Featured

✍ Last post...mungkin.

Haha.

Malam terakhir aku ada dekat rumah.Esok nak gerak dah.Bye2 home sweet home.Jaga diri semua.Doakan orang berjaya.InsyaAllah.

Amboiii.

Lepas update ni aku terus packing laptop masuk beg.Dah tak ada buka-buka dah sebelum sampai sana laa..hehehe.InsyaAllah kalau ada waktu atau wifi bolehlah aku online.Tapi kalau nak beli broadband tu..alamaknya kirim salam je lah..Haha.Bukan apa..dalam dilemma seorang pelajar yang mempunyai hutang berpuluh ribu beginilah.

Perlu bertindak bijak dalam menguruskan hal kewangan.Utamakan yang lebih penting daripada yang penting.Lebih sukar tak menyusahkan mak ayah.Namun apakan daya...kudratku tak berdaya.Moga-moga kuatlah aku berdikari agar tak susah sangat mak ayah..allahumma aamiin..

Barang yang nak dibeli pun perlu disenaraikan terlebih dulu.Bajet duit lagi...dah senaraikan kena potong apa-apa yang tak penting sangat walaupun macam penting.Tak mahu menyusahkan mak ayah lagi..Aigooo cepatlah kau pandai berdikari wahai diri...

Semoga praktikal dipermudahkan Allah..wahai blog..andainya panjang usiaku semoga kita berjumpa lagi...dear korang yang terbaca...doakanlah kejayaan aku..tak ku minta harta ..tak ku minta hatimu...cuma sepotong doamu saja...hahaha...drama sungguhh..tapi sungguh..aku perlukan doa mu ..doamu saja k...hehe.

Mung tunggu aku datang sepital !

300320141225AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


✍ Percaya

Percaya.

Susah aku nak percaya.Susah lagi aku nak letakkan kepercayaan pada orang.Bukan apa aku takut jatuh berdebuk-debuk.Kau tahu je lah kalau jatuh berdebuk-debuk susah sangat nak bangun.

Tapi .

Bila kepercayaan tu tak ada makanya aku jadi risau .Betulkah dia..bagaimanakah dia..macam manakah dia...apakah dia...dan segala tanda soal memenuhi kepala.Seolah-olah menghasut kejahatan masuk dalam kepala.Jahatnya...

Nyah kau syaitannn!!

Namun kemusykilan tetap menggunung tinggi.Hmm..apakah aku harus letakkan kepercayaan pada orang...Namun jika sudah percaya makanya ada harapan.Aku tak suka meletakkan harapan pada sesiapa.

Just go with the flow...boleh kan?

Harapnya semoga semua berjalan dengan lancar.

Dan bila aku menulis aku pun tak percaya..betulkah apa yang aku tulis ni..atau perlukan aku padamkan semula.

Soalnya aku.

Aku yang bercelaru.

Maafkan sajalah aku.

280320141259PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.



♫ Kegelisahan diri ♫


Tak terucap apa kata-kata
Namun cukup pada pandangan mata
Seakan tak mampu ku alihkan
Seakan tak mampu ku sembunyikan diri

Diri tak mampu menjadi kerdil
Tertunduk kegelisahan
Terpaku di tempat sendiri
Jiwa tiada getarannya

Hanya resah dilihat matanya
Mungkin kerana kutub
Gelombang tarikan pun terhasil
Namun hati tiada tersentuh

Inginku hilangkan diri
Inginku selesa di tempat sendiri
Namun tiada kudratku di sini

Hanya menanti penghabisan dalam kegelisahan diri

280320141234AM
ROOM
HOME SWEET HOME


✍ Mood berblogging

Mood.

Mood berblogging dah datang.Malangnya.

Malangnya tak tepat pada masanya.Tika aku bakal memulakan praktikal.Tika itu jugalah mood itu datang kembali.Apakah semua ini.?! Sepanjang berbulan-bulan cuti ini kenapa kau tak datangpula?!!

Hohoho.

Drama lebih.

Segmen,Giveaway,komen sini komen sana.Tembak sini tembak sana dan sebagainya teringin nak masuk tapi.Takut tak mampu beri komitmen.Takpelah bersabar jelah.Sikit masa lagi.

Dan aku perlu kembali untuk mengemas Okay !.

