✍ Still raining ..

Today..

Rain still pouring down the earth..from the view of my eyes.

Laziness still stay in my heart.

Capture.Capture of my heart.

Well,still in English..sorry for my bad.Dup dap dup dap..just a month before MUET exam take place.Now everywhere the rain is still pouring down..and the place became flooded.

291220140341PM
NO ROOM
HOME SWEET HOME

✍ What should i do? !!!

First of All,

Assalamualaikum warahmatullah.

That have been a long time since i was posted something over here.I miss U.Miss all the moment that we get through.Now my life begin again.In this house.And this moment again.I'm again searching for myself.

Actually,why do i writing in english?.Eventhough i dont know whether my words or my sentences is right or wrong i am just wanna to wrote.Lols.I am going to take the examination MUET without no one teaching me.I have to do it all by myself.Maybe for now.

I dont know yet for coming soon.My planning wanna to get tuition for it.I'm just plan..plan..plan..and plan..there are too much plans inside my mind.I wanna to shout it all..but i dont think anyone want to hear about it.Because its too crazy..too large and too futuristic...hihihihihi.

There are too much problem that i have to overcome to get my planning smoothly working.Till i got headache and also i got my eyes drop a tears...tik..tik..tik...till i'm sleeping.Well,i know..life wont be easy for us right.Just because Allah has a better planning for us.Yeahh !! optimist !!..Our inner world showing the our outside life.Like Prof Dr Muhaya said.

But its really...really...so much difficult to calm the heart...listen to my heart beat..dup dap dup dap....dup..dupp..duppp...after a few days and maybe a week..err..ok...a month..err..no..i think from 3 to 4 months ago..i got a very bad futur...after my practical last.And after my convocation ceremony.So sad enough to think about.

And u know what...my last assessment is not done yet.Jyeahhh!.

I was think about it each day each time till my mind said.."Oh never mind..it will be perfectly done just a day."..And i dont even touch it for a single day that i got through till now...fiuuuuuu~~~~...i hate what i have done !!...That was really..really...bad enough!!

So..till then..pray for me...

041220140631PM
THURSDAY
HOME SWEET HOME

✍ Counting to Convo

Tak boleh sambung cerita bab praktikal.

Jiwa kacau.

Whatt??..

Convocation??..

What have i done?...I;m not done anything yet.I'm still here playing around with time.Playing around with laziness.My Fault.Yes.I admit it.It was my fault.But you know what.I can't stand doing it.My head feel burdened.Idont know.It such a difficult.I'm just too lazy.

Ok enough.

Muet.Risaunya.Huhuhuhu.

Anyway lagi risau dengan SOP dan study Case aku yang tak siap lagi ni.

Allahurabbi...i need a few times..before the time end.

Countless bleeding...Bleeding in my heart..bleeding in my head..just because of you..yaa..just because of you...U...crushhh!!!!!

Dari kerana mata...I'm strunggle to forget Forever.

Berikan daku penyembuh luka.

291020140629PM
WEDNESDAY
HOME SWEET HOME

✍ Hari Raya Korban 2013

Malam itu.

Selepas seharian bermuncung itik...bermuka mangga masam ..mood Aku kembali sipi-sipi dengan kepulangan Mak Lang dan Pak Teh sekeluarga.Aku menemani Mak Lang di rumah wan untuk memasak kuah kacang.

Aku hanya melihat sambil berbual dengan sepupu perempuan yang baru menginjak usia remaja 16 tahun.Dimeriahkan lagi dengan perbualan Mak Lang Mak Teh Pak Teh Mak Do Pak Do Mak su juga Atok dan Wan sambil menjamu selera di meja makan.

Di dapur Aku meninjau Mak Su yang sedang menggoreng kacang tanah.

"Haii..berstokin bagai .." Sapa mak su sambil ketawa

"Tutup aurat.." Jawab Aku dengan senyuman ringkas

Aku menggilir mengacau kacang sambil berbual dengan Mak su namun hanya seketika cuma.Aku kembali ke ruang tamu semula namun kembali semula ke dapur tak lama kemudian ketika Mak Lang memanggil.Di dapur ketika sedang membantu mak lang..Mak teh datang lalu berkata..

"Pak teh tanya Mak teh..Kenapa Aku pakai stokin tu..tengah berpantang ke...lalu mak teh menjawab..tutup aurat...Oooohh.."

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi SAW dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haid (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya."

 (Hadis Riwayat Abu Daud)


 Pagi itu.

Seusai melaksanakan solat subuh Aku kembali meletakkan kepala di atas bantal lalu kembali lena.Seketika kemudian Aku bangun untuk mengemas rumah.Mak bercadang membawa Ayah yang mengalami demam panas ke perubatan tradisional di samping terus pulang ke kampung sebentar berjumpa wan yang sudah mahu berangkat ke bandar bersama saudara mara yang lain.

Mak dan ayah berangkat bersama adik bongsu sedang yang lain berangkat menunaikan solat sunat hari raya

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” 

(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Seusai solat sunat hari raya dan berkumpul sebentar di rumah wan maka berangkatlah saudara mara untuk beraya di kampung termasuk Atuk dan Wan lalu tinggallah aku dan Mak su menjaga rumah.Sehingga petang Wan dan Atuk kembali pulang.Dan mak su juga bersiap untuk pulang ke tempat kerja.

Diceritakan Atuk telah bertemu anak buahnya yang hilang di kampung selama 38 tahun.Rupanya dia bekerja di Switzerland dan telah menjadi seorang pengurus besar di sana.Disedekahkan kesemua cucu Atuk wang berjumlah RM1O setiap orang.

Pertuturan Bahasa Melayunya hampir sukar untuk difahami.Betapa sukarnya untuk dia menuturkan kata Bahasa Melayu yang bercampur inggeris.Dan sepenuhnya telah terbiasa makanan di barat seperti roti dan kurang makan nasi.Dan rupanya juga telah banyak berubah namun dia masih mengenali Atuk.Bagaikan sirih pulang ke gagang namun dia harus kembali semula ke Switzerland untuk bekerja kembali.

161020131157PM
RUANG TAMU.
HOME SWEET HOME.

☏ September End ! End Of Practical *Vid

Selari dengan September end then...praktikal aku pun sudah berakhir..!! Hoyeahh..

30 September..

Maka berakhirlah penderitaan aku...amboii..macam derita sangat...mari muhasabah diri..mari mengimbas kembali..sedap aku menaip padahal assignment tak siap lagi..fiuuu..fiuuu~~ angin sepoi-sepoi bahasa...rehat dulu bohh..hahaha.

Aku datang tak diundang pergi tak ditahan...begitulah ibaratnya praktikal ini...bergandingan dengan seorang classmate kami berdua menempuh praktikal ini bersama-sama...pada 1 April yang lalu...Oh..April Fool..

First..ditempatkan di kaunter...alhamdulillah PPK banyak membantu tanpa dipinta..maklumlah aku ni berat mulut ..pendiam...pemalu lagi..aigooo..teruk enn...alhamdulillah classmate aku ni banyak back up...dia la yang melayan..aku nak melayan?..heh...kirim salam je lah !

Habis di kaunter seminggu dapat jadual terus ke lab Cyto...pun sama..dekat sini lagi teruk kott...aku duduk jadi ulat buku nun di hujung sudut sana..macam orang yang FOREVER ALONE..hahaha..tak payah ceritalah ..classmate juga yang back up...biar aku namakan sebagai kak J la...kak J juga yang rajin melayan...

Aku nak melayan?..Aigooo..memang tak rhhh..dan sebenarnya shock sekejap juga..ditanya asal mana...hobi apa..bla..bla..bla..hal-hal yang tak sepatutnya ditanya pada pandangan aku la...haila..privasi privasi la..kerja kerja la..kenapa nak dicampur adukkan..nak je aku cakap macam tu but..i know..salah aku sebenarnya tu..aku tak biasa bergaul so aku tak pandai adab bersosial nie..jadi maafkan jelah saya ye.Ok bye!

Dont Worry..masa berlalu dengan begitu pantas...akhirnya dalam sedar tak sedar ..praktikal pun berakhir begitu saja...paling menguji kesabaran dan air mata dalam lab tabung darah..Aigoo..dah aku ni pendiam..diorang pula havoc...mahu tak berlawannya..memang sadislah jadinya kisah hidup ku ini.. i dont easily open to any people..makanya dorang ni banyak menyindir hingga menusuk ke jantung ini..aku pulak bila dah bengang lagi la tak nak bercakap dan tak hingin pun then aku pun berbalas jawab dalam hati dan otak..makanya bila aku hampir meletop dan tak mampu nak tahan..

   Al kisah.....tersemburlah air mata darah..ececece..aku cuba cover tapi dorang nampak juga..air mata mengalir daaa...then u know what..sebenarnya masa kejadian tersebut hal tu berlaku diiringi dengan lagu Shima-Luka dilukai..tepat pulak waktu lagu tu keluar..aishh..sebab tu pecah empangan mata ini..kalau tak..takdelah sebak kott..LOL..lagu tu la yang harus dipersalahkan

   Alamak..malu2..for more detail what happen then,u may comment below the post and leave your number..hahaha

Till then.

Luka Dilukai-Shima

✍ Praktikal : 2 minggu lagi!

Alhamdulillah.

2 Minggu 2 hari lagi untuk habis praktikal.Semoga segalanya berjalan dengan lancar.Walau apa pun dah semestinya ilmu masih tak cukup.Betapa aku lalai dalam menuntut ilmu akibat malu tak bertempat?...Hmmm..mengapa begini jadinya.

Aku malu pada lelaki.Serba tak kena jadinya.Sangat perlukan ilmu bagaimana ingin berhadapan dan berkomunikasi dengan lelaki.Beware of Ikhtilat.Juga aku malu dengan mereka yang " hu ha hu ha" tak mengira tempat yang semestinya perempuan.Jadikan aku serba salah nak melayan mereka.

Ya Allah perindahkanlah akhlakku sebagaimana kau telah memperindahkan kejadianku.

Moga tak tersalah langkah.Semoga segalanya baik-baik saja.

Bila ada yang mengacau untuk suka-suka.Nafsu nafsi bukan kerana perasaan tapi kerana permainan.Tercabar rasa diri.Tercalar rasa hati.

Aku cuba endahkan mereka.Abaikan saja.Jika tak perasaan mereka yang sakit.Perasaan aku yang sakit.Jadikan sabar sebagai benteng diri.Kerana mereka yang mencari pasal bukan aku okey!Moga tsabat.

