busur lalu ucapkanlah: ‘Bismillah Rabbil ghulam’ (Dengan nama Allah, Rabb si pemuda) dan tembaklah aku dengan panah tersebut. Kalau engkau melakukannya nescaya engkau akan dapat membunuhku.”

Raja itupun mengumpulkan seluruh manusia di satu tempat dan menyalib si pemuda, kemudian mengeluarkan anak panah dari kantung si pemuda lalu meletakkannya pada sebuah busur dan berkata: “Bismillahi Rabbil ghulam”, kemudian dia melepaskan panah itu dan tepat mengenai pelipis si pemuda.

Darah meluncur laju dan si pemuda segera meletakkan tangannya di pelipisnya dan diapun mati syahid. Serta merta orang ramai yang melihatnya segera berkata: “Kami beriman kepada Rabb si pemuda. Kami beriman kepada Rabb si pemuda. Kami beriman kepada Rabb si pemuda.”

Raja itupun didatangi pengikutnya dan diceritakan kepadanya: “Apakah anda sudah melihat, apa yang anda khuatirkan demi Allah sudah terjadi. Orang ramai sudah beriman (kepada Allah).”

Lalu raja itu memerintahkan agar digali parit-parit besar dan dinyalakan api di dalamnya. Raja itu berkata: “Siapa yang tidak mahu keluar dari keyakinannya, bakarlah hidup-hidup dalam parit itu (campakkan ke dalamnya).”

Merekapun melakukannya, sampai akhirnya diseret seorang wanita yang sedang mengendong bayinya. Wanita itu berundur (melihat api yang bernyala-nyala) khuaatir terjatuh ke dalamnya (kerana sayang kepada bayinya). Tapi bayi itu berkata kepada ibunya: “Wahai ibunda, bersabarlah, karena sesungguhnya engkau di atas al-haq.”

Credit

Habis usrah dapatlah sedikit cenderahati..

taraa!

jeng! jeng ! jeng!..

Biscuitttss!...hahaa
Tak lupa juga kami turut dihidangkan dengan teh o dan kek pisang.Alhamdulillah,

Itu saja setakat ni.

Semoga berjumpa lagi.!

Mas
24 Nov 16
2-3A-3A

✍ Persoalan Antara Dua Takdir

Bismillah.

Serius sangat terkejut dengar dia dah kahwin masa 19 November 2016.Dapat tahu pun daripada group family ..sodihh...terus jadi insecure betul..walawehh..untung lhaa dah kahwin...hahaa..semoga bahagia till jannah..sebaya aku..sepupu belah ayah..rumah dia lah tempat aku berteduh sementara untuk belajar MUET dan mohon tunjuk ajar.

Macam homestay dah aku duduk sana..seyes best!
Tahniahh!!!


Tak tahu nak cakap apa..terharu sungguh.i tumpang gembira sangat-sangat...satu persatu mendirikan rumah tangga..dan aku hanya termenung di tepi tangga..ahaks! ..drama sangat..namun..dalam hidup ni memang seimbang..jodoh dan maut di tangan tuhan..Takkan tercepat atau terlambat..sama ada sedia atau tidak..kita kena hadapinya..Allahu..dua-dua pun takut..

Jika tak sedia di alam perkahwinan maka akan kucar kacirlah ia namun masih boleh diperbaiki dengan ilmu dan toleransi.Namun lebih takut dengan ajal..seandainya tak sedia lagi..akan menderita sepanjang hayat di akhirat.Nauzubillah min zalik.Semoga kita sedia dengan apa saja kemungkinan.

Dua-dua takdir ini telah berlaku tahun ini dengan keluarga terdekat dan sebaya pula aku tahu ini satu petunjuk dari Allah yang begitu menginsafkan diri..sepupu sebaya sebelah mak telah pergi dahulu pada 31 October 2016 lepas..Al-Fatihah..dan kali ini sepupu sebaya sebelah ayah pula mendirikan rumah tangga pada 19 November 2016..barakallah!.Takdir hidup yang harus dihadapi..sama ada cepat atau lambat bukan persoalannya.Persoalannya..

bersediakah kita?