Kemas kemas dan kemas.

Daaaaaaa!

Namun jika aku rindu.Aku akan datang jua.

Perghhhh.perghhh.

270320140120PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Syukur !

Bukannya sukar.

Alhamdulillah,terlalu banyak nikmat yang dikecapi.Dengan mudah dilalui.Mungkin sekarang aku berasa syukur kerana bahagia.Semoga tidak ingkar dikala aku disempitkan duka.Tika itulah dugaan iman kuat melanda di jiwa.Semoga kan terus kekal bersyukur.Berusaha selagi mampu dan terdaya.

Rumah sewa settle.

Kini,detik untuk menghadiri praktikal semakin menghampiri.Mungkin aku tak merasa apa sekarang ni tapi tak tahu apa rasanya bila menyiapkan diri untuk menjejakkan kaki ke sana nanti.Mungkin tika itulah debarannya akan tiba.Moga kuat hadapinya!

Kemas.

Barang-barang perlu dikemas dan disusun.Aduhai.Moga aman tenteram.

Shopping.

Baru saja sebentar tadi.Pening kepala untuk memilih.Konklusinya.Aku tak suka shopping kalau tak ada keperluannya !Bila lama-lama kelam jadinya.Lebih baik online saja.Lebih mudah rasanya.

Dan sekarang.

Malas untuk berfikir apa-apa lagi.Kepala berdenyut tak tahu kenapa.Seringkali begitu apabila habis fikir.Fikiran terlalu berat barangkali.Berat dengan fikirkan perkara yang tak diketahui.Aku ingin berehat.

Berehat sekarang ini.Izinkan aku.

Izinkan aku berhenti setakat ini.

260320141027PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Tak seimbang.

Aku nak menulis tapi teragak-agak.

Lalu tersekat di pola pemikiran.Gelombang jadi tak seimbang.Makanya.
Makanya sekarang ni aku berada di sini sedang menaip gitu lo.

Pulak!

Padahal nothing importante.Saja nak menaip.Lepas gian.Lepas fikiran.Mungkin lepas aku masuk praktikal aku susah nak menaip.Mungkin la.Barangkali.50-50.Masih ada peluang lagi untuk online selalu.Nampak samar juga untuk online selalu.Apa-apa pun kita tunggu lah nanti.

Kehidupan baru.

Mula menjejakkan kaki ke hospital.Saraf aku mula bergetar.Kegelisahan.Ketakutan.Biasalah untuk pertama kali.Aipp!!..Belum mula lagi pun.

Minggu depan.Hari selasa.InsyaAllah aku mula.Semoga aku tabah !.Bertabahlah wahai hati!Siap sedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan.Moga tak terhenti di pertengahan jalan.

Kemungkinan aku update diari praktikal di sini.Tapi.Seperti yang dibilang.1,2,3.Heee.Peratusan 50-50.Jika tak mampu untuk aku online aku cuba menulis di buku.Tak pun mungkin di microsoft word.Jadikan ia PDF dan upload saja . Waahhh..rajin sangatlah tu.

Aku nak upload gambar di sini pun teragak-agak.Maybe sharing is caring.but.aku rasa sharing is dangering..eh.Bahasa barukah itu bah? Haha.Hantam saja sesuka hati beta.Tapi aku nak kongsi apa yang aku nampak dengan lebih jelas tapi.Mungkin aku perlukan lebih masa lagi.

Sabarlah.

Mungkin ada harapan untuk aku upload gambar.Mungkin.Jangan pernah berhenti berharap.Haha.Arghh! Drama semua itu!Tapi aku suka untuk kongsi kebahagian apa yang aku rasa.Aku suka untuk kongsi apa kesedihan yang aku alaminya.Namun.Mungkin sekadar perkataan sudah mencukupi.Atau mungkin tak?.

Entahlah. Bila difkirkan perlu atau tidak menjadikan fikiran pusing-pusing gitu.Makanya aku stop untuk fikir.Ya.Stop tanpa konklusi.Itu lebih memeningkan bukan?.Tapi sekurang-kurangnya tak terbeban walaupun belum bebas.Esoknya pening lagi.Haaaa.Ok la.Sudah la tu.Maafkan saya.Bahasa bercampur itu menandakan gelombang fikiran ku tak seimbang.

