Featured

♫ Kerana Mereka ♫

Rasa yang datang dari jiwa..
Bukan sekadar suatu rasa..
Ia mampu mengubah kata..
Ia mampu melingkupkan dunia..

Rasa yang datang dari jiwa..
Bukan sekadar manisan semata-mata
Ada tawar jua pahitnya..
Berbelah bagi hati berkata..

Kerana mereka..
Kau punya rasa..
Kerana mereka..
Kau terasa..

Apakah yang ingin kau katakan..
Kerana mereka..
Kau berubah sebegitu rupa...
Kerana mereka..
Kau berubah sebegini rupa..

Jangan...
Jangan kerana mereka..
Jangan..
Jangan kerana mereka..

Jika kerana mereka..
Tiada apa yang kau dapati,.
Jika kerana mereka..
Sia-sialah hidup kau selama ini..

241120131224PM
RUANG TAMU
HOME SWEET HOME

♪ Yang Terpendam ♪

Tak terkata menahan derita.Amarah yang dipendam sehingga pecah kepala.Kau tak rasa apa yang aku rasa.Yang kau suka itu yang aku benci sungguh tak terkata.Haram.Haram.Haram.Kotor.Kotor.Kotor.Jika begitu akhlak kau apa mungkin aku percaya.Jika begitu kelakuanmu takkan mungkin aku tak berkira.

Aku benci sejuta kata.Aku benci seribu bicara.Aku benci tak terhingga.Apa yang mampu aku lakukan.Aku menahan geram.Aku menahan bengang sehingga mengalir air mata.Ku pendamkan kata-kata yang berbisa di ruang yang paling dalam sehingga bisanya meracuni diriku sendiri.Apakah itu yang kau inginkan?Ku lakukan itu kerana ku tak inginkan pergaduhan.Memutuskan tali yang renggang.

Aku bengang.Aku diam..Ku cuba mujahadah menahan segala rasa.Ku padamkan segala bara.Ku malapkan api yang membakar dada.Hanya dengan mengingati Ilahi..jiwaku mula perlahan-lahan tenang..dengan bermuhasabah diri..hatiku mula menerima kenyataan..dengan istighfar..diriku tabah kembali...Moga dosaku diampunkan dan juga kau..

221120130955PM
RUANG TAMU
HOME SWEET HOME

♫ Kawan Di Muka Buku ♫


Kenangan yang dicari
Ia kembali menghantui diri
Terkadang suka tertawa
Terkadang duka kelat rasanya

Kawan yang dicari
Hadirnya di muka buku
Kawan yang tiada dinanti
Menunggu untuk diadd saja

Bila bersatu dalam muka buku
Lain sungguh rasanya
Pahit dan kelat terasa
Dibuang sayang ditelan terbuang

Kawan di muka buku..
Mungkinkah ikatan terjalin erat
Atau memori lama menghantui
Buat selama-lamanya...

201120130254PM
RUANG TAMU
HOME SWEET HOME

✰ Perlu ada keredhaan Allah ✰

"Kadang-kadang perkara yang tak sengaja tu lah yang menyedarkan kita..or cuba teka apa? Bukan tak sengaja..perancanganNya..cantik sangat.. T_T "

**************

Almarhum Ammar meninggal dunia setelah dilanggar oleh ambulans sewaktu melintas jalan. Berikut adalah kisah terakhir arwah sebelum kejadian:Hari jumaat itu Ammar petugas di dapur. Masak nasi dan panaskan lauk kacang kuda. Kemudian masak teh untuk sahabat-sahabatnya dan kemas dapur. 

Hari sabtu yang hari kemalangan itu bangun awal pagi, mandi dan duduk atas katil mengaji al-Quran. Sahabat yang petugas dapur hari itu sediakan sarapan untuk Ammar, kerana Ammar nak keluar awal sedikit. Kawan dia sediakan sarapan dan makan bersama sambil berbual. Abangnya Tanya, Ammar, apa plan kamu? Apa yang kamu ingin buat? Abangku, saya ingin buat khidmat dakwah. Saya sudah habis baca semua koleksi Risalah An-Nur. Ingin baca sekali lagi dengan merenung. 