Sehingga bertemu lagi.

Mas
21 November 2016
2-3A-3A


✍ Out of Comfort Zone

Bismillah.

Hi guys ! How are you there? Hope you all doing good.Seriously i'm a bit buzy but not that buzy ..but it seems like i dont have time to update blog regularly.But i still continue with the schedule post when i have a time to typed..hahaa,..i just dont want leave my blog empty.

Anyway i want to story about..

Grand Dinner..!

Woahh..i like to attend something like that but if we are going to such place we should go with our beloved one or our close friends said one of my housemate.But i do not have one.So how?Should i not attend it until i have one?..not to disappointing myself,i'm just stepping myself toward the dinner.I'm attending the dinner eventhough i 'm a lone ranger ! Lols.So brave u girl!

Haha..no la..i just dont want to waste my time waiting for someone that not even belong to me or not even want to come along with.Just..we just have to move on although we are alone.Tsk..tskk..tsk..so sad.But not that sad..that's a life.I just seems not that good in making partner with friends..just dont know why..maybe my vibration does'nt belong to this circumstances.

Or that circumstancer.Just be positive.just as in human behavior lecture when the lecturer talk about the personality i just can't sit still but trigger to knew about it more deeply.I just find it really exciting to know about a person or maybe more about ourself.What are categorized we are in.

Yeah..so i am a lone ranger ! Did not afraid if i walking alone.

I want to show you all something.

Tadaaa !!
The lucky number : 48 !
This was during 20 November 2016..i was attended a grand dinner that held by a club in my Uni.I'm just cleared my mind and be positive..not to mention that..i got a lucky draw ! Woahh..as a 2nd second person got lucky draw..seriously never have been this lucky before this.So i do believe that we should always be positive! So we will got something nice ! InsyaAllah.

Actually before i joined it i have thinking so many time..should i join or not but as one of the committee aka my classmates asks me if i wanna to join it..so i thinking it all over again.Then i decided to joined it.

Then..alhamdulillah..not bad at all..just okay..not that good but not that worse.I did it! I attended it although i'm alone.But not that alone as i knew a few people that i can talking to so i feel awkward less.Just in this..i just want to tell that although we feel that we are alone but actually we are not that alone..and if we feel that we can't make it..actually we had made it!

But the condition is..

Just go!

InsyaAllah.Allah will help.

This blue clothes one of four best dressed that night! Hi! i'm not ready yet to being in frame =.=
Out of comfort zone..something that we are not used to it.We will found something different.Something that we can't imagine that we actually have it.We will found something that make our life more precious than before.

You will not lose anything but learned something!

 frame in the lucky draw box ! Now as prop in my table ..jyeah!

Just make a try ! Caiyok!

Till then.

Mas
21 Nov 16
2-3A-3A

🎧 Kehidupan by Inteam


Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Penulis lirik:Nazrey Johani   
Komposer   :Nazrey Johani
Penyanyi     :  Inteam



Credit : Link Link

Menang Shawl Glitter by Anabiha's Birthday Giveaway !

Assalamualaikum

Pada hari raya aidil adha yang kedua saya dapat news bahawa saya memenangi Shawl Glitter by Anabiha!

Baca : PEMENANG: ANABIHA'S BIRTHDAY GIVEAWAY




Rezeki hari raya .Hee.Shawl ni memang saja je kan nak melekat dekat aku.Suruh aku pakai ler tu =.="

Baca : Menang Giveaway friendship by SeindahCerita!

Lama sungguh shawl nie nak sampai ..hingga Biha pun nak gantikan dengan topup..ahaks.!


Cantik tulisan 


Daripada sisi belakang..hahaha..


Hahaa..comel je Biha..no worries ! 

And ..Tara !


Shawl pink gituhh..glitter lagi !..

Thanks so much Biha! Muahhh.

Happy Blogging ! Happy Reading !

"The secret of getting ahead is getting started." Mark Twain



Mas
18 Nov 16
Home Sweet Home

Menang August Anniversary Giveaway!

