Featured

✰ Rinduku milik dia ✰


Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."

"Aku hanya sayang dia seorang."

"Cinta aku hanya untuk dia."

"Rinduku milik dia."

"Ah, hanya dia."

"Hatiku milikmu."

"Dialah satu, tiada dua."

"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."

"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."

dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab.

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.

Allah juga jadi tempat mengadu.

Lalu terpacullah dari bibir,

Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.

Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.

Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,

Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,

"Aku perlukan Allah.

Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.

Dengan atau tanpa sengaja.

✰ Plastik Bocor ✰

* PLASTIK BOCOR *

Hati2 dengan plastik bocor. Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi mmbazir air

(plastik bocor)

Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji n umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang..

So (plastik bocor)

Kamu beri byk sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka

(plastik bocor)

Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga

(plastik bocor)

Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu

 (plastik bocor)

Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat

 (plastik bocor)

Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia

(plastik bocor)

Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah

 (plastik bocor)

Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa)

(plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Muhasabah diri

✰ Harga sebuah kejujuran ✰

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

 Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT

✰ Air Wadi atau keputihan ✰

Naqibah saya tu cerita,  naqibah padanya cerita,  ustazah pada naqibah nya cerita pdanya.
(bersanad sungguh)

Macam ni ceritanya

Air wadi/ keputihan la.

Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira,  jalan jalan kat shopping complex 2,3 round. , tu yang keluar air wadi..

ada satu kes ;
Seorang ustazah ni keluar pergi shopping . then dia terserempak dgn seorag muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la.
then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang .

Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepastu masa nak naik ke tmpat prmpuan ustzh nampak muslimah tadi terus naik .

Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa tawaf . then ustazah pun solat lah . muslimah tu ada solat kat depan ustazah .

Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia.
Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.

Lepas siap semua , ustzh tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk ?
Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .

Ustazah pun senyum ☺ , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ?
Then dia senyum menggeleng .

Ustazah pun ckp la . memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan . sebab masih melekat kat situ . jadiya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu. ☺

conclusion is,  nak solat je,  bersihkan tempat tu ye.  Dan najis jangan bawa dalam solat.  Sebab,  .
Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak buang letak tempat lain . jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah .

Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu.

Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam .kalau nak bawa dalam solat terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti,  maka solat kita nanti tak sah. Diulangi.

TAK SAH!

ramai yg tknk amik tahu dan ambil berat pasal ni. kadang2 tu ckp kat kawan kawan pun masing masing taknak dengar. tapi please amek berat ye. Nak ke solat tak sah hmm

Wallahu a'lam.

✰ Riak dalam amalan ✰

BRO SIS.. 

baca dulu beb

Haritu aku ada la tengok kuliah solat..  speaker dia Ustad Haryanto.. U all kenal kan.So, ditakdirkan Allah aku pon dengar lah short tazkirah dia.
.
Guess what? It's bout RIAK guys!  Aku suka gila title nie sebab aku rasa mostly people akan terkena bahang sindiran yang aku nak kongsi ni..

Okeh lets start.. 

u all pernah tak rasa happy, sedikit proud if someone think that u all nie baik, jaga ikhtilat, buat perkara2 sunat for eg u all x tinggal dhuha,solat sunat after and before fard prayer, u all suka duduk dlm majlis ilmu and so on la..  korang penah x rasa?

Mesti u guys rasa seronok tahap mega sebab u all akan dicategorized as baik, and u all pikir by that way u all boleh la jumpa bakal zauj n zaujah yg beriman gitu..

See? U all buat tu sebab u all nak dapatkn someone's attention.. bukan kerana Allah.. Hmm, its hard tu throw away sifat tu biar tenggelam dekat Lautan China Selatan.. I know it guys!

In real life, people memg macam tu.. Do something bcause u want something, right? Hey cmon guys , x kan u all nak pahala2 u burn macam tu je ..Please do something people!

