Featured

Sejarah Ringkas Hari Arafah (9 Dzulhijjah)

Assalamualaikum

Memandangkan hari ini 11 September 2016 merupakan hari Arafah maka saya akan kongsikan serba sedikit tentang hari arafah ini.Arafah berasal dari perkataan arab, 'arafa yang bermaksud kenal.Hari 'Arafah boleh diertikan sebagai hari perkenalan atau ta'aruf.Hari 'Arafah lebih signifikan buat para jemaah haji kerana ia melibatkan rukun haji yang kedua iaitu wuquf di 'Arafah. 

Wukuf

Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali
Sejarah Hari Arafah

Hari Arafah merupakan hari di mana dua kisah cinta pada satu tarikh yang sama namun berlainan zaman diabadikan sebagai pedoman buat seluruh umat Islam.Kedua-duanya melibatkan kisah cinta antara dua pasangan suami isteri yang menggambarkan kesetiaan antara suami dan isteri dalam perjalanan mengejar redha Ilahi.9 Dzulhijjah dinamakan sebagai hari 'Arafah sebagai simbolik kepada tarikh pertemuan Nabi a.s dan Siti Hawa a.s dan saksi pertemuan antara Nabi Ibrahim a.s dengan  Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar.

1.Pertemuan Adam dan Hawa

Nabi Adam a.s. 'diperkenalkan' (dipertemukan) semula dengan Siti Hawa a.s. setelah terpisah selama 200 tahun.Pertemuan tersebut berlaku di tempat yang bernama Jabal (bukit) Rahmah.

2.Pertemuan Nabi Ibrahim a.s dengan Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar 

Tarikh ini juga menjadi saksi pertemuan antara Nabi Ibrahim a.s. dengan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar setelah kedua mereka ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir sehinggalah anaknya Ismail meningkat dewasa.

Amalan di Hari Arafah

Amalan utama yang amat digalakkan untuk diamalkan di hari Arafah ialah Puasa Hari Arafah.Kalau tengok pada ganjarannya memang rugilah siapa yang tak puasa pada hari ini berputih matalah jawabnya.

P/s: Tq Kak Irda ajak puasa hari ni ..muaah!

Google Image

Doa Hari Arafah Dan Zikir Yang Terbaik

Di sini saya sertakan doa dan zikir yang terbaik pada hari Arafah.Selamat mengamalkan!

Google Image

Selamat Hari Arafah ! 

"Buzy..buzy..bertungkus-lumus mengemas dan sediakan bahan dan masak untuk raya esok!"

8 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Selamat berpuasa sunat Arafah.
    Salam Aidiladha.

    ReplyDelete
  2. @Diarios jom2!

    @Warisan PetaniAlhamdulillah slmt berpuasa jgk Pak cik! slmt berbuka sebentar lgi.Salam Aidil Adha!

    ReplyDelete
  3. tak dapat nak puasa.. huhu.. :'(

    ReplyDelete
  4. @zaitie hasnan Slmt hri raya cik zaitie ^_^

    @Gee Lion x pe sis.dpt phla gak wt amalannya.hee.

    ReplyDelete
  5. Allahu, banyak kelebihan nya :) Amin dikk, insyaAllah smpai pahala kita :)

    ReplyDelete

Current Status (Feb 17) : Sem 4 On going..Mastura..fighting!!

Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.