Featured

✍ Praktikal : Like a Loser

Now i am feel like a loser..

You know..in the lab..oh my english..sorry..This is a broken english yoo ! Truthly.

Once upon a time..

During my practical..I am feeling so awkward..even so many time i am practice but...the result always same..
Its not perfect and not just not perfect but also invalid..! everytime i do...i am failing..fail ! I can' make it !.

I feel badly want to crying..I want to screamm !! but ..i'm just do it in my heart..i am really disappointed with myself...How come? How ..what should i do? what supposed me to do?..It just..i hope..i am still can make it perfect..without failing anymore..

I dont want feel like a loser ! It such a bad day !..The worst day ever !..

I was shaking...I feel want to crying badly.. T_T

But..

It doesn't matter anymore..

Keep Calm and always in Faith.InsyaAllah..Allah will show the way...

Show me the way...Show me the way..Show me the way...

240920130602PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ Praktikal : Kurang keyakinan diri

Simptom-simptom.

Mata merah..gatal..sakit..bengkak..not feeling very well.Jangan risau..EyeMo kan ada..

Sebelah petangnya menjejakkan kaki ke makmal..

untuk praktikal kelas hematology..Thin blood smear..Malangnya.

Huwaaa !!..sudah berapa kali aku buat..tak menjadi..teknik ke tak betul ?

Betul dah rasanya..rupanya memang...

time nak slide tu la yang slek nya..aku kurang keyakinan diri..tak confident..hasilnya tak menjadi..

Huwaaa !! sedih..rasa nak guling guling menangis..tsk..tsk..tsk...

Impaknya jelas ternampak pada setiap kerja yang aku lakukan.

Kau sangat jujur wahai diri. Oh Fail !

230920130535PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ Pagi atau petang ?

Maka tersebutlah kisah..

Hingar bingar di luar..bau yang menusuk kalbu..Ish..bau apa nie?

Oh..bau dari alam brahman rupanya.Walau telah terhidu banyak kali namun masih tak boleh lali.

Bunyi gelak tawa yang bising.Menyakitkan telinga.Membengangkan sesiapa saja yang tidur.
Lantas pintu segera ditutup.

Ku pusing kiri ku pusing kanan..mencari posisi yang sesuai untuk kembali melelapkan mata.

Sekali pusing..

arghh!..

"Weh..bangun ..kita kena pergi lab pagi nie.."

Kan petang? dengan malasnya aku menjawab.

"Tak tahu..dorang kata kita kena pergi pagi ni semua ambik buku log.."

Arghhh..malasnya.Ku pejamkan mata sebentar..lantas automatik terduduk di birai katil.Dalam perkiraan untuk mandi ..Ie datang menumpang bilik mandi.

Lantas aku menyambung tidur.

Mempercepatkan waktu............

Kami menunggu Kha di parking..sweet lover Ie untuk turun ke makmal..kelihatan En.Am tiada lagi kelihatan.
Kelihatan susuk tubuh Kha namun..kami masih menunggu jika En.Am bakal muncul..namun hampa.

Kha menelefon rakannya..untuk confirm sama ada turun atau tidak..then..kepastian.Turun saja.

Di makmal.

Setelah lama tercongak..akhirnya..

Suatu suara...

"Group 2 balik dahulu..datang petang nanti.."

Keluhan demi keluhan dilepaskan..Arghhh !

Di luar makmal.

"Sape yang suruh turun tadi?? letak kepala sini..pijak..pijak..!"

Berderai tawa.

Bersurai.

230920131111AM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✌ Review : Syndrome

Sebuah hospital.

Terlalu banyak konflik.Antara cinta..kerjaya ..pangkat..dan kuasa.Sepasang suami isteri hanya di atas kertas.
Isteri mengandung hasil perhubungan cinta yang tak direstui bapa lalu lelaki tersebut lari ke luar negeri membawa diri.Sang suami menjadi pak sanggup atas kerelaan sendiri untuk menggapai cita-cita dengan mudah.

Neurosurgery.

Pakar bedah yang menentukan masa hadapan pesakit melalui brain.Kawalan utama buat anggota.Jika tersalah sentuh maka gelaplah masa hadapan pesakit.Sama ada menjadi buta..mental confusion..tak boleh mengenal pasti rupa orang ..dan sebagainya.