Aku ingin berlepas diri dari lagha ini.Dunia yang penuh memperdaya.Semoga Allah permudahkan jalan ku untuk menuju ke syurgaNya.Allahumma aamiin.

130920140219PM
SATURDAY.ROOM.
HOME SWEET HOME

♫ Kebenaran yang kabur ♫


Ku lihat mereka gembira
Sedang aku menahan jiwa menanggung derita
K lihat mereka tertawa
Sedang aku menahan jatuhnya air mata

Apakah ini realiti kehidupan
Sementara yang kelam
Kabur dek pandangan mata manusia
Yang cantik menjadi igauan

Apakah ini benar kehidupan
Kepahitan menjadi muslimah yang pendiam
Diganggu gugat kerana ketidakmesraan
Jiwa derita hanya aku yang merasa

310820140438PM
SUNDAY.ROOM.
HOME SWEET HOME

✍ 4 Syawal : Jangan tanya..makan saja...

Selamat hari raya ..4 Syawal sudah..

Hari ni semua ready nak berkelah tapi tak kesampaian sebab wan sakit kaki..jadi wan pun mula dikejarkan ke hospital..? oh tidak...apa barang hospital..hohoho...pergi akupuncture...jadi BBQ masak kat sini je lah..lagipun kejap lagi saudara atok nak datang...Tok Cu...adik atok seibu...

Makanya semua bertungkus-lumus memasak..dan aku?..tengah berblogging la nie..heheh...tadi berkesempatan buat kek batik..dan guess whatt..?..ala...tak jadi seperti yang diinginkan sebab guna coklat masakan..benda tu jadi keras..huhuhu..tak jadi moist...

Jadi..ramailah bertanya

" kenapa keras.." "kenapa hancur.." .ala...manis sangat.."...haiila..kata-kata yang tak boleh tahan rasa...rasanya seumpama kita masak then..orang kritik masakan kita tak sedap..begitulah rasanya...sedihnya..insaf aku..nanti orang masak jangan kritik masakannya..makan saja..kalau tak nak tinggalkan..lagipun itu kan sunnah rasulullah S.A.W..peringatan buat diri.

Kerana kata-kata terluka hati orang..lain orang lain hatinya..dapat pula dekat orang yang lembut dan penuh sensitif hatinya siaplah!..Susah nak pujuk rasanya..jadi bermusuh pula nanti..huhuhu..nasib baiklah aku ni keras sikit hatinya walaupun tak berapa nak keras lagi..bukan keras apa..tabah !

Bila orang kritik masih lagi terasa..bila orang puji masih lagi berbunga..bila orang keji masih lagi sakit hati..hailaa..tak cukup ikhlas lagi nie..namun aku cuba untuk tak terkesan dengan apa pun agar dapat hidup dalam dunia yang penuh dengan manusia yang pelbagai ragam ni..moga kuat mujahadah..InsyaAllah..Allahumma aamiin..semoga jumpa lagi di lain warkah..InsyaAllah..

310720140108PM
THURSDAY.ROOM.
HOME SWEET HOME.



☏ Selamat Hari raya 1435 H ! *Pics

Alhamdulillah.

4 Syawal ?..haaa..lupa sudah .3 Syawal da...kalau bulan ramadhan cepat je menghitungnya kan..begitu cepat masa berlalu...begitulah dengan usia kita...semakin hari usia semakin lama semakin meningkat...muhasabah diri kembali...hidup dan mati kita kerana ilahi...namun seringkali diri leka...hanya sesekali mengingati...masih tak sedar diri...

Petang ramadhan terakhir untuk 1435 H..buat lemang apa adanya...


Ramadhan terakhir...berbuka ramai-ramai dengan keluarga dan sanak saudara belah mak.Yang tak ada cuma keluarga Pak Long dan keluarga Mak lang.



Menunggu pengumuman raya...esoknya raya !!...pastu ayah gerak masjid ..Yang lain main mercun dengan bunga api..termasuklah aku..hukhukk..





Keesokannya...di pagi hari rayaa !!..



Pastu...kami berziarah ke rumah jiran-jiran...




Yeahh...lepas habis satu kg...pergi kg sebelah pula ikut Paksu dan mak su...pastu malam raya kedua kitorang buat BBQ ..tapi aku tidur pulak..ZzZZzzz...



Esoknya...raya kedua..konvoi ramai2 balik kg..!!



Malam semalam pula..malam raya kedua tu kitorang beraya rumah Pak Long


Alhamdulillah..selesai sudah raya kita....dan hari ni raya ketiga...hujan malam tadi...dan pagi hingga ke petang...hujan sekejap lepas tu berhenti..dan hujan lagi...alhamdulillah..hujan rahmat..insyaAllah...Kita bertemu lagi di lain masa..kalau senang nak online..huuuuuu

300720140434PM
WEDNESDAY.ROOM.
HOME SWEET HOME.

29 Ramadhan 1435 H : Ramadhan terakhir...



Alhamdulillah..

Hari ni last ramadhan..apa khabar iman?..apakah makin bertambah atau makin berkurang?..atau masih di takuk lama?..apa khabar kesabaran?..apakah makin utuh atau makin runtuh?...Allahu ya Allah..

Terasa kerdil diri..begitu pantas masa berlalu..selalu je manusia ni terbuai dengan waktu lapang dan sihat..macam tu jugaklah aku..bila menulis barulah kelihatan kesilapan yang amat jelas ketara..sedangkan diri sendiri tak terbaiki..macam mana nak baiki manusia yang lainnya?..

Hmmm...walaupun begitu alhamdulillah..terima kasih Allah..begitu banyak yang dah aku peroleh..begitu banyak nikmat dan rahmat yang dah aku kecapi..semoga aku sentiasa mensyukuri nikmatnya..semoga aku sentiasa mampu kembali padaNya tatkala alpa dan leka..Moga kuat tekadku untuk meneruskan kehidupan mengikut syariat Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W..

Moga selamanya aku kekal di jalanNya lantas mampu memimpin tangan orang lain bersama-sama menggapai keredhaanNya...Allahumma Aamiin..

270720140341PM
SUNDAY.
HOME SWEET HOME

✍ Praktikal : Selamat Hari pekerja !

Lamanya...

Lama dah rasanya tak update blog ye tak?..Link aku pun bertukar-tukar..fikiran pun berubah-ubah..ingat nak kekalkan link ni dan biarkan nama sebenar je...senang dan mudah..dan bila aku tak puas hati akan sesuatu aku akan terus public kan ! Then senang orang nak detect...Wahaha.

Hmm..let's story..pe cite praktikal aku?..

Waaahhhh...hmmm..setakat ni okay..dan guess whatt? saya jumpa kawan baru...bestnya..yang tak best pula..staff dekat hema lelaki major..waaaa...tak bestnyaaa !!...itu la aku rasa susah sangat..tapi guess whatt?...kini ku tak kisah lagi..kita kena berani..berhadapan dengan kenyataan...

Tak boleh menafikan yang aku adalah sebahagian daripada kehidupan duniawi..akan ku cuba atasi rasa itu...semoga Allah permudahkan untuk aku menimba ilmu ..moga tak sia-sia hidup ku ini...

Doakan aku....

010520140815AM
ROOM 5.
RUMAH SEWA.

✍ Praktikal : Habis sudah cyto..


Heartbreaking ...

Nothing much yang aku dapat buat...aku tak buat sebaiknya..dan buku log pun entah apa-apa..tak tahu nak kata apa lah...as usual...memandangkan aku ni memang susah nak mesra dengan orang lebih-lebih lagi lelaki makanya jadilah aku seperti orang yang tak tentu arah..

so guestt whatt?..

Aku just duduk satu tempat tak beranjak..dan kini saatnya...bermula semula...hidayah takkan datang tanpa dicari..dan..ilmu takkan mendekat jika kita menjauhi...

Semoga urusan esok dipermudahkan Allah..allahumma aamiin..

200420140928AM
ROOM 5
RUMAH SEWA

✍ Praktikal : Macam susah jer...

Hari ni mula masuk bahagian buat test..

Buat ABG...darah terpercik kat lab coat..habis kotor..emmm...sedihh..tak ada siapa yang pantau..tak ada siapa yang nak ajar..kena pandai bertanya..kena pandai berdikari sendiri..tapi itulah yang aku lemah sangat..lemah sangat...tak ada kekuatan..asyik mengekor roommate je...sedihh..

Macam patung dah kat situ..macam orang tak tentu arah je...tak tahu nak buat apa kat situ..sedih la rasa...lepas tu tiba-tiba dapat jadual..yess !! pergi lab cyto..horeee !! happy rasa..sampai sana dapat pula ketua unit lelaki..alahai...down sikit...

Tapi still okay lah..dan..guess whatt??..not so much workk...jyeahhh..best wooo..hahaha..tapi esok nak kena soal..so..kena study malam nie.. tskk..tskk..tskk..daa..mudah-mudahan hari esok lebih baik dari hari ni..insyaAllah..allahumma aamiin...

070420140705PM
ROOM.
RUMAH SEWA.

☂ Need advice ? ☂

✍ Praktikal : Seminggu sudahh..

Alhamdulillah.

Setakat ni semuanya okay.Bak kata omputih SO FAR SO GOOOODDD...kan..hehehehe..dan hari ni jugalah baru boleh online..guna broadband wifi roommate..kongsi topup beli..

Nak dijadikan ceritanya...hari first praktikal berdebar-debarlah juga ..pergi pentadbiran..masuk unit latihan then..dibawa ke lab patologi untuk diperkenalkan..dan mulakan latihan...tapi...staff2nya semua happening time perkenalan..malu bak hangg....tak tercakap aku..nak berpaling kat diorang pun segan..dah la majoritinya lelaki...umang aii...dahsat...tapi dah memang aku ni pemalu..+ pemalas..dah..lantak koranglah nak cakap apa pun...malas nak cakap banyak-banyak..takut silap cakap...

Alhamdulillah nasib baiklah juga dapat jumpa sorang dua student praktikal yang peramah..ringan mulut dan baik sangat nak menolong dan tunjuk ajarnya...kalau tak mahunya selamanya kat situ aku jadi batu tak...hohoho...aku ada bawa kamera..tapi segan nak ambil gambar dengan staff..just ambik gambar dengan orang yang ramah je la mudah + gambar sample2..hohoho..

Mudah-mudahan tak sia-sialah praktikal aku kat sana..insyaAllah..banyak juga yang dah aku tahu...bolehlah..walaupun masih cetek lagi...banyak hal yang agak blur-blur juga..tapi insyaAllah tahu sudah..