And in short tzkrah tu jugak, ustad kata even orang yg mati syahid pon x tawu la sama ada dia benar2 mati syahid kerana Allah or dia nak syahid sebab after dia meninggal,he wants people to know and said "eh, dia ni la dulu yg syahid lawan musuh2 Allah"..

Its all about riak.. kadang2 kita buat baik, and dlm baik2 tu pon kita still ada perasaan tu kan? Alahhh, u all x payah la perasan, "eh,nasib baik aku buat tu ikhlas, x nak bagi org tawu,
Alhamdulillah "

.. Dalam korang x sedar, u all dah ada sifat sum'ah dlm diri, bangga dengan kebaikan yg u all buat and rasa korang la terbaik ..

Guys.. why kita kena rasa bangga sebab kita solat kat surau every subuh sedangkan itu semua Allah yg dah tentukan .. Hari ni Aku pilih kau solat kat surau .. Kalau la Allah x takdirkan, u all buat la mcm mana pon still x boleh kalau Allah x izinkan, right?

And to avoid or declined the riak , aku suggestkan korang sudah2 la tell everyone like "sorry, aku solat dhuha jap tadi " and sometimes korang send message tyme waktu tahajjud to tell everybody that u are awake for that time and surely orang akan anggap korang nie bangun tahajjud even kdg2 korang bangun tu sebab kucing panjat naik atas katil korang ke apa kan ..

Avoid that.. sebab mungkin it help us to buang jauh sifat riak ni..

And trully sifat nie hapuskan semua amalan kita tanpa kita sedar ..

Daripada aku yang teramat jahil nie, aku rasa we should change from now,  lagipon ajal x tunggu kita guys.. Kita nak tunjukkan dekat semua orang yang kitalah terbaik, tercantik, tersoleh, mashaallah, haha..  and we got nothing from these sebab it are all belong to Allah..  Kenapa kau yg nak rasa hebat while semua nie bukan kau punya? 

Think bout this guys..

✰ Ana Khairun Minhu ✰

Assalamualaikum

Takzkirah ramadhan

Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Hari ini, ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..

18 Ramadhan 1436 H : Masa umpama lintasan kilat

Entahlah.

Barukan tersedar entahkan sampai bila.

Entahlah.

Tidak ku menjangka sebegini leka.

Lemahnya roh dalam ibadah tika bersama keluarga tercinta.

Zahirnya bahagia batinnya terseksa jiwanya merana.

Entahlah.

Jangan entah saja bangkitkanlah jiwa bukan sekadar jiwang semata.!

040720151105PM
SATURDAY
HOMESWEETHOME

5 Ramadhan 1436 H : Perang Dingin

Entah mengapa.

Tiba-tiba langsung tak berbunyi tidak mahu bertegur sapa.Angin tiba-tiba.

Entah mengapa.

Jika terasa katakan saja,aku tak mengapa.

Entah mengapa.

Jika tak mahu bicara tak mengapa.Salamku tak bersambut lagi dingin umpama angin panas di kaki gunung berapi.

Aku tak mengapa.

Kau yang ada-ada.

Tak kuasa aku nak melayan.Biarkan saja.

Moga kau bahagia tak menyusahkan sesiapa.

Hatiku hati batu Hatiku hati kering.Terserahlah mahu jadi apa.Mahu bikin apa.Teruskan saja.Asal kau tak ganggu hidupku.Masih bertatih menjadi insan prihatin...semoga tak menyusahkan sesiapa jua buat diri.

Masih bertatih...

220620151043PM
MONDAY.
HOME SWEET HOME

4 Ramadhan 1436 H : Manja *Pic


Ramadhan ke 4.

Terasa diri begitu berat melangkah ke mana saja.Bila mana ada yang peduli bagaikan tiada lagi pandai berdikari.Bila mana ada yang beri perhatian tiada lagi rasa simpati.

Kerasnya hati.

Maafkan aku kerana tak membantu.

Kan ku pergi lalu kembali membawa ilmu harta dan nama.