Dan saat yang dinanti sang suami..ditakdirkan sang isteri mempunyai brain tumour..Sang suami membedah sang isteri dengan awake surgery ..dalam keadaan sedar..untuk mengurangkan risiko dan sebarang effect daripada pembedahan..ternyata sang suami bijak memainkan peranan.

Meninggalkan suatu kesan yang tersembunyi tanpa disedari..Prosopagnosia ..demi agenda yang tersendiri.

Nak tahu lagi? Tengoklah sendiri..hahaha..


220920130255PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.


☏ Stress atau sesuatu..

Sekali lagi.

Ujian demi ujian demi ujian.Takkan pernah lari dari ujian duniawi menuju ukhrawi.

Imbas kembali.

Suatu tragedi hitam..

Tangannya diikat..badannya dipasung..mak dan ayahnya menangis tak tertahan..Namun demi anak..tanpa kenal erti putus asa..berubat tanpa henti..meminjam sana sini..tak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak..

Dalam masa yang sama..ibu saudaranya turut sama terkena jangkitan..kerana akrabnya ibu saudara dan anak kerana perbezaan umur yang tidak jauh..sama-sama berkongsi ..hanya mereka yang rasa..chemistry yang kuat antara mereka berdua..sehinggakan dua-dua sekali dirasuki..apabila seorang ditimpa kemalangan..yang seorang lagi tahu dan meronta-ronta ingin berjumpa..

Walhal..itu bukan diri mereka yang sebenarnya..seperti ada sesuatu..

Akhirnya disembuhkan Allah setelah penat berubat sana sini tanpa mengenal erti putus asa.
Doa dan tawakal yang berterusan membuatkan mereka sembuh.

Sehinggalah suatu masa..

Dua-dua telah bekerja dengan baik dan berjaya menggembirakan hati ibu bapa sehingga merasa duit titik peluh anak sendiri....namun alangkah malangnya..sekali lagi..mereka terkena..dua-dua kerana orang yang dicintai..si anak ingin berkahwin namun si perempuan tidak mahukannya.sengaja mempermainkann..manakala..ibu saudaranya pula dipergunakan lelaki..

Hanya kerana orang yang dicintai..sekali lagi..mereka parah sehingga dikatakan gila..sebenarnya..bukan gila..seperti ada yang merasuki...kerana perangai yang luar biasa..lebih dari orang gila..kekuatan yang luar biasa..lebih dari orang gila..percakapan yang luar biasa..lebih dari orang gila..

Stress.

Istilah perubatan.Tak mampu menangani stress dengan baik.Itu yang dikatakan mereka.Namun mereka yang merasa..mereka yang menjaga..mereka yang melihat..mereka tahu bukan hanya itu..Sehingga meremang bulu roma..

Namun dugaan Allah itu hanya sementara..mereka sembuh akhirnya walaupun tak sepenuhnya.Sisa-sisanya masih ada..Masih ada yang tertinggal pada aliran pembuluh darah..tapaknya tetap ada..bila perasaan dan emosi tidak dapat dikawal..sekali lagi..mungkin ia akan merasuki..dengan mudahnya.

Kini.

Beralih pada anak yang lain..terlalu taksub dengan FB..dirasuki bahan bacaan sejarah di internet yang punya sesuatu..dicerobohi pemikirannya oleh sesuatu...Memandang sinis pada orang lain..Mengatakan hujah membuta tuli..mementingkan diri..tidak hiraukan apa-apa lagi..hilang rasa malu..ingin berkahwin namun dengan orang yang tak pasti..bertepuk sebelah tangan mungkin.

Pulang ke asrama..kembali semula ke rumah..Pulang ke asrama..kembali semula ke rumah..Tidak mahu berkata sebab..hanya diam sahaja..seolah-olah menderhaka..Jangan begitu wahai anak..kelak buruk akibatmu..apakah itu kamu? atau sesuatu..

Jika itu kamu..kembalilah ke dunia nyata..basuhilah dosa-dosamu dengan tangisan dan memohon keampunan kepada Allah jua ibu bapamu.Fikirkanlah masa hadapanmu dunia dan akhirat.Jika gagal di dunia..akhirat mendakap erat..Namun jika gagal di akhirat..dunia bakal lebur bersama..Namun untuk mendapatkan akhirat..dunia itu perlu sebagai ladang pahala untuk bekalan akhirat.Jadilah orang yang bermanfaat bukan yang menyusahkan lagi.