Maafkan saya.

Ya Aku maafkan kamu tolong teruskan hidup jangan sebut namaku.Hih!

260320141207AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.



☂ Sunnah ketika sakit ☂

♫ Hakikat ♫


Hakikat.
Walau pahit ditelan.
Walau pedih tertikam.
Namun takdirNya mengatasi segala.

Sebak.
Tak tertahan melihat mereka.
Sebak.
Bergenang air di tubir mata.

Tabahkanlah mereka.
Redhakanlah pemergian mangsa.
Sedangkan melihat sudah tak tertahan
Inikan pula di tempat mereka.

Hakikat hidup yang sementara.
Tidak kembali kepada pangkuan keluarga
Kembali pula ke pangkuan Maha Pencipta
Kita juga bakal kembali sama

Kembalilah semula tika masih bernyawa
Sebelum nafas terhenti tiba-tiba
Kematian yang tidak pernah terjangka
Malaikat maut datang mencabut nyawa

240320141114PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


☂ Dont play with my heart ☂

♪ Budak-budak lagi tahu ♪

Adat ujian di atas kertas.

Ada yang tinggi ada yang rendah.

Chill lah!

Janganlah mendengki.

Kebiasaannya.

Sampai turn kita,

membangga setinggi langit.memandang rendah orang yang rendah markahnya...

Bila orang lain markah tinggi,

meluahkan rasa kecewa dengan mengumpat pula peribadinya tanpa henti...mengapa begitu pula?..

Janganlah begitu.redhakanlah keputusan.
Eratkanlah ukhuwah.Perbaikilah diri.
Muhasabah apa yang tak kena dengan aku ni.

Seandainya kau tahu.

Rahmatnya menggunung tinggi bagi mereka yang bersatu hati.
Tiada hasad dengki.Tiada iri hati.Tidak juga menyombongkan diri.

Bergandingan bahu menggapai redha ilahi.

Bukan budak-budak lagi.

Btw,

Seandainya kau tahu.

Budak-budak lagi tahu.

230320141029PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


♫ Dan aku. ♫


Menerjah masuk pada pandangan
Ya, dia telah pergi
Tiada lagi di dunia ini
Khabar diterima penuh kejutan

Berita penuh yang tak diketahui
Bagaimanalah agaknya perasaan keluarga
Barangkali sedang berduka

Aku bukan di tempatnya
Mudah menangis mudah merasa
Aku bukan di tempatnya
Menanggung pilunya rasa

Begitulah hakikat insan di dunia
Hanya mendengar khabar
Rasa derita hanya dia yang rasa
Aku mendoakan apa yang termampu

Semoga rohnya tenang di sana.

Dan aku.

Kembalilah ke hadrat tuhanmu semula.

210320140414PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Prepare !

What i'm going to do..nothing to do..??

Heh.Padahal banyak benda nak kena buat ni...prepare untuk praktikal lagi..as u know..aku dapat praktikal kat hospital T..hmmm...betul ke apa yang aku buat ni?..tapi hidup perlu diteruskan juga akhirnya...akhirnya aku pun praktikal...Harap semua berjalan dengan lancar.

Hari ni jugak dapat berita pasal abang N meninggal kena langgar lori.Daripada Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali.Tolonglah insaf wahai diri.Tak sangka.Terkejut at first aku dengar.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.Allahumma aamiin..

210320140408PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Sains A .

Khamis 20 Mac 2014

Hari ini kau datang lagi.Mood yang masam mencuka.Hari-hari selalunya memang macam tu pun.Terukkan perangai.Hmmm.Tengoklah tulisan aku jadi cantik pula.Rajin nak menaip tulisan penuh.Hohoho.

Pagi.

Hmmm.Mesyuarat AIM.Bosan betul.

Petang.

Adik aku balik bawa result.Sains dapat A.Alhamdulillah.Dan bermulalah episod aku mencarikan apa yang terbaik buat adik aku.Semoga Allah permudahkan rezekinya.Allahumma aamiin.

Malam.

I'm here of coz.Daaa.

200320140827PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Sebak di dada ♫


Sebak di dada
Tika menyuarakan hasrat
Namun dipersoalkan pula
Kenapa aku??

