✰ Syukur dan Ikhlas ✰

Semalam.

Kelas fardhu ain di Masjid Kampung.Ustazah menerangkan tentang sifat-sifat mahmudah yang patut ada dalam diri kita...syukur..Kita kena bersyukur dengan apa yang ada..tak payah tengok jauh..tengok je pada diri kita apa yang Allah dah bagi..Contohnya nikmat pancaindera..mata yang boleh melihat..telinga yang boleh mendengar...dan macam-macam lagi..

Kalau Allah tarik nikmat pula macam mana? Contoh nikmat buang angin..Seharian tak buang angin mahunya sakit seluruh badan..kembung perut dan sebagainya...Cara mensyukuri ialah dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya..

Ikhlas..Kita kena ikhlas dalam setiap perkara yang kita buat..Khususnya perempuan di dalam rumah tangga..terlalu mudah untuk masuk syurga hanya dengan buat kerja rumah...basuh pinggan pahala..masak nasi pahala..kemas rumah pahala..basuh kain pahala..setiap titik peluh kita masa buat kerja itu pahala..sebab tu kita kena ikhlas..Kalau asyik merungut..itu tak ikhlas namanya..

Basuh pinggan merungut..kuat pula tu basuh pinggan macam nak pecah pinggan tu..masak nasi merungut..sapu sampah pun merungut...rumah kemas tapi pahala tak dapat...Sia-sialah penat tu..Ustazah pun cerita macam mana Saidatina Aisyah melayani Rasulullah S.A.W...bukan macam kebanyakan zaman sekarang ni..

Rasulullah S.A.W makan manakala Saidatina Aisyah melayani baginda..sendukkan makanan dan tunggu sehingga Rasulullah S.A.W habis makan..Suatu hari Saidatina Aisyah termasak masin..Rasulullah S.A.W tak kata apa..cuma diajaknya Saidatina Aisyah duduk di sebelah dan rasa makanan itu..lalu tahulah Saidatina Aisyah lalu segera memohon maaf..kita pula..tak de nya nak minta maaf....lantaklah...bila nak makan pula..asal suami lambat sikit..aahh..lambat la..makanlah dulu..biar dia makan kemudian..layan pun tak...biar suami ambil sendiri je..Jadi mak cik-mak cik layanlah suami tu balik karang..

Ada sorang mak cik menyampuk..Kalau dibuat balik karang Ustazah ..mau dikatanya kita buang tebiat ustazah..lepas tu ada sorang mak cik yang lebih muda cakap...suami saya tak de nya ustazah..dia terus cakap..awak ni dah kenapa? dipandangnya kita atas bawah atas bawah....bergemalah tawa orang kat situ..

Ustazah menyambung..Rasulullah S.A.W diutuskan untuk menjadi tauladan yang baik dan menyempurnakan akhlak manusia..sebab tu la kita kena ikut..Allah dah bagi kita seorang utusan sebaik-baik teladan..beruntungnya kita ada contoh ikutan yang terbaik..Kalau dah biasa buat takkan dikatanya buang tebiatnya..

Sorang mak cik pula berkata...Kalau isteri suri rumah tangga sepenuh masa tak pe Ustazah..ni dua-dua bekerja..masing-masing dah penat..nak buat macam mana..tak daya Ustazah..kalau sakit tu boleh la...

Ustazah gelak je..tak tahu nak cakap apa..Ustazah pun sambung..Kalau ikhlas tu tak payah cakap..saya ikhlas ni..ambik lah..tak payah cakap..kalau dah bagi tu maknanya ikhlas lah tu..kalau tak ikhlas bagi pun tak nak kan..