Namun..Jika itu bukan kamu..kembalilah semula ke alammu.Di sana lebih aman.Allah menjagamu.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

220920130425PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ Izinkan aku terus menanti

Tergiang-ngiang di telinga.

Jari jemari mula memainkan peranan.Waduh! Waduh !

Aku terlalu banyak masa lapang.Terlalu banyak masa terbuang.Dan hakikat yang teramat pahit !
Tiada satu apa pun yang memberi impak yang besar pada sekeliling.Tiada satu apa pun yang mampu aku lakukan buat membantu sesiapa.

Jaringan..Connection..perhubungan..tiada.

Sepi di sini bagai burung hantu merindukan rembulan.Menanti sesuatu yang tak kunjung tiba.
Harapan demi harapan demi harapan.Takkan tersia cuma kau perlu bergerak.!

Takkan mereka datang menjulang..takkan mereka datang meminta..takkan mereka datang mengundang..
Kerana sesungguhnya..kau yang perlu bergerak..tapi..bagaimana? bagaimana..? bagaimana...

Aku terlalu berat untuk melangkah sendiri.Kerana ada tembok pemisah antara kita..

Izinkan aku terus menanti sambil bertafakur di sini...

210920130359PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✌ Review : Godhand Teru

Wahai..

Bermula Al kisah seorang lelaki yang menjadi legend pakar bedah.Selalu berjaya dalam setiap misi pembedahannya..namun malangnya ketika dalam perjalanan pulang ke negeri kelahirannya  iaitu Negeri Matahari terbit bersama seorang anak lelaki yang tercinta..ditakdirkan kapal terbang yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terhempas..

Di situasi kejadian..anaknya tak bernafas lagi..sedaya upaya dia cuba menyelamatkan anaknya sehingga bernafas kembali..alhamdulillah..akhirnya anaknya bernafas kembali..namun tapak tangannya berbekas di dada anaknya.Dan..sudah ditakdirkan nasibnya..dia meninggal sejurus anaknya bernyawa kembali disebabkan tusukan serpihan kapal terbang di belakangnya..

Dan..kini saksikan..legend itu kembali dalam misi menyelamatkan nyawa dalam pembedahan yang mustahil melalui anaknya..Iman tak dapat diwarisi..tapi dalam cerita ni..kepakaran tu diwarisi..Wahaha.Itupun anaknya seolah-olah dirasuk kepakaran bapanya..Bila habis buat pembedahan..dia seolah-olah lupa pula apa yang dia buat.
.Apa pun tak boleh.

I'm Currently Watching.Hohoho.





















190920130948PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ Kita kahwin kerana apa ?

Buka Twitter.

Berkiraa-kira untuk menulis tweet.Nak tulis ke tak nak? Nak ke tak nak.Last sekali tak jadi.Teringat.Wahai..aku ada blog hahaha.Ruangan untuk memuhasabah diri.Rasanya tak ada guna untuk luahkan perasaan di twitter mahupun facebook dan sebagainya kecuali blog .Ekekeke.

Imbas kembali..

Lepas habis kelas semalam aku dan kawan aku pergi makan..al kisahnya..

"What U Give U Get Back!"

Kisah dua pasangan yang kahwin muda..Kita pergi kepada pasangan yang pertama dahulu..

Seorang suami yang penyabar dan melayan saja kerenah isterinya yang pelbagai ragam.Walaupun sehingga melawan dan menampar suaminya kerana geram.Maklumlah..sang isteri masih seorang yang sangat muda.Namun begitu,mereka hidup dengan penuh kasih sayang..kesabaran satu pihak itu amat penting bila mana pihak yang satu lagi hilang kawalan.

Namun..tak lama kemudian keadaan beralih arah apabila tiba-tiba..si suami pula yang bertindak menampar dan bersikap kasar terhadap isterinya..Mengapakah ini semua terjadi? Katanya ..kerana orang ketiga..

Beralih kepada pasangan yang seterusnya..

Seorang suami yang kahwin dengan orang yang tidak dicintainya kerana keseronokan yang dicipta sendiri.Dan si isteri pun masuk islam kerana perlu berkahwin dengan si suami.Sejak berkahwin hubungan mereka amat dingin.Sehinggalah si isteri mengandung..hubungan mereka tetap dingin..