Yang teruknya pula...hari first lagi kasut aku dah hancur..umang aiii..nak sorokkannya tu susahnya..jalan pun sampai tertanggal la sisa-sisa kasut tu..sampai ada orang perasan sisa-sisa tu..huwaaa..malunya rasa aiii...nasib baik dia tak tuduh aku kalau tak malunya tak tahu nak letak muka di mana dong...

Balik tu terus ajak roommate beli kasut...dan malang memang tak berbau ann...kasut tu pun buat hal...longgar pulak dahhh..bila jalan asyik nak tercabut je..dan memang dah tercabut pun...haiii..nasib badan...terpaksalah tunggu cuti baru beli kasut baru pulak...dan akhirnya..

Alhamdulillah...akhirnya hari ni baru beli kasut baru..tapi jenis sport...tak tahulah boleh pakai ke makmal ke tak..harap-harapnya bolehlah...kalau tak jenuh la aku nak membeli kasut lagi..huwaaa...! cobaannn...dan isnin ni iaitu minggu seterusnya mungkin akan bertukar ke bahagian lain pulak..

dup dap dup dap...semoga segala urusan dipermudahkan Allah..Allahumma aamiin...InsyaAllah..doakan aku ok !Caiyok2!!

050420141141PM
ROOM.
RUMAH SEWA.

✍ Last post...mungkin.

Haha.

Malam terakhir aku ada dekat rumah.Esok nak gerak dah.Bye2 home sweet home.Jaga diri semua.Doakan orang berjaya.InsyaAllah.

Amboiii.

Lepas update ni aku terus packing laptop masuk beg.Dah tak ada buka-buka dah sebelum sampai sana laa..hehehe.InsyaAllah kalau ada waktu atau wifi bolehlah aku online.Tapi kalau nak beli broadband tu..alamaknya kirim salam je lah..Haha.Bukan apa..dalam dilemma seorang pelajar yang mempunyai hutang berpuluh ribu beginilah.

Perlu bertindak bijak dalam menguruskan hal kewangan.Utamakan yang lebih penting daripada yang penting.Lebih sukar tak menyusahkan mak ayah.Namun apakan daya...kudratku tak berdaya.Moga-moga kuatlah aku berdikari agar tak susah sangat mak ayah..allahumma aamiin..

Barang yang nak dibeli pun perlu disenaraikan terlebih dulu.Bajet duit lagi...dah senaraikan kena potong apa-apa yang tak penting sangat walaupun macam penting.Tak mahu menyusahkan mak ayah lagi..Aigooo cepatlah kau pandai berdikari wahai diri...

Semoga praktikal dipermudahkan Allah..wahai blog..andainya panjang usiaku semoga kita berjumpa lagi...dear korang yang terbaca...doakanlah kejayaan aku..tak ku minta harta ..tak ku minta hatimu...cuma sepotong doamu saja...hahaha...drama sungguhh..tapi sungguh..aku perlukan doa mu ..doamu saja k...hehe.

Mung tunggu aku datang sepital !

300320141225AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


✍ Percaya

Percaya.

Susah aku nak percaya.Susah lagi aku nak letakkan kepercayaan pada orang.Bukan apa aku takut jatuh berdebuk-debuk.Kau tahu je lah kalau jatuh berdebuk-debuk susah sangat nak bangun.

Tapi .

Bila kepercayaan tu tak ada makanya aku jadi risau .Betulkah dia..bagaimanakah dia..macam manakah dia...apakah dia...dan segala tanda soal memenuhi kepala.Seolah-olah menghasut kejahatan masuk dalam kepala.Jahatnya...

Nyah kau syaitannn!!

Namun kemusykilan tetap menggunung tinggi.Hmm..apakah aku harus letakkan kepercayaan pada orang...Namun jika sudah percaya makanya ada harapan.Aku tak suka meletakkan harapan pada sesiapa.

Just go with the flow...boleh kan?

Harapnya semoga semua berjalan dengan lancar.

Dan bila aku menulis aku pun tak percaya..betulkah apa yang aku tulis ni..atau perlukan aku padamkan semula.

Soalnya aku.

Aku yang bercelaru.

Maafkan sajalah aku.

280320141259PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.



♫ Kegelisahan diri ♫


Tak terucap apa kata-kata
Namun cukup pada pandangan mata
Seakan tak mampu ku alihkan
Seakan tak mampu ku sembunyikan diri

Diri tak mampu menjadi kerdil
Tertunduk kegelisahan
Terpaku di tempat sendiri
Jiwa tiada getarannya

Hanya resah dilihat matanya
Mungkin kerana kutub
Gelombang tarikan pun terhasil
Namun hati tiada tersentuh

Inginku hilangkan diri
Inginku selesa di tempat sendiri
Namun tiada kudratku di sini

Hanya menanti penghabisan dalam kegelisahan diri

280320141234AM
ROOM
HOME SWEET HOME


✍ Mood berblogging

Mood.

Mood berblogging dah datang.Malangnya.

Malangnya tak tepat pada masanya.Tika aku bakal memulakan praktikal.Tika itu jugalah mood itu datang kembali.Apakah semua ini.?! Sepanjang berbulan-bulan cuti ini kenapa kau tak datangpula?!!

Hohoho.

Drama lebih.

Segmen,Giveaway,komen sini komen sana.Tembak sini tembak sana dan sebagainya teringin nak masuk tapi.Takut tak mampu beri komitmen.Takpelah bersabar jelah.Sikit masa lagi.

Dan aku perlu kembali untuk mengemas Okay !.

Kemas kemas dan kemas.

Daaaaaaa!

Namun jika aku rindu.Aku akan datang jua.

Perghhhh.perghhh.

270320140120PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Syukur !

Bukannya sukar.

Alhamdulillah,terlalu banyak nikmat yang dikecapi.Dengan mudah dilalui.Mungkin sekarang aku berasa syukur kerana bahagia.Semoga tidak ingkar dikala aku disempitkan duka.Tika itulah dugaan iman kuat melanda di jiwa.Semoga kan terus kekal bersyukur.Berusaha selagi mampu dan terdaya.

Rumah sewa settle.

Kini,detik untuk menghadiri praktikal semakin menghampiri.Mungkin aku tak merasa apa sekarang ni tapi tak tahu apa rasanya bila menyiapkan diri untuk menjejakkan kaki ke sana nanti.Mungkin tika itulah debarannya akan tiba.Moga kuat hadapinya!

Kemas.

Barang-barang perlu dikemas dan disusun.Aduhai.Moga aman tenteram.

Shopping.

Baru saja sebentar tadi.Pening kepala untuk memilih.Konklusinya.Aku tak suka shopping kalau tak ada keperluannya !Bila lama-lama kelam jadinya.Lebih baik online saja.Lebih mudah rasanya.

Dan sekarang.

Malas untuk berfikir apa-apa lagi.Kepala berdenyut tak tahu kenapa.Seringkali begitu apabila habis fikir.Fikiran terlalu berat barangkali.Berat dengan fikirkan perkara yang tak diketahui.Aku ingin berehat.

Berehat sekarang ini.Izinkan aku.

Izinkan aku berhenti setakat ini.

260320141027PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Tak seimbang.

Aku nak menulis tapi teragak-agak.

Lalu tersekat di pola pemikiran.Gelombang jadi tak seimbang.Makanya.
Makanya sekarang ni aku berada di sini sedang menaip gitu lo.

Pulak!

Padahal nothing importante.Saja nak menaip.Lepas gian.Lepas fikiran.Mungkin lepas aku masuk praktikal aku susah nak menaip.Mungkin la.Barangkali.50-50.Masih ada peluang lagi untuk online selalu.Nampak samar juga untuk online selalu.Apa-apa pun kita tunggu lah nanti.

Kehidupan baru.

Mula menjejakkan kaki ke hospital.Saraf aku mula bergetar.Kegelisahan.Ketakutan.Biasalah untuk pertama kali.Aipp!!..Belum mula lagi pun.

Minggu depan.Hari selasa.InsyaAllah aku mula.Semoga aku tabah !.Bertabahlah wahai hati!Siap sedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan.Moga tak terhenti di pertengahan jalan.

Kemungkinan aku update diari praktikal di sini.Tapi.Seperti yang dibilang.1,2,3.Heee.Peratusan 50-50.Jika tak mampu untuk aku online aku cuba menulis di buku.Tak pun mungkin di microsoft word.Jadikan ia PDF dan upload saja . Waahhh..rajin sangatlah tu.

Aku nak upload gambar di sini pun teragak-agak.Maybe sharing is caring.but.aku rasa sharing is dangering..eh.Bahasa barukah itu bah? Haha.Hantam saja sesuka hati beta.Tapi aku nak kongsi apa yang aku nampak dengan lebih jelas tapi.Mungkin aku perlukan lebih masa lagi.

Sabarlah.

Mungkin ada harapan untuk aku upload gambar.Mungkin.Jangan pernah berhenti berharap.Haha.Arghh! Drama semua itu!Tapi aku suka untuk kongsi kebahagian apa yang aku rasa.Aku suka untuk kongsi apa kesedihan yang aku alaminya.Namun.Mungkin sekadar perkataan sudah mencukupi.Atau mungkin tak?.

Entahlah. Bila difkirkan perlu atau tidak menjadikan fikiran pusing-pusing gitu.Makanya aku stop untuk fikir.Ya.Stop tanpa konklusi.Itu lebih memeningkan bukan?.Tapi sekurang-kurangnya tak terbeban walaupun belum bebas.Esoknya pening lagi.Haaaa.Ok la.Sudah la tu.Maafkan saya.Bahasa bercampur itu menandakan gelombang fikiran ku tak seimbang.

Maafkan saya.

Ya Aku maafkan kamu tolong teruskan hidup jangan sebut namaku.Hih!

260320141207AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.



☂ Sunnah ketika sakit ☂

♫ Hakikat ♫


Hakikat.
Walau pahit ditelan.
Walau pedih tertikam.
Namun takdirNya mengatasi segala.

Sebak.
Tak tertahan melihat mereka.
Sebak.
Bergenang air di tubir mata.

Tabahkanlah mereka.
Redhakanlah pemergian mangsa.
Sedangkan melihat sudah tak tertahan
Inikan pula di tempat mereka.