Sebak di dada
Tika menjelaskan perlahan-lahan
Berbicara dengan nada yang tertahan-tahan
Sebabnya aku berada

Segalanya terhenti
Sebak penuh di hati
Ucapan terima kasih tertahan-tahan
Terluah jua akhirnya

Tak sampai hati.
Laranya duhai hati.
Mengapa begini kau sensitif.
Tak layak kau menjadi daie..

Allahu..kuatkanlah hati.

Hati ini.

190320141011PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Sesatttt

Rabu 19 Mac 2014

Dalam 8.30 pagi lebih kurang gerak dari rumah pergi PJ..patutnya dekat je..alih2..sesat pula hahaha..ini semua salah...?? err..heee..salah masuk lorong lebuhraya daaa..padahal nak pergi tempatnya dekat je..cuma jalan tu yang tak nampak...

Pastu benda ni buat aku terfikir...

Masa aku balik tadi aku nampak sebuah kereta kat depan..and jalan yang sangat panjang...dan banyak pula cabangnya...kita ni bolehlah diibaratkan bagai orang yang memandu kereta tu..dan jalan tu pula diibaratkan jalan kita menuju destinasi...

Yang nak dijadikan ceritanya..kita dah tahu ke mana kita nak pergi..destinasi = Jannah...tapi..kita tak tahu jalan...begitulah diibaratkan keadaan kitorang tadi..rasa sangat pening dan loserr...huhuhuhu...sedih betull !..last2 kitorang pun terpaksalah panggil teksii...dan u know whatt?..

Teksi tu bolehlah diibaratkan orang yang membimbing kita menuju Jannah...The Perfect One !..Sollu alan nabi...! kalau salah arah jangan segan meminta bimbingan...jangan biarkan hidup kita terus tersesat tak jumpa jalan...sampai masa..kita letih...duit dah habis...masa tu lah kita baru sedar...mungkin dah terlambat...terlambattt....

dan..aku pergi PJ sebab nak pergi kolej ambil baucer..ambil baucer kena tunggu 2.30 ptg pulak...dah terlajak waktu sesi pagi macam tu lahh...sempatlah solat zohor kat surau situ...seb baik cepat je dapat baucer..pergi pulak cop mohor kolej nya..alahai...pergi la kat student affair tu..dah la pakai kain..risau aku orang tertinjau dari bawah..wahaha...=.=" not funny at all !

sebelum ambil baucer tu..aku ada kol madam W tanya pasal boleh tak aku nak ambil surat lapor diri kat dia..alih2...cara dia ckp macam tak nak bertanggungjwab..lebih kurang macam...apa ada kena mengena dengan aku pulakk??..bukannya aku nak minta dia bagi..just nak minta tolong ..boleh ke tak ambil kat diaa..aigooo..sabor jer laa...

Itulah aku malas nak jumpa orang..semua tak ada nilai2 murni..apa kau fikir kau murni sangat..??..hahaha..ok sentap sendiri.Alih2..semua lecturer mlt tak de kt kolej utama ..sume ada hal..padahal aku dah bagitahu en.A ..ko tau aku bagitahu kat mana?..kat emaill...takkan dia tak faham kott?..pelik rhh...padahal surat2 y aku suruh dia buat pun aq bgtau kt email je...kan mudah..zaman IT la katakan...

Alih2 dia ke mana..miss S yang dia suruh jumpa pun tak de...dan tanpa perasaan..aku pun membawa pulang baucer buku !! yahooo!!!boleh beli  buku banyak2!!..hahaha..terima kasih kat mak dengan ayah..sian dorng...huhuhu...sabarlah mak ayah..doakan orang pandai berdikari ..nanti tak de lah mak ngn ayah susah lagi..

adesss...asal pedih lak mata nehhh...

190320140754PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

☂ Bersahabat biarlah sampai ke syurga ☂

✍ Blogwalking....

Selasa 18 Mac 2014

Hari ni pun nothing muchh..just asyik rasa berdebar-debar tak menentu..hari ni juga aku mula rancakkan gerakan meninggalkan jejak di blog2..nanti barulah aku senaraikan blog tu dalam bloglist...esok nak ambil surat lapor diri ngn buku log kat HQ..tujuan utama nak ambik baucer buku je pun..hmmm...