Si suami asyik keluar tanpa memberitahu si isteri.sehinggalah anak mereka lahir..si suami tetap tak pedulikan isterinya ..Sehinggalah suatu masa..si isteri pula yang berbuat demikian..anak menangis pun tak diendahkan..apa yang dikatakan suami tidak dipedulikan..si isteri tetap dalam dunianya yang tersendiri..katanya kerana melayan internet..

Sehinggalah si suami yang terpaksa mengambil alih menjaga anak dan buat segalanya..

And..Segalanya telah tertulis..jika mereka tidak sedar akan apa yang telah berlaku..maka akan binasalah hubungan mereka.Ujian Allah hadir untuk menguji mereka agar kembali padaNya.

Kita berkahwin kerana apa?
Kerana cinta..perasaan boleh berubah..

Kita berkahwin kerana apa?
Kerana terpaksa..akan jadi parah..

Kita berkahwin kerana apa?
Kerana Allah..InsyaAllah ..Allah akan pelihara.

Tiada apa yang abadi di dunia ini walaupun perasaan sendiri.Sesungguhnya hanya kepada Allahlah kita berserah diri sebulatnya.Kita hidup kerana Allah bukan kerana manusia.Kembali jua seorang diri.

190920131015PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ Bahana kedangkalan ilmu

Apakah.?

Menunggu sesuatu tu sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.Aduhaii..dapatkah..tak dapatkah?..Aku tak punya banyak masa lagi..jadual kelas yang tak menentu..hati aku yang mula membatu..diri yang mula tak tahu apa yang perlu dilaku..senyap..itu saja yang mampu..Aku punya banyak waktuu !! Namun..

Nasihat..itu yang satu...tak terbuka kata..tergigil bicara..mahukah aku khabarkan pada kamu?
Ya kamu mahu..aku saja yang tidak cukup ilmu..maafkan aku....

Imbas kembali.

Berdating...bagaimana seorang suami selayaknya berada di rumah menjaga isteri. berdating dengan kawan baik sendiri..seorang perempuan..teman dari kecil..couple and fall in love sejak dari bangku sekolah rendah lagi..

Bertemu ..berpisah..bertemu ..berpisah..dan akhirnya ditemukan kembali..malang..malang buat diri..si lelaki penuh kerahsiaan..perkahwinan tanpa dirancang dengan perempuan yang lain meremukkan hati perempuan yang tulus menyayanginya..Bagaimana mungkin dia mampu menyayangi lagi? Tak..sukar.Benci namun cinta..

Terpujuk oleh kata-kata manis si lelaki..perempuan yang penuh kecintaannya ..cinta pertama buat diri..apa yang dikata dipercaya saja..walaupun tak diyakini..sehinggalah suatu masa..sang lelaki mengatakan dia sudah bercerai..dan..kisah Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Aishah R.A menjadi back up buat diri sang lelaki.

Si perempuan mula meragu namun..memerlukan kesahihan kisah dua insan mulia tersebut..namun..
Kisah itu tak dapat dipastikan kesahihannya kerana keterbatasan ilmu..Oh Sick !

Tak cukup dengan hanya bertudung labuh..
Tak cukup dengan hanya berkopiah bagai..
Hanya ilmu back up buat diri !
Hanya ilmu mampu selamatkan ummah !

190920130809PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ Dengar taklimat dan ambil buku log?

Senja.

Pagi tadi ada perjumpaan.

Dan kesudahannya..Aduhai encik..di manakah buku log? Apakah yang cuba anda sampaikan? Ayat yang sama telah diulang berkali-kali.Saya naik fed up."Hey ! Itulah namanya taklimat" =.='

Lalu.

Aku pun tak fokus.Beralih arah berborak dengan kawan secara sorok-sorok walaupun nampak benar kelihatannya.Sungguh tak sopan lagak kami.Maafkan kami wahai encik yang tak perasan.

Seperti yang telah diberitahu encik..kami akan praktikal di hospital untuk 6 bulan.Dan di lab buat baki bulan yang seterusnya sebelum convo bulan 11 tahun hadapan.InsyaAllah.

