✍ Kala Malam Bulan Mengambang

Bismillah.

Mata dah mamai tapi nak update blog sat la.Seharian tak update.Tak rajin dan malas nak ceghita.Huhuhu.

Actually.

Baru je balik dari melawat wan dekat hospital.Al kisahnya wan kena serangan sawan lantaran komplikasi stroke terdahulu.Please,doakan yang terbaik buat wan.Kesian wan.Doktor hensem masukkan tiub tadi untuk beri ubat.Sedangkan stroke sebelum ni dah pernah kena dan wan sangat tak selesa dengan tiub tu.

Tadi pun wan tidur je..tak buka mata langsung..penat agaknya.Badan pun tak berdaya.Maklumlah umur pun dah 80 ke atas.Tapi still kena cucuk sini sana masukkan ubat la..diambil darah la..mana la nak terdaya dah..termuhasabah diri..macam mana lah aku dah tua nanti..macam tu jugak ke jadinya?

Hoping never be like that.Biarlah habiskan sisa-sisa usia dengan aman.

Dan tadi nampak sesuatu yang menyentuh hati.

Kelihatan jiran depan katil wan sebelah tingkap sana ditemani anaknya dengan penuh sabar.Orang tu pun stroke.Jarang tengok anak muda-muda macam tu sabar je layan mak dia.Pangku mak dia..urutkan dada mak dia sedang mak dia tak berdaya..seyes..menyentuh hati..nampak aura anak solehah kat dia..harap aku juga boleh jadi macam tu.

And

Google Image

Dalam perjalanan balik tadi nampak bulan mengambang! Tapi tak bulat sangat shape dia...mak aku pun nak ambik la gambar tapi tak jelas..sampailah satu tempat tu..Angah berhenti semata-mata nak biar mak ambik gambar..

Sebaik saja kereta berhenti aku terpandang papan tanda yang dah jatuh dan kemek sebab kereta langgar..alamak aiii...tempat eksiden plak abang aku berhenti.!! Mulalah macam-macam cerita seram muncul dalam benak.

Tiba-tiba..

"Eh..kenapa kamera mak ni lain macam?.."

Sambil tunjuk dekat aku mak cakap dekat ayah.

"Abang..macam ada benda terbang haa.."

Apa pulak mak ni..adoyaii..aku cuak dahh..penakut kott..aku tak tengok pun kamera mak aku cuak punya pasal..kitorang cakap la henset mak murah tu nampak pelik pelik..aku pun cakap ..mengarutlah..mak ni dah mengantuk ni tu yang cakap bukan-bukan je.

Nak sedapkan hati sebenarnya.Haha.

Rasanya memang tak ada apa pun.Takut je lebih..Yalah dah la jalan kiri kanan hutan..tak ada apa-apa..sherammmmm!..tempat eksiden pulak tu ..tu lagi satu menyumbangkan aura cuak je.Hahaha.

Telefon cikai so view malam tak cantik nak tangkap gambar bulan.Kalau korang nak tengok..pergilah bukak tingkap tengok kat langit.Kita berada di bawah langit yang sama dan memandang bulan yang sama..kuiikuiikuii.

Till then.

190920161125PM
MONDAY
HOME SWEET HOME

7 comments:

  1. hahaha kadang-kadang mai pun sama, tgk bulan kemain cantik, nak amik gambar spoiled mood terus sbb nmpk kelam je.hahahaha, bilalah nk ada rezeki beli dslr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah marilah kita berdoa sama-sama.Hihi.

      Delete
  2. Kan slalu nya cam tuh laa. Nk ambik gmbr tp bile dh ambik hmm hampehh.

    Semoga wan mas cepat sembuh. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Mas ni buat kakak suspense aje:) Ingatkan terakam entiti apalah tadi hihi...
    Sayu hati melihat anak menjaga ibu sakit itu lebih baik dari sayu hati melihat ibu terbiar tak terjaga oleh anak-cucu mereka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..hmm..Indeed.Lain perasaannya.

      Delete
  4. Semoga yang sakit diberi kesembuhan.

    ReplyDelete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net