Lepas tu ada sorang mak cik bercerita..Ustazah ..kawan saya ni baik orangnya..bila saya datang dihidangnya macam-macam makanan..tapi bila saya balik datang pula orang lain dan dihidangkan juga macam-macam makanana dan diceritakan yang saya tadi datang dan dihidangnya macam-macam...lepas orang tu balik datang pula orang lain..diceritakan pula yang saya dan orang sebelum ni dihidangkan macam-macam..macam mana tu Ustazah tapi dia ikhlas ustazah..cuma dia suka bercerita je..

Ustazah kata..kalau kita nak bersedekah ni diumpamakan tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu apa-apa ..macam tu nak jaganya amalan sedekah kita ni...kalau bercerita takut habislah pahalanya..takut jadi riak..tak dapat apa-apa lah..


31 OKTOBER 2O13

☏ Pemergian Wan Tanjung

Al-Fatihah buat keluarga Wan Tanjung.

Wan tanjung  merupakan Mak Mertua kepada Mak Lang.Arwah telah lama sakit tua dan kini telah tiba masanya pada 17 Oktober 2013 bersamaan 12 Zulhijjah 1434 H pergi menghadap ilahi pada Hari raya Haji yang ketiga.Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.

Semoga keluarga Wan Tanjung tabah menghadapi pemergiannya.Ingatlah...

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak satu musibah pun yang menimpa diri seorang Muslim, sama ada yang berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan ataupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang mencucuk kakinya (anggotanya), melainkan dihapuskan oleh Allah dengan itu sebahagian dari kesalahannya".

(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

 Khabar kematian orang yang terdekat dalam tahun 2013 memberi tazkirah kepada diri sendiri bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati.Ketahuilah wahai jiwa sebentar lagi mungkin nyawa kau yang akan ditarik oleh malaikat Izrail.
  
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.

 (Surah Ali Imran : Ayat 185)

Oleh itu wahai diri hendaklah kau sentiasa berbuat baik dan taat pada perintah Allah.Janganlah terhanyut pada kehidupan dunia yang senangnya hanya memperdaya dirimu sedangkan ia takkan kekal. T_T 

"Allah..aku ingin masuk ke dalam syurgaMu.."

171020130910PM
RUANG TAMU.
HOME SWEET HOME

♫ Hadirnya..♫

Hadirnya..
Hadirnya kerana dicari..

Hadirnya..
Hadirnya kerana takdir ilahi..

Hadirnya..
Hadirnya kerana usaha yang diberi..

Hadirnya..
Hadirnya kerana keikhlasan dalam diri..

Namun..
Hadirnya buat seketika
Kerana terleka arus dunia..

Namun..
Hadirnya buat seketika
Kerana tersungkur di perdu dosa..

Namun..
Hadirnya buat seketika
Melalaikan jiwa rohani...

Menjauh dari diri..
Menjauh..menjauh...
Dan terus menjauh.....

121020131254PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Janji hanya tinggal janji

Assalamualaikum..Holla !

Lepaking di rumah ..Home sweet home ! untuk membulatkan badan yang sudah sedia bulat ni..eh ! Selamat tinggal KD ..kota yang tak la banyak mana pun kenangannya pun..hehhe..Semalam hari terakhir aku kat KD.Sebaik saja dapat berita yang pasti kitorang dah habis lab di situ dan hanya tinggal menunggu panggilan untuk praktikal di hospital..

Dan kerana keseronokan yang teramat .hampir aku terlupa janji atau tak tahulah nak klasifikasikan sebagai apa..kata-kata kosong mungkin? Yang digembar-gemburkan oleh Ketua course kami..mula-mula dulu dah kecewa..dan sekarang bertambah-tambah kecewa..anggap saja tak ada rezeki kata orang..itulah..lain kali kalau nak berkata tu jangan lupa cakap InsyaAllah..Hanya Allah yang mengizinkan..

Dan hanya manusia yang omong-omong kosong saja selalunya yang Allah tak redha..Dan..please lah..tolong jangan terlalu berharap wahai diri..sudahnya..habuk pun tarak ! Jangan percaya pada kata-kata orang..just..put your trust in Allah..Terkadang orang yang nampak baik tu tak semestinya baik..dan terkadang orang yang nampak jahat tu tak semestinya jahat..bak kata omputih..

