Featured

☏ Lawan Congkak kalah mati !

Assalamualaikum

Pagi tadi telah berlangsungnya Karnival sukan di mukim kami.Tak nampak macam karnival sangat sebenarnya sebab buat dekat dewan dan kecil-kecilan.Maka terbentuklah kumpulan kami yang terdiri daripada 5 individu.Bukan orang lain.Sanak saudara je semua ni.Haha.

Mak Saudara kandung.

Kakak Ipar.

Me.

Adik kandung.

Mak Saudara Sabit.


 Ada nampak macam perempuan melayu terakhir tak?..ahaha..kriikk..kriiik..krikkk!

Ada markah kott untuk baju..itu yang melaram sikit tu..sikit je pun..hehehe.Habis semalam kitorang belek-belek baju wan dan baju mak.Jumpalah kain batik dan baju ala-ala kebaya.

Nampak tak tradisionalnya?..haha

Kitorang main congkak antara kampung-kampung dalam mukim kami.Bukannya besar pun mukim ni so penyertaannya tak seberapa ramai mana.Tapi kampung kitorang paling banyak kumpulan penyertaan kott.Bangga skett.


Kami ambil tempat dulu.Tunggu pihak lawan yang tengah bersiap.Kredit to mak..mak yang ambil gambar ! Peace Yo! Budak kecik ni sibuk jugak nak mengendeng.

Peraturan bermain congkak di karnival ni

  • Main sehingga 3 set permainan
  • Kalah dapat 1 mata
  • Menang dapat 3 mata
Kiranya kalau kalah berturut-turut set permainan kena sambung main untuk yang ketiga jugak sebab dia kira markah kan.

Dan of course ini bukan permainan individu..mata yang dipungut akan ditotalkan untuk menentukan kalah dan menang sesebuah kumpulan tersebut.

Jadi biarpun salah seorang pemain kalah tiga set berturut-turut tak bermakna kumpulan tu kalah sebab pemain yang lain mungkin menang tiga set berturut-turut.Hehehe,

Jadi.

Itulah kelebihan bagi individu yang kalah.Biarpun kalah tetap boleh ke pusingan seterusnya atas kemenangan ahli-ahlinya yang lain.

Tapi kesian la pada yang Pro main congkak ni tapi ada ahli dia yang fail.

Macam tadi,sorang je ahli kumpulan tu Pro.Tiga set berturut-turut menang tapi ahli dia yang lain kalah.Kan sodih tu..tak dapat ke peringkat seterusnya..pungutan mata tak mencukupi.Huhuhu.

And..back to us ..Finally !

Alhamdulillah.

Walaupun kami jadi bidan terjun dan baru berlatih saja-saja semalam.Bukannya serius pun tetap dapat masuk ke pertandingan kalah mati.

Yang pro kakak ipar i sebab dia juara congkak time sekolah dia dulu.So dapatlah kami kutip beberapa teknik yang boleh dipraktikkan.Baru ku tahu main congkak pun ada teknik selain bilang biji guli tu..hahaha..


Oh ya lagi satu..gaya pembawaan diri juga diambil kira markahnya.Macam kitorang pakai kebaya kan..so kenalah duduk bersimpuh ala-ala perempuan melayu terahir gituuu..permainan first tadi boleh pula aku lupa tentang tu..ye la semangat dah up kan sebab memang first set tu..elok-elok bersimpuh tak perasan dah bersila masa set kedua.Hahaha.

Now !

Permainan kalah mati !

Kitorang bertembung dengan pasukan Panglima.Macam biasa masuk bertanding je dorang ni..


Satu set je! giler kauu.degap degup jantung nak lawan ni..kalau kalah ni ..ummm..

..anddd!!

Laju giler dorang main..panglima la katakan..i main lembut-lembut and slow-slow je u..

Yezza !

Akhirnya.

1 set individu menang ! 4 set individu kalah !

Kalah mati !

Hahaha..

Guess what?..

siapa lagi individu yang menang tu kalau bukan kakak ipar i..hahaha.Kami yang berempat ni semua satu rumah terbakar.

So kempunan la telur tembakul.Eh!

Kalah menang adat pertandingan.

Orang kalah selalu redha.

Haha.

Tahniah kepada pihak lawan yang berjaya ke final.

Kami balik dulu sebelum sempat habis tengok kumpulan mana yang menang.Lapaq!Bukan sebab nak balik nangis dalam bilik sebab kalah ea.. Dari pagi tak makan ooo..hahaha..

Hadiah utama pemenang Rm300 ! woooo.

Maka berakhirlah cerita hari ini.

Sekian.

270820160504PM
SATURDAY
HOME SWEET HOME


10 comments:

  1. singgah sini.. lama x main xcongkak.. ..rasa kalau tanding pun dah kalah ni hiii

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaa sy sukaa main congkak!

    ReplyDelete
  3. lama sangat tak main congkak..heheh

    ReplyDelete
  4. Tahniah.|
    Permainan tradisional yang hampir dilupakan.

    ReplyDelete
  5. @Wani Sukarno Eh blm tentu lg..haha..let's try!

    ReplyDelete
  6. @Irda Garmin Skrg jrg nk jumpa dh kn..ni pun sbb mukim sy msih tradisional..hehe..klo ikutkn kmpg sy sje x de congkak nie

    ReplyDelete
  7. @Warisan Petani Masih lg wujud terpelihara di ceruk2 kampung serata dunia InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. hadiah dia leh tahan kan.. rm300 kottt...

    ReplyDelete
  9. Wow...bestnya.. dah lama tak main congkak..! Teringat zaman masa kecik2 dulu. :)

    ReplyDelete

Current Status (25 JUNE 17) : Final exam around the corner ! 3 June till 10 June 2017..Mastura..fighting!!

Disclaimer

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net