Rasa tak suka lah nak pergi kolej tu..tak tahulah kenapa..rasa tak sedap je hati nak jumpa lecturer sume..hari ni pun mood aku swing2...baran rasa...sekali adik aku pandang aku semacam terus aku memetir kat dia..padahal dia tak buat apa2 kott..ontah laa...teruk da aku ni bila tak de mood..

Makanya bila aku tak ada mood janganlah berani nak datang dekat..even stare punn!!..tengahari ampai baju..pastu hujan turun renyai2..lepas tu bertukar lebat...asudah..baju tak angkat pula tu..habislah ia basah kuyup..lepas tu panas balik...tak lama lepas tu hujan balik..hmmm..smile aja lah kat baju2 tu..sejuk yee???.hehehe..

ok la..tu je kottt...k..daaa..malas nak pikir apa yang dah berlaku..huahuahua..mood swing2 ada sikit2 lagi..haishhh...

180320140825PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ NikmatNya yang mencurah

Isnin 17 Mac 2014

Alhamdulillah..sebaknya rasa..bertalu-talu nikmatNya menerjah minggu ni..minggu ni la tahu dapat baucer buku..minggu ni lah tahu dapat dean's list untuk esok..tapi aku tak pergi pun..hohoho..malas nak pergi...dan minggu ni jugalah dapat jawapan tempat untuk praktikal !..Alhamdulillah.

Aku dapat praktikal kat hospital T tapi kena bayar Rm100 sebulan..alhamdulillah bersyukur apa adanya.InsyaAllah hari rabu pergi ambil log buku dengan surat lapor diri kat Miss S

Hari ni tak buat apa pun...tengok running man...melilau sini sana tak buat apa...nak basuh baju malas pula..hehehehe...nothing interest selain yang disebut..Alhamdulillah !!..

"Maka nikmat manakah yang ingin kau dustai ?"

170320140911PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Hujan selang seli

Ahad 16 Mac 2014

Tak ku sangka tak ku duga....rupa-rupanya dah 2014..hmmm...betapa masa amat cepat berlalu bila difikir2kan...hari ni tidur saja...hari ni juga mula cuba untuk istiqamah baca ma'thurat + qiamullail...insyaAllah ...semoga Allah permudahkan..hari ni hujan selang seli...tumbuh-tumbuhan dah mula segar menghijau setelah hampir sekian lama kekeringan dan dahaga..

Keluarga Pak Teh balik..riuh rendah jadinya dengan budak-budak ni sume...lepas tu dorang dah balik sana semula senja tadi..mirul pun dah balik sekolah dia..mak dngn ayah aku hantar..

Yang lain seperti biasa...nothing interest..dan aku pun dah deactivated kan fb..pening kepala banyak sangat nak online..hohoho...tapi tangan ni gatalnya nak aktifkan balik...ish..ish..ish..al maklumlah...fb aq tu penting untuk tahu maklumat pasal kolej...tapi aq rasa sepanjang minggu ni aku cuba tak bukak ..!!

Bukannya ada apa-apa pun ...k..see yaaa..

160320140832PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Pergi rumah mak lang

Sabtu 15 Mac 2014

  • Mak su cari aku kat kebun..
  • Padahal aku tidur kat dalam bilik..huhuhu
  • Kemas rumah +layan running man sementara tunggu adik balik sekolah
  • Dah nak kul 12 tak balik2 lagi..
  • pergi tengok kat sekolah...bru nak keluar rupanya...
  • balik rumah ambik wan..terus gerak rumah mak lang
  • Mak lang masak sambal ikan tilapia + kangkung goreng..yummy ! sedap...
  • lepas makan pergi cari barang kat kuala pilah ..
  • Mak lang wat demo cara masak kek kukus segera + karipap
  • Balik bawa buah tangan karipap ..
  • The end !..
NotaHati : Nampak tak kerajinan aku nak karang cerita?..wahahaa...

150320141043PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Nothing muchh...

Al kisah hari ni..

Jumaat ...14 Mac 2014..

Kapal terbang tak jumpa lagi..negara kpop dah turut serta menolong...ragu2je dengan US tu kan?..tapi kan..tak baik bersangka-sangka..tak ada bukti..tapi berjaga-jaga tu wajib..hohoohh..sekali dia ngapp !!..haaa..nayalah kita...