"Don't Judge the book by Its Cover "

Terus aku packing barang siap2..dan sementara menanti kedatangan Along..lepak dengan My only Beloved Friend sambil angkat barang aku yang banyak tu ke bawah dulu..Selamat tinggal kawan-kawan..panjang jodoh jumpalah kita nanti..huhuhuhu..

Huwaaa..tak merasalah nak tengok mayat dan merasai keseramannya..tsk..tsk..tsk..sedih rasa.. Tak pe tak pe..sabar ye korang...Di kesempatan ini ..entah korang baca ke tidak ..tak tahu lah aku..haha..yang tahu aku ada blog tu untunglahhhh !!..seronoknya ko usha ye..kekeke..

Aku mohon maaf tersangatlah..aku pun manusia dan taklah sebaik yang disangka tapi tak jugalah sejahat yang disangka..Moga-moga...Halalkan makan minum aku dan segalanya ya wahai kawan-kawan..Jangan risau Allah akan balas setiap kebaikan yang kita buat..dan..tak lupa juga..Allah pun akan balas setiap kejahatan yang kita buat..walaupun sebesar zarah...Beware !

Berbalik kepada kesedihan..hajat tak kesampaian nak ikut usrah kat situ..tak ada feedback apa2 pun..Tsk..tsk..maklumlah dorang sume dah buzy..nanti nak tambah aku nie..lagi laa kesian..dah la aku ni banyak kerenah..hiuhiuhiu..tak pe la..saya redha..terima kasih untuk anda yang sampaikan hajat saya nie..Hanya Allah yang dapat membalasnya..

"Kerana ku tak sesolehah gadis-gadis yang bersaingan.."

Wahh..gituhhh..apa pun tak boleh..doakan aku dapat terus mujahadah dalam sendirian ini..Serius aku dalam tahap yang teramat bahaya ..timbul tenggalam timbul tenggelam..T_T..Doakan aku kuat untuk kuatkan orang sekeliling aku..Moga menjadi asbab hidayah.

Mulai dari sekarang aku perlu rancang masa aku betul-betul supaya nanti tak jadi manusia yang dalam kerugian macam yang Allah sebut dalam surah Al-'Asr

Demi Masa !
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.

Al-'Asr 103 : Ayat 1-3 

101020130539PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


☏ Majlis pertunangan Mak su *Pics

Alhamdulillah.

Akhirnya..aku ada masa untuk update blog..hehehehe..majlis pertunangan Mak Su telah berlangsung dengan suasana yang sederhana meriah pada hari Ahad 6 Oktober 2013 bersamaan 1 Zulhijjah 1434 H.

Malam sebelum majlis perkahwinan kami sekeluarga bertungkus lumus menyiapkan persiapan yang terakhir..berkumpul di rumah mak ngah..mak aku lah tu..Atuk sponsor barang makanan..lepas maghrib teman adik aku cari serai guna lampu suluh kat sawit sebelah rumah aku je..tapi tak cukup..lepas tu aku dan adik aku ikut Pak Do pergi ambil serai dekat bengkel pula..ok lah tu..cukup dah..

Beres semua..ready operasi..Mak do siapkan hantaran yang terakhir..sirih junjung..Pak teh kupas kulit kentang dengan adik aku dan aku..Abang aku..Mak Teh dan Wan kupas kunyit..Mak ngah mengemas dan sediakan apa-apa yang patut..Pak do siang ayam...Mak lang tukang masak..budak-budak kecik buat bising...kami semua berganding-bahu membantu selagi termampu..hehehehe..

Nak cerita siapa yang tolong dengan lebih detail memang panjang berjela ooii..jutaan terima kasih kepada sesiapa yang membantu terutamanya ahli2 keluarga dan jiran2 tetangga..membuatkan segalanya Allah permudahkan..Alhamdulillah..Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang setimpal.