Nantikan.
Moga bahagia di akhirat sana.

210620150528PM
SUNDAY.
HOME SWEET HOME

3 Ramadhan 1436 H : Tadarus Al Quran *Pic

Mengimbau kenangan.

Pertama kali tadarus di perantauan kini kembali tadarus di kampung halaman.

Lain orang lain ragam lain latar belakang bermacam ragam.

"Dia main langgar je.. "

Masih terngiang-ngiang di telinga seperti sinis kata-kata namun ku tahu ia tak bermaksud.
Perasaan saja yang mudah tersentuh.

Namun itu dulu,

Kini semakin kebal.Tiada apa perlu dimalukan untuk kebaikan diri namun terkilan andai menegur namun tak membetulkan.Kritik menjatuhkan perasaan merendahkan harga diri.Mujurlah tidak menghancurkan.

Masih aku punya rasa.

Moga kekal tsabat membetulkan apa yang salah meluruskan apa yang tersasar.Membina jati diri yang teguh utuh buat diri.

Individu muslim tak semudah yang dijangka kerana hidup tak terjangka.

Aku punya mimpi.. Aku punya impian.. Moga termakbul suatu hari nanti..Ku mohon yang terbaik dari ilahi.


20062015
SATURDAY0455PM
HOME SWEET HOME

2 Ramadhan 1436 H : Mendidik hati *Pic

Mendidik hati.

Dari ramadhan ku kenali diri sendiri.

Betapa selama ini bukan hanya syaitan yang membelenggu diri namun dari hati yang tak kusyuk mengingati ilahi.

Betapa ku sedar kemalasan itu datang dari diri sendiri.Betapa ku tahu fikiranku menerawang kerana diri sendiri.Angan-anganku kerana perangai sendiri.Dan ku termenung tak pernah berhenti.

Menghakis jahiliah yang bersarang dalam diri umpama menghakis jerawat di muka yang tumbuhnya tiada henti.

Tak semudah ucapan tak seringkas perbuatan.

Mujahadahku melawan nafsu terkadang rebah tanpa alamat.

Mujahadahku terkadang terbengkalai angkara nikmat.

Namun mujahadahku demi kebenaran takkan pernah terhenti selagi bertakhta iman di hati.

Moga husnul khatimah buat diri.

190620151205PM
FRIDAY
HOME SWEET HOME


1 Ramadhan 1436 H : Merisik Khabar

Ramadhan kali ini.

1436H/2015M.

Dapatku luangkan masa di rumah sepenuh masa.

Full Time Housedaughter.

Terawih di masjid.

Moga beri erti ramadhan kali ini.Begitu sayu hati ketika ini mengenangkan detik ramadhan tahun lalu.Betapa indah dan nikmatnya tatkala hadirnya hati dan roh ketika ramadhan tiba saat diri sendirian di kejauhan.Jauh dari family dan mereka yang benar-benar mengasihi kerana ilahi. 

Rindukan kenangan bertadarus bersama mereka yang lembut menyantuni mengajarkan diri yang buta tuli akan tajwid.Sungguh aku rindu.

Tak puas mengutip ilmu.

Walaupun seketika manisnya sungguh terasa kerana syukur doaku dimakbul ilahi.

Dalam setiap sujud tak pernah ku jemu meminta dikurniakan sahabat solehah.Walau seketika detik mereka hadir sudah cukup menggembirakan hati ini.Alhamdulillah Segala Puji Hanya BagiMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud.

Detik kematian,

Setelah ku tinggalkan tempat itu..kedengaranlah khabar musibah banjir.Juga kehilangan seorang insan yang pernah ku kutip ilmu perihal bekas spesimen darinya.

Al-Fatihah,Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi.

Sayu jua buat 2 kenalan ini,

Seorang trendy dalam fashion terkini,sungguh baik hati tak pernah jemu membantu.