Selepas sarapan, Ammar keluar dan pergi satu rumah yang dulu tinggal sana dan membawa barang2nya ke rumah yang baru nak tinggal itu. Beliau susunkan semua barang2 itu dalam almari dan atas meja. Kemudian bersedia nak keluar ke rumah yang pelajar-pelajar Malaysia dan Patani yang baru tinggal situ. Kerana tahun ini Ammar akan bertanggungjawab daripada pelajar-pelajar Malaysia dan patani yang baru sampai sana.
Beliau kata kepada abang dia, abangku, tahun ini saya ingin bagi tazkirah dan kelas untuk pelajar2 ini, Tolong saya, kita keluarkan tajuk2 yang saya boleh membentang untuk mereka. Bersama abangnya mereka tulis tajuk2 itu. Kemudian ambil begnya dan keluar dari rumah untuk khidmat tersebut.
Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, iaitu begini
"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga menerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah ini"
 

 Nota Hati : Terjumpa video ni kat Twitter..dan tergerak hati nak tengok..dan..tersentuh sangat2..Allahu..dalam usia yang begini dah begitu banyak perkara yang Almarhum belajar dan sumbangkan ..syahdu dan jealous sangat2..begitu suci raut wajahnya...Al-Fatihah buat arwah..Dan InsyaAllah Syurga buatnya..Semoga bermanfaat.

191120131150PM
RUANG TAMU
HOME SWEET HOME

♫ Bermula Semula ♫


Hancur..
Hancur hati melihat jahiliyah
Mari..
Mari mulakan semula
Kegemilangan islam di dunia

Tinggi..
Tinggikan diri setinggi langit..
Rendah..
Rendahkan hati serendah mutiara di lautan

Mari..
Mari kita gapai redha ilahi
Bertasbih bertahmid Bertakbir..

Mari..
Mari kita bermula semula..
Membina kegemilangan Islam

Melangkah
Langkahlah dengan keyakinan
Langkahlah dengan keimanan..
Langkahlah dengan langkahan pertama..
Langkahlah dengan ucapan pertama..
Langkahlah dengan perbuatan yang pertama...

"AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

161120131249PM
RUANG TAMU
HOME SWEET HOME

♫ Apa aku peduli ♫

Apa aku peduli dengan rasa hati
Andai kata mu menyakitkan telinga
Walau sakit hati merasa
Jiwa luluh mendengar tiap bicara

Apa aku peduli dengan rasa hati
Kata-kata yang tak bermakna
Jika sama dua kali lima
Sukar untuk aku melaksana

Apa aku peduli dengan rasa hati
Rasa sungguh derhaka sendiri
Namun tak akan aku turuti
Mati hanya dengan sendiri

Apa aku peduli dengan rasa hati
Geramnya sungguh tak terhingga
Ku pendam saja di dalam hati
Agar gelodak rasa tak dikesali

Apa aku peduli dengan rasa hati
Jauh aku pergi buat menyendiri
Moga tenang rasa hati
Biarkan saja aku sendiri di sini

Apa aku peduli dengan rasa hati
Diam-diam aku duduk di sini
Tak akan sesekali beranjak pergi
Sehingga sakit hati beransur pergi

151120131009PM
RUANG TAMU
HOME SWEET HOME

✍ Suatu pinjaman..

9 Muharam 1435 H

Bermulalah suatu kisah ...

Di pagi Rabu yang ..sudah tidak berapa pagi lagi sebenarnya..matahari mula memanaskan bumi dengan sinaran cahayanya yang terbias ke wajah..merasakan teriknya mentari tatkala kaki mula melangkah keluar dari sebuah kereta yang diumpamakan bagai Putih-Putih Melati Merah-Merah Delima..wajah mula merasakan kehangatannya..

Tidak jauh dari tempat aku berdiri ..kelihatan masyarakat setempat mulai beredar dari Pekan Rabu setelah membeli barang keperluan harian..Aku melintas jalan menuju suatu tempat yang diarahkan untuk bertemu..Syarahan demi syarahan diperdengarkan..

Aku endah tak endah saja dengan syarahan tersebut..bagaikan tidak berada di situ..fikiran ku melayang jauh..Arghh..bukan keinginan aku untuk berada di sini..mengapa harus aku serahkan pemerhatian ku pada benda yang tak begitu penting bagiku ini? ..Setiap soalan yang diajukan ku menjawab acuh tak acuh saja..Ku harap moga benda ini berakhir dengan segera..

