Featured

✰ Maafkan saya rosakkan awak ✰

Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram 
Saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting 
yg penting kelihatan cantik depan Allah , Tuhan kita

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya seorang pendiam , kurang bercakap
Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran , 
smartphone di tangan bila perlu sahaja 
saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya

Terima kasih rosakkan saya
Saya jarang tgk cermin , 
Sebab bila saya tgk cermin 
Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’
Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan
Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya

Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmabar saya dalam pesbuk
Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia
Tapi manis depan Allah SWT

Terima kasih rosakkan saya
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook
Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya
Saya gembira ada kawan sehaluan saya

Terima kasih rosakkan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya 
Pandangan awak terus ke mata saya 
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah

Setiap hari awk memandang saya 
Saya berasa malu , awak pandang saya
Saya Tarik hand-sock saya , tutup mulut saya 
Saya segan bila awak tenung saya ,

Terima kasih rosakkan saya 
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya 
Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya
Kadang2 saya tersedar semua ini salah!
Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak mendominasi saya

Terima kasih rosakkan saya 
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa
Berusrah , dan membaca hadis 
Menelefon mak saya
Tapi….
Suatu malam , 
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya 
Saya tengok gmbr awak,
Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamualaikum “
Saya jawab ‘ waalaikumsalam”
Awak tnya esok kelas start kul brapa
Saya jawab kul 10 …..
Awak kata nak berkawan dengan saya 
Saya kata insha Allah boleh…..
Dan berterusann…………………………………………….

Terima kasih kerana rosakkan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya
Saya tunggu
Dan awak memang akan whatsapp saya 
Saya gembira awak gembira

masa kosong saya 
tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan saya 
tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya 
kita hari2 texting ,saya suka

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya suka awak pandang saya , 
Dan awak kata saya senyum manis , 
Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata 
Saya tengok cermin , 
Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya

Terima kasih rosakkan saya 
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink 
Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu 
Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’
Saya jugaaa

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya
Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal 
Awak kata , saya lebih manis
Saya suka bila awak cakap macam tu

Kawan2 saya tahu psal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakan saya 
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya 
Hehe, saya suka

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate 
Dia kata dari awak , saya gembira 
Saya tak sampai hati nak makan 
Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka

Terima kasih rosakkan saya
Hari ni saya pergi kuliah 
Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal 
Yg awak kata saya lebih manis
Saya tidak pakai kaca mata 
Saya pakai contact 
Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira

Terima kasih rosakkan saya 
Tiap2 malam kita sembang 
Awak bgtau masalah awak
Saya bgitau masalah saya
Saya ada awak
Awak ada saya

Tetapiiiiii
Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya 
Saya tunggu , awak tak wahtsapp 
Saya whatsapp , awak tak balas
Saya sedih

Terima kasih rosakkan saya 
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with
Awak tinggalkan saya 
Saya rasa macam kena tipu 
Tapi mcmna nak marah 
Kita just kawan

Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak 
Awak tak pandang saya lagii
Awak tak fikirkan saya lagi 
Saya kecewa

Saya pandang cermin , saya buka tdung 
Saya memakai lipstick merah 
Agar awak pandang saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu 
Tapi awak tak pandang saya lagi 
Awak sibuk dengan si Dia

Terima kasih rosakkan 
Saya cari orang lain, saya berlipstick merah 
Saya cari orang lain
Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond
Awak tak kisah

Saya tekad 
Saya berkepit dengan orang baru saya 
Saya senyum dengan lipstick merah saya
Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia 
Saya nak awak

Saya tekad upload gambar
Saya bercium dengan orang baru saya 
Tapi awak tidak kisah
Awak…..

Saya menangis…….
Menangiss…..
Berfikir dua kali , saya .. saya menangis…
Bukan sebab awak , sebab saya dah lain
Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah 
Saya…. Allah help me..

"Beringat-ingatlah sebelum kena. Jaga pandangan, jaga iman, jaga ikhtilat,Tegaskan diri duhai muslimah.Jangan mudah terpedaya pada buaya! Sadokan hati hanya buat yang halal. "

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya seorang lelaki yg dibolehkan dikatakan ada rupa
Pandai memikat hati gadis
Dengan kata2 manis saya

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya suka melihat gadis yg mempunyai senyuman manis
Perwatakan baik dan menawan
Dan saya cuba dapatkan mana2 gadis begitu

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya tawan hati mereka
Saya tidak kisahh
Apa pengakhiran mereka
Yg mana dapat , saya akan lepaskann