Bismillah.

Alhamdulillah..hari jumaat yang penuh barokah ni dapat berita gembira yang mengatakan saya terpilih dalam....

                                           PEMENANG GA SAYA !

Itu adalah pengumuman bagi giveaway yang berlangsung sepanjang August lepas iaitu

🎁 AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY! (30 Sept 16)


Taraaa !

Ehh..sekarang dah November kan..hahaa..takpelah aku pun baru balik tengok hadiah nie..kuang..kuang..kuang...


Tercari-cari juga siapalah yang bagi..nama dah la tak familiar..haaha..rupa-rupanya sis Yana Libra..



Tahu sebab sabun nie ! Rasa macam pernah nampak tapi dekat mana eaa..haaa..gitu la ceritanya...kappun kaa..tak tahu macam mana nak pakai nie..hahaaa..

Thank You Sis Yana !

Happy Blogging !Happy Reading !

"If you believe in yourself and have dedication and pride - and never quit, you'll be a winner. The price of victory is high but so are the rewards." Paul Bryant


Mas
18 Nov 16
Home Sweet Home



Cik Nur bagi Penyu pink dari Pangkor lah !

Bismillah.

Sebelum : Tersenarai dalam bloglist November by Cik Nur !

Sampai je kampung masa 16 Nov 16 terus tengok hadiah yang dapat daripada Cik Sally ..hihi..excited terlebih..malam tu pulak abang bagi tiga lagi sampul yang dapat daripada blogger..antaranya daripada cik Nur!



Mula-mula tercari-cari juga siapa yang bagi sebab tak ada tulis apa-apa dekat depan kan..lepas buka barulah tahu!


Haaa..nampak tak ! comelkan bungkusan Cik Nur nie..blognya dhia-manja.blogspot.com Excited tengok bungkusan comel nieh!


Jeng..jeng..jeng! 

Waaaah ! penyu kauuu..pink lagii...comel sangat!


Taraaaa !

Yeay bertambah lagi key chain !

Thank you Cik Nur atas cenderahati nie ^_^

Happy blogging ! Happy Reading !

"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched - they must be felt with the heart.' Helen Keller



Mas
18 Nov 16
Home Sweet Home

Tahniah adik-adik UPSR 2016

Bismillah.





Alhamdulillah hari ni 17 Nov 16 adik-adik UPSR 2016 dah dapat keputusan UPSR.Tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat apa yang ditargetkan.Semoga semakin cemerlang,gemilang dan terbilang untuk masa yang mendatang! Untuk adik-adik yang tak berjaya jangan kecewa masih ada harapan lagi!

Tingkatkan usaha di masa yang akan datang..jauh lagi perjalanan buat sehabis baik untuk exam yang akan datang..gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama-lamanya.Ingat tu! Tekad di dalam hati..gantungkan azam setinggi langit..kata pada diri..aku pun boleh berjaya !!

Walau ada yang membandingkan..walau ada yang mengata..walaupun orang tersayang turut kecewa..jangan putus semangat..jangan putus harapan..insyaAllah All is well! Pandang ke hadapan..yang berlalu tak usah dikenang..teruskan berjalan ke hadapan!

Same goes to my nephew here!

Sekolah rendah kawasan ni paling tinggi pun dapat 5A 1B.Tak ada yang dapat straight A's tapi tak mengapa asal dah usaha..gigih tau dorang..siang sekolah malam tuisyen sampai tak cukup rehat..balik-balik je dah lembik dah..walau apa pun usaha tu penting bukannya result sebab Allah hanya pandang apa yang kita buat untuk dapat result yang terbaik!

So no worries adik-adik.

Hilangkan gundah gulana..raikan kejayaan kawan-kawan yang berjaya! Pada yang berjaya kongsikan kegembiraan dengan kawan-kawan dan beri semangat pada mereka! 

Good luck untuk yang akan mendatang!

Somewhere in Malaysia,

Unknown "Buat apa banyak A..belum tentu nanti dapat kerja bagus..."