Seorang solehah aktif mendidik masyarakat,tinggi ilmu tabah hatinya.

Mereka kehilangan ayahanda mereka dalam sekelip mata.Ramadhan kali ini dilalui tanpa ayahanda mereka di sisi..

Dari kejauhan ku merisik khabar.. Dari kejauhan ku mendoakan..semoga kekal tabah!
Ampuni daku.. Maafkan aku..sukar melupakanmu..Moga hilang rasa ini bersama hilangnya waktu yang takkan kembali lagi.. Demi CintaMu Padaku Ya Ilahi Ku Mohon Yang Terbaik Buat Hati.

180620151204AM
THURSDAY.
 HOME SWEET HOME.

✰ Tafsiran berbeza ✰

Bismillah,

TAFSIRAN berbeza

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

Moral of the story

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan hidayah & taufiq....

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah
IKIMfm

✰ Hijab pada Wanita ✰

Hijab wanita itu ada empat ...
Hijab pada wajahnya,
Hijab pada matanya,
Hijab pada suaranya,
Hijab pada hatinya,
.
Apa ertinya?
.
1. Hijab pada wajah
- Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.(Bukan Mahramnya)
.
2. Hijab pada mata
- Jangan matanya memandang lelaki lain selain muhrimnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang,tidak memandang.
.
3. Hijab pada suara
- Jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.
.
4. Hijab pada hati
- Mengingati Allah Ta’alla .. dengan tasbih  subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar.
.
[ tutuplah auratmu ukhti sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan.]
.
Subhanallah Wabihamdihi

#MuhasabahDiriBersama :)

✰ Maafkan saya rosakkan awak ✰

Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram 
Saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting 
yg penting kelihatan cantik depan Allah , Tuhan kita

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya seorang pendiam , kurang bercakap
Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran , 
smartphone di tangan bila perlu sahaja 
saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya

Terima kasih rosakkan saya
Saya jarang tgk cermin , 
Sebab bila saya tgk cermin 
Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’
Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan
Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya

Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmabar saya dalam pesbuk
Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia
Tapi manis depan Allah SWT

Terima kasih rosakkan saya
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook
Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya
Saya gembira ada kawan sehaluan saya

Terima kasih rosakkan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya 
Pandangan awak terus ke mata saya 
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah

Setiap hari awk memandang saya 
Saya berasa malu , awak pandang saya
Saya Tarik hand-sock saya , tutup mulut saya 
Saya segan bila awak tenung saya ,

Terima kasih rosakkan saya 
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya 
Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya
Kadang2 saya tersedar semua ini salah!
Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak mendominasi saya

Terima kasih rosakkan saya 
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa
Berusrah , dan membaca hadis 
Menelefon mak saya
Tapi….
Suatu malam , 
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya 
Saya tengok gmbr awak,
Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamualaikum “
Saya jawab ‘ waalaikumsalam”
Awak tnya esok kelas start kul brapa
Saya jawab kul 10 …..
Awak kata nak berkawan dengan saya 
Saya kata insha Allah boleh…..
Dan berterusann…………………………………………….

Terima kasih kerana rosakkan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya
Saya tunggu
Dan awak memang akan whatsapp saya 
Saya gembira awak gembira

masa kosong saya 
tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan saya 
tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya 
kita hari2 texting ,saya suka

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya suka awak pandang saya , 
Dan awak kata saya senyum manis , 
Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata 
Saya tengok cermin , 
Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya

Terima kasih rosakkan saya 
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink 
Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu 
Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’
Saya jugaaa

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya
Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal 
Awak kata , saya lebih manis
Saya suka bila awak cakap macam tu

Kawan2 saya tahu psal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakan saya 
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya 
Hehe, saya suka

Terima kasih kerana rosakkan saya 
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate 
Dia kata dari awak , saya gembira 
Saya tak sampai hati nak makan 
Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka

Terima kasih rosakkan saya
Hari ni saya pergi kuliah 
Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal 
Yg awak kata saya lebih manis
Saya tidak pakai kaca mata 
Saya pakai contact 
Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira

Terima kasih rosakkan saya 
Tiap2 malam kita sembang 
Awak bgtau masalah awak
Saya bgitau masalah saya
Saya ada awak
Awak ada saya

Tetapiiiiii
Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya 
Saya tunggu , awak tak wahtsapp 
Saya whatsapp , awak tak balas
Saya sedih

Terima kasih rosakkan saya 
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with
Awak tinggalkan saya 
Saya rasa macam kena tipu 
Tapi mcmna nak marah 
Kita just kawan

Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak 
Awak tak pandang saya lagii
Awak tak fikirkan saya lagi 
Saya kecewa

Saya pandang cermin , saya buka tdung 
Saya memakai lipstick merah 
Agar awak pandang saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu 
Tapi awak tak pandang saya lagi 
Awak sibuk dengan si Dia

Terima kasih rosakkan 
Saya cari orang lain, saya berlipstick merah 
Saya cari orang lain
Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond
Awak tak kisah

Saya tekad 
Saya berkepit dengan orang baru saya 
Saya senyum dengan lipstick merah saya
Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia 
Saya nak awak

Saya tekad upload gambar
Saya bercium dengan orang baru saya 
Tapi awak tidak kisah
Awak…..

Saya menangis…….
Menangiss…..
Berfikir dua kali , saya .. saya menangis…
Bukan sebab awak , sebab saya dah lain
Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah 
Saya…. Allah help me..

"Beringat-ingatlah sebelum kena. Jaga pandangan, jaga iman, jaga ikhtilat,Tegaskan diri duhai muslimah.Jangan mudah terpedaya pada buaya! Sadokan hati hanya buat yang halal. "

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya seorang lelaki yg dibolehkan dikatakan ada rupa
Pandai memikat hati gadis
Dengan kata2 manis saya

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya suka melihat gadis yg mempunyai senyuman manis
Perwatakan baik dan menawan
Dan saya cuba dapatkan mana2 gadis begitu

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya tawan hati mereka
Saya tidak kisahh
Apa pengakhiran mereka
Yg mana dapat , saya akan lepaskann

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Orang lain nmpk awak
Seorang gadis bertudung labuh hitam
Muka putih pucat , bibir suram
Tapi di mata saya , awak ada kemanisan yg saya nak
Saya mesti dapatkan awak

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Org kata susah lelaki dpat dekati awak
Xpe , saya tetap cuba
Saya pantang di cabar
Saya mesti dapatkan awak

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya sengaja merenung panjang ke mata awak
Awak malu kucing
Awak Tarik hand-sock kat mulut
Saya senyum mesra

Setiap saya tenung awak
Awak semakin suka dan saya tak sangka awak balas senyum saya
Saya memberanikan diri
Untuk minta no phone awak dari kwn awk
Dan saya dapat

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya whatsapp awak
DP whatsapp awak gmbar bunga
Saya tahu awak suka bunga

Saya ucapkan ‘asalamualaikum’
Awak balas ‘ waalaikumsalam’
Saya Tanya kelas pukul berapa?
Awak balas pukul10
Dan berterusannnnn………..

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Aritu awak pakai tudung labuh pink
Lain dari lain , saya saja cakap awak maniss
Maniss la awak pakai pink
Sbb saya tahu awak akan suka

Maafkan saya awak
Awak tukar DP whatsapp ,
Bukan tudung labuh tapi tudung bawal ,
Awak nmpak , awak Nampak lebih cantik
Saya kata
Awak semakin sukaa

Maafkan saya sbb rosakkan awak….
Tiap2 malam kita whatsapp
Hehe
Awak bgtau masalah awak
Saya bgtau masalah saya…

Maafkan saya sbb rosakan awak..
Saya tunjukan mesej2 awak kat member saya
Diorang solute saya
Kerana dapat awak
Mana xnye ni kan Saya kan hahaha
Dah terbuktinyaa saya hebat