Pagi tadi tak buat apa pun..just lepaking! petang pla rasa macam malas je nak pergi kebun..tapi..alahai...pergi juga walaupun lambat...cuma istiqamah tak tertinggal walau sehari pun kalau tak ada sebab yang konkrit..huhuhu...dapatlah juga tiga jam...Alhamdulillah..

walaupun kesabaran masa bekerja tu nipis yang amat..lebih nipis daripada kulit bawang kata kauu...bukan apa..rasa sakit pergelangan tangan la..macam-macam rasa..biasalah tu cobaannn...lepas tak lama tu...ok la sikit...sampailah jam loceng berbunyi!..

ahah..!..tak boleh balik lagi..lek lu..tunggu jiran aku yang sorang ni..dia empat jam..sambil2 tu aku pergi la merayap melihat keindahan alam yang Allah ciptakan ini..cantik langit2..cantiknya awan-awan..awan tu nampak macam bawa air je..tapi tak nampak sarat..tapi nampak gayanya hujan macam tak jadi ..

Tak ada rezeki lagi la kali ni...dalam pada nak pergi lebih jauh..ternampak pula pak long aku dok beristirehat kat kebun dia..alahaii..tak jadilah nak pergi jauh..terpaksa patah balik..ahaha..segan nooo...aku tak biasa nak sapa ...kalau orang sapa aku dulu ok lah..huhuhu...

sampai bila?!..lek lu...biarkan waktu yang menentukan..dan malam ini...ku sendiri..aicehh..nyanyi plak..ok la..itu je nak cerite nya punnn..esok maksu ajak pergi rumah mak lang..kita tunggu dan lihat..stay tuned ~

140320141029PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Sayangnya...


Pagi tadi pegi mesyuarat ...

Al kisah teladannya..bila bergurau pada orang yang tak memahami akhirnya akan membawa kepada ketidakpuashatian dan membawa kepada perbalahan..oleh itu hati-hatilah dalam bergurau..lihat dulu pada orangnya...bukan kita tahu isi hati orang ni...bila ikut rasa maka akan binasalah ia...bukan saja empunya diri malah orang yang dimusuhi...

Sebelah petang ke kebun pula..

Jerebu pulak dah sampai..semalam cuaca elok je cerah...semalam lagi subhanallah..cantik bentuk2 awan sampai tak puas aku pandang ke langit..kapal terbang banyak kali lalu kott..bunyinya je dengar..kapal terbangnya tak nampak sebab jerebu..kitorang agak tu mesti kapal terbang mencari MH370 tu..

dengar khabarnya MH370 tu kod untuk perjalanan ke KL-Beijing ..bukannya nama pesawat tu tapi memandangkan itu yang difemeskan maka gunakan jer la tu..hehehe..

Sebelah malam pula ke masjid..

ceramah agama bulanan...jemaah kat masjid sekali buat solat sunat hajat untuk turun hujan dan permudahkan urusan untuk menemui pesawat MH370..apa yang aku dapat ?..ada la dicatatkan kat buku aku tu..huhuhu..suara penceramah tak berapa nak jelas la..berdengung rasa...antara yang aku dapat.. cara untuk mengenali Allah dengan sifat 20..lepas tu buat segalanya iktikad kerana Allah semata-mata.

Maknanya niat semua perkara yang kita buat kerana Allah.Panjang lagi huraiannya..aku ambik sikit2 je..lepas habis ceramah kitorang makan ..gulai keladi..telur itik masak dengan belimbing...ayam goreng..air oren sejuk..nyumm..nyumm..nyumm...sedap..sedap...hehhee..almaklumlah tak makan nasi dari pagi..

lepas habis basuh pinggan bagai dan mengemas..kitorang pun balik..dapatlah tapau jugak.... sikit je orang..ok la tu daripada tak ada..aku jumpa budak perempuan sorang ni kuat kelentong...sakit hati !..
aku percaya je cakap dia..walaupun cam tak caya jugaklah...lepas tu dia cakap kasar !..banyak #%&@*..haishh...tak tahulah apa nak jadi..

Geram rasaaa..huhuhu...ku fikirkan budak cam tu jujur orangnya..raut wajah pun orang kata masih suci lagi laa..nie takk...perghhh...sangatttt !Nyampahh rasa...hailaa..nak wat camne anak orang ..ok la tu je aku nak cerita..see ya next time kalau aku rajin nak menaip...