Anonymous "Sekurang-kurangnya tahu otak tu berjalan"

Perjalanan masih jauh.

Mas 
17 Nov 2016
Home Sweet Home

☏ Derma Darah Buat Pertama Kali!

Bismillah.

Hi! Alhamdulillah..

akhirnya! Dapat juga pengalaman menderma derma darah.

Hahaa..maaflah seumur hidup tak pernah menderma darah..tengok orang derma darah je pernah.Masa praktikal dulu pun tak menderma.Aku cuma tolong isikan borang penderma ..periksa hemoglobin dan tampal sticker pada beg penderma.Hahaa..kedekut betul ek..entahlah tak terfikir pun nak menderma darah..ish..ish..ishh..

Padahal pembentangan hari rabu bertarikh 9 November 2016 kitorang buat kajian pasal kesedaran para pemuda pemudi ..memandangkan statistik daripada kajian pengkaji-pengkaji terdahulu tak begitu memberangsangkan maka saya pun berniatlah nak menderma.Terima kasih pada yang mendoakan..alhamdulillah..Dr tak tanya banyak..hahaa..saya tak tahu kenapa.Jangan tanya.

Saya jenis darah manis..! eh..darah O..hehehe..
Proses menderma darah pada hari seterusnya iaitu hari Khamis bertarikh 10 November 2016...jeng..jeng..jeng...lain tempat lain caranya tapi masih dalam sop yang sama..

1.Isi borang
2.Timbang berat
3.Periksa hemoglobin
4.Periksa tekanan darah
5.Bagi IC dan borang untuk dimasukkan data ke dalam sistem.
6..Bersedia untuk dicucuk !

Aku tak tengok pun dia cucuk...takuttt...tahu-tahu je dah masuk jarum rupanya..hahaha..dalam beberapa minit kemudian beg darah pun penuh dengan darah aku..alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..

Lepas dah penuh..nurse cabut beg darah dan jarum..suruh rehat 10 minit?..adoii..lama benar rasa..aku angkat tangan bagi isyarat nak turun..hahaa..lepas tu nurse suruh tunggu lagi..ok..nasib baik la ada orang dekat sebelah bolehlah sembang-sembang kosong

Lepas tu nurse bebaskan orang sebelah dan seterusnya aku..pesanan nurse dan Dr yang check tekanan darah...

1.Jangan angkat berat dalam masa 4 jam tangan yang dicucuk..
2.Lepas ni makan
3.Minum air masak banyak-banyak..

dan horeyyy!

Sijil penghargaan!

Bertarikh 10 November 2016 !. Mas secara rasminya telah menjadi penderma darah.! Lepas ni insyaAllah..akan follow up lepas tiga bulan ! InsyaAllah kalau ada peluang lagi..Suka !.


Dapat la serba sedikit air kotak dutch lady..biskut oat..air mineral..tak lupa roti orea yang sudah dihadam..tak sempat nak snap.Hahaa..

Jadi saya dengan ini menyeru anda semua marilah menderma darah bersama-sama! Serius..sakit sesaat je..macam kena gigit semut je..Serius! Walaupun aku takut juga jarum..haahaa..

Tipsnya !

Jangan pandang jarum dan tempat yang dicucuk tuu! Rasa kejap je rupa-rupanya darah dah mengalir ke dalam beg.

Kredit to PIC medicaholicweek.!
Kerjasama antara U saya dan PDN sempena medicaholic week! Tutup lambang U..hahhaa..nanti orang dapat kesan siapa aku pulak..jeng..jeng..jeng...oleh itu..Jom ! Jom! Mari mengaktifkan misi menyelamatkan manusia dengan darah ! Kalau tak dapat derma duit..derma darah pun boleh!

