✍ Malam yang ....

Holla!

Malam yang sungguh bosan daripada biasa...walaupun hari-hari macam bosan...ok tadi ada la housemate tengok apa entah...tarikh hari lahir ikut nombor ...no.1 kahwin dengan siapa...no.2 and seterusnya kahwin dengan...n...sampai part aku...dapat plak

"Kahwin dengan sahabat sendiri?"..hek eh...

Haha..siapalah yang menjadi sahabat aku tu ye..please la...dengar boleh percaya jangan...budak nie masih tak move on dengan mainan yang macam tu...ish..ish..ishh...layankan je la..

Cerita pasal kahwin...kad wangi..ada la sorang kakak nie tanya aku plak bila aku telegram dia...then,...i pun balaslah..."mana boleh langgar bendul...nanti tersungkur.."..pastu dia pun balas..."x pe..tersungkur nanti disambut putera.." ...chia..chia..chia..

Daripada duduk berchia..chia tu..al kahfi dah ke belum dik? Ish2..apa nak jadi la dengan kau nie...ok la weh...itu je la nak cerita hari nie...minggu depan last paper..last paper...risaunya Anatomy wehhh..!! Risau je tak guna kak...pergi study nuh...hohohoho...ok bye !

260520161107PM
BLOCK 3
SILK HIGHWAY


✌ Review : Layan Qanun 99 ~

Hai..i'm back !

Jom layan Qanun 99..nak promote kejap..daripada korang layan lagu yang tak tentu arah tu..tak pun sengih-sengih tengok pakwe tak hensem dalam cite korea tu baik lah kita berhijrah ke arah cerita yang lebih baik kejap..haha..

  Aku rasa macam buat perenggan untuk karangan pulak..hehehe..nak dijadikan cerita ..Qanun 99 nie ada banyak episod...aku cerita la satu episod yang cliche yang aku dah tengok...boleh hangin jugak la..nie cite yang pompuan nie g ikut laki orang kahwin dekat Siam..pastu bila dah mengandung baru gelabah nak suruh husband daftarkan perkahwinan dorang tu..

  Al kisahnya..husbandnya boleh pulak tarik muka..bila tanya asyik marah pulak...apahal beb!..hangin betul aku tengok...nampak sangat laki tu memang tak peduli pun nak daftarkan perrnikahan dorng...dalam hati aku cakap...padam muka..nak sangat laki orang...kahwin dekat siam plak tu..tragis betul hidup...

  eh...eh..tak habis lagi hangin aku...ada lagi...bila pompuan ni risau takde sijil nikah pastu nanti tak bleh daftarkan anak dorang pandai dia cari alternatif macam mana nak buat juga sijil nikah tu..dia pun pegi la jumpa peguam..then..lelaki tu tak nak juga kan buat elok-elok...maka datanglah surat saman mahkamah suruh hadir..al kisah...untuk surat kebenaran poligami plak sebelum daftarkan nikah...

  Paling hangin dekat sini,...kurang ajar...aku agak laki nie kahwin sebab nafsu je..otak tarak! Boleh pula laki tu ceraikan pompuan tu dengan talak 3 sekaligus...dah la tengah mengandung...sakitnya hati oiiii...suka hati die je nak kahwin cerai kan orang tu...kesian ko pompuan...padahal isteri first lelaki tu baik giler...kesian dapat lelaki camtu..al kisah...bagus juga la diceraikan daripada hidup dengan laki macam tu...sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tarak guna nak pi mana lagi tak tauu

  Hidup masih panjang...carilah hidayah petunjuk cahaya yang lebih membahagiakan hidupmu...gituh! Jangan tersalah pilih...kalau dah tersalah...pilih la yang lain pula..marilah berhuhuhuhuhu beramai-ramai..

ok itu saja untuk hari ni..sekian...



25052016
0916PM
SILK HIGHWAY

✍ Kembali berblogging

Assalamualaikum pembuka bicara..

Ceewaaahh...tajuk sangat-sangat...hmm..boleh percaya kee...kita tunggu dan lihat je lah...actuallly aku baru je terbuka hati nak menulis balik ..

Aku mula la tadi selongkor dan berblogwalking semula ke blog-blog blogger yang terlihat menawan di mata ..hohoo..terindu pula zaman menulis cerita-cerita lipatan kenangan dekat blog suatu ketika dahulu di mana..bila ombak derita mula melanda di jiwa maka aku padamkan semua catatan kenangan itu..ohh,..sadisss...

Macam tu la hidup bila dapat fikiran yang tak menentu dan tetap..still lagi hidup i tak menentu sekarang nie..erghhh...sakitnya tu di hati ini...Anyways..aku suka lagu sudah ku tahu tu...*tetibe
tapi bila dah ulang banyak kali jadi pening dan rasa nak muntah plak,..hahaha..overdose kott..

Actually aku dalam bulan final exam nie..30 nie baru habis ...last paperr..last paperr...yang menyiksa jiwaa..ohooiii...! Sebab tu la dalam sengkang masa ni aku cari alternatif nak kurangkan ketekanan peperiksaan..and de' answr is !! Yess..u my dear...my bibobibo blogg...lama dah tak usik dan menaip macam nie...oh heavennya rasa dapat tulis sebebas-bebasnya tapi waitt!!

Tak sangat sebenarnya...ini pun aku cuba tulis sepantas yang mungkin dan cuba menghabiskan apa yang sedang bermain dalam otak nie sementara housemates aku semua tak bangun lagi dan sedar aku sedang buat blogging bagai nie...hohoho..ok wehh...semoga kita berjumpa lagi di waktu yang terdekat...moga moga !Doakan result exam aku wehh...ngeri tak terbayang mata...~(nyanyi lagu arjuna beta)

240520160713 PM
BLOCK 3
SILK HIGHWAY

♪ Mencari Diri ♪

Wahai.

Wahai diri,

Sudah ku tahu sejarah akan berulang kembali.Tak mungkin mampu ku bendung empangan air mata yang pecah lalu jatuh laju menjunam ke pipi.Tangisan yang sama sekali tiada suara yang kedengaran.Hanya batin yang terseksa.Jiwa terasa kelam tak bermakna.Pandangan kabur meruntun hati yang diasak pelbagai persoalan kehidupan.

Di manakah langkah kaki ku menapak.Perlahan-lahan ia kembali tiada berdaya.Akalku mula merana.Benarkah ini jalan yang ku pilih.Pendirianku mula goyah.Azamku tidak tentu hala.Jasadku hanya bernyawa tanpa perasaan.Ku ulangi ...sudah ku tahu..sudah ku tahu...semoga hidupku tak dipersia.Dipersia oleh diriku sendiri.

Aku bukan engkau.Dan engkau bukan aku.Engkau takkan mampu tahu apa yang aku rasa.Tapi aku sangat berharap ada yang memahami dan merasai.Diri ku..diriku ini...

23 05 2016
SILK HIGHWAY


Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net