130320141131PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.




♫ Masih adakah harapan ♫

Terkapai-kapai diri
Rasa kehilangan yang tak bertepi
Apakah erti semua ini
Andai lisan tak terungkap bicara

Bukan mudah menutur kata
Dalam gundah menusuk sukma
Tiada ungkapan yang bermakna
Sekadar omongan yang sia-sia

Melintasi awan takkan rawan pergi
Apalah erti kehilangan di hati
Terbit zahir tak kelihatan
Hijab terwujud pada pandangan

Masih adakah harapan
Untuk aku hidup esok hari?
Masih adakah harapan
Untuk aku bersinar secerah mentari?

110320130957PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Hingga tak lena...

Semalam..

SABTU 08032014

Malaysia digemparkan dengan kehilangan jejak pesawat kapal terbang MAS #MH370 dalam 2.40 pagi..yang sepatutnya kapal terbang tu dah sampai kat lapangan terbang Beijing kira2 dalam 6.30 pagi..alih2..delayed..dan lesap begitu je...sangat misteri..aku dengar mula-mula biasa je...lepas tu dah lama sikit tu berdebar-debar jugaklah..dah jadi tergempar seluruh dunia pula..

Macam2 spekulasi yang timbul dalam fikiran..pelbagai kemungkinan...mungkinkah ada masalah teknikal? atau mungkin ada pengganas? lalu kapal terbang dirampas..atau mungkin pemandunya tiba-tiba sakit lepas tu kapal terbang tak dapat dikawal?.atau disorokkan di alam ghaib?..atau mendarat dengan selamat di suatu tempat yang asing yang tak ada dalam peta dunia...atau ribut petir..hujan ..dan kapal terbang disambar petir then terjunam ke dasar lautan dalam kelajuan yang maksimum?..Nauzubillahminzalik...

"ALLAH MAHA KUASA,KALAU ALLAH KATA JADI MAKA JADILAH IA"

Terlalu banyak kemungkinan yang tak terkira..sampai-sampai aku termimpi-mimpi..tak lena tidur kott..apatah lagi ahli keluarga krew dan penumpang tu..Allah...risaunya tak tahu nak khabar macam mana...semoga semuanya selamat la hendaknya..doakan yang terbaik buat mereka...Bila fikirkan pun dah ngeri ..better kita doakan je mereka semua..

Berbalik pada aktiviti harian aku..nothing yang aku boleh buat..entahlah rasa tak semangat..walawehh..sekarang aku cuba fokus untuk kerja...kerja..dan kerja..biarlah muka makin hitam..jerawat makin membiak..muka semakin tak berseri..dan jiwa semakin lara..tak tahu apa aku perlu buat lagi..tapi hidup perlu diteruskan..nie orang D&T panggil FUTUR.

Tapi aku nie tak terlibat pun dalam hal-hal yang gah seumpama tu..sebab kemampuan aku pada diri sendiri pun terbatas...sekarang pun fokus aku untuk melawan kejahatan dan kemanjaan diri sendiri..lawan untuk berdiri di atas kaki sendiri !!....bila masanya tiba akan praktikal juga akhirnya..moga dapat yang terbaik dan pengakhiran yang terbaik...Allahumma Aamiin..

090320141135AM
ROOM
HOME SWEET HOME

☂ True Love ☂

✍ Jangan lupa tutup pintu pagar !

Petang tadi..

sempat aku pergi kebun belakang lepas adik lelaki aku bagitahu yang mak sedare aku tanya aku..sebenarnya aku dah malas tapi ...nak tak nak pergi je laa..haha..2 jam pun jadilah..

ada satu kisah menarik yang terjadi..ada sekawan lembu tengah mencari jalan untuk masuk ke kebun..lepas tu tetiba nampak pula lembu tu masuk dekat kebun pak sedare aku kat sebelah tu..aigooo..apa lagi jiran aku kecohlah suruh bagitahu pak sedare aku yang tengah betulkan pagar kat hujung kebun dia tu..

aku jerit bagitahu...mak sedare aku pun jerit bagitahu...tak ada respon..lepas tu jerit lagi..aiyoo..mak sedare aku dah merungut dah..haha...tak lama lepas tu barulah muncul orangnya menghalau lembu tu...