Maafkan saya rosakan awak..
Ada awek baru , rakan2 saya cabar saya utk dpatkan awek baru
Saya terima cabaran merekaa
Saya tinggalkan awak
Saya tak whatsapp , awak tunggu
Awak whatsapp , saya tak balas
Bagi saya , dah cukup kot

Maafkan saya rosakkan awak
Saya dah ada orang lain utk whatsapp with
Saya dah x kisah pasal awak
Saya gembira dengan orang lain
Jgn kacau hidup saya lagi

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Saya nampk awak pun ada orang lain
Awak dah x pakai tudung labuh
Awak dah tak pndiam
Di mata saya , kemanisan awak dah hilang
Saya pun tak kisah awak dah ada orang lain
Selalu berkepit pula tu

Maafkan saya sbb rosakan awak
Tapi mata awak selalu memandang saya
Macam awak masih sukakan saya
Tapi awak berkepit dgn dia
Saya buat tak kisah

Maafkan saya sbb rosakkan awak
Satu kelas heboh bila awak dating berkepit dgn si dia
Kini awak dah memakai tudung dan memakai lips stick merah
Awak kelihatan gembira dengan dia sebelah awak
Tapi saya tak kisah

Malam itu , saya sgt terkejut
Buka newsfeed pesbuk
Ada gmbar awak n dia n awak cium dia
Ramai comment ‘knapa?’
Awak comment balik ‘jgn ganggu hidup saya’
Semua tertnya2 knpa awak berubah?
Dan kawan2 semua bertnyakan awak knpa awak berubah ?
Awak kata ‘nak bebas n KECEWA’

Maafkan saya sebab rosakan awak
Saya rasa bersalah
Adakah disebabkan saya ?
Soalan itu berputar2 di fikiran saya
Tapi saya tidak endahkan , saya fikir awak mmg nak kebebasan

Tapi………………..
Kwan awak kata awak tiap2 hari menangiss
Menangiss, sambil depan cermin
Sambil pegang rambut awak
Mereka tnya , tapi awak kat xde ap2
Dia mnta saya tolong
Tapi saya xtau mcmna nak tolong

Maafkan saya sbb rosakkan awak…
Saya rasa macam bersalah,
Saya dapat tahu awak berhenti pgajian
Sebab ada masalah psychology , kata kawan awak….
Semua orang sedih awak n rindu awak yg dulu
Pada masa itu , saya rasa sangat bersalah

Maafkan saya sbb rosakan awak
Kwn awak jumpa saya
Dan dia bg satu kertas
Dia kata dari awak , saya tak baca kertas tu
Nnti sampai bilik , baru saya baca

Sampai bilik
Saya baca tajuk ‘ Terima kasih Rosakkan saya’

By Jang Abd Mutalib

✍ A big disaster ..

Lost.

I'm lost here alone.

I want to talk about so many things but i dont think that no one will understand me.

What should i do?  I dont know what can i do.. I'm really stuck over here.

They dont give me go anywhere.. What should i do.. What should i do.. Even i didnt go anywhere my heart already flying everywhere...but i have to accept all of this.. Sooner or later.. I gotta choose..

 Err.. 

A song?  Lol..

I have to be patient and think properly as i didnt want to make a big mistake and disaster.. So i need to be calm.. Calm down...everything gonna be fine..insyaAllah.. I know that they will not understand me..

And bigger than that.. It was so hard to make them understand me as i didnt know how to speak softly and with calmness.. It was better that i stay silent than talking harshly.. It quit hard actually.. 

But no worry..

InsyaAllah.. There's a way.. InsyaAllah.. InsyaAllah.. Have faith in Allah!! Dont lose the wayy... 

Fighting!!!!

140320150832AM
SATURDAY
NO ROOM
HOME SWEET HOME

✍ Part Time Job

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah.

