(Update) Malaysia Meraih Pingat Emas Ketiga Negara Dalam Paralimpik Rio 2016 !

Salam pagi di subuh hari raya Aidil Adha.

Khabar berita diterima bahawa Malaysia memenangi pingat emas ketiga yang diperoleh malam tadi.!Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah.



Atlet Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.

Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.


Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.

Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.

Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.

Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). 

Baca : Malaysia Meraih Dua Pingat Emas Dalam Paralimpik Rio 2016 !

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat atlet negara Abdul Latif Romly !! #MalaysianProudofYou

Quote : "There is a plan and a purpose, a value to every life, no matter what its location, age, gender or disability."- Sharron Angle

Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 (Bahasa Portugis BrazilJogos ParalΓ­mpicos de VerΓ£o de 2016) ialah acara sukan antarabangsa untuk atlet kurang upaya ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang berlangsung di Rio de Janeiro,Brazil bermula 7 September sehingga 18 September 2016. 

Credit : Astro Awani Wikipedia

6 comments:

  1. Tahniah kepada mereka yang luar biasa, tahniah utk Malaysia juga..pastikan insentif sama rata diberikan utk hero negara ni..

    ReplyDelete
  2. Athlet paralympik Malaysia sangat hebat.

    Salam Aidiladha juga.

    ReplyDelete
  3. tak sangka kan.. 1 juta tu dapat.. berbaloi dgn segala pengorbanan dan keringat yang dicurahkan.

    ReplyDelete
  4. @Elih JapaharTahniah!Alhamdulillah de rezeki mereka.

    @Warisan Petani setuju!Salam Aidil adha Pak Cik.

    @Gee Lion Alhamdulillah rezeki ..berbaloi.

    ReplyDelete
  5. tahniah !! mek bangga dengan atlet paralimpik :)

    ReplyDelete
  6. @ayunie ramli tahniahh! sy pun tumpg bngga ngn mereka! Malaysia boleh!

    ReplyDelete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net