Malaysia Meraih Dua Pingat Emas Dalam Paralimpik Rio 2016 !

Assalamualaikum

Sebaik saja selesai #WorldQuranHour sebentar tadi,negara Malaysia dikejutkan dengan kemenangan dua pingat emas yang diperoleh oleh atlet negara.Hal ini mengubati kekecewaan Malaysia yang tidak mendapat sebarang pingat emas di Olimpik Rio.

Alhamdulillah dengan berkat Hari Arafah dan kedatangan Hari Raya Aidil Adha pada esok hari dimeriahkan dengan berita gembira ini.

Lebih membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia.






Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.

Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh dua anak istimewa negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat atlet negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad ZIyad Zolkefli!! #MalaysianProudOfYou!

Quote : "Kejayaan akan menjadi milik seseorang jika mereka berusaha keras dan ketidaksempurnaan bukan satu halangan.!"

Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 (Bahasa Portugis BrazilJogos ParalΓ­mpicos de VerΓ£o de 2016) ialah acara sukan antarabangsa untuk atlet kurang upaya ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang berlangsung di Rio de Janeiro,Brazil bermula 7 September sehingga 18 September 2016. 

7 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah buat atlet Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Seluruh rakyat Malaysia turut berbangga dengan kejayaan mereka.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  3. dah tiga dah awak. yeayyy!
    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  4. @Warisan Petani Alhamdulillah tahniah buat mereka.

    @Gee Lion yeayy!! selamat hari raya sis gee! hee.

    ReplyDelete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net