Semua tarik nafas lega.

Sambunglah buat kerja..tetiba....aiyakkk!! lembu2 tu masuk balik maaa..mananya tak masuk balik..pintu pagar tak ditutupnya..sekali lagi kecohlah jiran aku suruh bagitahu pak sedare aku lagi...haha..nasib rh..mak sedare aku merangkap adik ipar pak sedare aku tu pun pergilah panggil walaupun dengan keluhannya..

Bila jerit suara pun dah tak ada..pastu terpaksalah pergi dekat dengan pak sedare aku nun di hujung sana..tak la dekat sangat tapi bolehlah...akhirnya dia menyahut...dah rasa yakin pak sedare aku dah tahu so kitorang pun sambunglah buat kerja..

Tak lama lepas tu dengar bunyi enjin kereta pak sedare aku..helax...berhenti tepat2 depan pagar ...lepas tu pak sedare aku turun halau lembu..halau punya halau tak keluar2...berpusinglah dalam kebun tu dalam dua tiga kali la jugak..hahaha..kitorang tengok rasa lucu pulak...

mana tak lawaknya...kereta tu halang tempat lembu2 tu nak keluar...maklumlah lembu tu bukannya pandai sangat...hohoho...tapi akhirnya lembu2 tu jumpa juga jalan keluar...lega..tapi...masa pak sedare aku nak balik dah tiba-tiba ada seekor lembu putih sesat..ada pulak lembu tu masuk balik..lepas tu pak sedare aku apa lagi..bunyikan siren kejar lembu tu suruh keluar..

hahaha...siyes lawak habis..lembu tu pun tak nak keluar2..dalam dua tiga empat kali la jugak..lepas tu barulah keluar..dan akhirnya...bolehlah pak sedare aku balik dengan amannya.

dan..Jangan lupa tutup pintu pagar !...heeeeee.

020320141043PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ U-Turnn...

Alkisah...

tersebutlah kisah...aku dah siap2 dah nak pergi kebun belakang...sarung stokin..pakai selipar ...then..siap tebarkan kain batik lagi atas kepala untuk elakkan daripada panas yang memancar menembusi otak..hohoho..tak pasal-pasal kena strok haba pula nanti...pastu capai botol air dengan pisau getah ..baru je ayah bagi masa aku tengah siap tadi...

so..dengan selamba aku pun berjalan lenggang-lenggang ...tetiba...aiyakkk...! aku nampak sesuatu di seberang sungai sana tuhh...waaa...binatang apakah itu?..oh nooo !!..rupa-rupanya kereta pak long aku daaa...dia ada pula kat kebun dia..sebelah kebun mak aku tuu..waaa...tanpa berlengah masa terus aku pusing balik..hohoho...

Malas nak terserempak and sembang...macam-macam pula dia tanya nanti..kot laa..hahaa..dah la aku tak ada mood nak bercakap...jadi jalan yang terbaik kita U-turn jer laaa...potong line laa..haha..tak pe lah kita cuti hari ni ye...lagipun memang hari ni lebih panas dari biasa...risau juga berjemur lama-lama..

dah la tu..mak tih pun tegur..

"Tak pakai topi ke?..hitam dah muka.."

Huwaa...sedih tauu...takpelah nak cari duit kan..kenalah berkorban apa saja..nak bayar hutang PTPTN lagi..hmmm...sedihnya..banyak tahu...apa aku dah silap buat keputusan dengan sambung bidang nie ke..hmm..tapi macam biasalah ...menyesal kemudian tak berguna lagi...sekarang aku fikir nak selesaikan hutang piutang je..

lepas tu kalau boleh tak nak hutang-hutang dah...biarlah hidup sederhana je...asalkan tenang...hidup pun senang..nanti mati pun senang...tak de lah..."hidup susah...mati pun susah.." niat di hati nak sambung belajar lagi tapi...kalau sambung lagi mesti banyak duit lagi kena pakai...hmmm...dilema betul !..kerja pun tak terjamin lagi...dan aku tak sedia dan takut untuk berdiri dengan sendiri lagi buat masa nie..

Apa-apa pun semoga semuanya baik-baik je nanti...

020320140341PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.