Hakikat hidup yang sementara.
Tidak kembali kepada pangkuan keluarga
Kembali pula ke pangkuan Maha Pencipta
Kita juga bakal kembali sama

Kembalilah semula tika masih bernyawa
Sebelum nafas terhenti tiba-tiba
Kematian yang tidak pernah terjangka
Malaikat maut datang mencabut nyawa

240320141114PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


☂ Dont play with my heart ☂

♪ Budak-budak lagi tahu ♪

Adat ujian di atas kertas.

Ada yang tinggi ada yang rendah.

Chill lah!

Janganlah mendengki.

Kebiasaannya.

Sampai turn kita,

membangga setinggi langit.memandang rendah orang yang rendah markahnya...

Bila orang lain markah tinggi,

meluahkan rasa kecewa dengan mengumpat pula peribadinya tanpa henti...mengapa begitu pula?..

Janganlah begitu.redhakanlah keputusan.
Eratkanlah ukhuwah.Perbaikilah diri.
Muhasabah apa yang tak kena dengan aku ni.

Seandainya kau tahu.

Rahmatnya menggunung tinggi bagi mereka yang bersatu hati.
Tiada hasad dengki.Tiada iri hati.Tidak juga menyombongkan diri.

Bergandingan bahu menggapai redha ilahi.

Bukan budak-budak lagi.

Btw,

Seandainya kau tahu.

Budak-budak lagi tahu.

230320141029PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


♫ Dan aku. ♫


Menerjah masuk pada pandangan
Ya, dia telah pergi
Tiada lagi di dunia ini
Khabar diterima penuh kejutan

Berita penuh yang tak diketahui
Bagaimanalah agaknya perasaan keluarga
Barangkali sedang berduka

Aku bukan di tempatnya
Mudah menangis mudah merasa
Aku bukan di tempatnya
Menanggung pilunya rasa

Begitulah hakikat insan di dunia
Hanya mendengar khabar
Rasa derita hanya dia yang rasa
Aku mendoakan apa yang termampu

Semoga rohnya tenang di sana.

Dan aku.

Kembalilah ke hadrat tuhanmu semula.

210320140414PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Prepare !

What i'm going to do..nothing to do..??

Heh.Padahal banyak benda nak kena buat ni...prepare untuk praktikal lagi..as u know..aku dapat praktikal kat hospital T..hmmm...betul ke apa yang aku buat ni?..tapi hidup perlu diteruskan juga akhirnya...akhirnya aku pun praktikal...Harap semua berjalan dengan lancar.

Hari ni jugak dapat berita pasal abang N meninggal kena langgar lori.Daripada Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali.Tolonglah insaf wahai diri.Tak sangka.Terkejut at first aku dengar.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.Allahumma aamiin..

210320140408PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Sains A .

Khamis 20 Mac 2014

Hari ini kau datang lagi.Mood yang masam mencuka.Hari-hari selalunya memang macam tu pun.Terukkan perangai.Hmmm.Tengoklah tulisan aku jadi cantik pula.Rajin nak menaip tulisan penuh.Hohoho.

Pagi.

Hmmm.Mesyuarat AIM.Bosan betul.

Petang.

Adik aku balik bawa result.Sains dapat A.Alhamdulillah.Dan bermulalah episod aku mencarikan apa yang terbaik buat adik aku.Semoga Allah permudahkan rezekinya.Allahumma aamiin.

Malam.

I'm here of coz.Daaa.

200320140827PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Sebak di dada ♫


Sebak di dada
Tika menyuarakan hasrat
Namun dipersoalkan pula
Kenapa aku??

Sebak di dada
Tika menjelaskan perlahan-lahan
Berbicara dengan nada yang tertahan-tahan
Sebabnya aku berada

Segalanya terhenti
Sebak penuh di hati
Ucapan terima kasih tertahan-tahan
Terluah jua akhirnya

Tak sampai hati.
Laranya duhai hati.
Mengapa begini kau sensitif.
Tak layak kau menjadi daie..

Allahu..kuatkanlah hati.

Hati ini.

190320141011PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Sesatttt

Rabu 19 Mac 2014

Dalam 8.30 pagi lebih kurang gerak dari rumah pergi PJ..patutnya dekat je..alih2..sesat pula hahaha..ini semua salah...?? err..heee..salah masuk lorong lebuhraya daaa..padahal nak pergi tempatnya dekat je..cuma jalan tu yang tak nampak...

Pastu benda ni buat aku terfikir...

Masa aku balik tadi aku nampak sebuah kereta kat depan..and jalan yang sangat panjang...dan banyak pula cabangnya...kita ni bolehlah diibaratkan bagai orang yang memandu kereta tu..dan jalan tu pula diibaratkan jalan kita menuju destinasi...

Yang nak dijadikan ceritanya..kita dah tahu ke mana kita nak pergi..destinasi = Jannah...tapi..kita tak tahu jalan...begitulah diibaratkan keadaan kitorang tadi..rasa sangat pening dan loserr...huhuhuhu...sedih betull !..last2 kitorang pun terpaksalah panggil teksii...dan u know whatt?..

Teksi tu bolehlah diibaratkan orang yang membimbing kita menuju Jannah...The Perfect One !..Sollu alan nabi...! kalau salah arah jangan segan meminta bimbingan...jangan biarkan hidup kita terus tersesat tak jumpa jalan...sampai masa..kita letih...duit dah habis...masa tu lah kita baru sedar...mungkin dah terlambat...terlambattt....

dan..aku pergi PJ sebab nak pergi kolej ambil baucer..ambil baucer kena tunggu 2.30 ptg pulak...dah terlajak waktu sesi pagi macam tu lahh...sempatlah solat zohor kat surau situ...seb baik cepat je dapat baucer..pergi pulak cop mohor kolej nya..alahai...pergi la kat student affair tu..dah la pakai kain..risau aku orang tertinjau dari bawah..wahaha...=.=" not funny at all !

sebelum ambil baucer tu..aku ada kol madam W tanya pasal boleh tak aku nak ambil surat lapor diri kat dia..alih2...cara dia ckp macam tak nak bertanggungjwab..lebih kurang macam...apa ada kena mengena dengan aku pulakk??..bukannya aku nak minta dia bagi..just nak minta tolong ..boleh ke tak ambil kat diaa..aigooo..sabor jer laa...

Itulah aku malas nak jumpa orang..semua tak ada nilai2 murni..apa kau fikir kau murni sangat..??..hahaha..ok sentap sendiri.Alih2..semua lecturer mlt tak de kt kolej utama ..sume ada hal..padahal aku dah bagitahu en.A ..ko tau aku bagitahu kat mana?..kat emaill...takkan dia tak faham kott?..pelik rhh...padahal surat2 y aku suruh dia buat pun aq bgtau kt email je...kan mudah..zaman IT la katakan...

Alih2 dia ke mana..miss S yang dia suruh jumpa pun tak de...dan tanpa perasaan..aku pun membawa pulang baucer buku !! yahooo!!!boleh beli  buku banyak2!!..hahaha..terima kasih kat mak dengan ayah..sian dorng...huhuhu...sabarlah mak ayah..doakan orang pandai berdikari ..nanti tak de lah mak ngn ayah susah lagi..

adesss...asal pedih lak mata nehhh...

190320140754PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

☂ Bersahabat biarlah sampai ke syurga ☂

✍ Blogwalking....

Selasa 18 Mac 2014

Hari ni pun nothing muchh..just asyik rasa berdebar-debar tak menentu..hari ni juga aku mula rancakkan gerakan meninggalkan jejak di blog2..nanti barulah aku senaraikan blog tu dalam bloglist...esok nak ambil surat lapor diri ngn buku log kat HQ..tujuan utama nak ambik baucer buku je pun..hmmm...

Rasa tak suka lah nak pergi kolej tu..tak tahulah kenapa..rasa tak sedap je hati nak jumpa lecturer sume..hari ni pun mood aku swing2...baran rasa...sekali adik aku pandang aku semacam terus aku memetir kat dia..padahal dia tak buat apa2 kott..ontah laa...teruk da aku ni bila tak de mood..

Makanya bila aku tak ada mood janganlah berani nak datang dekat..even stare punn!!..tengahari ampai baju..pastu hujan turun renyai2..lepas tu bertukar lebat...asudah..baju tak angkat pula tu..habislah ia basah kuyup..lepas tu panas balik...tak lama lepas tu hujan balik..hmmm..smile aja lah kat baju2 tu..sejuk yee???.hehehe..

ok la..tu je kottt...k..daaa..malas nak pikir apa yang dah berlaku..huahuahua..mood swing2 ada sikit2 lagi..haishhh...

180320140825PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ NikmatNya yang mencurah

Isnin 17 Mac 2014

Alhamdulillah..sebaknya rasa..bertalu-talu nikmatNya menerjah minggu ni..minggu ni la tahu dapat baucer buku..minggu ni lah tahu dapat dean's list untuk esok..tapi aku tak pergi pun..hohoho..malas nak pergi...dan minggu ni jugalah dapat jawapan tempat untuk praktikal !..Alhamdulillah.

Aku dapat praktikal kat hospital T tapi kena bayar Rm100 sebulan..alhamdulillah bersyukur apa adanya.InsyaAllah hari rabu pergi ambil log buku dengan surat lapor diri kat Miss S

Hari ni tak buat apa pun...tengok running man...melilau sini sana tak buat apa...nak basuh baju malas pula..hehehehe...nothing interest selain yang disebut..Alhamdulillah !!..

"Maka nikmat manakah yang ingin kau dustai ?"

170320140911PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Hujan selang seli

Ahad 16 Mac 2014

Tak ku sangka tak ku duga....rupa-rupanya dah 2014..hmmm...betapa masa amat cepat berlalu bila difikir2kan...hari ni tidur saja...hari ni juga mula cuba untuk istiqamah baca ma'thurat + qiamullail...insyaAllah ...semoga Allah permudahkan..hari ni hujan selang seli...tumbuh-tumbuhan dah mula segar menghijau setelah hampir sekian lama kekeringan dan dahaga..

Keluarga Pak Teh balik..riuh rendah jadinya dengan budak-budak ni sume...lepas tu dorang dah balik sana semula senja tadi..mirul pun dah balik sekolah dia..mak dngn ayah aku hantar..

Yang lain seperti biasa...nothing interest..dan aku pun dah deactivated kan fb..pening kepala banyak sangat nak online..hohoho...tapi tangan ni gatalnya nak aktifkan balik...ish..ish..ish..al maklumlah...fb aq tu penting untuk tahu maklumat pasal kolej...tapi aq rasa sepanjang minggu ni aku cuba tak bukak ..!!

Bukannya ada apa-apa pun ...k..see yaaa..