Keesokan paginya...

Persiapan terakhir untuk masakan gulai ayam..Pak Ngah mesin kelapa pagi-pagi lagi..ketika aku ..mak lang dan Wan meramas kelapa yang telah dimesin untuk dibuat santan..suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran jiran tetangga yang terdekat untuk membantu.!

Lalu..dalam pukul 9 setengah pagi lebih kurang mak andam pun tiba..Mak su telah di make over oleh Mak Som..ye ke namanya? haha..cantik sungguh Mak su pada hari tu sampai terdetiklah di hati dan mulut adik beradik yang lain untuk make up juga..rancangnya kaum ibu pun nak make up masa hari perkahwinan mak su..katanya..huhu..

Lepas selesai make up..kitorang pun apa lagi ..bergambar sakanlah dengan mak su..! Yehaaa..Mak su dup dap dup dap menunggu begitu juga kami dengan tak sabarnya...dan akhirnya...

Rombongan pun tiba menjelang  tengahari dalam 10 buah kereta..dengan 5 buah hantaran dari pihak lelaki berbalas 7 hantaran dari pihak perempuan..setelah berbincang diputuskan untuk mengikat tali pertunangan sehingga bulan 12 tahun ni..InsyaAllah..mudah-mudahan dipermudahkan..pihak lelaki akan berbincang semula bersama keluarga mereka..Semoga Allah permudahkan ..Allahumma Aamiin..

Rombongan berangkat pulang selesai makan tengahari..dan jiran-jiran terdekat kembali ke rumah masing-masing setelah itu..manakala ahli keluarga yang lain berangkat ke rumah masing-masing sebelah petangnya..

Dan aku juga..kembali ke hostel keesokan harinya..
terimalah gambar hantaran dari pihak perempuan !



Ini pula dari pihak lelaki...satu lagi hantaran bekas cincin pertunangan mana entah..



Taraaa !! cincin merisik dan pertunangan ... !.


haha...beria aku..macam aku punya majlis pula heheh..Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah..sudah selesai majlis pertunangan..coming soon..InsyaAllah..majlis perkahwinan pula..Moga Allah permudahkan..Allahumma Aamiiin..

081020130904PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ In progress

"Dan aku...sesungguhnya pasrah padaMu hidup matiku hanyalah untukMu..Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran..suburkan jiwaku dengan keimanan..hanya padaMu oh Tuhan ku sandarkan harapan.."

-Bisikan Malam by Unic

Bertungkus-lumus..sekarang in progress untuk majlis esok..seperti biasa..aku tolong..tolong tengok je hahaa..tak naklah tolong banyak-banyak..jadi stress aku..aku tak suka diarah-arah..tolong faham..bluekk..aku ni kan pengarah..hohohoho..kecuali kalau tak ada orang yang nak tolong dah..don't worry..aku ada..sebagai pemain (penolong) simpanan..hehehe..My Pleasure...

Tema warna purple gituhh ! Nanti la aku tangkap gambar sebijik..buat hias kat blog ni je..yang lain..aku upload kat Facebook je..privacy la katakan..konon..hehehhh...akhirnya..alhamdulillah..bertunang juga Mak su..InsyaAllah..esok sebelum tengahari..Moga majlis berjalan dengan lancar..

Mohon Allah jauhkan dari benda yang bukan-bukan.Moga bersatu hati sekeluarga..hanya dengan kesabaran dan pertolongan Allah semata-mata ..Allahumma aamiin..Yahoo !!

Google !

051020130628PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✰ Melewat-lewatkan Solat ✰

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada 
Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada 
saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"  
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
  
"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

 
Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud  
Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia 
mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini
 FACEBOOK


 

✍ Muhasabah diri

Mari Muhasabah diri.