Dan kami akan mulakan praktikal minggu hadapan.Untuk yang praktikal di lab,Isnin minggu hadapan akan diberi jadual dan buku log.Kami akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.Maklumlah lab bukannya besar sangat.Nampak gayanya mengikut shiff la kami praktikal.Manakala untuk yang dah dapat hospital bolehlah berambus ke hospital dengan kadar yang segera.

Tapi yang menggembirakan hati kami buat yang praktikal di lab ialah lawatan ke beberapa tempat yang best.Dan yang paling best ialah ke bahagian forensik ! Kami akan melihat mayat ! Yehaaa ! Bestnya.!

Tak sabar aku untuk menunggu hari tersebut ! Nantikan...


180920130658PM
ROOM.
HOSTEL IDAMAN.

✍ Jual ikan ...

Malam.

Santai sebentar..Kepalaku pusing.Tiba-tiba rasa berat je kepala.Malam terakhir kat rumah..oh my..Home sweet home..aku pergi lagi..kali ni..InsyaAllah lebih lama..dan aku menanti khabar..penuh dengan pengharapan..Moga tercapai..Allah tahu apa yang terbaik dan hanya Dia sajalah yang tahu apa yang terbaik..katanya.Dan sangat terkesan pada aku..

Tawakal.Mungkin apa yang kita rasa baik untuk kita tak semestinya baik untuk kita..Dan apa yang kita rasa sebaliknya..tak semestinya buruk buat kita..segalanya ada hikmah di sebaliknya.Carilah ia..Sekarang aku hanya mampu menjadi cahaya yang kecil di dalam kegelapan yang hanya mampu menerangi diri sendiri..

Itupun..meliuk-liuk ditiup angin..bagaikan akan terpadam..Ya Allah..risau sungguh akan diri..risau lagi akan orang-orang yang disayangi..kala ini terabai..diabai..dan mengabaikan..Jika tak dibantu..jika tak disokong..jika tiada yang membimbing ..terlalu risau akan padam cahayanya buat menerangi suasana yang makin kegelapan..

Namun takkan sesekali aku mengalah..Selagi ada kudrat..selagi ada usaha..selagi ada jalan..selagi itulah aku akan terus berjuang.Bukan mudah untuk ke syurga ..namun untuk ke neraka terlalu mudah.Sekali tergelincir takut tak mampu berpaut kembali..Nauzubillahminzalik..

Namun..untuk ke syurga..takkan sendirian cuma? ..

Tak kan..?

Tak kan..?

Di manakah orang yang kita sayangi sekarang? Apa yang diorang lakukan?

 Dan..

Di mana pula kita ? dan..apa pula yang kita lakukan?

....................

Selfish! Menuju syurga sendirian cuma....

T_T

160920131118PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Duhai anak..

Ayah demam.

Doakan ayah cepat sembuh.Syafakallah ayah.

Adik kembali aktif bercakap.Sebelum ni macam mayat hidup.Ditanya diam je terus.Lamanya berhari-hari.Kononnya sebelum ini berhibernasi macam beruang kat kutub utara tu.Kan masa musim sejuk yang terlalu panjang beruang berhibernasi.Kalau tak silap.Aku ingat aku belajar sains darjah 5 kott.Hehe.Moga lepas ni adik tak buat perangai dah.Kesian tengok mak dengan ayah penat melayan kerenah dia sorang je padahal banyak lagi yang perlu dilakukan.

Besar pengorbanan mak dan ayah.Demi anak sanggup buat apa je sehingga sanggup tebalkan muka berhadapan dengan cikgu-cikgu.Cover kesalahan yang dibuat anak walaupun hakikatnya benar.Sanggup turutkan apa je kemahuan anak-anak asalkan mereka kembali normal semula.Walau sejahat mana pun anak pada mak ayah..walau sekejam mana pun anak pada mak ayah..walau disakiti berulang-ulang kali..mak ayah tetap tak jemu cuba memujuk.

Walau kadangkala sudah penat dan rasa berputus asa tapi dorang bangkit semula bina kekuatan.Demi mengenangkan anak-anak..amanah dari Allah.Setelah penat pelbagai cara namun tak berhasil ...dorang lemah..tapi dorang bangkit semula selepas tu dengan kekuatan doa.Allah Maha Melihat.Allah Maha mendengar rintihan mereka.