160320140832PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Pergi rumah mak lang

Sabtu 15 Mac 2014

  • Mak su cari aku kat kebun..
  • Padahal aku tidur kat dalam bilik..huhuhu
  • Kemas rumah +layan running man sementara tunggu adik balik sekolah
  • Dah nak kul 12 tak balik2 lagi..
  • pergi tengok kat sekolah...bru nak keluar rupanya...
  • balik rumah ambik wan..terus gerak rumah mak lang
  • Mak lang masak sambal ikan tilapia + kangkung goreng..yummy ! sedap...
  • lepas makan pergi cari barang kat kuala pilah ..
  • Mak lang wat demo cara masak kek kukus segera + karipap
  • Balik bawa buah tangan karipap ..
  • The end !..
NotaHati : Nampak tak kerajinan aku nak karang cerita?..wahahaa...

150320141043PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Nothing muchh...

Al kisah hari ni..

Jumaat ...14 Mac 2014..

Kapal terbang tak jumpa lagi..negara kpop dah turut serta menolong...ragu2je dengan US tu kan?..tapi kan..tak baik bersangka-sangka..tak ada bukti..tapi berjaga-jaga tu wajib..hohoohh..sekali dia ngapp !!..haaa..nayalah kita...

Pagi tadi tak buat apa pun..just lepaking! petang pla rasa macam malas je nak pergi kebun..tapi..alahai...pergi juga walaupun lambat...cuma istiqamah tak tertinggal walau sehari pun kalau tak ada sebab yang konkrit..huhuhu...dapatlah juga tiga jam...Alhamdulillah..

walaupun kesabaran masa bekerja tu nipis yang amat..lebih nipis daripada kulit bawang kata kauu...bukan apa..rasa sakit pergelangan tangan la..macam-macam rasa..biasalah tu cobaannn...lepas tak lama tu...ok la sikit...sampailah jam loceng berbunyi!..

ahah..!..tak boleh balik lagi..lek lu..tunggu jiran aku yang sorang ni..dia empat jam..sambil2 tu aku pergi la merayap melihat keindahan alam yang Allah ciptakan ini..cantik langit2..cantiknya awan-awan..awan tu nampak macam bawa air je..tapi tak nampak sarat..tapi nampak gayanya hujan macam tak jadi ..

Tak ada rezeki lagi la kali ni...dalam pada nak pergi lebih jauh..ternampak pula pak long aku dok beristirehat kat kebun dia..alahaii..tak jadilah nak pergi jauh..terpaksa patah balik..ahaha..segan nooo...aku tak biasa nak sapa ...kalau orang sapa aku dulu ok lah..huhuhu...

sampai bila?!..lek lu...biarkan waktu yang menentukan..dan malam ini...ku sendiri..aicehh..nyanyi plak..ok la..itu je nak cerite nya punnn..esok maksu ajak pergi rumah mak lang..kita tunggu dan lihat..stay tuned ~

140320141029PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Sayangnya...


Pagi tadi pegi mesyuarat ...

Al kisah teladannya..bila bergurau pada orang yang tak memahami akhirnya akan membawa kepada ketidakpuashatian dan membawa kepada perbalahan..oleh itu hati-hatilah dalam bergurau..lihat dulu pada orangnya...bukan kita tahu isi hati orang ni...bila ikut rasa maka akan binasalah ia...bukan saja empunya diri malah orang yang dimusuhi...

Sebelah petang ke kebun pula..

Jerebu pulak dah sampai..semalam cuaca elok je cerah...semalam lagi subhanallah..cantik bentuk2 awan sampai tak puas aku pandang ke langit..kapal terbang banyak kali lalu kott..bunyinya je dengar..kapal terbangnya tak nampak sebab jerebu..kitorang agak tu mesti kapal terbang mencari MH370 tu..

dengar khabarnya MH370 tu kod untuk perjalanan ke KL-Beijing ..bukannya nama pesawat tu tapi memandangkan itu yang difemeskan maka gunakan jer la tu..hehehe..

Sebelah malam pula ke masjid..

ceramah agama bulanan...jemaah kat masjid sekali buat solat sunat hajat untuk turun hujan dan permudahkan urusan untuk menemui pesawat MH370..apa yang aku dapat ?..ada la dicatatkan kat buku aku tu..huhuhu..suara penceramah tak berapa nak jelas la..berdengung rasa...antara yang aku dapat.. cara untuk mengenali Allah dengan sifat 20..lepas tu buat segalanya iktikad kerana Allah semata-mata.

Maknanya niat semua perkara yang kita buat kerana Allah.Panjang lagi huraiannya..aku ambik sikit2 je..lepas habis ceramah kitorang makan ..gulai keladi..telur itik masak dengan belimbing...ayam goreng..air oren sejuk..nyumm..nyumm..nyumm...sedap..sedap...hehhee..almaklumlah tak makan nasi dari pagi..

lepas habis basuh pinggan bagai dan mengemas..kitorang pun balik..dapatlah tapau jugak.... sikit je orang..ok la tu daripada tak ada..aku jumpa budak perempuan sorang ni kuat kelentong...sakit hati !..
aku percaya je cakap dia..walaupun cam tak caya jugaklah...lepas tu dia cakap kasar !..banyak #%&@*..haishh...tak tahulah apa nak jadi..

Geram rasaaa..huhuhu...ku fikirkan budak cam tu jujur orangnya..raut wajah pun orang kata masih suci lagi laa..nie takk...perghhh...sangatttt !Nyampahh rasa...hailaa..nak wat camne anak orang ..ok la tu je aku nak cerita..see ya next time kalau aku rajin nak menaip...

130320141131PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.




♫ Masih adakah harapan ♫

Terkapai-kapai diri
Rasa kehilangan yang tak bertepi
Apakah erti semua ini
Andai lisan tak terungkap bicara

Bukan mudah menutur kata
Dalam gundah menusuk sukma
Tiada ungkapan yang bermakna
Sekadar omongan yang sia-sia

Melintasi awan takkan rawan pergi
Apalah erti kehilangan di hati
Terbit zahir tak kelihatan
Hijab terwujud pada pandangan

Masih adakah harapan
Untuk aku hidup esok hari?
Masih adakah harapan
Untuk aku bersinar secerah mentari?

110320130957PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Hingga tak lena...

Semalam..

SABTU 08032014

Malaysia digemparkan dengan kehilangan jejak pesawat kapal terbang MAS #MH370 dalam 2.40 pagi..yang sepatutnya kapal terbang tu dah sampai kat lapangan terbang Beijing kira2 dalam 6.30 pagi..alih2..delayed..dan lesap begitu je...sangat misteri..aku dengar mula-mula biasa je...lepas tu dah lama sikit tu berdebar-debar jugaklah..dah jadi tergempar seluruh dunia pula..

Macam2 spekulasi yang timbul dalam fikiran..pelbagai kemungkinan...mungkinkah ada masalah teknikal? atau mungkin ada pengganas? lalu kapal terbang dirampas..atau mungkin pemandunya tiba-tiba sakit lepas tu kapal terbang tak dapat dikawal?.atau disorokkan di alam ghaib?..atau mendarat dengan selamat di suatu tempat yang asing yang tak ada dalam peta dunia...atau ribut petir..hujan ..dan kapal terbang disambar petir then terjunam ke dasar lautan dalam kelajuan yang maksimum?..Nauzubillahminzalik...

"ALLAH MAHA KUASA,KALAU ALLAH KATA JADI MAKA JADILAH IA"

Terlalu banyak kemungkinan yang tak terkira..sampai-sampai aku termimpi-mimpi..tak lena tidur kott..apatah lagi ahli keluarga krew dan penumpang tu..Allah...risaunya tak tahu nak khabar macam mana...semoga semuanya selamat la hendaknya..doakan yang terbaik buat mereka...Bila fikirkan pun dah ngeri ..better kita doakan je mereka semua..

Berbalik pada aktiviti harian aku..nothing yang aku boleh buat..entahlah rasa tak semangat..walawehh..sekarang aku cuba fokus untuk kerja...kerja..dan kerja..biarlah muka makin hitam..jerawat makin membiak..muka semakin tak berseri..dan jiwa semakin lara..tak tahu apa aku perlu buat lagi..tapi hidup perlu diteruskan..nie orang D&T panggil FUTUR.

Tapi aku nie tak terlibat pun dalam hal-hal yang gah seumpama tu..sebab kemampuan aku pada diri sendiri pun terbatas...sekarang pun fokus aku untuk melawan kejahatan dan kemanjaan diri sendiri..lawan untuk berdiri di atas kaki sendiri !!....bila masanya tiba akan praktikal juga akhirnya..moga dapat yang terbaik dan pengakhiran yang terbaik...Allahumma Aamiin..

090320141135AM
ROOM
HOME SWEET HOME

☂ True Love ☂

✍ Jangan lupa tutup pintu pagar !

Petang tadi..

sempat aku pergi kebun belakang lepas adik lelaki aku bagitahu yang mak sedare aku tanya aku..sebenarnya aku dah malas tapi ...nak tak nak pergi je laa..haha..2 jam pun jadilah..

ada satu kisah menarik yang terjadi..ada sekawan lembu tengah mencari jalan untuk masuk ke kebun..lepas tu tetiba nampak pula lembu tu masuk dekat kebun pak sedare aku kat sebelah tu..aigooo..apa lagi jiran aku kecohlah suruh bagitahu pak sedare aku yang tengah betulkan pagar kat hujung kebun dia tu..

aku jerit bagitahu...mak sedare aku pun jerit bagitahu...tak ada respon..lepas tu jerit lagi..aiyoo..mak sedare aku dah merungut dah..haha...tak lama lepas tu barulah muncul orangnya menghalau lembu tu...

Semua tarik nafas lega.

Sambunglah buat kerja..tetiba....aiyakkk!! lembu2 tu masuk balik maaa..mananya tak masuk balik..pintu pagar tak ditutupnya..sekali lagi kecohlah jiran aku suruh bagitahu pak sedare aku lagi...haha..nasib rh..mak sedare aku merangkap adik ipar pak sedare aku tu pun pergilah panggil walaupun dengan keluhannya..

Bila jerit suara pun dah tak ada..pastu terpaksalah pergi dekat dengan pak sedare aku nun di hujung sana..tak la dekat sangat tapi bolehlah...akhirnya dia menyahut...dah rasa yakin pak sedare aku dah tahu so kitorang pun sambunglah buat kerja..