Sebelum aku tidur aku nak coretkan sesuatu kat blog nie..rasa rugi kalau tak tulis..takut hilang muhasabah..Dalam hidup kita ni..jangan sangka kita berseorangan walaupun tiada teman ..jangan sangka kita sendirian walaupun tiada yang memahami..kerana sesungguhnya..

Kerana sesungguhnya..Allah sentiasa menemani kita..Allah sentiasa memahami kita..apa yang kita sedang lakukan sekarang? Pun Allah memerhati..Allah maha melihat apa yang kita kerjakan..apa yang kita lakukan..ingatlah..jika kita tak melihat Allah..sesungguhnya Allah melihat kita..Allahu Rabbi..Allah yang kita sayangi..tuhan kita satu-satunya..

Daripada Dia kita datang..kepada Dia juga kita akan kembali..Ingatlah..sesungguhnya Allah sentiasa menemani kita..sesungguhnya dia sedang memandang kita dengan pandangan penuh rahmat dan kasih sayang..menanti tasbih daripada hamba-hambanya..mendengar rintihan hamba-hambanya..menanti taubat daripada hamba-hambanya..

Bilakah lagi engkau akan kembali pada Allah dengan tulus ikhlas?

"Belum tibakah waktunya bagi orang yang beriman untuk secara khusyu' mengingat Allah.." 
(QS Al-Hadid:16)

021020131135PM
ROOM
HOME SWEET HOME

✍ Terjaga dari igauan

Sayup..sayup...

Tiba-tiba kedengaran suatu suara bercerita..

Wahai..apakah ini? Ku cuba tidak endahkan..Ku cuba pejamkan mata..namun tak berdaya..suara itu masih lagi kedengaran bercerita..ku pusing kiri..ku pusing kanan..namun tetap tak berdaya..Arghh! Serabut..

Ku meraba earphone yang berada di tepi..masih berbunyi rupanya..cuma tertanggal dari telinga.ku pasang dengan segera..namun..hanya reda beberapa ketika..tekanan masih terasa..arghh !! tidakk...ku berdoa dalam hati..cepatlah dikau pulang..cepatlah dikau pulang..

Masih lagi di situ..rancak bercerita..Oh sayang..tidak.!!!.ku cuba membatukan diri..namun apakan daya..kudratku tidak berdaya..keresahan datang menjelma bertubi-tubi menghimpit diri..lama ku pendam dengan penuh ketidakpasrahan...

At last..

Kedengaran pintu dibuka..

Lepas sengsara ! but..
tidur aku terganggu ni sampai boleh update blog neh siapa nak jawab nehh? ! blerghhh

021020130102AM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ Praktikal : Tragedi Oktober

Tragis.

Hari ni satu Oktober.Maknanya dah hampir dua minggu aku praktikal di lab.Dan sudah sekian lama aku tak update blog akibat wifi hotspot yang terlalu siput.Kejap macam siput kejap macam air yang mengalir.Di situlah terpahatnya kesabaran aku.

Kerana kurang kesabaran makanya memang taklah aku nak update blog.Buat sakit hati tahu.

Praktikal.

Praktikal yang paling menyeksa.Mari pecah tembelang !

Minggu pertama buat blood smear.Aku buat semuanya tak menjadi.
Fail ! Aku give up !  Buat sementara.I will try later.Bila keadaan memerlukan.

Minggu kedua bleeding test dan clotting test.

Memang tak lah aku nak cucuk diri sendiri.Ataupun kawan yang tak pro cucukkan.

Seolah-olah macam menganiayai diri sendiri je.

Sorry to say lah ! Aku skip.Saja buat keras kepala.

Anyway..orang takkan peduli

Dan minggu ni aku tak kira !
Home Sweet Home ! Nak balik dan perlu balik !

Melihat sendiri perkhabaran di rumah.

Sesuatu takkan terjadi tanpa bersebab..Allah..kuatkan kami..Allahumma Aamiiin.

011020131104AM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.


Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net