Allahu..sedihnya rasa bila mengenangkannya..betapa kejamnya anak-anak sekarang buat pada mak ayah dorang..termasuklah aku..T_T..insaf..insaf..sakit hati bila tengok anak-anak tak pedulikan mak ayah.Sedangkan apa yang diminta semua dibagi.Dan bila mak ayah tak mampu..merajuk..bermasam muka..menengking..dan sebagainya..duhai anak..tidakkah kamu tahu erti syukur?

Duhai anak..beginikah balasanmu pada ibu bapa yang telah membesarkanmu dengan penuh kasih sayang?
Duhai anak..dari sekecil-kecil kamu..ibu bapalah yang membesarkan kamu dengan penuh kasih sayang..kini sudah besar kamu mula menunjuk belang? Duhai anak..jangan dilukai hati kedua ibu bapamu walau dengan sekadar bermasam muka..sesungguhnya redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapamu..

Sayangilah kedua ibu bapamu sebelum mereka lebih disayangi Allah..Kala waktu itu tiba..sudah terlambat untuk kamu..Menangislah air mata darah sekalipun..ibu bapamu takkan kembali membelai dan memujukmu lagi..Bagi yang raya pun tak datang ziarah mak ayah..ingatlah..betapa terlukanya hati mak ayah..betapa hibanya hati mak ayah mengenangkan anak yang dilahirkannya dan dibesarkannya tak kunjung tiba..

Inikan pula murka Allah..lebih besar dari kelukaan ibu bapa..Allahu Akbar...Sedarilah kamu sebelum ajal menjemput.Memohon maaflah kamu sebelum segalanya tiada guna lagi wahai diri...T_T Jika tidak..tunggulah kamu di hari pembalasan..bukan lagi syurga di bawah telapak kaki ibu ..Kini..neraka di bawah tapak kakimu..Allahu Rabbi...Nauzubillahminzalik..

140920131052AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

☏ Pemergian suami Mak Long

Daripada Allah kita datang.Kepada Allah juga kita kembali.

Baru saja semalam mesin bantuan pernafasan dicabutkan dan hanya tunggu masa saja.Doktor cakap tak boleh buat apa-apa dah.Mak dan ayah menunggu Pak Long dari semalam.Baru je balik dan berehat sebentar.Tiba-tiba dikejutkan dengan pemergian Pak Long.7 Zulkaedah 1434 H.

Arwah Pak Long akan dikebumikan hari ni selepas asar.Sebelum tu Pak Long dimasukkan ke hospital disebabkan pelbagai komplikasi.Pendarahan di dalam otaknya sudah merebak.Disertai dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis ..darah tinggi...dan sakit buah pinggang.

Semoga roh Pak Long dicucuri rahmat dari Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Allahumma Aamiin.

Yang hidup pasti akan mati.Yang pergi takkan kembali ke dunia lagi.Yang ditinggalkan perlu meneruskan kehidupan dan tabah mengharungi kehidupan tanpa orang yang paling disayangi.Semoga Mak Long sekeluarga tabah menghadapi pemergian Pak Long.

Benarlah,

Cinta kepada bunga..bunga akan layu..
Cinta kepada harta...harta akan habis..
Cinta kepada manusia..manusia akan pergi..
Hanya cinta kepada Allah akan kekal abadi.



130920131207PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✰ Macam tatau dosa je ✰

Suatu hari, ayah dan ibu pergi berdating di taman bunga yang indah..Tiba-tiba mereka ternampak anak lelaki mereka sedang berdating juga di sana. Apa lagi, ayah cepat-cepat menarik tangan ibu ke belakang pokok besar berhampiran tempat anak lelaki mereka dating.

Lalu mereka pun pasang telinga....

Boy: "Awak tau tak awak ni cantik sangat tau. Tak ada perempuan lain lagi cantik dari awak selama saya hidup ni. Siyess!"

Aweknya: "Iya? Saya pun tengok awak comel sangat-sangat. Hensem tu taklah, tapi comel. Pipi tembam. Bam-bam. Comel je."

Boy: "Fuh. Awak ni memang cantik la. Nak pegang pipi sikitlah. Kuci kuci kuci...alalala...macam cantik je...macam cantik je..macam canntekkk je..." (sambil cubit pipi si gadis dengan manja terlampau)

Aweknya: "Awak pun comel..ei geramnya saya...macam chomelll je..macam chomell je...macamm choooommmelll je...(cubit pipi lelaki sampai merah2 lebam2..)