Tak lama lepas tu dengar bunyi enjin kereta pak sedare aku..helax...berhenti tepat2 depan pagar ...lepas tu pak sedare aku turun halau lembu..halau punya halau tak keluar2...berpusinglah dalam kebun tu dalam dua tiga kali la jugak..hahaha..kitorang tengok rasa lucu pulak...

mana tak lawaknya...kereta tu halang tempat lembu2 tu nak keluar...maklumlah lembu tu bukannya pandai sangat...hohoho...tapi akhirnya lembu2 tu jumpa juga jalan keluar...lega..tapi...masa pak sedare aku nak balik dah tiba-tiba ada seekor lembu putih sesat..ada pulak lembu tu masuk balik..lepas tu pak sedare aku apa lagi..bunyikan siren kejar lembu tu suruh keluar..

hahaha...siyes lawak habis..lembu tu pun tak nak keluar2..dalam dua tiga empat kali la jugak..lepas tu barulah keluar..dan akhirnya...bolehlah pak sedare aku balik dengan amannya.

dan..Jangan lupa tutup pintu pagar !...heeeeee.

020320141043PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ U-Turnn...

Alkisah...

tersebutlah kisah...aku dah siap2 dah nak pergi kebun belakang...sarung stokin..pakai selipar ...then..siap tebarkan kain batik lagi atas kepala untuk elakkan daripada panas yang memancar menembusi otak..hohoho..tak pasal-pasal kena strok haba pula nanti...pastu capai botol air dengan pisau getah ..baru je ayah bagi masa aku tengah siap tadi...

so..dengan selamba aku pun berjalan lenggang-lenggang ...tetiba...aiyakkk...! aku nampak sesuatu di seberang sungai sana tuhh...waaa...binatang apakah itu?..oh nooo !!..rupa-rupanya kereta pak long aku daaa...dia ada pula kat kebun dia..sebelah kebun mak aku tuu..waaa...tanpa berlengah masa terus aku pusing balik..hohoho...

Malas nak terserempak and sembang...macam-macam pula dia tanya nanti..kot laa..hahaa..dah la aku tak ada mood nak bercakap...jadi jalan yang terbaik kita U-turn jer laaa...potong line laa..haha..tak pe lah kita cuti hari ni ye...lagipun memang hari ni lebih panas dari biasa...risau juga berjemur lama-lama..

dah la tu..mak tih pun tegur..

"Tak pakai topi ke?..hitam dah muka.."

Huwaa...sedih tauu...takpelah nak cari duit kan..kenalah berkorban apa saja..nak bayar hutang PTPTN lagi..hmmm...sedihnya..banyak tahu...apa aku dah silap buat keputusan dengan sambung bidang nie ke..hmm..tapi macam biasalah ...menyesal kemudian tak berguna lagi...sekarang aku fikir nak selesaikan hutang piutang je..

lepas tu kalau boleh tak nak hutang-hutang dah...biarlah hidup sederhana je...asalkan tenang...hidup pun senang..nanti mati pun senang...tak de lah..."hidup susah...mati pun susah.." niat di hati nak sambung belajar lagi tapi...kalau sambung lagi mesti banyak duit lagi kena pakai...hmmm...dilema betul !..kerja pun tak terjamin lagi...dan aku tak sedia dan takut untuk berdiri dengan sendiri lagi buat masa nie..

Apa-apa pun semoga semuanya baik-baik je nanti...

020320140341PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


✍ Mencabar betul..! *pics

Mata tak bisa bertahan lama..

Sementara tunggu start cerita menjinak ombak ni kita update blog dulu !..Tau-tau je la kalau iklan Tv3 ni macam mana..jenuh menunggunya..

Malam ni nak cerita pasal liku-liku kebun..hahaha.. petang tadi macam biasa aku mulakan rutin dekat kebun belakang tu..lepas siap2 terus gerak...dalam pukul 2.02 minit tepat !..sampailah sudah kita..guess what?

Yeah..aku la yang sampai dulu..lepas tu tak lama kemudian barulah jiran dua orang lagi sampai...lepas tu..jiran sorang lagi...lepas tu...? barulah mak sedare i sampai macam kebiasaan...

Cuaca?

Omak kauu!!..dulu mula-mula aku start kerja kat belakang tu cuacanya asyik mendung lepas tu hujan...

opss..sorry terganggu..al maklumlah syokk layan #MenjinakOmbak episod akhir..hahaa..tapi seyes aku tak puas hati wooo..kenapa dia tak terangkan ustaz Fatah tu menuntut ilmu kat mana..dan macam mana boleh menghukum orang macam tuu?? itu la y paling penting buat pengajaran ...benda ni boleh bagi salah faham kat orang yang tak faham tahu...nanti dorang yang tak faham pandang slekk je kat ustaz2 kann..

apa pun tak blehh...bahaya kott..

ok sambung balik cite aku...lambat sikit sambung..banyak pula persinggahan..hehe..

...cuaca mendung pastu hujan tak berhenti .hmm..kalau aku tak silap la kan..dari bulan 11 atau 12 hinggalah bulan 1..lepas tu..start bulan 2 dah mula panas terik..tahu tak panas teriknya macam mana?.. lebih kurang macam air paya yang berair ...sampai jadi kering kontang ! pastu air kolam pun dah nak kering dah...


Nie la kawasan aku kerja..luas tak aku buat ? haha..korang tahu aku buat apa? ..memandangkan cuaca kejap teduh kejap panas..aku lari la merata-rata tempat mencari tempat teduh nak buat kerja tu..kejap situ..kejap sini..kejap siti situ sana sini eh..? hehhee...air pun boleh habis daaa...tekak asyik rasa haus je....ok la dah petang nie..masa aku pun dah habis..tapi.....sempat lagi aku snap gambar kan...guna kamera nokia x300 gituhhh..dalam perjalanan  balik aku snap lagi...laiilaiii...


Kita pusing belakang !!..jeng..jeng ..jeng...snap gambo pokok petai dengan matahari petang senjakala...
amacam cantik tak? pastu...moh la kita meneruskan perjalanan..asar tak lagi nie...huhuhu



Haa..inilah dia payanya..mak aku suruh buang semak2 dan rumput bagai yang ada kat situ sementara ia masih kering...katanya lagi..nanti kalau dah berair susah la..tu jiran2 aku tengah bekerja la tu..dan aku pula?..aku dalam perjalanan nak balik kerja..hahaha...masa aku dah habis..dorang sampai lambat..habis pun lambat laa..

Yang baju hitam tu pula..anak kepada jiran aku merangkap suami kepada jiran aku yang sorang lagi..baru semalam aku terserempak dalam perjalanan balik ke rumah..dia bawa anak dia ke kebun sini setiap jam 6 petang..tak tahu buat mende...tapi tadi nampak dia tolong mencangkul rumput sambil anak dia tengah dok tengok mak dia siram pokok lada kat atas sana..

Pokok lada pun dah nak tinggal ranting dah..sadis tol..haha...ok la..balik jom..dalam tengah aku jalan sempat jiran aku yang sorang tu melaung..

"Mastura dah balik melenggang dah haaa..."

Hahaa..aku angkat tangan baibai..dan gelak je la yang mampu...



Taraaa !!..inilah dia cabaran yang paling sukar sekali yang aku lalui hari demi hari datang dan pulang dari kebun..huhuhu...korang tengoklah kayu da macam mana..lepas tu boleh pula kayu tu bergoyang-goyang..aiseyman..kalau ikutkan hati memang aku lalu kat dalam sungai tu je..huhuhu...

tapi aku beranikan diri..dan kata pada hati..

"Wahai hati..kalau cabaran sebegini kecil pun kau tak boleh buat..macam mana kau nak hadapi cabaran yang lebih besar nanti?"

Fulamakkk..sentap ..sentap...terus gagah ala ala berani melintas..tapi...

kena la buka selipar dulu..hehehe...bukan apa..kaki aku ni tak stabil..bukan alasan..tapi kenyataan..dulu kan aku pernah patah kaki...so memang tak stabil la kaki sebelah nie haa..harap paham la yer..huhuhu...dan aku pun meniti setapak demi setapak walaupun kayu tu tetap goyangg !!..

Dan akhirnya...fuhh..menarik nafas lega...alhamdulillah..sampai jugak ke seberang and...let's go home !
Home I'm coming !! home sweet homee !!..

Semoga dapat jumpa lagi !..yeahh !..Maiii tidur ..da lewat nehh.. kalau tak ada apa2 aral esok aku update lagi ..InsyaAllah...Fi hifzillah uol !!

280220141123PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Satu per dua kata

Sebelum aku tutup mata..

huhuhu...sekarang aku ada kat kg..buat apa?..duk rumah je punn...aku sekarang dalam proses membiasakan diri untuk menjadi orang kampung yang sejatiii..gituhh..walau apa pun ..aku perlu jadi orang kg..nama pun dibesarkan di kampung..aku nak cerita apa nihh..

Oh..pagi tadi aku pergi mesyuarat...mesyuarat yang aku pada awalnya dipaksa menghadirinya..last-last aku jatuh suka..walaupun macam tu..aku ni ego sikitt..so aku tak tunjuklah yang aku ni suka..dan automatiknya..muka aku akan menunjukkan sesuatu kebosanan yang begitu ketara..

tapi alhamdulillah..sepanjang aku join..banyak kerenah yang aku jumpa..banyak perangai..dan macam-macam lagi la..seronokkk..tapi aku tak pandai macam mana nak expresikannya...huhuhu..al maklumlah..aku membesar dengan persekitaran yang agak mementingkan diri sendiri...menyuruh itu..menyuruh ini..dan hiduplah sesuka hatimu...

Jadi aku sekarang hidup dalam lingkungan tu..dan..kalau dah berkumpul..memang sah la..makcik-makcik nie suka naa buat ketupat..susah..susah..lepas tu kalau orang datang borak dengan aku pun mesti nak mengumpat juga..huhuhu..malazzzz nak layannnnnn..so aku dediam je la kat situ....

Nasib baiklah aku ni dikenali sebagai seseorang yang tak banyak cakap...lagi la best !!!..best sebab dapat hindarkan diri daripada dosa..walaupun ada juga kadang2 memang tak dapat dielakkan...

dan tadi..lepas mesyuarat...sebelah petangnya aku mula menjalani kembali kehidupan sebagai seorang...pencabut rumput..ahaha...kelasss kauuu..kelas ke tak ..kesahhhh!!...hihiii..bolehlah untuk hidup...aku bercita-cita nak kumpul duit..lepas tu..bayar segala hutang-hutang aku...dan...dan...hiduplah sesuka hatimu...

