Featured

✰ Rancanglah Kematian Dengan Sebaiknya ✰


Sibuk kejar kehidupan dunia?

wang berguni pun tak cukup!

Kerja sepenuh masa. 

Rindu orang itu, orang ini.

Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan 

Lewat bangun solat subuh,

 tapi lebih risau lewat nak pergi keje.

 Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan.

 Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. 

Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat.

 Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata,

 "Benda dah selalu diingatkan.
Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat.

 Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah.

 Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi.

 Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"

Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline.

 Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. 

Selama ni leka dengan dunia.

 Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila.

 Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. 

Rancanglah kematian sebaik-baiknya.

 Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 

 Tepuk dada, tanya iman.

C&P



15 comments:

  1. Takkanlah nak tunggu Allah tunjukkan pada kita dosa dan pahala depan mata selonggok gitu baru nak bertindak kan. Tapi itulah manusia memang lalai dek hasutan syaitan di keliling kita.

    ReplyDelete
  2. betul betul, dalam banyak perancangan, mati je yg kita tk ambik peduli. fikir tp buat buat tak tahu. hmmm

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sma2.InsyaAllah semoga bermanfaat

      Delete
  4. Sentiasa ingat mati..
    sentiasa buat solat taubat...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cik Mas,
    Awak buat saya rasa seram sejuk masa baca cerita ni. Teringat amal kebajikan sendiri yang tidak terjaga buat saya rasa cuak seandainya masa saya tiba dan saya belum bersedia. MasyaAllah, takutnya. Terima kasih atas perkongsian ni cik Mas. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..me too sis.Sebb tu sy share.Smoga bermanfaat buat yg membaca n diri yg mengepost ni.

      Delete
    2. InshaAllah.. Sangat bermanfaat bagi saya :')

      Delete
  6. Siapkanlah bekal sebelum kita dijemput ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..terima ksih utk nsihat tu pak cik.

      Delete
  7. Salam perkenalan.

    Thanx atas perkongsian. Cemas pulak hati memikirkan diri tak berapa banyak amal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kembali cik imm.Sma2.Semoga bermanfaat.Tingktkn amal jauhi larangan.InsyaAllah.

      Delete

Current Status (Feb 17) : Sem 4 On going..Mastura..fighting!!

Disclaimer

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net