Dalam pada itu..ku terdengar suatu alunan muzik dari Shoutal Harakah..lebih menarik perhatian dari syarahan di depan..mata ku mencari puncanya lalu mata ku menangkap suatu susuk tubuh yang berkopiah ..Oh...Amil Zakat rupanya...Tumpuan kembali terhala pada syarahan di hadapan..mengharap agar segera habis..At last...

Pulang ke rumah...

Sebaik saja solat Zohor..bergerak pula ke bandar untuk menguruskan apa yang tidak lagi selesai..

Bank
JPN
MARRY BROWN
BANK
KFC
MASJID
HOME

My hate journey begin....

121120130745PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Ikrar kita ♫


Sesak raga di dalam jiwa
Umpama bernafas dalam lumpur
Namun endah tidak diendah
Umpama tiada kena mengena

Dua tiga kucing ditinggal pergi
Menyamar dua orang menyelamat wang
Apalah daya hamba yang seorang
Ingin memohon pertolongan

Cantik paras elok tutur bicara
Molek kata tak terkira suka
Namun gundah menyapa dijiwa
Tatkala petanda datang menjelma

Bukan jiwa penglipur lara
Hanya sekadar suka-suka
Bukan hanya fitnah dunia
Lihatlah nanti kesannya bagaimana

121120130516PM
RUANG TAMU
HOME SWEET HOME

✍ 4 Syawal 1434 H : Bosan... ~

4 Syawal 1434 H

Alhamdulillah.

Pagi.

Membuta.

Orang datang raya.
Pak cu belah ayah datang sekeluarga dari Kelantan.Rumah mertuanya.Terus ke rumah kami.
Adik atok sekeluarga datang raya.Dari Negeri Sembilan.
Ayah pergi Majlis Hari Raya.

Petang.

Tak ada apa.Mak pergi kebun.

Malam.Hai! Nak pergi tengok tv larh.Bosan.
Daaa.

110820131013PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Maal Hijrah

1 Muharam 1435 H

Intro..Bila Waktu Telah Berakhir...

Detik demi detik berlalu meninggalkan aku yang tak sedar diri telah leka dan lalai dalam menjalani kehidupan seharian.Hari demi hari baru aku sedar yang..sekarang dah 1 Muharam ! Tahun baru Islam 1435 H ! Dan telah masuk bulan 11 tahun masihi..Rasa macam nak belasah diri sendiri je bagi sedar !

Wake up Girl !! Lab report berpage-page tak buat lagi..tik tok tik tok ..tanpa sedar bulan 10 dah ditelan masa..dan sekarang bulan 11 ...dan 12....1..Erghhh !! Stressing Out ! Aku bakal menjalani praktikal..Paling memilukan aku bakal menjadi seorang dewasa !! Dan guest what? ..Aku tak ready lagiii...!! tidak...

Betullah kata orang..pejam celik..pejam celik..dah besar...pejam celik..pejam celik..dah tua..Oh No ! Walau apa pun..aku kena terima hakikat..dan korang jugak...look at Urself ! Sedarlah diri tuu..makin hari makin 'muda'..Tiba masanya untuk serius ! Good Luck untuk adik-adik yang ambil SPM ! Good luck untuk korang yang ambil exam..dan good luck juga untuk korang yang diuji...

KEEP CALM AND HAVE FAITH.

Tahniah untuk Tokoh Maal Hijrah 1435 H..Tan Sri Abdul Hamid kalau tak silap..juga..Dr Zakir Naik..dengar talk beliau sungguh menaikkan semangat dan menajamkan akal fikiran..dan korang tahu tak?..baru aku tahu yang 1 Muharam ni bukan tahun Nabi Muhammad S.A.W berhijrah tapi permulaan untuk buat kalendar Islam masa pemerintah Saidina Umar Al Khattab..InsyaAllah Sahih.

  Dan aku tak berniat pun nak taip banyak huahuahua..nak buat diari je..reminder di kemudian hari..Good Luck sekali lagi untuk adik-adik SPM terutamanya adik aku yang bermula esok...Bittaufiq Wannajah ! Jom Tidoq !..Cleaning Ur Mind.Semoga Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini.Allahumma Aamiin.

051120131148PM
RUANG TAMU
HOME SWEET HOME

Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.