Semoga dapat menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dengan tenang..tenteram ..aman dan damai..jauh dari noda dan dosa...Allahumma aamiin...

270220140953PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Sekali lagi ♫


Ia datang dan pergi
Menangis diri mencemuh diri
Sekali lagi ia hadir
Menghina matlamat diri

Tak tertanggung rasa
Gelodak membara di jiwa
Enggan pergi walau dihalau
Kejatuhan semakin mendekat

Ia mengundang rasa tak puas hati
Jauh membawa diri pergi
Terlalu jauh dan sepi
Dari keindahan syurgawi

Sekali lagi ia hadir
Mencengkam sukma di hati
Jika sekali lagi ia hadir
Mungkin kan tewas diri ini

240220140518PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


♫ Tika beban terasa berat ♫


Tika beban terasa berat
Aku mendiam seribu bahasa
Mencari penyelesaian
Yang terbaik dalam jiwa

Tika beban terasa berat
Kudratku tak berdaya
Menghilangkan rasa gelodak di jiwa
Aku diam tak terkata

Tika beban terasa berat
Aku kaku tak buat apa
Hingga hilang penatnya
Yang tak tahu entah bila

Tika beban terasa berat
Jantungku sukar berfungsi
Seolah-olah tiada guna lagi
Untuk aku hidup di dunia ini

240220141220PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Bicara hati ♫

Hati ini.

Hati bicara tak mengapa
Tidak perlu tertekan
Walau datang pelbagai rintangan

Hati bicara tak mengapa
Enggan memikir beban
Rehat saja dari dunia

Hati bicara tak mengapa
Hidupkan aku dengan zikrullah
Telah lama aku dahaga

Hati bicara tak mengapa
Luruskan niat hanya keranaNya
Bukan kerana makhlukNya

Tak mengapa.
Segalanya akan baik-baik saja.
Jadikan sabar sebagai peneman jiwa.

210220141054PM
ROOM.
HOME SWEET HOME

♫ Erti syukur ♫

Syukur.

Seringkali alhamdulillah dilafaz
Namun tiada senada

Lebih sudu dari kuah
Lebih mangkuk dari isi

Seandainya kita fahami
Erti syukur bukanlah
sesuatu yang mudah

Jika mengerti kan lapang hati
Seandainya tahu
Akan menari sepanjang hari

Apakah itu erti syukur?

Bergembira dengan yang sedikit.
Berpada-pada dengan belanja.

Akhirat lebih diutama
Dunia hanya sandaran semata

Berbahagialah pada definisi yang tersendiri.

210220140944AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

☂ Dan apabila mata ibumu sudah tertutup..☂

♫ Kau yang bernama teman ♫

Kau..

Kau yang bernama teman...
Kita lalui suka dan duka bersama
Kau suka aku gembira
Kau duka aku bersedih

Namun tika aku hilang arah
Kau hilang begitu saja
Tika aku tak ke temu
Kau diam membisu

Kau yang bernama teman..
Siapa aku dimatamu
Apakah sekadar peneman 
Tika engkau inginkan kesenangan

Apakah engkau mengambil kesempatan
Tiap kebaikan yang aku berikan
Bukan ku pinta penghargaan
Sekurang-kurangnya jangan menghilang

Kau yang bernama teman..
Sekali aku benci
Takkan lagi aku percaya
Kau menghilang begitu saja..

Hati ini rasa benci padamu
Maafkan aku teman..
Aku benci padamu..

Namun takkan aku pamerkan
Akan aku simpan luka ini sedalamnya
Kerana kau yang pernah
menjadi teman di hidupku..

Sekian,terima kasih.

200220140959PM
ROOM.
HOME SWEET HOME

♫ Pergi..♫

Aku pergi

Aku pergi buat seketika.
Menimba setitik ilmu cuma

Aku pergi tak lama
Sekadar sesaat cuma

Apa lagi yang mampu diisi
Jika jiwa gelap tak bercahaya

Apa lagi yang mampu diberi
Jika hati tak mahu menyala

Aku pergi buat seketika
Mengikut bonda menimba kata

Azimat kata yang berharga
Walau sedetik cuma

Aku pergi.

Moga kembali dengan cahaya.

190220140225PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Identiti diri ♫

Aku tak tahu.

Aku tak tahu apa rasa ini.
Aku nak padamkan semua memori
 lalu bermula semula.

Namun,aku kembali
semula menjadi diri aku.
Aku tak mampu untuk lari.

Aku tak bisa mengundur masa.

Aku tak tahu
apa yang harus aku lakukan.
Aku kembali mencari identiti.

Identiti yang disenangi.
Identiti yang tak menyusahkan.
Identiti yang bermanfaat buat semua.

Identiti yang tak hidup dengan sia-sia.

Aku harus kembali !

Kembali sebagai hamba ilahi.

190220141000AM
ROOM
HOME SWEET HOME

♫ Sesat ♫


Aku sesat
Aku sesat secara tiba-tiba
Aku hilang arah
Tak senada rasa dan kata

Tiada rasa di jiwa
Tiada kehidupan di hati
Bagai barah menghampiri
Lalu aku hilang tujuan

Aku sepi
Aku sepi tanpa berita
Aku jauh dari semua
Aku hilang pedoman diri

Aku sesat
Tak mampu menjalani hidup
Aku cemburu buta
Pada yang cintakan dunia

Aku sesat.

190220140947AM
ROOM
HOME SWEET HOME

✍ Perasaan yang bercelaru

Ya.

Kan aku dah kata..kalau perasaan aku bercelaru aku rasa macam nak padamkan semuanya ! Tapi..this time..aku keliru..nak padamkan atau privatekn saja? ..

Akhirnya..

Aku privatekan semua.

Aku deactivatedkan Facebook.

Aku privatekan twitter.Dan ...

Dan juga blog ni sebenarnya...tapi..something feeling ada untuk blog ni.Tak tahu apakah dia..akhirnya aku berkeputusan untuk kekalkan blog ni.Dan..terusan update di sini saja..

Sedangkan..aku memang seorang yang tak suka bercakap..bukan tak banyak perkara yang aku nak khabarkan..cuma..tiada yang serasi di jiwa untuk aku luahkan...dan..menaip inilah salah satu terapi buat diri..buat muhasabah diri..dan buat mengingatkan diri yang seringkali terlupa..

Dan satu-satunya cara untuk catch up back..yeaa...u know it..

This blog ...

Tadi.

Aku sedih dan down..dan sekarang? pun...

till then..

180220140934PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Dup dap dup dap...

You know me so well.

Alhamdulillah.

Baru baca email tadi,pihak hospital kata..

Salam 1 Malaysia,

Permohonan anda telah diterima dan akan diproses.

Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah.Baru je aku cakap ..pening rrr...huhuhu..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha mengetahui setiap isi hati.Tika saat kita hampir berputus asa hingga hujung nyawa..dan di saat akhir itulah Dia kurniakan rahmatnya.

Bukan sekali,bahkan dah berkali-kali..sering..manusia ini sering saja terlupa..dan sering lalai dalam menjalani kehidupan dengan penuh kesabaran.Bermakna..fasa baru bakal bermula..inilah yang dup dap dup dap nya...huuuuu...nervous...takut...and so on...! Moga segalanya dipermudahkan..Allahumma Aamiin..!

170220140707PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


✍ Ceroiii laaa..

No idea.

Aku tak ada idea nak tulis apa daaa.Dua tiga kali tulis then aku padam balik.Tak tahulah nak story pasal apa.Apa pun tak bolehhhh..cerita pasal praktikal?ceroiii laaa..pening kepala aku..huhuhu..pening kepala kott..macam tu kawan aku cakap..memandangkan dia dah dapat tempat ..so keseoranganlah aku terumbang ambing..dan aku tak mahu peduli sudah..

Umur aku yang makin meningkat membuatkan perasaan aku bertambah emosi.Hari aku bertambah sunyi..jiwa aku semakin sepi...dan hati ini...haishhh..sudah-sudahlah tu bertelenovela..hehehe....tak tahu bilakan hadir semangat untuk berdikari..sebab aku dah malas nak fikir apa..

Memandangkan cuaca pun semakin hari semakin panas...gunung berapi pula semakin aktif..dan aku pula menjadi semakin pasif..aku tak peduli apa pun yang terjadi pada sekeliling aku...yang aku tahu..aku tak tahu apa-apa...aku berharap...sungguh aku berharap..

Aku berharap akan ada suatu sinar yang akan tiba nanti..namun sepertimana makanan..kalau tak disuapkan ke mulut..maka tak makanlah kau...makanya...aku harus berusaha bersungguh-sungguh..namun sekarang ni serius aku malas tahap gaban..tak tahulah tahap gaban tu macam mana..nak dijadikan cerita..kemalasan yang amat melampau-lampau..

Sehinggakan aku nak online pun ...pening rrrrr...

Sampai aku rasa macam nak delete je semua....atas faktor-faktor ni lah dulu aku padam blog aku..huahuahua..dan masa ni...perasaan ini kembali tiba semula...tak ku sangka..tak ku terduga...bagaimana harus aku lakukan..apakah yang mampu aku berikan..

Ok fine..sudah-sudahlah tu merepekk..i hate this! Dan sekarang aku bakal jadi penghuni tetap blog ini ! This world u know ~

170220140422PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Aku dah penat..♫

Aku dah penat menunggu..
Aku dah penat buat segalanya..
Aku dah penat untuk hidup...

Aku dah penat..

Aku dah penat menunggu mereka..
Aku dah penat buat segala yang sia-sia
Aku dah penat untuk hidup dalam sendiri

Aku dah penat..

Aku dah penat ego..
Namun tak mampu ku hakis..
Aku dah penat menjadi lemah..

Aku dah penat..

Mereka bahagia sedang aku derita..
Mereka gembira sedang aku kesedihan..
Mereka taat sedang aku terumbang ambing..

Aku dah penat...

Namun..bumi takkan berhenti berputar jika aku penat
Kerana segalanya akan diperhitungkan..

"Ya Rabbi,pimpinlah daku menuju redhaMu..."

160220140510PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


✍ Tawakal

Setelah terusan berusaha,

Kita kena berterusan berdoa dan tawakal sehingga ke akhirnya.Aku ada baca yang Allah tak pandang kejayaan kita macam mana tapi Allah pandang usaha kita bagaimana.Dan tu yang kuatkan semangat aku saat diri hampir lemah kembali.

Keputusan di Bangi dah diketahui.Permohonan ditolak.Terkilan.Bukan sebab apa.Cuma.Bila aku telefon baru diberi perhatian.Tak maklum balas pada pihak kolej.Tak mengapalah.Dan aku terusan mencari.Bukan kerana aku.Tapi lebih kepada classmate aku.