111120160139PM
JUMAAT
U LIBRARY

🎧 Tak Jemu Menyayangiku by Hilwan


Dikala ku rebah dan hilang arah
Kau pimpini ku dengan ayat-ayatMu
Bila ku alpa dengan pujukan dunia
PetunjukMu selalu menyedarkan aku

Sering saja aku berjanji
Namun sering juaku memungkiri
Pun begitu rahmatMu tak pernah menyepi
pengampunanMu tiada bertepi

Ya Allah...

tiada Engkau jemu menyayangiku
Tidak pernah Kau menghampakan aku
Tiada pernah Kau jemu mengasihiku
Ku serahkan seluruh jiwa ragaku
Hanyalah untukMu

Ya Allah... 

tiada Engkau jemu menyayangiku
Tidak pernah Kau menghampakan aku
Tiada pernah Kau jemu mengasihiku
Ku serahkan seluruh jiwa ragaku

Hanyalah untukMu

Dikala ku rebah dan hilang arah
Kau pimpini ku dengan ayat-ayatMu
Bilaku alpa dengan pujukan dunia

PetunjukMu selalu menyedarkan aku

Oh...oh...

Ya Allah...

Tersenarai dalam Bloglist Azhafizah.com Nov Dec 2016 !

Bismillah.

Previous : μ›ƒ Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 (28 Oct 16)

Click On Picture


"Alhamdulillah tersenarai lagi ! 






Thank you sis Azhafizah ! May Allah bless"

021120161015PM
WEDNESDAY
2-3A-3A

✍ Doakan kami !

Bismillah.

Hi bloggers.!.harap korang sihat hendaknya..berdenyut-denyut kepala gua minggu ni.Padahal bukannya banyak kerja pun cuma banyak topik yang kena hadam sedalam-dalamnya.Rasa macam dah lama tak menaip dalam blog ni.

Eh..ye ke?..Yelah!

Aku memang melayan giveaway dan bloglist bagai tu je..hahaha..lebih ringkas dan menjimatkan masa.Sekurang-kurangnya tak adalah blog ni tersadai tak berentri.Bukan tak nak bercerita tapi tak waktu yang sesuai membuatkan aku tidak mencoretkan sesuatu.

Tapi!

Lepas minggu ni nanti...alhamdulillah!..

Saya cuti pertengahan semester seminggu! Yeay!! Bolehlah berjalan-jalan melawat blog korang sambil-sambil menghadam topik untuk peperiksaan pertengahan semester masa cuti nanti.

Jadi nantikan lawatan saya! Akan ku hentam setiap entri korang dengan jejak jari jemari ini.Hehehe.

Tapi sekarang tak payah nak suka sangatlah!.

Google Image
Esok giliran kumpulan kami buat pembentangan untuk subjek komunikasi saintifik.Haaa..hambik kau..semua aku bahasa melayu kan.Hahaa..cuba untuk menulis entri dalam Bahasa Melayu penuh.

Takutttt..ada doktor jemputan datang tengok kitorang buat pembentangan.

Huwaaa..saya takutttt!..

Sebelum tu nak jelaskan..bukan doktor perubatan ya tapi doktor PHD.Takutt..takuttt..tapi nak buat macam mana..tadi pun ada juga yang menggigil kauu..takut aku.Ada beberapa yang cuba kawal suara tapi bila pegang kertas yang nak dibaca tu menggigil tangan dia.Aku pun naik seriau..kalaulah aku macam tu esok..allah..tak mahu!

Nauzubillah min zalik.

Doakan pembentangan saya dan kumpulan esok berjalan lancar ye korang!..Tolong...tolong..tolong doakan kami..terima kasihh.."sayang korang..muahhh!"*untuk perempuan je.

Sampai berjumpa lagi!

081120160637PM
SELASA
2-3A-3A

🎁 Giveaway Come Back By Liza Izaara (End : Anytime)

Bismillah.

Click On

웃 Korang nak duduk dalam bloglist theathra tak? (Till 14 Bloggers)

Bismillah.

Click On

        Checked on my bloglist  : Segmen | Giveaway | Bloglist



웃 Pencarian Bloglist November & December ( 12 Nov 16)

Bismillah.

Click on Banner

🎁 Giveaway Pertama by Syera Rosli (15 Nov 16)

Bismillah.