Tiba-tiba ibu bapa si lelaki ni keluar dari tempat persembunyian mereka terus ke depan menghadap anak mereka yang sedang berdating.

Si ayah dan ibu duduk berhadapan. Ayah cubit pipi mak. Mak cubit pipi ayah.

Si ayah: "Anak kita macam gatall je...macam gatal je.."

Si mak: "Macam kena tobat je..macam kena tobat je..."

Si ayah: "Macam nak kena rotann je..macam kena rotannn je.."

Si mak: "Macam miang nak nikah je...macam miangg je..."

Si ayah: "Macam syaitan je...macam syaitan je.."

Si mak: "Macam tatau dosa je...macam tatau dosa je.."

Si ayah: "Macam nak masuk neraka je..macam nak masuk je..."

Si mak: "Macam tak dapat didikan agama je..macam tak dapat didikan agama je.."

Si ayah: "Macam tak sadar diri je...macam tak sadar diri je.."

Si mak: "Macam bodo je..macam bodo je.."

Si ayah: "Macam nak kena tibai je...macam nak kena tibai je.."

Si mak: "Macam sengal je..macam sengal je.."

Si anak terus merah padam muka. Tak tahu nak buat apa. Terus melutut depan mak ayah. Si awek terus kayuh beskal entah ke mana sudah. Lari tertinggal terompah.

Si anak: "Maaf mak. Maaf ayah. Saya ni macam...macam bongok je..macam bongok je..."

Ayah dan mak: "Macam cantik je..macam comel je..macam cantik je..macam comel je muka kau sesenang nak minta maaf. Mulai hari ni, hukumannya adalah kamu kena pergi solat di masjid 5 waktu. Kami akan tunggu di masjid siap dengan mesin punch card time supaya kamu hadir tepat pada masa!"

Si anak terjelepuk di tanah. Macam. Macam tak percaya kena hukuman gitu.

Macam real je. Macam real je.

cerita oleh: Muhammad Rusydi
 Nota Hati : Geli perut aku baca..haha..tapi yang tak berkenannya ada pula mencarut mak ayah dia nie..huahuahua..yang baik jadikan teladan..yang buruk jadikan tauladan..betul kah..heheh..

♪ Pesona Cinta ♪

Ke mana lagi ingin ku sorokkan wajah tatkala semua mengenali.Ke mana lagi ingin ku larikan diri tatkala semua mendekati.Ke mana lagi yang harus ku pergi buat menjauhi dunia yang penuh hingar tetapi sunyi ini.Kosong.Kosong.Kosong.Dimensi waktu berbicara.Tiada kata seindah apa yang diterbitkan perbuatan.

Kasih.Hadirnya menolak ku jauh ke dasar lautan dalam.Senja.Mendekati hari demi hari menjelang waktu malam yang pekat.Moga dipenuhi bintang-bintang yang menyinar.Jauhkanlah dirimu.Aku tak mampu menanggung betapa peritnya cinta kepada dunia.Jauhkanlah dirimu.Aku tak mampu gembira melihat ku tersenyum sendiri ketika melihat wajahmu.

Hadirnya cinta tidak menepati waktunya.Bukan ku rasa itu cinta.Bukan ku rasa itu bahagia.Mungkin itu adalah ujian dariNya.Seteguh mana cinta di muka bumi tanpa berpaksi pada Dia.Seteguh mana cinta dipisahkan oleh jasad yang bakal dimamah tanah.Jika meraung keperitan.Jika meraung kesedihan.Jika meraung ditinggalkan.Itu bukanlah definisi cinta yang sebenarnya.

Jauhlah.Dan teruskan menjauh.Agar dapat kau dekat ketika cinta kita bertahmid.

010920130451PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Sadis ♫

Sadis.
Tika mereka memacu iman.
Kau tenggelam dengan suasana.

Sadis.
Tika mereka bersinar harapan.
Kau musnahkan masa depan.

Sadis.
Tika mereka melangkah jauh.
Kau ketinggalan begitu jauh.

Sadis.
Sungguh untung mereka di situ.
Kau meratap rugi di sana.

Aura tiada dengan Aku Saya dan Dia.
Namun ia hanya akan bernyala
Jika dengan Kita Kami dan Mereka

010920130135PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

Disclaimer

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net