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Orang lain nmpk awak
Seorang gadis bertudung labuh hitam
Muka putih pucat , bibir suram
Tapi di mata saya , awak ada kemanisan yg saya nak
Saya mesti dapatkan awak

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Org kata susah lelaki dpat dekati awak
Xpe , saya tetap cuba
Saya pantang di cabar
Saya mesti dapatkan awak

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya sengaja merenung panjang ke mata awak
Awak malu kucing
Awak Tarik hand-sock kat mulut
Saya senyum mesra

Setiap saya tenung awak
Awak semakin suka dan saya tak sangka awak balas senyum saya
Saya memberanikan diri
Untuk minta no phone awak dari kwn awk
Dan saya dapat

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya whatsapp awak
DP whatsapp awak gmbar bunga
Saya tahu awak suka bunga

Saya ucapkan ‘asalamualaikum’
Awak balas ‘ waalaikumsalam’
Saya Tanya kelas pukul berapa?
Awak balas pukul10
Dan berterusannnnn………..

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Aritu awak pakai tudung labuh pink
Lain dari lain , saya saja cakap awak maniss
Maniss la awak pakai pink
Sbb saya tahu awak akan suka

Maafkan saya awak
Awak tukar DP whatsapp ,
Bukan tudung labuh tapi tudung bawal ,
Awak nmpak , awak Nampak lebih cantik
Saya kata
Awak semakin sukaa

Maafkan saya sbb rosakkan awak….
Tiap2 malam kita whatsapp
Hehe
Awak bgtau masalah awak
Saya bgtau masalah saya…

Maafkan saya sbb rosakan awak..
Saya tunjukan mesej2 awak kat member saya
Diorang solute saya
Kerana dapat awak
Mana xnye ni kan Saya kan hahaha
Dah terbuktinyaa saya hebat

Maafkan saya rosakan awak..
Ada awek baru , rakan2 saya cabar saya utk dpatkan awek baru
Saya terima cabaran merekaa
Saya tinggalkan awak
Saya tak whatsapp , awak tunggu
Awak whatsapp , saya tak balas
Bagi saya , dah cukup kot

Maafkan saya rosakkan awak
Saya dah ada orang lain utk whatsapp with
Saya dah x kisah pasal awak
Saya gembira dengan orang lain
Jgn kacau hidup saya lagi

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya nampk awak pun ada orang lain
Awak dah x pakai tudung labuh
Awak dah tak pndiam
Di mata saya , kemanisan awak dah hilang
Saya pun tak kisah awak dah ada orang lain
Selalu berkepit pula tu

Maafkan saya sbb rosakan awak
Tapi mata awak selalu memandang saya
Macam awak masih sukakan saya
Tapi awak berkepit dgn dia
Saya buat tak kisah

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Satu kelas heboh bila awak dating berkepit dgn si dia
Kini awak dah memakai tudung dan memakai lips stick merah
Awak kelihatan gembira dengan dia sebelah awak
Tapi saya tak kisah

Malam itu , saya sgt terkejut
Buka newsfeed pesbuk
Ada gmbar awak n dia n awak cium dia
Ramai comment ‘knapa?’
Awak comment balik ‘jgn ganggu hidup saya’
Semua tertnya2 knpa awak berubah?
Dan kawan2 semua bertnyakan awak knpa awak berubah ?
Awak kata ‘nak bebas n KECEWA’

Maafkan saya sebab rosakan awak
Saya rasa bersalah
Adakah disebabkan saya ?
Soalan itu berputar2 di fikiran saya
Tapi saya tidak endahkan , saya fikir awak mmg nak kebebasan

Tapi………………..
Kwan awak kata awak tiap2 hari menangiss
Menangiss, sambil depan cermin
Sambil pegang rambut awak
Mereka tnya , tapi awak kat xde ap2
Dia mnta saya tolong
Tapi saya xtau mcmna nak tolong

Maafkan saya sbb rosakkan awak…
Saya rasa macam bersalah,
Saya dapat tahu awak berhenti pgajian
Sebab ada masalah psychology , kata kawan awak….
Semua orang sedih awak n rindu awak yg dulu
Pada masa itu , saya rasa sangat bersalah

Maafkan saya sbb rosakan awak
Kwn awak jumpa saya
Dan dia bg satu kertas
Dia kata dari awak , saya tak baca kertas tu
Nnti sampai bilik , baru saya baca

Sampai bilik
Saya baca tajuk ‘ Terima kasih Rosakkan saya’

By Jang Abd Mutalib

No comments:

Post a Comment

Current Status (25 JUNE 17) : Final exam around the corner ! 3 June till 10 June 2017..Mastura..fighting!!

Disclaimer

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net