My Muet examination already gone! 

Err. Already occur right?  Lols.I dont even study on grammar.

Aigooo.Too many mistakes.Even when i do the comprehension.. I think the idea is so irrelevent but im in hurry actually so what can i do.. I just wrote it down.The time is up as i stop writing.

Thankss Allah!

And now just to move on.. I have a plan from A-Z.

Ipta application is done. 

Document for sent to U in progress. 

And just waiting for Muet result. Maybe in May.

And back up planning too for Ipts.

I just want to sudy.. Study.. And study.. And study.. And study!!!!!

InsyaAllah awhile im waiting for my Muet result.. I will be going for a part time job.Dont mind what people said about that job as i did not do anything wrong.Please dont ever look down at any job as long as it legal and not haram. As i need a lot of barakah money for my future dunya and akhirah!!

So till then, Wish me luck!!!

100320151037PM
TUESDAY
NO ROOM
HOME SWEET HOME

♪ Mereputlah kau ♪

Mereputlah kau sesorang.

Bilamana tiada orang yang mahu melayan.

Bila mana tiada orang yang mahu memberi perhatian.
Bilamana tiada lagi yang mahu hiraukan.

Mereputlah kau sesorang.

Forever alone.

Mereputlah kau sesorang bila mana tiada lagi ikatan kasih sayang.
Mereputlah kau sesorang bila mana indahnya persahabatan hanya buat seketika.
Mereputlah kau sesorang.

The end.

Tiada yang akan pedulikan.Tiada yang  beri perhatian.Tiada yang akan datang jika bukan kau yang terlebih dulu beri perhatian.Memberi rasa.Menimbang tara.Menjadi penyelamat dunia.

Mereputlah kau sesorang.

230220150221PM
MONDAY
HOME SWEET HOME

♫ Ujian Rasa ♫

Igauan.
Terpapar di ruang mata..
Terpanah di jiwa..
Bergema zikir Ma fi qalbi ghairullah.
Hanya di hati.
Namun tidak kabur walau menjauhi.
Semoga waktu menghilangkan rasa.
Demi Dia.
Andai takdir kita bersama atau sebaliknya
Cuma satu harapan jiwa..
Kejar redhaNya semoga bahagia hingga menggapai syurga.
Till then.
190220150644PM
Thursday .
Home Sweet Home

✰ Cinta Dalam Diam ✰


Kawan..

Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam. Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya. Dengan begitu kau telah memuliakan dia, karena kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mahu merosak kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…

Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

Dengan diammu…

Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya. Karena mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu..

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan. Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ..

Kawan…..

Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan. Kekuatan sebuah harapan, hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan. Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata. Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

Kawan…

Jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata. Biarkan ia tetap dalam diam. Jika dia memang bukan milikmu, yang pasti ia milik Allah, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengharungi hidup bersama. Biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati…

Kerana yakinlah,Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Karena tulang rusuk takkan tertukar apalagi tersasar…

Penulis

Muslimah NurSyurga

Editor

Abi Aisyah

Via ILUVISLAM.COM

✍ Lazy!!


Tomorrow..

Tomorrow is the day of i'm taking MUET. 

Paper of speaking only.

Nothing that i had do.

Serves me right.

So lazy to fight the nafs that playing around into myself.

What have i done...

Now i'm just wait for the time without doing nothing.

Worrying is nothing.

Doing is really something.

Please come to conscious myself..

Oh nooo....

Today i dont like feel doing anything.. I just want to lay on my bed.. Correction.. 

Everyday actually.. Morning Tuesday....

030220150735AM
NO ROOM
HOME SWEET HOME

✰ Berpada-pada dalam menasihati ✰

Bismillah

Berpada-pada Dalam Menasihati

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.

Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Hai pemuda…!

Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain. Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki.

Celakalah engkau…!

Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

(Disampaikan di Madrasah Al-Ma’murah, hari Ahad pagi, 3 Syawal 545 H)

[Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.