Katanya susah kalau fly ke Sarawak.Guna banyak duit.Dan aku mencari lagi dua buah hospital.Moga pensyarah tak tangguhkan penghantaran surat permohonan.Moga permohonan diterima.Jika tak,moga segalanya baik-baik saja.

Kerana...

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT KITA.

070220140808AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Deathlinee !!

Alhamdulillah.

Baru dapat lepas menaip.Itu pun gunakan laptop adik bongsu yang dah pun berangkat ke sekolah sebentar tadi.Oh.Skema kauu.Laptop aku tak berjenguk lagi.Entah dah sihat entah belum tu.

Semalam aku dapat berita yang pihak kolej akan menghantar para pelajar praktikal ke Sarawak kalau tak dapat lagi tempat di hospital yang dipilih hingga hujung Mac ni.Omakk kauu.Sukaaa !..

Aku jer la yang suka.Mak ayah aku ? Hohohoho.Kenalah juga cari dekat-dekat sini juga walau macam mana pun.Dan tempat yang aku mohon satu jer baru..nun kat bangi sana tuhh..esok pihak hospital suruh telefon bagitahu keputusannya.Mudah-mudahan dapat la..Allahumma Aamiin..

Walaupun dengar macam-macam cerita kes kat Bangi tuh..kalau dah dapat kat situ kira bersyukurlah...kita datang untuk belajar...bukan untuk kurang ajar..mohon dijauhkan daripada segala anasir-anasir yang tak baik..huhuhuhu...

Dan ..classmate aku yang sorang ni pun tengah berusaha mencari tempat untuk kitorang nun kat Johor sana.pun ada kes juga..haiya kat mana-mana pun tarak aman lagi woo...namun begitu....mana dapat dulu situlah yang dituju.

Kalau tak ..ada pilihan lagi...mak aku suruh cuba hospital nun ...di Kuala Pilah sana hari ni...alang-alang mak aku nak ambil ubat akupuncture ..ehh..gitu ke ejaannya..kalau salah mohon dibetulkan ya...ehehe...begitulah relaksnya aku..sampai deathline !! Terkocoh-kocoh sudahhh...

Itulah tak dengar lagi kata,

"BUAT KERJA JANGAN SUKA MENANGGUH! "

050220140740AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


♫ Hati Yang Dingin ♫


Hati yang dingin
Kasihnya bukan tak hadir
Cuma tiada terpamer

Hati yang dingin
Bicaranya bukan berbisa
Cuma jelas tanpa tapisan

Hati yang dingin
Dia yang suka menyendiri
Namun lebih gembira
Andainya ada teman di sisi

Yang lebih memahami
Malah melengkapi kekurangan
Yang ada pada diri...
Bukan yang hanya tahu mengumpati

290120140818PM
ROOM
HOME SWEET HOME

♪ Dia yang suka menyendiri ♪


Pahitnya jiwa melakarkan rasa di dalam novel derita.Manisnya rasa terlakar dalam kanvas yang terpamer disegani.Mainan jiwa semata-mata.

Terwujudnya aku dalam dunia di hujung jari hanya ingin meluahkan rasa hati.Terwujudkan aku di dunia maya ini hanya ingin menggamit memori.Terwujudnya aku untuk meluahkan rasa berseni yang tiada terjangka dalam sanubari.Kembalinya aku tidak diketahui sampai bila akan begini.Kudratku tak betah berlama-lamaan.Namun hati teringin buat selamanya.

Sayang seribu kali sayang.Dulu ku berkecimpung di sini telah banyak yang ku luahkan.Puisi rasa bahasa jiwa yang tersirat seribu erti.Namun tika gelodak tekanan impak maksima melanda jiwa ketika itu jualah rasa tak tentu hala membuatkan tangan laju memadamkan segalanya.

dia yang suka menyendiri...Itu aku...dia yang suka menyendiri...itulah diriku...dia yang suka menyendiri...kini ku temui dia dalam diriku ini...apakah akan ada entiti lain juga...sama-sama kita saksikan andainya aku mampu bertahan lama di sini..kerana aku tak betah membiarkan diriku diperhati..tak betah membiarkan diriku dikenali...kerana...

dia yang suka menyendiri...

160120140746PM
ROOM
HOME SWEET HOME

✍ Risau semula...

Semua yang meragukan insyaAllah semua settle..

Satu hal yang tak settle lagi...penempatan praktikal aku..kembali risau...betapa risaunya...bertambah risau apabila kawan aku sepertinya dah dapat tempat...dan berkemungkinan besar aku akan praktikal berseorangan...tapi tak tahu akan ke mana...ke manakah arah ku...Allahu Rabbi...aku takut...serius aku tak kuat...

Mudah untuk cakap...tapi sangat sukar untuk lakukan...mudah untuk menaip ...tapi amat sukar untuk melafazkan...Allahu Ya Allah...ku mohon ditunjukkan jalan...semoga urusan ini dipermudahkan...

Terlalu banyak perancangan yang bermain di fikiran..selesaikan hal praktikal ..tempoh yang diberi teramat singkat....dapat tempat praktikal...buat sehabis baik...ambil exam MUET bulan Nov...konvo bulan 12...semoga dekan...apply UPU bulan 1 tahun hadapan...Moga dapat sarjana muda makmal perubatan...buat sehabis baik...dan..sambung ke bahagian perubatan...Allahu Ya Allah...risaunya hati...

Doakan aku berjaya...namun hal praktikal pun tak lepas lagi.....bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara...bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu...

Kita hanya merancang...Allah jua yang menentukannya...

090120140720PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Tunggu dulu...

Haila..manyak susah maa..

Aku baru fikir nak apply hospital private yang lain..kelam kabut seyh dua tiga hari ni...sudahnya aku telefon kawan aku semalam yang jawapan untuk hospital kat tempat dia dua hari lagi...so..bila difikir-fikirkan balik..baik aku tunggu jawapan hospital kat tempat dia..mudah-mudahan dapat la..kalau tidak..tak pe..aku ready dah cari hospital lain...Semoga Allah permudahkan segala urusan..Allahumma Aamiin..

Yang paling penting sekarang ni ...aku kena study balik semua yang dah aku belajar...kena mahirkan semula..kalau tak mampus kena buli dan kena herdiklah nanti...kalau ada geng kurang la sikit tekanan tu..dibuatnya sensorang? haaa...hambik kau ! derita jiwalah kau sensorang kat situ...

Harapnya aku ada semangat untuk study ..wajib ! itupun kalau tak nak menderita...fulamakk wehhh..seramm nehhh..macam nak pergi bercakap di tengah kalangan orang ramai jer lagaknya...nervous sungguh la..kalau tak dibendung leh menggigil satu badan...kalau tak kuat mental...leh demam sebulan nehhh...

Semoga segalanya dipermudahkan..allahumma rabbi yassir wala tu'asir...

080120140655PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Semangat baru ..!

Hey..Yo..yo yo ! wassup !...haha..

Syabas kepada diri akhirnya berjaya juga hantar email kepada Sir...susah seyhh aku nak menyusun ayat...ko pikir aku pandai sangat nak menyusun ayat nehh? Cakap pun dok tergagap2 lagi...perghh...Aku mohon doa korang agar segala usaha aku untuk mencari tempat praktikal ni dimudahkan Allah ..Allahumma Aamiin...

Intake aku dijangka konvo hujung tahun nie..so maknanya aku ada masa 4 bulan lebih kurang untuk dapatkan hospital untuk praktikal...harapnya dapatlah hospital yang bercirikan islamik..senang sikit..kalaulah ada hospital untuk perempuan jer sume..lengkap sume ada..kan best..tapi yang aku searh semalam hospital perempuan semua hospital untuk bersalin jer T_T

Aku ni kalau nak berkomunikasi dengan lelaki tu yang payah nauzubillah !..dok tahulah kenapa..rendah diri sangat ke...atau pun aku tahu apa yang lelaki fikirkan..gituhh !..seram nehhh...Harap semuanya berjalan lancar...bertindak ! Mulakan hidup berdikari dengan sendiri ! Yakin boleh ! Jangan takut kerana manusia..walaupun takut..jangan takut takut jugak !..

Allah kan ada ? Smile ! ^_^ Peace co !Peace co !

070120141123PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Aku lost....help meeee !!!...

Dah aku cari seantero dunia...malangnya...susah benar untuk ketemu...

Hospital...adakah hospital yang tak perlukan MOU untuk aku praktikal? Aiyaaa...tipisnya rasa harapan...beginilah bila belajar tak pandai..sangat jahil pulak tu...innocent lagi....terpaksa la tanggung risiko apa-apa je dari pihak kolej...

adik-adik sekalian...kalau nak masuk kolej atau U mana-mana pastikan kolej tu betul-betul diiktiraf...siasat latar belakangnya...macam mana keadaan studentnya..macam mana diorang hidup..banyak masalah tak..senang kata..selamilah jiwa studentnya agar kita tak teraniaya !..gituhh......jangan main terjah ikut dan jer..apa kata orang..? asal sambung belajar yer?..jangan dibuat mekk...merana nanti beb !

Hmm..tadi aku rasa down sesangat...sekarang tidak lagi !...Aku rasa baik aku pergi daftar pondok Pasir Tumboh tu...ada manfaatnya juga...tapi tu pun perlukan perbincangan daripada pihak keluarga juga...Moga Mak ngan Ayah izinkan...tak pun niat di hati nak pergi satu family !..haha..tapi..macam mana pula mak ayah nak kerja kan ? =.=" ..huhuhuhu...

Aku perlu bangkit sekarang ni..tak boleh nangis-nangis..tak boleh sedih-sedih...nak tu boleh tapi jangan ? ya...JANGAN OVER ! Kalau tak dapat dunia...akhirat kan ada? ^_^ ..Kalau tak dapat akhirat pula..? apa yang kau ada? Dunia..? dunia akan binasa...manusia pun akan mati..telah terbukti pun kan...Allahu Akbar !...

Sesungguhnya setiap sesuatu perkara selalu ada hikmah di sebaliknya...Alhamdulillah..bila fikirkan aku ada akhirat..lapang dada nie...bila terfikirkan dunia ni...fuhhh...sempit kembali rasa diri...Moga semuanya baik-baik..akan aku cuba usaha lagi..berharap masih ada rezeki untuk intelektual dunia ni...dan akhirnya tawakal...

060120141240AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net