Click On 

Tersenarai dalam Bloglist November by AISYAH NYAIS !

Bismillah.

Previous : μ›ƒ PENCARIAN BLOGLIST NOVEMBER BY AISYHAH NYAIS (28 Oct 16)


Click on Picture




"Alhamdulillah..terpilih juga untuk segmen bloglist yang ini..terima kasih Aisyah ! May Allah bless."

021120160946PM
WEDNESDAY
2-3A-3A


Antara Peserta Bertuah Sempena Segmen Bloglist Nov~Dis 2016 by Yana Pink Blossom !

Bismillah.

Previous : μ›ƒ Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom (31 Oct 16)

Click On Picture







I have been chosen to receive something from the blog owner.

Again.

Also listed on the bloglist!

Alhamdulillah.

May Allah bless.

Thanks sis Yana !

021120160917PM
WEDNESDAY
2-3A-3A

Top 100 Outstanding Blogger October 2016

Bismillah.

TOP 100 OUTSTANDING BLOGGER

1.  ayunie ramli (63)
2.  Gee Lion (26)
3.  Shahida Dzulkafli (25)
4.  Warisan Petani (20)
5.  Siqah Hussin (18)
6.  paridah (13)
7.  Shikin Razali (13)
8.  Wani Sukarno (11)
9.  Noor Maizan (10)
10.  Fhatin Amelia (8)
11.  Jamil Hashim (7)
12.  Kak Long (7)
13.  Nurul Afiqah (7)
14.  Nurul Syarfiqa (7)
15.  atiehilmi dot com (6)
16.  Erni Hasmiza (6)
17.  C i k R e n e x (5)
18.  AinAthirah Anuar (4)
19.  CikLa Shahril (4)
20.  farhana jafri (4)
21.  Irda Garmin (4)
22.  Lea Azleeya (4)
23.  Maria Firdz (4)
24.  sya mimie (4)
25.  At-Tarmizi (3)
26.  Hafiza AizZawa (3)
27.  IK Tia (3)
29.  Unni Anje (3)
30.  Ade Arif (2)
31.  Busyra Bt Takiyudin (2)
33.  Hazrina Halim (2)
35.  Kin Naz (2)
36.  Mia Liana (2)
37.  Mummy Yana (2)
38.  Nao Mei (2)
39.  NUR RAIHANAH (2)
40.  Nurul Shahira (2)
41.  Pha Is (2)
43.  Zie Azi (2)
45.  ♥♥ Nur ♥♥ (2)
46.  Abam Kie (1)
47.  Afif Rayyan (1)
48.  aienzunnur (1)
49.  Ainin Sobiha Salim (1)
50.  Aisyhah Nyais (1)
51.  Amira (1)
52.  athirah hassin (1)
53.  AyuInsYiraH (1)
54.  Azey Ariez (1)
55.  Azlinda Azman (1)
57.  Cikgu Norazimah (1)
58.  Dearie's Couple (1)
59.  emma diana (1)
60.  Ennor Plenetzurah (1)
61.  Erin Azmir (1)
62.  Farah Huda (1)
63.  Fieza Sani (1)
64.  Haffizul Iskandar (1)
65.  Illya LeYa (1)
66.  julia jamaludin (1)
67.  Kakzakie Purvit (1)
68.  kennymerligal (1)
69.  Maman Reen (1)
70.  Mar Mansor (1)
71.  Mashitah Mamat (1)
72.  MisDiarios (1)
73.  Miss Hoshii (1)
75.  Mrs. A (1)
76.  nadhie wueen (1)
77.  Noor Najwa (1)
78.  Nor Azua (1)
79.  Nurul Idris (1)
80.  Scha Nazri (1)
81.  Shafuhan Smab (1)
82.  SNM Mohamed (1)
83.  ucing (1)
84.  ucing (1)
85.  Usry Norie (1)
86.  Uwais Al-Qarni (1)
87.  Yatie Owner (1)
88.  yuk (1)
89.  ♥ aiNa yaZiD ♥ (1)

Disclaimer

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net